Anjing Pandai Mengendarai Scooter

on 11 Mac 2011

Seorang pecinta binatang bernama Karen Cobb yang tinggal di Canton, Georgia – Britain. Karen memiliki seekor anjing jenis Briard yang telah dilatih untuk menggunakan scooter.


“Ketika dia berumur 15 bulan, saya melihatnya sedang bermain-main dengan scooter anak saya di halaman belakang,” kata Karen. “Sejak itu saya memutuskan untuk melatihnya; cara mendorong dan mengendarai scooter tersebut.”


Anjing yang diberi nama Norman ini kini sudah mahir bermain scooter. Di usianya yang ke 20 bulan, dia sudah mahir untuk mendorong dan mengendarai scooter di jalanan ketika keadaan lalu lintas tidak sibuk. Bahkan kini Norman sudah memiliki banyak penggemar di Facebook. Pernah suatu hari dia diundang sebagai bintang tamu dalam sebuah program TV yang dihost oleh seorang comedian, David Letterman, yang memintanya untuk menunjukkan kebolehannya mengendarai scooter.




[Cantik] Body Painting Pada Kucing

Memang cantik dan idea yang sangat gila..













[Video] Jepun dilanda gempa dan Tsunami

Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

NONETerdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.

Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK.

Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi.

NONEGempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.
Berikut ringkasan perkembangan itu:
Reuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.

Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar.

NONESetakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diuputuskan.

Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara terputus.
Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

NONEMenurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan.

Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.

Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.
Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.
- Reuters 




Wow !!! Boleh sewa filem di Facebook

TRIBUNNEWS.COM – Facebook terus melakukan perubahan dan menarik minat penggunanya agar tetap melayari lelaman sosial terpopular ini.

Perusahaan filem Warner Bross yang kini bekerja sama dengan Facebook akan menawarkan sewa filem ke Facebook. Filem pertama yang ditawarkan adalah The Dark Knight yang diarahkan oleh Christoper Nolan.

Bagaimana cara menontonnya? Anda memerlukan 30 kredit Facebook  dan Anda boleh menonton filem yang dibintangi Christian Bale ini. Jika ingin segera menontonnya segera log on ke http://www.facebook.com/darkknight dan klik tombol rent. Akan banyak lagi filem-filem yang kan di tayangkan di Facebook

Ada kampung idiot

PONOROGO – Ratusan penduduk di tiga desa di Ponorogo, Jawa Timur, mengidap keterbelakangan mental atau idiot. Jangankan bekerja, berkomunikasi pun mereka sukar.Kemiskinan diduga kuat menjadi penyebab kes keterbelakangan mental ini.

Salah sebuah keluarga yang mengalami keterbelakangan mental adalah Ginem.

Sehari-hari warga Desa Karangpatihan, Kecamatan Balong, ini pergi ke sawah  dan mengumpulkan batu atau membantu bekerja di sawah tetangganya.

Dari hasil menjadi buruh tani, Ginem hanya boleh mengumpulkan sekira Rp6.000 sehari. Wang itu digunakan untuk membeli keperluan sehari-hari bersama tiga adik perempuannya yang mengalami keterbelakangan mental, yakni Boimen, Janem, dan Painten, serta adik laki-laki Dayat.

Keluarga Ginem adalah satu dari 43 keluarga di Desa Karang Patihan yang mengalami keterbelakangan mental dan sangat miskin. Dari total penduduk desa ini iaitu 5.439 orang sebanyak 111 di antaranya mengalami keterbelakangan mental sedang dan 69 lagi mengalami idiot orang parah.

Idiot parah maksudnya tak lagi boleh mencari nafkah sendiri dan harus bergantungn dari pemberian orang lain. Itulah sebabnya daerah tersebut disebut kampung idiot.

Tak hanya di desa ini, masih ada ratusan warga di Desa Pandak Kecamatan Balong dan Desa Sidoharjo, Kecamatan Jambon yang sebahagian penduduknya mengalami nasib yang sama. Ketiga desa tersebut letaknya bersebelahan hanya dipisahkan oleh bukit Rajekwesi.

Desa Sidoharjo berada di lereng sebelah utara, Desa Karang Patihan di lereng timur, sementara Desa Pandak berada di tenggara. Namun jarak antara desa mencapai puluhan kilometer dipisahkan hutan dan perbukitan kapur.

Kerusi elektrik yang telah membunuh 315 nyawa dan yang pertama remaja 17 tahun

INILAH.COM, - Kerusi elektrik Old Sparky yang digunakan untuk pesakit kelainan mental, untuk pertama kali dipamerkan ke masyarakat. Inilah kerusi pembunuh ratusan nyawa.


Pameran di Historical Centre, Ohio, Amerika Syarikat berjudul ‘Kontroversi: Benda yang Tidak Biasa Anda Lihat’ mempamerkan berbagai benda lampau dari sisi yang lebih provokatif dalam sudut pandang sejarah.

“Sejarah sudah pasti tidak selalu menyenangkan. Semakin banyak kita melihat sesuatu yang nampak tidak menarik, Saya rasa semakin besar kemampuan kita bersikap jujur, terbuka dalam berbincangi dan mula benar-benar membahas isu ini,” ujar kurator Sharon Dean.

Old Sparky digunakan untuk membunuh 312 lelaki dan tiga wanita antara 1897 dan 1963. Terakhir kali masyarakat melihat benda itu ketika Lembaga Pemasyarakatan di Columbus menawarkanpelancong melihat benda tersebut di awal 1930an. Pihak penjara juga menjual pos kad bergambar kerusi elektrik ini untuk suveuonir.

Kerusi itu merupakan metode keadaan di Ohio masa lampau. Menurut keterangan Columbus Dispatch, William Haas, 17 tahun, dari Hamilton County, merupakan orang pertama yang meninggal akibat kerusi kayu-baja kuno itu. [

[Gila] Sanggup tatoo 82 wajah Julia Robert di tubuhnya kerana minat gila

Kerana terlampau fanatik pada sang idola yang disukainya, seorang lelaki yang berasal dari kota Valparaiso di Chile ini mentatoo tubuhnya dengan gambar wajah idolanya iaitu Julia Robert yang pernah popular dengan filem Pretty Woman. Di tubuhnya terdapat 82 wajah Julia Robert berbagai pose. Lelaki yang bernama Miljenko Parserisas Bukovic tersebut memang benar-benar peminat gila Julia Robert.

Bukovic terpesona pada Julia Robert setelah melihat filem Erin Brockovich

 Bukovic penjual majalah dan suratkhabar di kotanya, menceritakan ke media bahawa dia mula mentatoo tubuh untuk meletakkan gambar sang idola sejak  10 tahun yang lalu. Sebanyak  1.300 Poundsterling dikeluarkan penjaja majalah ini untuk melakukan hal tersebut.


Lelaki yang berusia 56 tahun tersebut begitu suka dengan Julia Robert setelah melihat penampilannya di salah satu acara penganugerahan Piala Oscar di tayangan televisyen. Bukovic mengungkapkan pula bahawa dirinya akan terus menambah jumlah tatoo sang Pretty Woman di tubuhnya sehingga tidak ada lagi ruang kosong y di tubuhnya.-ruanghati.com

JELAJAH BLOG 2011 : AKU INI BLOGGER LELAKI


Aku  suka berblog kerana suka menulis,suka menyuarakan pendapat dan yang
berblog dapat mempertengahkan potensi diri.Dan yang lagi penting dengan
berblog aku dapat ramai kenalan baik lelaki atau perempuan.

Kreatif atau tidak bukan terletak pada jantina sama ada dia lelaki atau perempuan.
Dan blog lelaki lebih mendapat perhatian berkemungkinan kerana ramai pembaca-pembaca ini
perempuan kot.

Blog wanita yang selalu aku baca banyak kerana aku suka membaca sama ada
blog itu penulisnya lelaki atau perempuan

Calon pilihanraya berbogel untuk mengetengahkan hak golongan berbogel

Gila betul..rosak kalau orang macam ini diangkat menjadi
pemimpin...
saya petik dari Berita Harian

SYDNEY: Seorang calon yang bertanding dalam satu pilihan raya negeri di Australia berbogel di sebuah pejabat suruhanjaya pengundian semalam dalam cubaan mengetengahkan hak golongan berbogel, kata satu laporan. 





Stuart Baanstra menanggalkan pakaian sebelum diiringi keluar oleh anggota keselamatan, membawa sepanduk bertulis ‘berbogel bukan kurang ajar,’ menurut agensi berita AAP. 
Bercakap di luar bilik suruhanjaya, di mana dia tiba memakai jubah dan tali leher kupu-kupu memaparkan bendera Australia, Baanstra berkata dia pejuang golongan bogel dan lelaki gay yang percaya hak penduduk untuk tinggal tanpa pakaian. – AFP

RM 10 sahaja dapat lakukan seks

Malang sungguh remaja ini..semua gara-gara dipengaruhi kawan.
saya petik dari myMetro

KOTA KINABALU: Hanya RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.

Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi.

Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.

“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya.


Lina berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.

“Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an.

“Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh,” katanya.

Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring.

“Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya,” katanya.

Lina berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja.

“Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang.

“Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya.

“Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk,” katanya.

Unik, Bulu Penguin Berbentuk Tanda Hati

INILAH.COM, Jakarta- Lambang cinta nampaknya tidak hanya ditunjukkan manusia. Penguin emperor memiliki tanda lahir berbentuk hati sebagai tanda cinta. Inilah keajaiban makhluk hidup.


Pemenang penghargaan fotografi dan penerbit filem  Sue Flood berhasil menangkap gambar fenomena yang dikatakan hanya terjadi sekali pada satu juta penguin ini.

Dikutip dari Daily Mail, Flood mengaku selama 20 tahun dia mengambil gambar di Artik dan Antartika ataupun 30 tahun menghabiskan waktu di kawasan  dingin, dia tidak pernah menemui fenomena itu.

“Ini hanya satu dari satu juta dan sepanjang hidup saya sebagai fotografer, penguin itu satu-satunya yang saya lihat dengan bentuk tersebut. Ketika melihatnya, saya hampir tidak percaya,” kata Flood.

Penguin emperor merupakan spesies penguin paling tinggi dan terberat. Mereka memakan ikan kecil dan sotong kecil. Ketika berburu, penguin emperor mampu menyelam tanpa henti selama 18 minit dengan kedalaman 535 meter. Mereka mampu mengurangi kinerja metabolisme dan menutup fungsi organ penting ketika menyelam.

Penguin emperor juga dikenal melakukan perjalanan setiap tahun dengan jarak setidaknya 120 kilometer untuk kahwin dan memberi makan anak mereka. Haiwan itu juga satu-satunya penguin yang menghasilkan keturunan selama musim dingin di Antartika.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved