Polis tertipu oleh patung

on 12 Mac 2011

Polis menjadi panik oleh panggilan terus menerus tidak berhenti yang mereka terima. Ramai orang yang melaporkan bahawa ada seseorang hendak melompat di bangunan Empire State.


Polis pun bergegas menuju lokasi, namun nampaknya polis tertipu.

Pasalnya, apa yang dilihat bukan seperti yang dilaporkan orang ramai. Tidak ada percubaan bunuh diri melainkan hanya sebuah patung.

Sebenarnya sebanyak 31 patung manusia yang dipasang oleh seniman berasal Inggris bernama Antony Gormley. Dia sudah memasang patung-patung tersebut sejak awal bulan lalu di banyak bangunan-bangunan terkenal, salah satunya Empire State.
Tak hairan jika orang beranggapan ada yang ingin bunuh diri, kerana patung tersebut diletakkan di posisi berbahaya, iaitu di pinggir bahagian atas bangunan.

Sementara patung lainnya diletakkan di posisi berbeza. Empat patung terdapat di pinggir jalan, termasuk di Jalan Fifth Avenue.

"Sangat geram, kami kekurangan tenaga untuk menerima panggilan telefon yang masuk, hanya untuk menangangni patung yang akan bunuh diri," ujar salah seorang polis dengan marah, seperti dilaporkan AFP.

Polis sebenarnya sudah diinformasikan mengenai projek seni tersebut, bahkan Datuk Bandar Kota New York, Michael Bloomberg juga mendukung projek tersebut.

Pemuda hilang kerana nak ambil gambar gelombang Tsunami

TRIBUNNEWS.COM – Seorang lelaki dilaporkan hilang dan ketika ini sedang dicari oleh pasukan penyelamat setelah berusaha mengambil gambar gelombang tsunami yang menerjang kawasan pesisir Pantai Barat Amerika Syarikat (AS).

Sementara, setelah gempa berkekuatan 8,9 skala Richter (SR) menggoncang Jepun, peringatan tsunami pun segera disebarkan.Hawaii membunyikan alarm, pesisir Pantai Barat Amerika Syarikat (AS) bersiap siaga.

Dilapor AP, Sabtu (12/3/2011), warga di Rescent City California, segera menjauh dari bibir pantai dan para nelayan membawa perahu mereka ke darat. Peringatan ini bergerak cepat kerana gelombang tsunami dan jutaan orang sudah berada di tempat aman.

Ketika tsunami sampai, kawasan pelabuhan di California dan Oregon mengalami rosak teruk. Penguatkuasa setempat menyatakan jika kerugian mencapai jutaan dollar AS. Kapal-kapal saling  bertindih, beberapa di antaranya malah terbawa ke laut, dan pelabuhan juga rosak.

Aneh, Ayam Jantan Berubah Jadi Betina?

Satu lagi keajaiban muncul di muka bumi ini. Salah satunya ialah seekor ayam yang ada di Itali ini.

Ayam ini sebelumnya adalah seekor ayam jantan muda. Tapi, setelah adanya serangan seekor musang yang menghabiskan seluruh ayam betina, maka ayam tersebut berubah menjadi ayam betina.

Si pemiliknya mengatakan, awalnya ayam tersebut adalah seekor ayam jantan. Ayam itu tinggal dipeternakan miliknya di wilayah Tuscany.

"Tapi setelah adanya serangan musang, dia mulai bertelur dan mengerami telurnya. Kini ia tinggal di kandang ayam betina dan mengerami telurnya," ujar sang pemilik

Para peneliti dari PBB ketika ini sedang meneliti ayam yang bernama Giani ini. Para peneliti dari Organisasi Peternakan dan Pertanian PBB akan mencoba meneliti DNA haiwan unggas ini.

"Ini boleh jadi spesies primitif dari gen yang masih bertahan. Pada saat semua betinanya telah tidak ada, dia memutuskan untuk berubah menjadi betina untuk memastikan bahawa keturunannya nanti tidak akan punah," ujar salah satu ahli PBB.

sumber : dailymail

Madame Fatima: Tak Jadi Masuk Biara Setelah Mendengar Kalimah “Allahu Akbar”

Kisah Madame Fatima Mil Davidson mendapatkan hidayah Islam memang sungguh unik. Seperti sebuah keajaiban, cahaya Islam itu menyentuhnya ketika dia baru sahaja masuk ke kehidupan biara. Waktu itu dia memang sudah berniat untuk menjadi biarawati.

Ketika ini Madame Fatima menjawat jawatan sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan Pemerintah Tempatan, Republik Trinidad dan Tobago, sebuah negara kepulauan di kawasan Laut Carrabien bahagian Selatan. Pada majalah berbahasa Arab Men-bar-al-Islam di Cairo, Dia menceritakan awal mula menemukan Islam dan bagaimana akhirnya dia menjadi seorang Muslimah.

“Saya membantah keras cerita yang mengatakan bahawa saya masuk Islam pada tahun 1975 dengan tidak mengakui ajaran Kristian. Sungguh, saya tidak boleh memahami dan menjelaskan apa yang saya alami. Saya akan mengajak Anda kembali ke tanggal 9 March 1950, hari yang sudah ditetapkan buat saya untuk masuk biara. Ketika saya bangun pagi pada hari itu , saya merasa mendengar suara yang menyebutkan kalimah ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar’, suara itu terngiang-ngiang di telinga saya dan membuat seluruh tubuh dan hati saya bergetar,” kata menteri yang sebelum masuk Islam bernama Model Donafamik Davidson.

“Saya tidak begitu tahu, itu apa. Tapi hari itu saya menolak masuk ke biara. Setelah itu, menghabiskan waktu bertahun-tahun untuk mencari petunjuk Tuhan, sampai akhirnya saya menemukan Al-Quran dengan terjemahannya. Lalu, dengan mudah saya menaruh kepercayaan pada terjemahan Al-Quran yang saya baca,” sambungnya.

Secara kebetulan, Madame Fatima kemudian bertemu dengan seorang cendikiawan muslim berasal dari Pakistan Maulana Siddiq dan ulama dari India Syaikh Ansari. Dia terlibat pembicaraan yang mendalam dengan kedua ulama itu, tentang budi pekerti dan apa yang dirasakan dalam hatinya. Begitu banyak pertanyaan detil yang diajukan Madame Fatima, hingga kedua ulama berseru, “Alhamdulillah, Anda seorang muslim ! Anda sekarang seorang muslim. Bacalah apa yang Anda sukai, masuklah ke masjid dan berdoa. Kami siap menerima Anda, bilapun Anda merasa ingin belajar apapun.”

Madame Fatima merasa gembira dengan respon kedua ulama tersebut. “Saya bahagia. Setelah hari itu, saya merasa hati saya dilimpahi dengan keimanan dan rasa cinta serta kebanggaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W,” ujarnya.

Meski demikian, Madame Fatima mengaku baru secara rasmi memeluk Islam sekitar tahun 1975. “Sampai sekarang, sudah 36 tahun saya menjadi seorang muslim. Sejak saya mendengar suara misteri yang menggetarkan kalbu, dan lalu saya menolak masuk biara. Hati saya sudah sebati dengan kalimah Allahu Akbar,” katanya.

“Saya menjadi gadis pertama dari komuniti kulit berwarna yang masuk ke masjid. Dan ini mendorong banyak remaja muslimah untuk juga datang ke masjid-masjid untuk solat, khususnya ke Masjid Anjuman Jami’ Sanatal yang didirikan oleh ulama besar Dr. Syaik Ansari di kota Francis di Trinidad. Masjid itu sekarang dipimpin oleh Al-Haj Shafiq Muhammad,” tutur Madame Fatima.

Dia juga menceritakan bahawa warga di lingkungannya masih berfikir bahawa Islam adalah agama orang India, yang memiliki ajaran dari beragam kepercayaan dan agama. “Dalam perkembangannya, di kalangan warga pribumi, kebanyakan yang berasal dari Afrika, makin ramai yang memeluk Islam. Rasio warga muslim meningkat hingga 13 peratus dari jumlah penduduk Republik Trinidad dan Tobago. Selebihnya, 31 peratus penduduk negara ini beragama Kristian, 27 peratus beragama Protestan, 6 peratus pemeluk agama Hindu dan 23 peratus pemeluk keyakinan lainnya, ” papar Madame Fatima.

Lalu, apakah keislamannya membawa impak pada pekerjaannya sebagai salah satu pejabat di negara yang majoriti penduduknya non-Muslim? Menjawab pertanyaan ini, Madame Fatima menjawab, “Islam mengajarkan kita untuk ikhlas dan efisien dalam menjalankan pekerjaan dan saya mempraktikkan ajaran Islam dengan tulus …”

“Saya tidak berbohong, baik dalam pekerjaan mahupun dalam kehidupan peribadi saya. Saya berusaha menghindari segala sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, semampu saya dan dengan kesedaran diri yang kuat. Jadi,impak keislaman saya pada pekerjaan, tidak lain hanyalah semua pekerjaan saya berjalan baik dan penuh rahmat. Bekas perdana menteri bahkan menganjurkan saya untuk berkunjung ke Mesir, tempat sekolah Islam terkenal Al-Azhar dan salah satu pusat peradaban. Dia suka membicarakan Islam juga,” ujar Madame Fatima.

Dia sungguh beruntung, kerana perdana menteri yang sekarang menjabat, mengizinkannya berkunjung ke Mesir berkait tugasnya sebagai menteri pembangunan sosial dan pemerintahan tempatan. “Perdana Menteri juga menganjurkan saya mengunjungi Al-Azhar dan Mahkamah Tinggi Agama Islam,” imbuhnya.

Madame Fatima beberapa kali bertanding dalam pelihanraya parlimen dan sukses. Dia pernah menjawat sebagai menteri pendidikan dan kebudayaan. Dia menjadi teladan sebagai seorang muslim yang mampu menunjukkan kemampuannya di bidang politik.

“Hal penting yang harus Anda ketahui, Republik Trinidad dan Tobago memberikan hari cuti rasmi pada ketika Idul Fitri dan Idul Adha. Komuniti Muslim bebas menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan, baik di rumah mahupun di masjid-masjid,” jelas Madame Fatima.

Sebagai sebahagian dari umat Islam, dia menyerukan dunia Islam untuk bersatu dibawah bendera Islam agar posisi dunia Islam dan kaum Muslimin menjadi kuat. “Allah Yang Mahabesar telah membimbing saya ke jalan Islam dan saya berdoa padaNya untuk membimbing umat Islam ke arah persaudaraan dan perdamaian, agar umat Islam menjadi masyarakat terbaik di masa kini, dan sudah menjadi inspirasi bagi umat manusia,” kata hajat Madame Fatima.

Lelaki ditangkap kerana ambil gambar dalam skirt wanita


INILAH.COM, London - Seorang lelaki berdiri di belakang seorang wanita dan kemudian mengambil gambar  bahagian dalam skirt wanita.. Dia pun akhirnya ditangkap polis.

Robert Bayliss memang suka mengambil gambar dalam skirt wanita. Dia ditangkap ketika melakukannya di stesen keretapi bawah tanah London. Eskalator pun menjadi tempat kesukaanya. Sebab, berdiri dibelakang  wanita dan mengambil gambar tak sopan itu sesuka hatinya.

Namun, aksi jahatnya pun ketahuan polis British Transport Police yang sedang meronda. Polis mencurigai gerak-gerik Bayliss yang kemudian tertangkap sedang mengikuti mangsanya.

"Polis curiga pada Bayliss di eskalator. Bayliss segera ditangkap dan  ratusan gambar tak senonoh itu di handphonenya," kata polis Claire Sheals. Seperti dikutip croydonguardian, Bayliss ternyata telah berulangkali melakukan ‘hobinya’ itu.

Kini dia ditangkap dan harus bertanggungjawab atas pelanggaran kesopanan di tempat umum. Bayliss pun dihukum tiga tahun kerja sosial dan dilarang membawa telefon yang memiliki kamera ke stesen keretapi selama lima tahun. [mor]

Kerajaan Britain larang peniaga pamerkan rokok

Hebat undang -undang yang sungguh ketat..
saya petik dari Sinar Harian

LONDON - Kerajaan Britain mengumumkan larangan terhadap peniaga untuk mempamerkan rokok di kedai mereka sebagai langkah membendung tabiat tidak sihat di seluruh negara itu, semalam. 

Ketua Bahagian Kesihatan, Sally Davies berkata, tujuan utama larangan itu dikenakan adalah untuk mengelakkan remaja di bawah umur 16 tahun terpengaruh dengan iklan di media seperti menggalakkan mereka untuk mencuba menghisap rokok. 

Larangan tersebut juga turut melibatkan produk tembakau lain yang dijual di negara itu. 

Pihak berkuasa di Britain juga menyarankan bungkusan produk berasaskan tembakau dilakukan secara umum tanpa memaparkan imej kesan kesihatan kepada perokok kerana ia langsung tidak mengurangkan kadar perokok di negara itu. 

Persatuan Penjual Kedai Serbanika menyatakan peraturan baru itu akan melibatkan kos 40 juta pound (RM197 juta) kerana pemilik terpaksa mengubah suai semula kaunter yang menempatkan rak untuk jualan rokok.

Budak punya IQ 162 lebih bijak dariI Albert Einstein

Betul-betul bijak budak ni...
saya petik dari kosmo online

CLAVERLEY - Seorang murid perempuan, Victoria Cowie (gambar) yang baru berusia 11 tahun dikatakan lebih bijak berbanding saintis terkenal seperti Albert Einstein dan Stephen Hawking kerana dia memiliki skor kecerdasan (IQ) mencecah 162, lapor sebuah akhbar semalam. 

Kepintaran Cowie diakui selepas dia mendapat skor 162 dalam ujian IQ. 

Pencapaian itu adalah lebih baik daripada skor yang diperoleh oleh saintis terkenal, Albert Einstein, Stephen Hawking dan pengasas perisian komputer, Bill Gates iaitu 160. 

"Saya sangat sukakan teka-teki dan menyelesaikan masalah. Saya mahu belajar dalam jurusan sains, terutama biologi," katanya yang sudah mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di empat buah sekolah berprestij. 

Selain meminati mata pelajaran sains dan membuat eksperimen, Cowie juga suka berlakon, menari dan bermain alat muzik. 

Ibunya, Alison, memberitahu, anaknya itu mempunyai kemampuan membaca sejak kecil dan pernah memenangi anugerah sains di sekolah. 

Ibu bapanya kurang pasti daripada mana Cowie mewarisi kepintarannya itu.

Purata IQ manusia ialah 100. 

Ekoran keputusan tersebut, Cowie mengalahkan kepintaran Napoleon Bonaparte yang mendapat skor 145, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton (140), penyanyi terkenal, Madonna (140) dan pengarah filem, Quentin Tarantino (160). - Agensi

[Hebat] Anjing yang menjaga tuan dan temannya yang buta

Graham Waspe seorang buta telah sejak lama ditemani oleh anjing Labrador miliknya, Edward.Selama beberapa tahun Edward selalu setia sebagai anjing yang selalu menunjuk jalan apabila Waspe hendak pergi kemana-mana.

Namun akhirnya anjingnya Edward mengalami derita yang sama, tidak dapat melihat, setelah ia terkena katarak dan harus kehilangan matanya setelah melakukan pembedahan.

Edward yang tetap sihat setelah pembedahan mata kataraknya, kini tetap hidup dan dirawat oleh keluarga Waspe dan digantikan Opal, sebagai anjing yang akan membantu Graham Waspe.

“Edward dan Opal kini sudah berteman cukup baik, Edward juga nampak bahagia kerana memiliki teman baru,”ujar Waspe, seperti dilansir BBC, Jumat (11/3/2011).

Waspe juga menjelaskan bahawa sekarang Opal lah yang membantu  dia dan Edward.

Sumber : http://www.okezone.com/

Gempa dan Tsunami di Jepun Pengguna Twitter risau keselamatan bintang porno Miyabi

INILAH.COM, Jakarta – Gempa di Jepun berkekuatan 8,9 SR nyatanya tidak hanya membuat kepanikan atas keselamatan orang terdekat. Pengguna Twitter bahkan mengkhuatirkan keselamatan bintang porno Miyabi.


“Gempa Jepun, Apakah Miyabi selamat?” tanya akaun Twitter Syahrulakbar.

“Akibat gempa dan tsunami Jepun para lelaki merasa khuatir atas nasib Miyabi dan berharap dia selamat,” tulis akaun Twitter Rizkynuryandii.

“Semoga Miyabi, Sora Aoi, Kaeda Matsushima dan teman-teman lainnya selamat dari terpaan gempa dan tsunami,” tulis akaun EmyrFAdhila.

“Jepun gempa? Semoga Miyabi selamat dan boleh memproduksi filem lagi,” kata rakamboo di Twitter.

Gempa bumi berkekuatan 8,9 SR mengguncang Jepun, Jumat (11/3). Titik pusat gempa terletak 373 km dari Tokyo, berdasarkan data Badan Geologi AS (USGS). Terjadi tsunami. Pacific Tsunami Warning Centre, Hawaii, memperingatkan keberadaan tsunami di kawasan Pasifik.

Peringatan tsunami muncul setelah kejadian gempa besar di Jepang berkekuatan 8,8 SR, Jumat (11/3). Tsunami dikhabarkan berdampak pada Jepun, Russia, Pulau Marcus, Guam, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.

Maria Ozawa atau lebih dikenal dengan nama Miyabi adalah bintang film porno di Jepun Miyabi lahir di Hokkaido, Jepun pada 8 Januari 1986.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved