Gara-gara kesilapan jururawat ,Sakit otak tetapi dibedah jantung

on 23 Mac 2011


Joan Morris (nama samaran)  67 tahun mengakui kehospital untuk belajar menjadi jururawat namun kesalahan yang sangat berat , kerana telah mengambil pesakit yang salah .Pesakit itu sebenarnya akan menjalani pembedahan otak tetapi kerana kesalahan Joan dia telah dibedah  jantungya.Pesakit itu sudah berada di meja pembedahan selama satu jam. Doktor telah membuat torehan -torehan di dada, artery, alur dalam sebuah tabung dan snaked atas ke dalam hatinya (prosedur dengan risiko perdarahan, infeksi, serangan jantung dan stroke).

Ketika telefon berdering dan doktor dari jabatan lain ditanya "apa yang anda lakukan dengan pesakit saya?" tidak ada yang salah dengan jantungnya ! ". Doktor yangmembedah pesakit  itupun memeriksa grafik, dan melihat bahawa dia telah membuat kesalahan yang hebat.Pembedahan ini dibatalkan, dan dia kembali ke bilik itu.Pesakit yang salah dibedah itu kini dalam keadaan stabil.

Instruktur Taekwondo Ini Membuka Akademi " ALA Star Wars"

Setelah mimpi menggabungkan semangat untuk seni bela diri dengan cintanya saga Star Wars, seorang instruktur taekwondo Chili telah membuka sekolah Jedi pertama di Amerika Selatan.

William Berrueta telah menjadi penggemarfilem tar Wars untuk waktu yang sangat lama, tapi  minat itu semakin bertambah Star Wars Tour  yang datang ke Chili pada tahun 2005.Ini memberi dia ilham kepada instruktur seni bela diri untuk memulai program pelatihan bagi muda penggemar sci-fi , Amerika Syaikat, sekitar $ 250.



[Gila] Bakar Al Quran kerana didakwa bersalah lakukan jenayah

Manusai ini manusia tak tahu menggunakan akal dan fikiran...
saya petik dari Sinar Harian

GAINESVILLE - Sebuah salinan kitab suci Islam dibakar dalam sebuah gereja kecil di Florida selepas al-Quran itu didakwa bersalah melakukan jenayah, kelmarin. 

Pembakaran itu dilakukan di bawah pengawasan Terry Jones, yang merancang untuk membakar timbunan al-Quran sempena ulang tahun serangan bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pada 11 September 2001. 

Menurut sumber, upacara itu diadakan sebagai perbicaraan buku di mana al-Quran terbabit dikatakan bersalah menyebabkan berlaku serangan pengganas dan ia patut dijatuhkan hukuman yang setimpal. 

Jones menerima pelbagai ancaman keras daripada orang ramai termasuk Presiden AS dan Barack Obama, Setiausaha Tertinggi AS, Hillary Clinton atas rancangannya untuk membakar kitab suci Islam itu, September lalu. 

Jones tidak meneruskan rancangan itu dan tetapi sebaliknya kali ini dia cuba memberi peluang kepada semua rakyat Islam untuk mempertahankan kitab suci mereka tetapi tidak mendapat sebarang respons.

[Gila] Belasah suami hanya kerana minta urut dan hidangkan makanan

Agaknya dia terlupa tanggungjawab sebagai isteri...
saya petik dari myMetro

AMPANG: Hanya kerana meminta dihidangkan makanan dan diurut badan, seorang lelaki berusia 53 tahun yang terlantar akibat sakit buah pinggang kronik dibelasah dan ditendang isterinya hampir 30 minit di rumah mereka di Jalan Cempaka di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Ahad lalu itu, lelaki terbabit yang sakit sejak setahun lalu hanya mampu menutup kepalanya menggunakan kedua-dua tangan sambil merayu dikasihani isterinya yang berusia 40-an. Mangsa mendakwa kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya kekejaman isterinya itu terpaksa dilaluinya sejak enam bulan lalu dan secara keseluruhan sudah lebih 10 kali dia diperlakukan sedemikian.


Tidak tahan dengan perbuatan keji isterinya, mangsa ditemani beberapa rakan tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang di sini, kelmarin, kerana bimbang keselamatannya.


Sumber polis berkata, mangsa mendirikan rumah tangga bersama pasangannya hampir 10 tahun, namun penyakit buah pinggang kronik dialaminya sejak setahun lalu menyebabkan dia terpaksa bergantung hidup kepada isterinya.


“Sejak menghidap penyakit berkenaan, setiap pergerakannya terbatas. Disebabkan itu, dia terpaksa meminta bantuan isterinya untuk mandi, makan, termasuk untuk bergerak ke tandas,” katanya.


Menurut sumber, enam bulan pertama, mangsa dijaga dengan baik oleh isterinya namun wanita terbabit dilaporkan hilang sabar sebaik masuk bulan seterusnya.



“Mungkin wanita itu tertekan untuk mencari nafkah dan dalam masa sama terpaksa menguruskan makan minum suaminya itu. Wanita itu, mula menunjukkan sikap tidak sepatutnya dan dikatakan mula mengabaikan tanggungjawabnya itu.


“Malah, jika suaminya meminta dia menyediakan makanan, mengurut badan yang sedang sakit wanita terbabit akan memaki hamun sebelum memukulnya,” katanya.



Sumber itu berkata, Ahad lalu, mangsa yang lapar dikatakan meminta pertolongan isterinya untuk menyediakan makanan.


“Wanita terbabit memarahinya namun lelaki terbabit masih bersabar. Selepas 10 minit, mangsa sekali lagi meminta isterinya mengurutkan badan dan kakinya yang sakit.


“Permintaan mangsa menimbulkan kemarahan isterinya sebelum mereka bertengkar. Isterinya yang hilang kawalan memukul suaminya.


“Wanita itu menumbuk, menendang dan memukul mangsa menggunakan kaki dan tangannya lebih 30 minit,” katanya.


Katanya, mangsa hanya merayu dikasihani dan menutup bahagian kepalanya menggunakan kedua tangan.


“Selepas melepaskan geram, wanita terbabit meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.


Keesokan harinya (kelmarin), mangsa menghubungi beberapa rakannya meminta bantuan membawanya ke balai polis sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Manusia Aneh Yang Membuat Sarang Seperti Burung

Mungkin begini cara mereka menemukan kehangatan di siang dan malam hari. Atau, dia fikir dirinya burung!

VIVAnews – Tak hanya memudahkan berkomunikasi, Blackberry dapat membantu penurunan berat badan. Melalui  aplikasi yang ada di Blackberry, Shelli Handerson berjaya mengurangi berat badannya sebanyak 48 kg

Sebelum menggunakan aplikasi ini, Shelli memiliki berat badan 114 kg. Wanita berumur 22 tahun ini telah bertahan dengan kelebihan berat badannya sejak usia 16 tahun dan merasa sangat tidak bahagia.

Hingga akhirnya Shelli menggunakan aplikasi penghitungan kalori seharga £1.99 pada smartphone miliknya. Ia menggunakan aplikasi ini untuk menghitung kalori yang dimakannya dengan cara memasukkan nama makanan yang dia makan setiap harinya.

Keinginan untuk langsing, membuat Shelli dengan cepat merasakan ketergantungan pada aplikasi ini. Dengan mengombinasikan informasi yang ada di dalamnya dan bersenam secara teratur, berat badan yang semula menghantuinya mulai turun.

“Awalnya saya men-download aplikasi ini sekadar suka-suka Tapi, setelah satu minggu berat badan saya turun, jadi saya lanjutkan,” ujarnya seperti telah dikutip laman The Sun.

Shelli pun menambahkan bahawa dia melakukan diet disertai dengan bersenam, serta mengganti asupannya dengan makanan lebih sihat jika dia ingin merasa kenyang namun tetap menjaga berat badannya.

“Saya pun memulai hari dengan sepingan penuh English breakfast, dan memakan kueh kering yang mengandung sayuran,” ujarnya. English breakfast terdiri dari daging babi asap, telur, tomat, jamur goreng, roti panggang, dan sosis.

Setelah beberapa bulan menjalani diet dengan aplikasi ini, berat badan Shelli kini 66 kg. Perubahan bentuk badannya membuat hidup Shelli berubah. Wanita asal St Albans yang pernah berprofesi sebagai pelayan ini mendapatkan promosi sebagai manager bar di restoran tempat dia bekerja.

Shelli mengaku lebih percaya diri dengan tubuhnya. “Saya merancang memakai bikini untuk pertama kalinya pada lcuti nanti,” ujarnya.

Aplikasi pada Blackberry tersebut ternyata dapat mengubah kebiasaan makannya. Shelli juga mendorong teman-temannya menggunakan aplikasi yang sama. “Hasilnya pun luar biasa,” ujarnya.

[Gila] Isteri presiden Guatemala ini sanggup bercerai kerana nak jadi calon presiden


GUATEMALA – Isteri presiden Guatemala, Torres de Colom mengakhiri pernikahannya yang berusia lapan tahun, demi menggantikan suaminya sebagai calon Presiden Guatemala.

Langkah ini dilakukan oleh Torres de Colom, setelah  suaminya, Alvaro Colom tidak lagi diperbolehkan untuk mencalonkan diri sebagai presiden. Rencananya Torres akan mencalonkan diri pada pemilihan presiden September datang. Demikian diberitakan Telegraph, Selasa (22/3/2011).

Perceraian akhirnya menjadi pilihannya, kerana undang-undang Pemilihan Guatemala melarang anggota keluarga Presiden yang sedang dalam perkhdmatan, menjadi sebagai calon dalam pemilihan presiden.Pernikahan yang telah berusia lapan tahun itu pun terpaksa dikorbankan.

Menurut Torres, pencalonan dirinya adalah desakan rakyat Guatemala. Proses perceraian itu sendiri akan selesai dari waktu satu bulan.
Torres mengumumkan dirinya akan menjadi calon Presiden Guatemala dari parti National Unity for Hope yang ketika ini sedang berkuasa di Guatemala. Meski dianggap cukup berani, pencalonan yang dilakukan Torres ini mengundang kontroversi kerana harus mengorbankan perkahwinannya

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved