Ciptaan pelik yang dipatenkan

on 16 Mac 2011

Filter rokok dari keju
Paten 3,234,948

Jutaan orang di seluruh dunia merokok. Banyak juga yang menikmati keju. Mengapa tidak menggabungkan keduanya dalam filter rokok yang terbuat dari keju? Dengan begitu, Anda dapat bersantai dan menggigit keju pada saat yang sama - dengan tidak ada racun tertinggal di belakang! Stuart Stebbings De Pere, mematenkan idea ini pada tahun 1964.



Papan Permainan Konflik Timur Tengah
Paten 5.108.112

Bayangkan Monopoli, kecuali di tempat Boardwalk dan Indiana Avenue anda memiliki kotak seperti "Oil Spill, Kehilangan 1 Barrel" dan "Pembicaraan Damai" dan "Cari Saddam, Win 3 Barrel." Permainan, yang diciptakan oleh Debra A. Gould dari Palmer, Mass, pada tahun 1991 dan dipatenkan pada tahun 1992, berkisar sekitar perang antara Iraq, Arab Saudi dan AS Tujuan: Mengumpulkan rudal dan minyak barel. Pemain yang menang adalah salah satu yang memiliki paling banyak barel minyak ketika permainan terakhir rudal ditembakkan.

Cover Anti Debu atau bulu untuk Anjing
Paten 3.150.641

Tidak ingin anda terkenat debu atau bulu anjing? Seroun Kesh dari Detroit membuat idea ini. Sebenarnya, tujuan utama Kesh dengan membuat pakaian seluruh tubuh ini adalah untuk melindungi perabot  rumah dari debu atau bulu yang di bawa anjing.


Metode  Menyembunyikan kebotakan
Paten 4.022.227

Singkatnya: sebuah paten untuk sisir multi-directional, dipatenkan pada tahun 1975 oleh Frank Smith dan Donald Smith.

Periskop Makam
Paten 901.407

Pada tahun 1908 penemu George Willems dari Roanoke, Ill, punya idea aneh: periscop untuk peti mati yang melekat, setelah dikubur, mereka boleh mengintip ke dalam untuk memastikan bahawa orang dimakamkan itu masih mati.


Alat untuk Memfasilitasi kelahiran Anak oleh Gaya Centrifugal
Paten No 3.216.423

Cara untuk mengurangi rasa sakit, satu lagi alat yang sesuai untuk pusat pelatihan NASA dari hospital, ibu yang akan melahirkan diikat dalam di katil dan dan diputar  sekitar 82 putaran per menit, cukup cepat untuk memaksa bayi keluar dan lahir ke dunia . Jangan khuatir: Ada alat internal yang menjaga mesin dari berjalan terlalu cepat .Empat puluh tahun kemudian, hospitalmasih belum mahu menggunakan alat ini.


Kombinasi Bantal dan Helmet
Paten No 3.538.508

Ini benar-benar bantal yang bertujuan baik yaitu untuk membantu penumpang selamat dari kecelakaan pesawat.


Memiliki kopi terlarut dalam Komposisi Nikotin
Paten No 6.749.882

Penemu Stephen Fortune menyatukan ini. Untuk para pekerja keras yang baru tidur pukul 2 pagi  dan bangun pada pukul 4, tentu pekerjaan yang berat. Bantal ini untuk membantunya. Begitu anda membuka mata, anda langsung boleh menghisap kopi yang bercampur nikotin, sehingga anda akan langsung terjaga.


Thong-Type Garment Dengan kerangka Besi 
Paten No 6.738.988

Edward T. Ruiter 's dan Jacqueline Dugas-Ruiter's mematenkan thong underwear ini. Fungsinya untuk mencegah kejahatan pemerkosaan.

Alat Musik Diadaptasi untuk memancarkan Api Terkawal
Paten No 4.247.283

Bagi mereka yang mencari sensasi untuk menambah sedikit efeck pada terompet mereka, hanya seperangkat instrumen anda dengan kartrid dari gas yang mudah terbakar terhubung ke saklar pengapian.

Udara segar dan Metode Alat Pernafasan
Paten No 4.320.756

Penemu William O. Holmes muncul dengan gagasan di awal tahun 1980-an setelah terjadi kebakaran di hotel bertingkat tinggi. Perangkat Holmes berTujuannya untuk  orang yang terperangkap dapat menyedut udara yang tidak beracun dari toilet hingga pemadam kebakaran tiba. Meskipun itu berbau.

Drift rally yang hebat


LETAK MAKLUMAT IKLAN

Buaya yang dah bunuh 300 nyawa hanya untuk suka-suka

VIVAnews.com | Burundi, negara penuh konflik di Afrika memiliki seekor haiwan pemangsa manusia yang paling mengerikan. Haiwan itu adalah buaya sungai Nil jantan berukuran panjang 6 meter dan memiliki berat sekitar 1 tan.

Gustave, nama buaya itu, merupakan buaya sungai Nil terbesar yang pernah tercatat dan masih hidup sampai ketika ini. Menurut penduduk sekitar dan Patrice Faye, seorang peneliti Prancis yang menghabiskan waktu bertahun-tahun untuk menangkap Gustave, sampai ketika ini buaya itu telah membunuh lebih dari 300 orang.



Meski lebih besar dibanding ukuran rata-rata buaya sungai Nil, Gustave bukanlah buaya terbesar. Menurut penelitian, buaya berukuran 6 meter cukup lumrah di sejumlah kawasan Asia dan Australia. Guinness Book of World Record mencatat, buaya terbesar berasal dari kawasan timur India dengan panjang 7 meter.



Warga setempat menyebutkan bahawa Gustave membunuh bukan hanya untuk mencari makan, namun untuk bersenang-senang.


Setiap melancarkan serangan, ia membunuh beberapa orang lalu menghilang selama berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun. Setelah itu ia muncul kembali di lokasi yang berbeza dengan tujuan untuk membunuh kembali. Menurut National Geographic, Gustave terakhir terlihat pada Februari 2008.

Selera makan Gustave juga berbeza dengan buaya pada umumnya. Dikhabarkan, ia pernah membunuh kuda l jantan – haiwan sangat berbahaya yang umumnya dihindari oleh buaya – dan melahapnya.


Tubuh Gustave juga memiliki banyak guratan bekas luka akibat pisau, tombak, dan bahkan senjata api. Sebuah titik gelap di bahagian atas kepalanya merupakan bekas jejak luka tembak yang sejatinya bertujuan untuk mengakhiri hidupnya. Seluruh pemburu, bahkan satu regu tentara sempat cuba membunuhnya, namun gagal.

“Kami pernah mencoba menangkap Gustave dengan membuat jebakan besar di bawah air. Namun meski buaya itu muncul, ia tidak mendekat ke jebakan,” kata Faye, seperti dikutip dari Listverse, 16 Februari 2011 “Ia hanya berenang mengelilinginya,” ucapnya.

Faye menyebutkan, kini target untuk membunuh buaya yang diperkirakan telah berusia lebih dari 60 tahun tersebut sudah diubah. “Kami kini ingin menangkap buaya tersebut untuk mengamankannya dan juga menyelamatkan kehidupan di sekitar sungai Nil,” ucapnya.

Saat ini, pemerintah Burundi telah menempatkan sebuah kurungan khusus di Ruzizi National Park yang siap menampung haiwan pemangsa manusia paling mengerikan sepanjang sejarah tersebut.

Ahli bina badan wanita melacur melalui internet

Sayang menggunakan kelebihan untuk tujuan lain..
saya petik dari kosmo online

MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Bekas juara bina badan Kanada kategori wanita, Rhonda Lee Quaresma (gambar) ditahan polis berhubung dakwaan dia melacurkan dirinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Quaresma, 42, ditahan selepas polis negeri Florida melancarkan siasatan mengenai sejumlah pelacur yang menggunakan Internet bagi mengiklankan perkhidmatan mereka.

Wanita itu dicekup selepas dia didakwa menawarkan habuan seks kepada seorang anggota polis berpakaian awam sebagai tukaran untuk 'derma' sebanyak AS$275 sejam (RM850) .

Dalam laman web bina badan miliknya, wanita itu menggambarkan dirinya sebagai 'sasa, meminati muzik dan lemah lembut', selain mampu mengangkat berat hampir 150 kilogram.

Dia didakwa kerana melacur sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Pemerdagangan manusia termasuk aktiviti pelacuran diharamkan di negeri Florida. - Agensi

Telefon bimbit disimpan dikocek seluar lelaki boleh buat mati pucuk

Merbahaya kalau macam ni...
saya petik dari kosmo online

GEORGE TOWN - Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.

Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.

Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.

"Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit.

[Ngeri] Tangan kakak ini tergilis mesin tebu

Kesian kakak jual air tebu ni...
saya petik dari myMetro

KULAIJAYA: “Mak, tolong mak, sakit!” jerit Nurul Aminah Murjini, 15, apabila tangan kirinya tersepit pada gigi mesin perahan tebu di sebuah gerai menjual air tebu di Taman Kulai Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, tangan kiri Nurul separas siku hampir hancur akibat tersangkut pada gigi mesin perahan tebu ketika membantu ibunya menjual air tebu di gerai berhampiran rumah kedai di Batu 21, Jalan Kulai-Johor Bahru. 

Kejadian berlaku apabila tudung pelajar tingkatan tiga itu tiba-tiba tersangkut pada gigi mesin berkenaan yang sedang ligat berputar. 

Menurut saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Hamid, 30-an, mangsa gagal menarik keluar tudungnya yang tersangkut ketika mesin berputar. 


“Mungkin Nurul panik hingga menyebabkan dia gagal mematikan suis elektrik mesin berkenaan. Akibatnya, tangan kirinya separas siku turut termasuk ke bahagian berkenaan. 


“Mesin itu akhirnya terhenti dan kami cuba membantu mengeluarkan tangan Nurul, tetapi gagal lalu menghubungi bomba untuk membantu mangsa,” katanya. 

Hamid berada di situ untuk membeli makanan di gerai bersebelahan. 

Sementara itu, bapa mangsa, Murjini Sunarto, 46, berkata, dia sedang membersihkan kebun di Kampung Sri Paya, dekat sini, sebelum dihubungi isteri yang memaklumkan kejadian itu. 

“Kebiasaannya, pembantu mengendalikan mesin perahan tebu, tetapi hari ini (semalam), dia mengambil cuti kerana ada urusan. 

“Nurul menggantikannya buat sementara saja, sejurus tiba di lokasi, saya terkejut mendapati tangan kirinya tersepit di gigi mesin berkenaan,” katanya. 

Menurut Murjini, dia bimbang dengan masa depan anak bongsunya itu yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit. 

Nurul terpaksa menahan kesakitan selama kira-kira 15 minit sebelum tangannya dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kulaijaya. 

Dia dihantar ke Hospital Kulaijaya untuk rawatan.

Robot Selamatkan Korban Gempa DanTsunami Jepun

INILAH.COM, – Gempa merupakan hal tak terprediksi dan banyak usaha untuk memprediksinya sering berakhir meleset. Manusia hanya boleh membuat taktik penyelamatan dan mengurangi impak.

Menariknya, Jepun menjadi salah satu tempat paling banyak titik gempa di dunia sekaligus menjadi lahan subur untuk pengembangan robot-robot canggih. Jepun terletak di ‘Pacific Rim of Fire’ yang menjadi titik lempeng tetonik Pasifik dan Eurasia bertumbukan dan membuatnya menjadi negara yang sangat senang terkena gempa.

Keadaan alam ini mendorong Jepun menciptakan banyak robot penyelamat. Seperti dikutip dari Popular Science, terdapat lapan robot penyelamat yang pernah digunakan untuk membantu dalam bencana iaitu RoboCue, Snakebot, Robotic Safety Crawler, Roller-Skating Rescuer, Breath-Sensor, Kinect-Powered Rescue-Bot, Humanoid BEAR Medic-Bot dan Ultra-Cheap RoachBot.

Gempa dahsyat yang disusul tsunami di Jepun itu menghancurkan sebagian wilayah Jepun. Namun banyak pihak yakin, kecanggihan teknologi dan kesiapan warga serta pemerintah Jepun akan membuat Jepun cepat pulih. Salah satunya dengan menggunakan robot-robot penyelamat ini untuk menyelamatkan korban.

Bayi dijumpai dalam lumpur semasa Tsunami selamat

gambar hiasan
VIVAnews – Sejumlah tentara menjumpai bayi perempuan dari lumpur sisa tsunami dahsyat Jepun. Bayi ini jadi simbol harapan di tengah kehancuran Jepun pasca-gempa 9 SR, Jumat 11 Maret 2011, minggu lalu.

Seperti dikutip dari laman The Sun, tentera menemukan bayi empat bulan itu ketika mencari korban tsunami di tengah lumpur air laut yang meyelimuti di kota Ishinomaki, empat hari setelah bencana.

Ketika Tsunami itu datang sang ayah melarikan bayi ini ke tempat yang lebih tinggi. Mereka khuatir gempa susulan akan mendatangkan gelombang raksasa lagi.  Untungnya, ancaman banjir kedua tidak datang. Tapi bayi itu kemudian susah dicari, sampai ditemukan oleh pasukan penyelamat. Kini dia sudah berkumpul kembali dengan keluarganya.

Pasukan penyelamat masih terus mencari korban baik yang selamat mahupun yang tewas.  Upaya ini sempat dihentikan selama empat jam, Isnin kelmarin, kerana peringatan palsu bahawa gelombang susulan datang dengan ketinggian 15 kaki atau sekitar 4,5 meter.

Gempa yang memicu tsunami di Jepun diduga menewaskan 15 ribu orang. Sejauh ini, jenazah yang ditemukan mencapai 1900 orang. Bagi korban selamat, bencana ini belum selesai. Sulitnya akses elektrik, air bersih, dan makanan membuat pengungsi makin menderita.

Kerana bakul keranjang pakaian pencuri dipenjara

KOMPAS.com – Gara-gara bakul keranjang pakaian, Michael Trias harus duduk di penjara. Pemuda berusia 20 tahun itu ditahan polis kerana berusaha masuk ke sebuah rumah di Mesa, Arizona, dengan memecahkan tingkap. Malang nasib Trias, di bawah tingkap itu ada bakul keranjang pakaian dan dia termasuk ke dalamnya.

Tabloid The East Valley Tribune menulis, penghuni rumah mendengar bunyi bising ketika pemuda itu berusaha mengeluarkan dirinya dari keranjang. Pemilik rumah itu lalu menangkap Trias, mengeluarkannya dari dalam bakul keranjang, dan menyerahkannya kepada polis.

Polisi mengatakan, pemuda itu belum sempat mengambil sesuatu dari dalam rumah, selain merosakkan tingkap yang dia masuki.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved