Kesian ..jururawat terkunci selama 11 hari dalam kereta

on 20 Mac 2011

11 hari dicari-cari ternyata seorang wanita ditemukan terkunci dalam keretanya yang diparking di  Airdrie. Meski lemah, namun wanita itu ditemukan dalam keadaan selamat.

Ceritanya begini, Magdeline Makola hilang pertengahan Disember, 11 hari lalu. Dia tidak kembali ke rumahnya setelah berhenti bekerja bahagian penyakit jantung  Hospital Edinburg. .

Namun dijelaskan bahawa sejak dia dilaporkan menghilang, polis telah mencarinya ke mana mana, sampai  kereta warna merah vauxhall Astra ditemukan di parking pada tengah hari. Wanita berusia 38 tahun ini cedera ringan dan segera dibawa ke hospital.

Magdeline pindah dari Afrika Selatan enam tahun lalu dan tinggal di Scotland sendirian. "Sekarang kami menunggu penjelasan dari Magdeline kenapa hal ini boleh terjadi. Selain itu kami juga minta penjelasan pada siapa saja yang sempat melihat Magdeline sebelum menghilang," ungkap petugas polis.

Dugaan kami, kata polisi, kereta itu sampai di Airdrie bukan kerana Magdeline yang membawanya tapi ada seseorang yang memandunya ke sana. Kami yakin ada orang yang membawa kereta itu ke sana.

Kesaksian orang yang melihatnya, Magdeline terlihat meninggalkan parking hospital Edinburgh pada pukul 8 pagi pada 15 Disember. Keterangan bekas teman sekerjanya, Magdeline seperti binggung setelah ia berhenti dari kerjanya. Selain soal masalah kerja, Magdeline yang telah menjadi warga negara Britain, tidak punya masalah peribadi apapun.

Ketika polis mencari ke rumahnya, polis menemukan beg kerjanya yang berisi seragam dan makanan. Pasport dan kad kreditnya juga ditemukan di rumah tapi keretanya tidak ada di sana sampai akhirnya dia ditemukan di M8 Airdrie.***dailymail.co.uk

Nenek 69 tahun jadi DJ

Hebat juga itu nenek. Pada usia 69 tahun, Mamy Rock menunjukkan kehebatannya sebagai DJ (disc jockey) di tengah lebih dari 3.000 pengunjung, beberapa hari lalu, pada even Anaheim’s Electro Festival di AS.

Yang membuat nenek tersanjung adalah sambutan para pengunjung muda. “Mereka ingin mencium saya. Mereka melempari saya hadiah, juga gelang dari lengan mereka,” katanya.

“Ada dua mawar merah dilemparkan ke saya oleh pemuda. Ini tentu sangat indah orang setua seperti saya ini,” tambahnya.

Mamy Rock mulai tertarik menjadi DJ tahun 2005  ketika menghadiri sebuah kelab malam di London, menemani cucunya yangmenyambut harijadi..

Dalam sebuah wawancara yang dilanporkanTelegraph, nenek ini menggambarkan kesan pertama dia datang ke kelab malam. “Bising, tapi indah kerana semua lampu berkedip dan begitu banyak anak muda bersenang-senang,” kenangnya.

Kepada cucu, Mamy Rock berkata, “Kamu akan lihat, saya boleh membuat yang begini ini untuk anak-anak muda di tempat kita.” katanya

Lima tahun berlalu, Mamy Rock telah menyiapkan dirinya untuk menjadi DJ. Dia segera membuktikan dirinya sebagai seorang DJ . Di Los Angeles, dia kini bekerja di studio rakaman.

Hebat ...Raksasa dan Ultraman sama-sama berdoa untuk Jepun

Barulah betul sama-sama berdoa untuk negara...jangan
asyik bergaduh aje...

Inilah penyanyt rap yang memeluk Islam

REPUBLIKA.CO.ID, LOS ANGELES – Di Amerika Syarikat, nama Bad Boy Records amatlah tersohor sebagai label rakaman yang menmpopularkan aliran musik rap. Salah satu penyanyi yang pernah bernaung di bawah payung label ini adalah Loon. Loon sendiri merupakan nama pentas yang digunakan oleh penyanyi yang memiliki nama asli Chauncey Lamont Hawkins ini.

Bersama dengan pemilik Bad Boy Records yang juga rapper Amerika, Sean John  “Diddy” Combs, dan penyanyi Usher, Loon berkolaborasi membawakan single berjudul I Need a Girl di tahun 2002. Dan, dalam waktu singkat single yang menjadi lagu pertama dalam album bertajuk We Invited The Remix itu langsung menduduki tangga keempat carta lagu Billboard Hot 100.

Sejak saat itu karier Loon sebagai seorang  rapper mulai berkibar. Popular dan wang pun dia raih dengan mudah. Namun, ungkap Loon, dirinya tidak pernah merasakan kepuasaan peribadi meskipun menikmati puncak kehidupan material, kesejahteraan, sukses dan glamour. Seberapa keras dia berupaya, dia mengaku tak merasakan kedamaian di dalam dirinya.

Hal ini pula yang pada akhirnya mendorong rapper kelahiran Harlem, New York, 20 Jun 1975 ini untuk menemukan kebahagiaan dalam Islam. Mengutip laman voa-Islam, Loon memutuskan untuk masuk Islam setelah kumpulan lagu terakhirnya terjual 7 juta copy. Sepanjang karir bermusiknya Loon telah merilis tiga album, masing-masing bertajuk Loon (dirilis Oktober 2003), No Friends (Ogos 2006), dan Wizard of Harlem (Oktober 2006).

Selain itu ia juga telah merilis tiga belas single yang merupakan hasil kolaborasi dengan sejumlah penyanyi . Di antara singlenya tersebut adalah: I Need A Girl yang dinyanyikannya bersama Sean John “Diddy” Combs dan Usher;  Hit The Freeway yang dinyanyikan bersama dengan Toni Braxton; dan Show Me Your Soul yang dibawakannya bersama dengan Sean “Diddy” Combs, Lenny Kravitz dan Pharrell.

Setelah memeluk Islam, dia pun merubah namanya menjadi Amir Junaid Muhadith. ”Loon bekerja di luar sistem diri saya,” ujarnya mengenang sosoknya saat menyandang nama Loon ketika bergabung dengan Bad Boy Records. ”Kini saya bahagia menerima Islam dan menemukan kedamaian dalam hati, sesuatu yang selalui saya cari dalam bisnis musik. Terima kasih kepada Islam, sehingga saya mampu melengkapi pencarian dan kini saya sangat merasa damai. Bad Boys sudah tiada. Saya kini dapat anda panggil “good boy”,” paparnya dalam suatu kesempatan wawancara dengan stasiun TV Al Jazeera.

Amir menemukan cahaya Islam dua tahun lalu, tepatnya pada Disember 2008 silam ketika melakukan tour di Dubai, United Emirate Arab. Selama berada di Dubai,dia kagum dengan budaya kaum Muslimin di sana. Ketika di Dubai, menurut Amir, dia mendengar laungan azan dan melihat orang-orang bergerak menuju masjid-masjid yang terdekat untuk menunaikan solat. ”Mereka terlihat berakhlak mulia dan berinteraksi dengan baik dengan siapa saja,” ujarnya.

Saat itu, sambung Amir, timbul pertanyaan dalam benaknya tentang hakikat agama mereka (Islam). Apakah Islam itu hanya khusus diperuntukkan untuk bangsa Arab, atau untuk semua manusia? Sampai akhirnya ia mendapat jawaban yang konprehensif bahawa Islam itu adalah agama untuk semua manusia, tanpa membedakan keturunan, suku dan bangsa.

Setelah berfikir mendalam, Loon pun memutuskaan untuk menerima Islam sebagai keyakinan barunya. Sejak saat itu ia berubah total. ”Saya tinggalkan dunia musik secara total. Saya keluar total dari komuniti di mana saya habiskan hidup saya sebelumnya selama 17 tahun. Sekarang saya merasakan ketenangan batin yang sejak lama saya rindukan. Saya merasa bertambah tenang lagi setelah isteri dan anak saya juga masuk Islam,” paparnya.

Mengajak orang masuk Islam

Sebelum memeluk Islam, Loon adalah seorang penganut Kristian. Kisah hidupnya dimulai dari tumbuh besar di lingkungan ghetto khusus kulit hitam di Harlem, New York. Ia kemudian menjadi anggota geng jalanan hingga membentuk grup musik bergenre rap dan hip hop, dan akhirnya menemukan cahaya Islam.

Khabar bahwa ia masuk Islam pun mendapat slot khusus dalam tayangan Al Jazeera, satu-satunya stasen jaringan berita independen di Timur Tengah. Dalam pernyataan publiknya, Loon mengatakan kedamaian dari dalam hanya boleh diperoleh dengan menyerahkan diri kepada satu tuhan. ”Hidup untuk sesudah mati, bukan untuk kehidupan saat ini, adalah kepuasan dalam meyakini, memuja dan memohon kepada Allah,” ujarnya. “Itulah mengapa saya mempraktekkan agama Islam yang indah.”

Ketika akhirnya memeluk Islam, sempat muncul pertanyaan apakah Loon masih akan mengejar karier sebagai penyanyi rap? ”Saat ini saya fokus mempelajari Islam dan memperluas pengetahuan tentang cara hidup Islam,” ujarnya. “Berada di posisi yang mempengaruhi, saya pertama-tama harus mampu melindungi diri sendiri,” ujarnya.

Setelah menjadi mualaf, semangat Loon untuk belajar dan mengenal Islam lebih mendalam semakin bertambah, kerana dalam dirinya tertanam niat dan tekad untuk mengajak orang lain kembali kepada Islam. Untuk merealisasikan tekadnya ini, Loon kemudian memilih untuk bergabung dengan lembaga dakwah Islam Kanada, bidang penyebaran Islam. ”Saya memiliki program khusus terkait masalah tersebut, yakni mengajak para penyanyi dan seniman top dunia untuk mengenal Islam dan prinsip-prinsipnya.”

Kertas cari yang tersayang

MIYAGI: “Ada nampak anak saya? Jika ada, hubung saya segera.” Itu perkataan yang tertera pada puluhan helaian kertas yang dilekatkan pada pintu masuk sebuah pusat penempatan mangsa gempa bumi dan tsunami, 11 Mac lalu.
Hanya sekeping kertas itu kini dijadikan harapan buat ahli keluarga mengesan insan tersayang yang mungkin masih hidup atau terselamat.

Cara itu dilihat paling berkesan kerana setiap mangsa bencana akan ditempatkan di pusat penempatan di kawasan tumpuan ramai seperti stadium, sekolah dan dewan orang ramai di serata tempat.

Jadi tidak hairan, akan kelihatan banyak helaian kertas dilekatkan di pintu atau dinding yang tertera nama mangsa yang hilang selain nombor telefon yang boleh dihubungi jika tahu di mana mangsa berada.

Malah, ada pusat menyediakan papan kenyataan khas bagi memudahkan helaian kertas itu ditampal dengan lebih tersusun supaya mudah dilihat serta dibaca.

Tinjauan Metro Ahad ke beberapa pusat penempatan mangsa bencana di sekitar Natori, di sini, dan Iwate mendapati banyak helaian kertas di dinding dan pintu bertujuan mengesan ahli keluarga masing-masing yang masih hilang.


Bagi Kikoshi, 65, dia mencari anak perempuannya, Yuki Aizawa, 23, yang hilang sejak gempa bumi dan tsunami melanda.

Katanya, sudah puas dia mencari anak tunggalnya di setiap pusat pemindahan tetapi hingga kini masih gagal.


“Saya dan isteri risau kerana anak saya masih gagal ditemui. Ketika kejadian, anak saya keluar bekerja di bandar yang terletak kira-kira 30 kilometer dari rumah,” katanya semalam.

Sementara itu, Pengetua Sekolah Rendah Tatekoshi, Natori yang menjadi satu daripada pusat pemindahan, Morio Takashashi berkata, masih ramai mangsa di situ yang hilang dan gagal ditemui hingga kini.

Katanya, setiap hari pasti akan ada mangsa dari kawasan lain datang ke sekolah ini untuk mencari kalau-kalau ada ahli keluarga mereka ditempatkan.

“Mereka akan membawa beberapa helaian kertas tertera nama ahli keluarga dan nombor telefon yang boleh dihubungi untuk diletakkan di dinding di sekolah saya,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini tiada seorang pun ahli keluarga yang menampalkan helaian kertas itu menemui keluarga masing-masing.

Alamak .Tiger Wood sukar kawal kentut kuat

Macam-macam hal,,,
saya petik dari Berita Harian


FLORIDA: Bekas pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods, mungkin sudah berusaha sedaya upaya membaiki imejnya yang terjejas tahun lalu selepas kecurangannya didedahkan media.

Bagaimanapun, masih ada beberapa tabiat bintang sukan berkenaan yang tidak mampu diubah.

Satu tabiat Woods yang belum dapat diubah ialah kebiasaannya menyumpah, menyeranah dan memaki hamun.

Selain itu dia juga mengalami masalah kentut tidak terkawal yang diperlihatkan minggu ini.

Woods sedang membuat latihan pukulan pada kejohanan Piala Tavistock apabila kamera stesen televisyen Golf Channel merakam bunyi kentutnya ketika seorang lagi pemain golf terkenal Graeme McDowell bersedia membuat pukulan.

Bunyi kentut Woods kedengaran dan rakaman televisyen menunjukkan Woods dan kedinya, Steve Williams, cuba menahan ketawa selepas McDowell membuat pukulan.

Pengulas rangkaian itu merujuk kentut Woods sebagai ‘bunyi bising penonton’ tetapi kebanyakan peminat sukan golf mengetahui perkara sebenar, tambahan pula kedua-duanya dilihat sedang ketawa.
Apapun, sejak kembali bertanding, Woods berkata dia mahu merampas semula kedudukan sebagai pemain golf nombor satu dunia.

“Saya kecewa. Saya seronok memenangi kejuaraan golf tetapi agak lama tidak mencapai sebarang kejayaan,” katanya.

Woods juga mendedahkan dia sedang berusaha memperbaiki kehidupan peribadi selain cuba menjadi bapa yang baik kepada kedua-dua anaknya, Sam, 3 dan Charlie, 2. – Agensi

Anak Wayne Rooney 16 bulan mula latihan bolasepak

Bila bapa kaki bola..
saya petik dari myMetro

LONDON: Anak Wayne Rooney yang berusia 16 bulan akan memulakan latihan untuk menjadi bintang bola sepak di sebuah sekolah sukan berkenaan.

Bintang bola sepak Manchester United dan England itu dilapor mendaftarkan anaknya, Kai, di SocaTots, yang diharap dapat menjadikan kanak-kanak itu bintang seperti Ronladinho dan pemain Brazil lain yang bakat mereka dibentuk pada usia muda lagi.


Selain kemahiran bermain bola, sesi latihan juga bertujuan meningkatkan keseimbangan, menyerlaras dan interaksi sosial.


Wayne, 25, mengetahui mengenai kursus yang berlangsung di Cheshire itu dan tidak mengambil masa lama untuk mendapatkan tempat bagi Kai.


Satu sumber berkata: “Wayne menggalakkan Kai membabitkan diri dalam bola sepak dan sudahpun membelikan kelengkapan pasukan Everton pertama untuknya di samping jersi United dan England.


“Dia menaruh harapan semoga Kai mewarisi kemahiran semula jadinya dalam sukan itu.” Kai sudah menyaksikan banyak perlawanan bola sepak. Ibunya, Coleen sentiasa membawanya ke Stadium Old Trafford untuk menonton perlawanan United. - The Sun

Kanak-kanak 4 tahun ini hanya boleh makan melalui tiub

Daniel Harrison. Kanak-kanak empat tahun ini belum pernah merasakan nikmatnya makanan dan minuman sejak lahir. Seluruh keperluannya nutrisinya masuk ke tubuh melalui tiub yang terpasang di perutnya.

Seperti dikutip dari laman Daily Mail, penderitaan kanak-kanak itu bermula ketika acid reflux menyerangnya ketika masih bayi.

Acid reflux adalah gangguan pola makan akibat produksi asam lambung berlebihan. Ini biasanya ditanda dengan muntah setiap kali makan, disertai rasa sakit tak tertahankan di area dada atas dan tenggorokan. Tak jarang rasanya seperti terbakar.

Sejak penyakit itu menyerang, Daniel selalu mengalami ketakutan luar biasa ketika dihadapkan pada makanan dan minuman. Gangguan autisme juga menambah trauma kaerana memori tentang rasa sakit ketika bayi terus melekat.

Orangtuanya, Kevin dan Catherine, sudah pergi merata untuk menyembuhkan penyakit yang diderita Daniel. Berbagai tindakan perubatan sudah dilakukan, namun tak membuahkan hasil. Pada 2009, Daniel bahkan harus berjuang melawan virus H5N1 yang menyerang paru-parunya.

Kini, Kevin berusaha menabung untuk membawa Daniel berubat ke University Hospital, Graz, Austria. Ia mendengar ada pesakit seperti Daniel sembuh di sana. "Saya cuma bermimpi Daniel bioleh hidup normal seperti kanak-kanak seusianya, menyuap makanan dan minum di meja," kata Kevin.

Sumber : http://abdullahkhoirulazzam.blogspot.com

Benarkah Menghisap Payudara Selamatkan Perempuan dari Kanser?

TRIBUNNEWS.COM,  -Pada hari Sabtu (19/3/2011) telah tersiar dari BlackBerry Messenger(BBM), mengenai cara pencegahan kanser payudara. Dalam BBM tersebut mengatakan kanser payudara boleh dicegah jika terus dihisap oleh pasangannya.

Dalam BBM tersebut, data tersebut diambil dari situs berita internasional BBC dan Jabatan Kesihatan dari Britain. Berikut isi BBM untuk mencegah kanser payudara dengan cara menghisap.

Dalam waktu dekad mungkin akan ada wanita yang mahu membayar orang terutama lelaki untuk menghisap payudara mereka?

Dalam Beranda BBC Top News Story: Doktor menyarankan bahawa payudara wanita yg disedut secara teratur akan sangat bagus untuk mengurangi risiko terkena kanser payudara.

Dikatakan pula bahawa penghisapan payudara secara teratur akan menurunkan tingkat risiko yang cenderung menyebabkan berkembangnya kanser payudara.

Payudara harus disedout sesering mungkin, hal ini dipercayai akan membantu perempuan melawan kanser payudara.

Pesan ini dibuat oleh Jabatan Kesihatan dengan tema “Melawan Kanser Payudara”.

Ini entah benar atau tidak.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved