Powerloo: toilet pertama di dunia khas untuk anjing

on 18 Mac 2011

Sebagai pemilik anjing kotoran anjing sedikit mengganggu atau mengotori kawasan sekitar makanya dicipta satu produk khas untuk anjing .

Powerloo adalah toilet pertama di dunia yang khusus untuk binatang peliharaan terutama anjing. Yang dimaksud toilet disini bukan bererti boleh membuat anjing anda membuang kotoran dan mem-flush-nya sendiri tentu saja.



Seperti layaknya sebuah toilet, toilet ini juga tersambung ke saluran pembuangan (septic tank) dan juga paip air untuk air bersih.

Powerloo ditempatkan di luar rumah dan untuk membilas, anda boleh menggunakan kaki melalui pijakan yang ada.



Dengan toilet ini, setidaknya anda tidak akan mencemari lingkungan kerana anda sudah tidak perlu lagi membuangnya di sembarang tempat.

Ini sesuatu yang pasti diidamkan oleh para pecinta binatang peliharaan tetapi  agak sedikit sedih setelah mengetahui harganya iaitu mencapai US$ 1.000  hanya untuk sebuah toilet binatang.

Bayi Ketakutan Jadi Sensasi Di YouTube

INILAH.COM, London – Kelucuan bayi boleh menjadi hiburan tersendiri bagi seseorang. Kini, bayi lucu berasal London bernama Emerson menjadi perhatian. Pada video nampak bayi sedang ketakutan.

Bayi lima bulan bernama Emerson itu memang lucu. Dalam video YouTube, Emerson tiba-tiba menunjukkan ekspresi wajah ketakutan seperti melihat hantu, namun langsung tertawa terbahak-bahak.

Ternyata, Emerson takut kerana melihat ibunya boleh mengeluarkan bunyi dari hidungnya. Begitu ibu Emerson berhenti membunyikan hidung, bayi lucu itu langsung tertawa dan terus begitu berulang-ulang.

Tiadak berapa lama video itu menjadi popular. Kini hit yang diperoleh video itu sebanyak 3 juta dan terus bertambah.

“Pagi itu, ketika saya membunyikan hidung, Emerson ketakutan lalu tertawa. Saya melakukannya lagi dan reaksinya sama. Saya kemudian langsung merakamnya,” tulis ibu bayi lima bulan itu di YouTube.



Anjing yang dijual dengan harga 1 juta poundsterling


SHANGHAI – Anjing Merah Tibet merupakan anjing termahal di dunia setelah berhasil terjual dengan harga satu juta poundsterling,

Anjing Tibet Mastiff merupakan anjing penjaga yang biasa menjaga kem para pengembara dan juga biara di dataran tinggi Tibet selama berabad-abad.

Anjing tersebut juga diperkirakan sebagai anjing peranakan tertua di dunia. Anjing jenis tersebut juga diperkirakan pernah dimiliki oleh Genghis Khan dan juga Buddha.

Namun kini, anjing tersebut menjadi simbol bagi orang China yang kaya. Anjing tersebut juga dianggap peranakan murni dari China dan sulit ditemukan di luar Tibet, membuatnya menjadi sangat ekslusif.

Sebelumnya harga anjing tersebut hanya di kisaran 5.000 yuan, tapi kini meningkat menjadi ratusan ribu hingga jutaan yuan, demikian lansir Telegraph.

Big Splash, atau “Hong Dong” di China, berusia 11 tahun tapi tingginya bisa mencapai satu meter dengan berat 82 kilogram.

Lu Liang, salah seorang peternak mengatakan, bahawa penjualan tersebut sebenarnya dirahsiakan. Tapi tetap saja bocor. Anjing itu dibeli oleh pengusaha batu bara dari utara China.

Sumber : http://www.okezone.com/

Tradisi larian bogel di sebuah universiti berakhir

MEDFORD, KOMPAS.com — Tradisi lebih dari tiga dekad di Tufts University, Massachusetts, akhirnya berakhir. Rektor Lawrence Bacow melarang mahasiswanya melanjutkan tradisi berlari tanpa pakaian keliling kampus untuk menandai akhir semester musim gugur.

Dalam tulisannya di akhbar mahasiswa, Isnin (14/3/2011), Bacow mengatakan, Naked Quad Run menjadi berbahaya kerana penggunaan alkohol berlebihan, trotoar yang licin, dan rendahnya suhu udara yang membahayakan kesihatan mahasiswa. Selain itu, polis menganggap kegiatan ini haram.

Bacow mengatakan, dua peserta masuk hospital kerana pengunaan  alkohol berlebihan pada Disember lalu. Tradisi ini dimulai pada tahun 1970-an. Mahasiswa yang kecewa mengatakan, lari bogel adalah cara mengendurkan tekanan kuliah. Mereka menuduh sebahagian kecil pemabuk telah merugikan mahasiswa lain.

Seluar dalam untuk orang pemalu

INILAH.COM, Anda merasa malu ketika berjalan melalui mesin pengimbas seluruh tubuh di lapangan terbang? Jangan khuatir. Ada orang yang menciptakan seluar dalam khas.



Alat pengimbas di beberapa lapangan terbang Britain memungkinkan seluruh penampakan tubuh, termasuk organ kelamin, tampak di layar muka umum. Kerananya, ilmuwan Steve Bradshaw, 54, menciptakan seluardalam yang mampu mencegah penumpang merasa malu.

Seluar dalam itu terbuat dari campuran logam dan kaca, namun tetap memungkinkan operator pengimbas mesin dapat melihat benda-benda berbahaya seperti senjata, pisau dan bahan peledak di seluruh tubuh.

Ayah satu anak itu mengatakan mesin itu sudah melanggar privasi manusia. “Mesin itu beroperasi dengan panjang gelombang yang berbeza-beza dan dikhuatirkan menciptakan radiasi,” kata Bradshaw.

Lelaki berasal Poynton, England itu menciptakan seluar dalam ‘berbeza’ dari bahan barium sulfat, alumunium, kaca dan lainnya. “Saya sudah bekerja 35 tahun di perusahaan sablon. Saya sudah mengetahui secara pasti bagaimana mendifusikan gambar.”

Profesor Nick Bowring,  di Manchester Metropolitan University, Inggris, percaya teknologi yang diciptakan Bradshaw dapat bekerja dengan baik.

“Menggunakan bahan yang mampu merefleksikan sinar X sekaligus ‘membutakan’ tampilan mesin merupakan cara yang efektif untuk mencegah alat itu menampilkan gambar yang tidak diinginkan,” katanya

Wah…Hormon Cinta Ditemukan pada Monyet

KOMPAS.com – Para ilmuwan berhasil menemukan hormon cinta pada monyet yang disebut dengan oksitosin. Disebut hormon cinta kerana oksitosin berperanan mengatur aktiviti organ reproduksi dan perilaku sosial, seperti ikatan antarkelompok, ibu dan anak.

Oksitosin sebenarnya ditemui pada seluruh mamalia, tetapi oksitosin yang ditemukan pada monyet ini berbeza. Peneliti mengungkapkan, perbezaan itu terjadi kerana gen yang bertanggung jawab dalam produksi hormon ini juga berbez.

Karen Parker, peniliti dari Stanford University yang terlibat penelitian ini mengatakan, penemuan ini adalah kali pertama oksitosin ditemukan berbeza dalam mamalia yang dipelajari.

“Pandangan ortodoks mengatakan, semua mamalia memiliki oksitosin yang sama,” ujarnya.

Penemuan hormon ini terjadi ketika Karen dan rakannya tengah mempelajari tentang monyet di laboratorium. Mereka mengalami kesulitan ketika  ingin mengukur kadar oksitosin. Setelah melakukan analisa genetik, mereka mengetahui bahwa gen yang bertanggung jawab terhadap produksi oksitosin dalam monyet berbeda.

Penelitian ini telah dipublikasikan dalam jurnal Biology Letters, Selasa (15/32011) kelmarin. Parker mengatakan, ia dan pasukannya akan terus mempelajari aktiviti oksitosin ini untuk membandingkan efeknya dengan oksitosin yang dikenal selama ini.

Oksitosin sendiri adalah sebuah hormon yang diproduksi di bahagian otak disebut kelenjar putuitari. Setelah diproduksi, hormon disebarkan lmelalui sistem sirkulasi tubuh, terutama menuju organ sasaran.

[Gila] Nak parang pensyarah kerana tukar asrama

Ini semua disebabkan nak ikut darah muda...
saya petik dari myMetro

KUALA LUMPUR: Hanya kerana ditukar ke bilik asrama lain, seorang siswa lelaki sebuah kolej swasta di sini yang berusia 25 tahun, nekad cuba mencederakan warden yang juga pensyarahnya dengan menyerang wanita berkenaan menggunakan parang. 

Pelajar terbabit turut mengugut membunuh pensyarah berusia 47 tahun itu selain mengarahkan mangsa menarik balik arahan menukar bilik yang dikeluarkannya sebelum itu.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, warden terbabit bernasib baik apabila suspek dapat dihalang sekumpulan siswa lain yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.

Bimbang mengenai keselamatannya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini dan berdasarkan aduannya mangsa memaklumkan siswa terbabit memang seorang yang bermasalah.

Bagaimanapun, menurut sumber, mangsa mengarahkan siswa itu ditukarkan ke bilik lain bukan semata-mata disebabkan masalah dirinya, sebaliknya ia untuk keselesaan semua siswa berikutan premis asrama berkenaan sudah didiami terlalu ramai penghuni. “Dalam aduannya, mangsa memberitahu kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke tempat letak kereta sebelum didatangi suspek yang memarahinya.

“Mangsa cuba menenangkan pelajarnya itu dengan memberikan penjelasan, namun tidak diendahkan. Sebaliknya, suspek memaki hamun mangsa,” katanya.

 Menurutnya, mangsa mengambil pendekatan mendiamkan diri kerana tidak mahu masalah menjadi lebih serius, namun tindakannya masih tidak memuaskan hati suspek.

“Suspek pergi ke keretanya dan mengambil parang sebelum berlari ke arah mangsa dipercayai untuk menyerangnya sambil menjerit mahu membunuh mangsa.

 “Tersentak dengan itu, mangsa menjerit meminta pertolongan dan dia bernasib baik kerana terdapat sekumpulan lima siswa lelaki yang melalui kawasan berkenaan.

“Kumpulan siswa itu menghalang suspek sebelum mereka mengarahkan mangsa meninggalkan kawasan itu,” katanya.

Sumber itu berkata, sebaik suspek meninggalkan kawasan itu suspek ditenangkan kumpulan pelajar berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Sanggup habiskan duit bina pondok atas pokok untuk berzina

Kerana nafsu duit habis pun tak apa..
saya petik dari myMetro



MELAKA: Seorang lelaki sanggup berbelanja besar untuk mengubah suai pangkin bagi mencapai hasratnya mendirikan sebuah ‘mahligai’ di atas pokok bagi membolehkan dia tinggal sebumbung bersama kekasihnya.

Bagaimanapun, kediaman ibarat chalet di Pantai Kundor, dekat sini, yang lengkap elektrik, tempat tidur, televisyen dan tandas milik lelaki itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.

Dalam serbuan itu, Jaim menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan kekasihnya, wanita warga Indonesia berusia 23 tahun yang mendiami pondok terbabit.

Turut ditahan ialah anak saudara lelaki terbabit berusia 22 tahun yang berada dalam rumah di atas pokok itu dipercayai mengunjungi mereka.

Pondok terbabit dibina tiang penyokong, tangga dan mempunyai titi untuk ke beberapa bahagian di atas pokok berkenaan selain dilengkapi beranda.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani, berkata sepasukan pegawai dan anggotanya ke pondok terbabit selepas menerima aduan ada perbuatan maksiat dilakukan di sebuah rumah di atas pokok.

 Katanya, apabila tiba di lokasi berkenaan pihaknya mendapati ada tangga untuk naik ke pondok dan selepas dua anggotanya naik serta mengetuk pintu, ia dibuka seorang lelaki.

“Selepas memperkenalkan diri, anggota kami masuk ke dalam pondok terbabit dan menemui seorang lagi lelaki serta seorang wanita.

 “Apabila disoal siasat, wanita itu tiada hubungan mahram dengan kedua-dua lelaki terbabit. Wanita itu juga mengaku tinggal di dalam pondok terbabit bersama lelaki berusia 31 tahun itu yang juga kekasihnya,” katanya.

Rahimin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit tinggal di pondok yang diubah suai di atas pokok berkenaan sejak hampir setahun lalu.

Katanya, berdasarkan maklumat, pondok terbabit asalnya dijadikan tempat seorang ahli keluarga lelaki itu mengajar al-Quran yang meninggal dunia beberapa tahun lalu dan sejak itu pondok terbabit tidak digunakan.

Menurutnya, lelaki terbabit yang bekerja sendiri mengubah suai pangkin berkenaan untuk dijadikan kediamannya.

“Bagaimanapun, dia bertindak luar batasan apabila tinggal bersama wanita Indonesia yang juga seorang pekerja industri seolah-olah suami isteri,” katanya.

Rahimin berkata, dua lelaki dan wanita warga Indonesia terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya.


Ditemukan Tikus Berjari Mirip Manusia

INILAH.COM, – Seekor tikus berjari mirip manusia, ditemukan di Pasuruan, Jawa Timur.

Tikus yang berhasil ditangkap di sebuah villa milik Samsul Hadi (53), warga Desa Puspo, Kecamatan Puspo, Kabupaten Pasuruan itu disyaki tikus jadi-jadian.

“Tikus tersebut ditangkap oleh Gus Arsyid, asal Pasrepan di kamar villa saya pada Sabtu (5/3/2011) lalu, sekitar Pukul 7:00 WIB. Selepas ditangkap, tikus itu sempat saya pelihara di rumah,” terang Samsul Hadi, pemelihara tikus yang diduga jadi-jadian, Rabu (16/3/2011).

Diakuinya, memang tikus ini bukan sembarang tikus kerana memiliki sejumlah keanehan, yakni jari dan tangannyan  mirip seperti manusia. Sebab, yang paling meyakinkan adalah adanya garis tangan yang juga dimiliki oleh tikus yang diduga jadi-jadian atau tikus pesugihan itu.

“Setelah saya bawa ke rumah, Minggu (6/3/2011) lalu ramai orang yang berkunjung kerumah saya Mereka meminta agar tikus tersebut dibunuh.

Tak hanya itu, lanjutnya, bukti jika tikus ini adalah tikus jadi-jadian yakni dari bentuk fisik wajahnya yang mirip seperti babi. Begitu pula dengan gaya rambutnya, juga persis seperti gaya anak muda zaman  sekarang. Ditambah lagi dengan bentuk kuping tikus aneh itu, yang hampir tak ada bez sepertinya manusia.

Selain itu, soal selera makan, tikus  ini lebih suka makan roti daripada makanan lainnya. “Tikus ini akhirnya mati pada Jumat (11/3/2011) lalu . Saya tidak tahu apa penyebabnya, tetapi kerana khuatir  dia tikus jadi-jadian ia akhirnya kita kubur,” pungkasnya.

Haiwan Kecil Yang Jauh Lebih Kuat Dari Mesin Motor

Copepoda adalah group crustacea kecil yang dapat ditemui di laut dan hampir di semua habitat air tawar dan mereka membentuk sumber terbesar protein di samudra. Banyak spesies adalah plankton, tetapi banyak juga spesies benthos dan beberapa spesies kontinental dapat hidup di habitat limno-terestrial dan lainnya di tempat terestrial basah, seperti rawa-rawa.

Copepoda termasuk zooplankton, dewasanya berukuran antara 1 dan 5 mm, biasanya dimanfaatkan sebagai pakan larva ikan karena selain mempunyai nilai nutrisi yang tinggi juga karena ukuran tubuh yang bervariasi sehingga sesuai tingkat perkembangan larva ikan.

Pasukan kajian dari Denmark, secara rasmi menobatkan copepoda sebagai haiwan pelompat tercepat di dunia. Krustasea bawah air menggunakan hingga 5 pasang kaki untuk mendorong air, dan mempercepat hingga 500 panjang tubuhnya dalam waktu 1saat .Demikian dilaporkan "News Discovery", baru-baru ini.

Mereka mampu melompat dengan rata-rata kecepatan setengah meter per saat, bererti dilakukan hanya dalam waktu kurang dari beberapa ribu saat .Hal tersebut menunjukkan bahwa copepoda dihubungkan dengan ukurannya yang sangat kecil, memiliki kekuatan 10 kali lebih kuat dari haiwan atau mesin motor apapun buatan manusia.

Peneliti berhasil mengungkap kesimpulan bahwa kekuatan copepoda 10-30 kali lebih kuat dari spesies lainnya dengan produksi kekuatan maksimum yang juga konstan didapatkan dari pelontar superior kaki bercabang lima yang biasa digunakan untuk berenang tersebut memiliki dua mekanisme terpisah yakni dua gaya dorong terpisah dari kaki kuatnya

Ilmuwan Temukan Ikan Pari ‘Pancake’

CALIFORNIA – Para ilmuwan mengatakan kalau mereka telah menemukan dua spesies baru ikan pari di hutan hujan Amazon dan menyebutnya sebagai ikan Pari ‘Pancake’

“Julukan tersebut diambil kerana bentuknya yang menyerupai pankek. Ikan tersebut juga merupakan jenis pari terbaru yang ditemukan dalam kurun 20 tahun terakhir di Amazon,” ujar Nathan Lovejoy dari University of Toronto dan Marcelo Rodrigues de Carvalho dari University of Sao Paolo. Demikian seperti yang dikutip dari The Post Chronicle.

Spesies baru yang ditemukan oleh para ilmuwan tersebut dinamakan Heliotrygon Gomesi dan Heliotrygon Rosai.

Di samping bentuknya yang menyerupai pankek, kedua spesies baru pari tersebut berukuran besar dan memiliki duri di ekor mereka.

Kebanyakan dari spesimen tersebut berasal dari wilayah Rio Nanay, dekat lquitos, Peru. Penemuan tersebut juga menambah jumlah jenis ikan pari di wilayah tropis seperti Meksiko, India Barat dan Amerika Tengah.

“Yang paling penting dari penemuan ini adalah pemberitahuan bahwa masih banyak ikan di Amazon yang belum diteliti dan ditemukan,” ujar Lovejoy.

Penemuan ikan Pari Pankek ini dilaporkan dalam jurnal sains Zootaxa.

Kota Kondom Larang Jual Kondom

PARIS – Bada kehakiman di Perancis telah melarang sebuah perusahaan yang didirikan oleh keturunan Raja Louis XIV yang menjual kondom mewah dari Kota Kondom, Prancis.

Pengadilan di Kota Bordeaux ini melarang penjualan kondom yang menggunakan jenama “Kondom Asli dari Kota Kondom”.

“Sudah jelas bahawa penggunaan nama, gambar dan kemahsyuran kota Kondom tanpa sepengetahuan pemerintah kota setempat ini adalah suatu hal ilegal,” ujar sang hakim seperti dilansir Strait Times, Khamis (17/3/2011).

Keturunan bangsawan Perancis, Charles-Emmanuel de Bourbon Parme dan Gil de Bizemont, telah menjual kontrasepsi mewah yang ramah lingkungan itu sejak tahun 2009. Penjualannya paling banyak ialah di Amerika Syarikat (AS).

Perusahaan yang berpusat di Kota Kondom dengan gaya abad pertengahan ini menjual kondom tersebut seharga USD2 . Kondom itu sendiri diproduksi di Malaysia, dan pihak perusahaan mengatakan bahawa kondom mereka tidak akan ditemukan di tempat lain di Perancis.

Dalam situsnya, keduanya mengatakan bahwa “Kondom ini mencegah penyakit dan melindungi dari rasa kelengketan,” kata Bizemont.

Kes ini kemudian diajukan ke pengadilan oleh Datuk Bandar Kota Kondom kerana telah memburukkan nama Kota Kondom.

Sumber : http://www.okezone.com/

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved