Gol yang paling kurang ajar di dunia

on 13 Mac 2011


Betul-betul meyirap darah pasukan lawan.....

Tsunami: Berita Harian siar karikatur didakwa hina Jepun dan telah memohon maaf

Inilah karikatur yang didakwa menghina mangsa Tsunami di Jepun..
Berita Harian dianggap tidak sensitif dengan keperitan mangsa Tsunami dengan
menyiarkan karikatur ini....
berita karikatur ini telah masuk kelaman web CNN dengan tajuk Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters

dan menurut Malaysia Insider,Berita Harian telah memohon maaf atas penyiaran karikatur ini..
saya petik berita dari The Malaysia Insider

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Kumpulan Berita Harian memohon maaf ekoran tindakan menyiarkan karikatur mengisahkan kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam edisi Berita Minggu hari ini, yang ramai menganggap ia tidak menghormati keperitan rakyat negara itu.

Dalam mesej yang disiarkan menerusi Facebook petang tadi, pengaragnya berkata: “Berita Harian memohon maaf dengan penyiaran karikatur mengenai kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam akhbar Berita Minggu hari ini.

“Pihak kami tidak berniat langsung untuk mempersendakan bencana yang menimpa negara itu, sebaliknya amat bersimpati dan berkongsi kesedihan dengan rakyat Jepun.”

Karikatur yang disiarkan di halaman 24 menunjukkan superhero Jepun “Ultraman” lari lintang-pukang bagi mengelak ditelan gelombang tsunami.

Jepun dilanda gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun kelmarin dan disusuli tsunami.

Lebih 1,600 orang sudah disahkan mati dan 10,000 lagi dikhuatiri hilang.

Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mior Kamarul Shahid, yang mempunyai kolum peribadi di halaman yang sama, juga memohon maaf menerusi mesej akaun Twitternya sekitar 3 petang tadi.

Beliau antara lain berkata, “(saya) mengelak (hadir) satu lagi majlis kahwin, kena bergegas ke pejabat. Tak boleh telan nasilah. Kami buat satu kesilapan besar. Minta maaf kepada setiap orang.”

Penerbitan karikatur yang dihasilkan oleh “Zoy” mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin-pemimpin politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat meminta akhbar itu memohon maaf.


Satu lagi mesejnya berbunyi “salam. Berita Harian sudah meminta maaf dan kesal. Mengaku terlepas pandang.”

Pengarah Komunikasi PRK Nik Nazmi Nik Ahmad dalam mesej Twitternya minta mereka yang mengecam penyiaran karikatur itu supaya menandatangani petisyen protes terhadap akhbar tersebut.

Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar pula berkata, “isu kartun Berita Minggu amat mendukacitakan, langsung tidak mewakili rakyat Malaysia yang bersama merasai keperitan yang dihadapi rakyat Jepun.”

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula menulis “malang sekali kartun tsunami itu diterbit di bawah kolum Pengarang Kumpulan (Berita Harian) sendiri.”

Pengarah filem seram yang tak tahan dengan jeritan

Kalau para peminat menonton filem-filem horor mengerikan arahan Quentin Tarantino, pasti sudah tak lagi asing dengan jeritan dan suara-suara menakutkan yang memekakkan telinga. Namun rupanya, Tarantino sendiri tak tahan dengan suara keras, walaupun suara itu datang dari seekor burung kakaktua.
Bahkan, kerana ‘jeritan’ burung ini, Quentin pun sampai menyaman tuan punya burung yang tak lain adalah tetangganya sendiri. Sang tetangganya itu pulak ialah seorang penulis naskah bernama Alan Ball, yang sudah menulis untuk TRUE BLOOD, SIX FEET UNDER, dan AMERICAN BEAUTY.
Saman  yang diajukan Quentin ini sepertinya cukup serius, kerana sekarang sudah berada di Pengadilan Tinggi Los Angeles untuk diproses. Dalam tuntutan ini, tersebut bahawa seekor burung eksotis milik Ball ini mengeluarkan ‘jeritan memekakkan telinga’ selama 7 sampai 8 jam sehari.
“Hampir setiap hari, Mr Tarantino dan semua yang berada di rumahnya terganggu dengan jeritan mirip suara yang mengerikan dari burung kakak tua ini, yang tidak hanya mengejutkan, tapi juga benar-benar mengganggu kemampuan Mr Tarantino bekerja sebagai seorang penulis di rumah. Intinya, burung ini mengganggu ketenangan dan kenyamanan rumahnya,” bunyi tuntutan saman yang diajukan kemuka  pengadilan.

Inilah wanita Belanda memakai tudung yang memperkenalkan Islam ke Dunia

Belanda mempunyai parti politik yang anti Islam tetapi ada seorang remaja di negara itu memakai bertudung mewakili negeri ini di forum muda PBB iaitu Elsa van de Loo .Dia akan berpidato di depan Majlis Umum PBB atas nama Belanda. Dia akan mendesak perhatian pemimpin dunia perlunya 'Air Sebagai Hak Asasi Setiap Individu.'


Penampilan Elsa langsung menarik perhatian kerana dia mengenakan tudung. Setelah 'mencari' selama lima tahun, akhirnya memeluk Islam, dua tahun lalu.

Mahasiswi Fakulti Hukum Universiti Amsterdam itu tidak kesulitan hidup sebagai muslimah di Belanda. Dia sama sekali tidak merasa perbezaan perlakuan dari sesama kaum muda.


"Dalam kehidupan bermasyarakat, di luar politik sebenarnya kaum muda sangat-sangat toleran. Bahkan terbuka dan mereka boleh menghormati pilihan individu," ungkap Elsa mengenai pengalamannya hidup di kota besar Haarlem dan kuliah di Amsterdam. "Mungkin tanggapannya akan sedikit berbeza kalau saya tinggal di pedesaan. Tapi pengalaman saja sejauh ini baik-baik saja."

Gadis 22 tahun itu merasa Belanda sebagai negeri Multi Culture, dihuni penduduk berbagai latar belakang budaya dan agama, sehingga memunculkan kaum muda yang sangat toleran terhadap kaum muslim.

Elsa mencontohkan kesuksesannya memenangkanpertandingan pemilihan wakil forum muda PBB. "Pertandingan itu ditentukan oleh perolehan suara. Dan saya mendapat sokongan paling banyak dari kaum muda Belanda. Padahal saya satu-satunya yang pakai tudung."

Gadis campuran Belanda-Republik Dominica itu menilai bahawa agama jangan sampai menjadi penghalang dalam memperjuangkan sebuah visi 'hak-hak asasi manusia.' "Mungkin tidak semua orang nyaman dengan penampilan saya, tapi saya mewakili semua kaum muda Belanda."

Air Hak Asasi
Ia menekankan pentingnya air. "Satu juta penduduk bumi tidak punya akses air bersih. Akibatnya banyak kematian bayi." Menurut Elsa, masalah air harus diperhatikan secara serius. Penggunaan air merupakan tanggungjawab semua orang, pemerintah dan juga PBB. "Kerana kalau tidak diurus dengan baik maka air menjadi sumber konflik."

[Gila] Sekali sms USD 12

Negara mana yang tarif sms-nya termahal di dunia? Jawabannya adalah di Zimbabwe. Semenjak negara di Afrika itu mengalami inflasi yang tak terkendali, pemerintah setempat telah menaikkan tarif SMS menjadi 1000% dari tarif asal. Tarif baru tersebut sangat mencekik (atau yang lebih kejam lagi) untuk para pengguna handphone.

Tarif sekali SMS untuk dalam negeri  Zimbabwe adalah USD 5-7 . Cukup untuk membeli beras beberapa kilogram di di sini. Untuk tarif SMS ke luar negeri, lebih gila lagi. Harga yang dikenakan adalah antaraUSD 12-20.
(sumber : Berita Online Terkini)

Ada anak yang sanggup doakan ayahnya cepat mati

Seorang anak sepatutnya mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapnya tetapi
lain pula yang berlaku di mana seorang anak mendoakan ayahnya cepat mati.
Kenapa?Mengapa?.Mari kita baca kisah yang saya petik dari myMetro ini
sebagai pengajaran....

PETALING JAYA: Dia anak tunggal dalam keluarga tapi kerana dendam kesumat sejak kecil berikutan sikap baran ayahnya, seorang wanita bertindak umpama ‘Si Tanggang’ apabila tergamak mendoakan kematian lelaki itu.

Episod dendam itu bermula sejak Sara, 40-an, masih kanak-kanak apabila mendakwa sering dipukul dan dimaki hamun oleh ayahnya, Pak Atan, 74, meskipun kesalahan hanya kecil.

Kemarahan wanita itu makin membara selepas ayahnya bernikah dengan perempuan seberang kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu selepas tiga tahun kematian isteri yang juga ibu kepada Sara.

Kemuncaknya pada September lalu apabila Sara didakwa menghalau ayah dan ibu tirinya keluar dari rumah mereka di sini, hingga terpaksa membina pondok kecil serba daif di tepi rumah itu.

Menurut Sara, dia dan ayah tidak mungkin berbaik semula kerana terlalu banyak kenangan pahit bersama lelaki itu sejak kecil lagi.

“Mungkin orang nampak saya jahat bila saya katakan saya selalu berdoa supaya Allah cepat cabut nyawa ayah sebab tidak mahu menanggung dosa lagi apabila selalu berfikiran negatif terhadapnya.

 “Biarlah kami dengan dunia masing-masing sebab ayah sudah mewasiatkan kepada saudara mara tidak membenarkan saya menyentuh atau melihat mayatnya jika dia meninggal dunia kelak,” katanya kepada Metro Ahad.

Dia berkata, punca perselisihan faham disebabkan sikap panas baran ayah sejak muda hingga kini.

 Sejak kecil, dia sering dipukul dan dimaki hamun meskipun kesalahan dilakukan hanya kecil.

“Saya tidak rapat dengan ayah kerana kebanyakan masa dihabiskan bersama ibu. Mana mungkin saya mengadu masalah bersama ayah yang baran tidak kira masa.

“Jika anak tunggal lain, pastinya mereka disayangi dan ditatang bagai minyak penuh, malangnya situasi itu tidak pernah terjadi kepada saya.


“Saya masih ingat sewaktu kecil, arwah datuk dan nenek (sebelah ayah) pernah bergaduh hingga menggunakan senapang selain mengeluarkan perkataan tidak sopan, dan sikap itu mengalir dalam tubuh ayah,” kata ibu kepada empat cahaya mata lelaki itu.

Menurut Sara, sikap ayah yang tidak boleh menerima pendapat orang lain dan merasakan diri selalu betul sungguh berbeza dengan sikap arwah ibu yang sentiasa sabar dan tenang.

“Tiada anak yang tidak sehaluan dengan bapa kandung tanpa sebab. Kadangkala kita terlepas pandang perkara remeh hingga tidak sedar kita membuatkan orang lain kecewa.

“Pernah saya diugut ayah jika buku laporan peperiksaan ada dakwat merah, dia menyuruh saya makan habuk buku selain dirotan hingga meninggalkan birat di punggung,” katanya kesal dengan sikap bapanya.

[Gila]Guru rakam pelajarnya ganti pakaian

TRIBUNEWS.COM - Seorang guru olahraga diam-diam merakam pelajarnya yang sedang ganti pakaian menggunakan kamera rahsia di ballpen. Ironisnya lagi, hal itu dilakukannya ketika isterinya sedang hamil.

Menurut laporan Daily Mail, guru olahraga bernama Richard Watkins yang mengajar di Calne, Wiltshire, England mengakui merakam adegan itu ketika pelajarnya ganti pakaian. Watson membuat pengakuan itu di depan pengadilan di Chippenham, Wiltshire, minggu ini.

Watkins, mengakui dirinya mengumpul gambar pornografi anak-anak di internet setelah tertangkap pada November 2010 lalu.

Sebanyak 23 ribu keping  gambar pornografi anak disimpan dan berhasil ditemukan di komputer di rumahnya. Dia ditemukan ketika sebuah situs mendapatkan alamat IP yang dia gunakan menyebarkan gambar pornografi anak. Dia mengaku jika melakukan tindakan tak senonoh itu sejak dia masih remaja lagi.

Hebat ikan paus ini,pandai melukis

Paus Beluga atau yang biasa di sebut Paus Putih berhabitat di perairan kutub utara ini, kini menjadi artis melukis di ocenarium di China.

Paus yang bernama Xiao Qiang itu pertama kali mula untuk melukis ketika ia menemukan berus yang ditinggalkan pengunjung. Setelah itu dia mulai untuk melukis.

"Dia sudah menunjukkan ketertarikan untuk melukis, sekarang kami hanya memberikannya berus dan memegang kertas, sementara dia melukis dengan mulutnya," ujar pelatih Zhang Yong.

"Warna favoritnya adalah biru dan dia paling senang menggambar pemandangan laut," lanjutnya.

Para ahli mengatakan bahawa Paus Putih, lebih dikenal sebagai kenari, laut kerana ciri khas dari lengkingan suaranya yang tinggi, memiliki jaringan halus pada mulutnya dibandingkan paus lainnya, sehingga Xiao Qiang boleh menggunakan berus di mulutnya.

"Paus ini lebih pintar dibanding dengan jenis lainnya, ia juga suka bergurau dan bermain dengan pelatihnya," ujar Yong.

81 Penumpang terselamat walaupun di seret jauh oleh air Tsunami di Jepun

Sungguh ajaib! Sekitar 81 orang yang terjebak di dalam kapal yang terbawa gelombang tsunami semuanya ditemukan selamat, setelah gelombang tsunami membawa kapal itu berkilo-kilometer jauh jaraknya.

Seperti dilapor AFP, Sabtu (12/3/2011), helikopter Angkatan Laut Jepun  telah  menemukan sebuah kapal yang sebelumnya tersapu ombak besar akibat tsunami sebagai kesan gempa 8,9 SR kelmarin. Kapal berisi 81 orang itu pun kini ditarikKapal itu dimiliki oleh seorang pembuat kapal di Ishinomaki.


Sebelumnya, sebuah kapal yang membawa 100 orang penumpang disapu oleh gelombang tsunami yang melanda Jepun. Tsunami menyerang bahagian timur laut Jepun setelah gempa dahsyat 8,9 skala richter (SR) menggoncang negara maju itu.

Dilapor Reuters, Jumat (11/3/2011), kapal itu tersapu air hingga belum diketahui nasibnya. Belum ada berita dari petugas setempat mengenai hal ini.

Apakah kapal yang ditemukan ini adalah kapal yang hilang tersebut? Belum ada kepastian tentang kapal ini..

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved