Hebat…Jalan Rosak di Jepun Diperbaiki Cuma 6 Hari

on 24 Mac 2011

INILAH.COM, Gambar retakan hebat di jalan raya Jepun menunjukkan betapa kuat gempa bumi Jepang, 11 March lalu. Namun, pemerintah Jepun memperbaikinya kembali dalam tempoh yang singkat.




Jepun memiliki kecepatan yang mengagumkan untuk rekonstruksi infrastruktur sehabis bencana alam. Pekerjaan yang dimulai sejak 17 March 2011 ini hanya memerlukankan waktu enam hari untuk memperbaiki jalan di kawasan Great Kanto Highway, Naka. Bahkan, jalan itu kini siap digunakan untuk lalu lintas, seperti dikutip dari Daily Mail.

Selain itu, banyak pekerja yang sudah kembali ke aktiviti pejabat mereka sehari setelah gempa dan tsunami. Pemulihan Jepun mendorong beberapa investor, termasuk Warren Buffet, salah satu lelaki terkaya di dunia , mendeklarasikan bencana yang menyebabkan 23 ribu orang meninggal itu merupakan kesempatan membeli di pasaran kewangan.

Ritual Semut Yang Mengerikan

7 Tahun Dibebani Tumor 6 Kg di Kepala

Sungguh malang nasib Kusnadi (47), warga  Jawa Timur. Dia menderita tumor di kepala bahagian belakangnya sejak tujuh tahun lalu itu, hingga kini sebesar bola .

Kusnadi dan seluruh keluarganya tidak dapat berbuat banyak untuk menanggung pembiaya pengubatannnya tersebut. Setiap hari, Kusnadi hanya boleh duduk di rumah sambil menahan rasa sakit yang dideritanya. Bahkan akibat rasa sakit penyakitnya itu, Kusnadi sering jatuh pengsan.

“Ya kalau benjolan daging ini diangkat, mungkin beratnya bolehmencapai enam kilogram,” kata Kusnadi kepada reporter Harian SURYA (Kompas Gramedia Group), di rumahnya.

Kusnadi semula menyangka itu hanya benjolan biasa, kerana awalnya hanya sebesar guli. “Saya baru tahu dari doktor, ternyata benjolan ini tumor,” kata buruh serabutan ini.

Kusnadi mengaku selalu tersiksa kerana setiap hari beban di kepalanya terasa semakin berat. “Doktor memang menyarankan segera dioperasi, kerana kalau tidak dioperasi akan semakin besar,” jelas Kusnadi.

Namun, Kusnadi selalu terbantut kerana soal biaya. Beruntunglah, mulai tahun  ini, Kusnadi mendapatkan bantuan biaya operasi dari Pemerintah Kabupaten Situbondo.

3 Tahun beratnya 60 kilogram

Beijing - Lu Hao, 3 tahun asal Guangdong, Cina bertubuh super subur. Beratnya lima kali ganda dari anak seusianya. Dia memiliki berat badan 60 kilogram. Padahal saat lahir Hao memiliki berat badan normal, yakni 2,6 kilogram.
Berat badan Hao naik pesat sejak dia berumur 3 bulan. “Apalagi sekarang, nafsu makannya amat tinggi, dia oleh makan tiga mangkok nasi berukuran jumbo, lebih besar dari saya dan ibunya,” kata ayah Hao, Lu Yuncheng seperti dikutip dari Daily Mail, Rabu (23/3).
Sejak Hao berusia 1 tahun sebenarnya orang tua Hao sudah mengawasi pola makannya. “Tapi bila kemahuannya untuk makan tidak diturutin dia akan menangis terus,” kata ibu Hao, Chen Yuan.
Kini saking beratnya, Yuan tak bisa lagi menggendong Hao. “Padahal di keluarga kami tidak ada yang tubuhnya raksasa seperti Hao,” kata Yuan. Dengan tubuh berat, akibatnya Hao malas sekali jalan kaki. Ketika sekolah, Yuan terpaksa mengantarnya dengan motor.


Keluarga Hao bukan tak ingin dia memiliki tubuh ideal. Hao kerap diminta banyak bergerak dan berolahraga. Salah satunya, keluarga ini memasang ring basket di halaman rumah. Hao juga sering diajak berenang di suangat dekat rumahnya.
Setiap kali selesai olahraga, Hao malah tambah lapar. Dia pun makin nafsu makan, akibatnya bukannya turun malah bobotnya naik. Terus terang, kata Yuncheng, dia khuatir akan kesihatan anaknya. “Kami pernah membawanya ke tiga hospital,” kata Yuncheng.
Menurut Yuncheng, seorang doktor mengatakan Hao punya tumor di kepalanya, tapi dua doktor lainnya mengatakan tidak. Kata doktor, tak ada yang salah dengan Hao, hormonnya juga normal, jadi mengapa Hao boleh sebesar ini untuk anak seusianya belum ada jawaban yang memuaskan

Tubuh Kanak-kanak Ini Penuh Bulu


TEMPO Interaktif, Surabaya - Asri Fauziah, 11, kini hanya boleh berdiam diri di rumahnya  di Jalan Sambongan Gang 1 nomor 16 kelurahan Sidodadi, Somokerto Surabaya. Bulu yang tumbuh di seluruh tubuhnya, membuat dia malu untuk keluar rumah.

Bahkan, Asri sempat tidak mahu bersekolah. “Di sekolah saya selalu diejek teman,” kata Asri di rumahnya Rabu, 23 March 2011. Menurut dia, berbagai makluk mulai yang halus hingga binatang sering kali disebut untuk mengejek anak ke-tujuh dari pasangan Matniri, 50, dan Sriyati, 47, ini.
Matniri menuturkan, bulu yang tumbuh di  tubuh anaknya sebenarnya sudah mulai nampak sejak lahir. Ketika itu, di punggung Asri keluar flek hitam yang kian hari kian membesar. Di flek ini lantas ketika Asri berusia setahun keluar bulu yang kian hari juga kian menyebar ke beberapa bahagian tubuh di antaranya punggung, perut, kaki, tangan serta beberapa bagian tubuh lainnya kecuali wajah.

Ketika berusia dua tahun, Matniri  sempat membawa anaknya itu ke hospital. “Ketika itu ditolak kerana tidak diketahui penyakitnya. Hanya bulu biasa,” tambah dia.

Ketika Asri berusia enam tahun, orang tuanya sempat menyekolahkan anaknya ini. Ketika itu untuk menutupi bulu yang tumbuh, Asri terpaksa diberikan pakaian yang panjang sehingga menutupi seluruh tubuhnya. Hanya saja, teman-temanya akhirnya tetap mengetahui sehingga Asri sering diejek. “Saat kelas dua SD Bustanul Huda Simolawang, dia tidak mahu sekolah malu katanya,” imbuh Matniri.

Sriyati mengatakan, proses kelahiran Asri memang tidak wajar. Ketika itu, ketika Sriati sedang di pekarangan rumah, tiba-tiba Asri lahir. “Da lahir di depan pintu rumah. Bayi langsung keluar ” imbuh dia.
Sementara itu, untuk menyembunyikan bulu yang ada di tubuhnya, Sriati tiap dua hari sekali selalu mencukur seluruh bulu yang ada di tubuh Asri. “Dia juga sudah mulai berani sekolah,” ujar Sriyati

Wanita bogel terperangkap di cerun bukit

Saya petik dari kosmo online

SAN DIEGO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat selepas dia terperangkap di tepi cerun setinggi 137 meter dari permukaan laut di sini, lapor sebuah akhbar semalam. 

Wanita tersebut yang identitinya tidak didedahkan tidak mengalami sebarang kecederaan semasa dia diselamatkan dalam operasi selama 30 minit kelmarin.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat dari San Diego, Maurice Luque, ramai yang pernah terperangkap di cerun itu sebelum ini selepas mereka mendaki.

Jelasnya, wanita itu tidak ditahan selepas dia diselamatkan. 

Pihak berkuasa sebaliknya masih belum mendapat gambaran jelas bagaimana wanita tersebut boleh berada dalam keadaan bogel dan terperangkap di cerun tersebut. - Agensi

Elizabeth Taylor meninggal dunia

Dah samapi ajal...
saya petik dari kosmo online

LOS ANGELES - Aktres legenda Hollywood, Elizabeth Taylor yang mempunyai sepasang mata ungu meninggal dunia semasa berusia 79 tahun semalam di sebuah hospital di sini.

Menurut satu kenyataan keluarga pelakon tersebut, dia telah dimasukkan ke Hospital Cedars-Sinai di sini sejak enam minggu lalu kerana mengalami masalah jantung yang merupakan penyakit yang dihidapinya selama bertahun-tahun. 

Kenyataan tersebut menyatakan, aktres yang pernah mencuit hati ramai penonton menerusi filem National Velvet itu mengelami komplikasi jantung baru-baru ini.

"Aktres legenda, seorang ahli perniagaan dan aktivis, Elizabeth Taylor meninggal dunia hari ini (semalam) dengan aman di Hospital Cedars-Sinai di Los Angeles," kata satu kenyataan daripada seorang pegawai seranta pelakon berkenaan.

Menurut kenyataan itu, aktres berkenaan dikelilingi anak-anaknya, Michael Wilding, Christopher Wilding, Liza Todd dan Maria Burton semasa dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Pelakon itu mempunyai 10 cucu dan empat cicit.

Menurut Wilding: "Ibu saya merupakan seorang wanita yang luar biasa yang kehidupannya dipenuhi dengan humor, kasih sayang dan keghairahan.

"Walaupun kematiannya amat mengejutkan buat kami yang berada rapat dengannya, kami akan selalu memperoleh inspirasi daripada sumbangannya kepada dunia kita."

Menurut kenyataan itu, anak-anak pelakon itu berasa bangga dengan sumbangannya dalam memerangi HIV/AIDS, kerjayanya sebagai ahli perniagaan dan kerja-kerjanya dalam dunia perfileman. 

Dia dilahirkan di London pada 27 Februari 1932 namun ibu bapanya berasal dari Amerika Syarikat (AS).

Bapanya merupakan seorang peniaga seni manakala ibunya pernah menjadi pelakon.

Elizabeth berpindah ke California bersama keluarganya semasa dia berumur tujuh tahun dan bakatnya sebagai pelakon dikesan oleh seorang ejen pencari bakat.

Aktres itu berlakon dalam filem pertama, There's One Born Every Minutes semasa dia berumur 10 tahun. 

Dia membintangi lebih 60 buah filem dan antara filem-filem terkenalnya ialah A Place in the Sun, Giant, Raintree County, Cat on a Hot Tin Roof, Butterfield Eight Cleopatra dan Who's Afraid of Virginia Woolf.

Filem terakhirnya, animasi the flintstones menerusi sumbangan suaranya pada 1994. Pelakon itu berkahwin dengan tujuh orang sepanjang hidupnya.

Namun, dia berkahwin sebanyak dua kali dengan pelakon Britain, Richard Burton menyebabkan Elizabeth terkenal kerana berkahwin sebanyak lapan kali. 

Elizabeth juga terkenal kerana hubungan rapatnya dengan penyanyi Michael Jackson yang meninggal dunia pada 25 Jun 2009. 

- Agensi


Telefon Tangan Braile Untuk Orang Buta


INILAH.COM,  Inilah kecanggihan teknologi. Untuk memudahkan orang buta telefon tangan canggih memungkinkan seseorang mengirim SMS tanpa menaip keyboard.

Sumit Dagar, produser filem dan designer program interaktif, sebelumnya merasa khauatir bahawa teknologi baru akan menempatkan masyarakat yang menderita kelainan fungsi tubuh menderita kerugian besar.

Oleh kerana itu, kelompok advokasi bagi torang buta mengajukan permintaan kepada Kementerian Kehakiman AS untuk menyelidiki apakah penggunaan aplikasi Google memberikan diskriminasi.

Selain itu, Dagar merancang sebuah telefon tangan Braile bagi  orang buta yang dilengkapi fitur interaktif, panel layar sensitif dengan sentuhan sehingga boleh memunculkan SMS, video, peta mahupun informasi lain dengan garis dan bulatan, seperti huruf braile.

Telefon yang dierkenalkan di TED Conference 2011 itu menawarkan layar sentuh yang khas. Jika tampilan piksel smartphone berbentuk warna, maka telefon Dagar mengertikan piksel ke dalam komposisi bentuk. Kerananya, SMS yang muncul akan diubah ke dalam tulisan braile di layar.

“Coding bukanlah perkara rumit. Menciptakan permukaan itu sendiri yang menjadi masalah hardware. Bagi kami, peneliti harus bekerja pada sistem material,” kata Dagar.

“Ada ketertarikan yang besar untuk telefon Braile dari para keluarga tuna netra. Telefon  ini benar-benar memberikan kekuatan super dan mengubah dunia,” ujar Dagar lagi.

Seekor Kura-kura Sebabkan Kebakaran Hebat

NEW YORK – Giovani, seekor kura-kura yang bertubuh besar, menjadi penyebab kebakaran di sebuah aparTment.

Kura-kura berusia enam tahun ini baru saja menjadi penyebab kebakaran di apartment milik Mohamed Salem (18).

Ketika Mohamed keluar rumah Giovani dan dua kura-kura lainnya yang  diletakkan di dalam sebuah akuarium kecil di lantai biliknya, merayap keluar dari akurium dan “menjelajah” bilik Mohamed.

Giovani lalu melanggar lampu meja Mohamed dan menumpahkan tiner di dekat peralatan lukis Mohamed.

Lantas, kedua benda tersebut memercikan api dan membakar seluruh ruangan Mohamed yang dilapisi karpet dan berisi banyak kain.

Seperti dikhabarkan Telegraph, Rabu (23/3/2011), nyawa Giovani selamat. Ia berhasil diselamatkan oleh seorang petugas kebakaran yang sedang berusaha memadamkan api di bilik Mohamed.

Namun, dua kura-kura lainnya mati akibat terbakar api.

[Gila] Polis ini tembak diri sendiri untuk dapatkan penghargaan keberanian

REPUBLIKA.CO.ID, NEW DELHI– Seorang polis di India terbaring di hospital, setelah menembak  dirinya sendiri kerana dia berusaha mendapatkan penghargaan keberanian bila dianggap ditembak oleh penjahat, demikian media setempat melaporkan, Rabu.

Mahesh Rajguru mengaku enam lelaki tak dikenal menembaki dirinya ketika dia sedang bertugas. Mahesh adalah pengawal di sebuah rumah milik ahli politik di Jaipur, ibukota negara bahagian Rajasthan, India . Mahesh juga bercerita lelaki itu melarikan diri dengan sebuah kereta etelah serangan yang terjadi Isnin malam tersebut.

“Para petugas pun langsung meluncur ke lokasi dan mereka mendapati keterangan dari Mahesh dan keadaan Tempat Kejadian Perkara (TKP) nampak mencurigakan,” kata Komisioner Pembantu Polisi Arun Macya kepada PTI.

“Ia sudah mengakui bahawa peristiwa yang diceritakan sebelumnya tidak pernah terjadi dan dia menembak dirinya sendiri agar boleh mendapat penghargaan atas keberanian,” katanya. Mahesh, yang mengalami tiga luka tembak di bahagian perut dan lengan, dirawat di hospital pemerintah Sawai Man Singh di Jaipur. Keadaanya dilaporkan stabil.

“Segera setelah mereka melihat saya, mereka menembaki saya. Sebuah peluru menerjang perut saya,” kata Mahesh dalam cerita pertamanya. “Ketika saya teriak, mereka lari keluar dan kembali menembaki saya ketika mereka berlari menujuke kereta. Dua peluru mengenai lengan saya,” tambahnya.

Polisi mengatakan bahawa semua kelongsong peluru yang ditemukan di TKP adalah selongsong dari senjata Mahesh. Tak cuma itu, polisi juga mendapatkan  ada dadah di rumah Mahesh.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved