Temukan Isterinya di Pameran Barang Antik Setelah 28 Tahun Hilang

on 01 Mac 2011

Seorang lelaki Australia mengatakan telah menemukan isterinya kembali di acara Pameran Barang Antik BBC diEngland, setelah menghilang selama 28 tahun.

Lynette Dawson, ibu dua anak yang menghilang secara misteri di Sydney pada tahun 1982 dan di yakini sudah meninggal, walaupun tubuhnya tidak pernah ditemukan.

Kini bekas suaminya Chris Dawson mengatakan melihat gambar seorang wanita pada acara Pameran Barang Antik di Cornwall pada tahun 2006 dan baru-baru ini ditayangkan oleh televisyen Australia.

Keluarga Lynette di Australia pun sudah meminta bantuan beberapa pihak untuk mencari keberadaan wanita yang berada di gambar tersebut.

Dawson yang kini sudah menikah kembali dan tinggal di Golden Coast memberitahukan khabar tentang bekas isterinya tersebut kepada putrinya setelah seorang temannya merakam acara yang ditayangkan televisyen Austrlia itu.

Namun adik Lynette sendiri tidak mempercayai bahawa gambar tersebut merupakan kakaknya yang sudah hilang.

“Tidak mungkin itu Lyn, melihat dari penampilannya saja boleh diketahui. Dia tidak akan pernah menggunakan pakaian yang berenda,” ujarnya seperti dilapor Telegrap.

Lynette terakhir terlihat di Mona Vale di pantai utara Sydney pada Januari 1982. Keluarganya sendiri terakhir mendapatkan khabar enam hari sebelum dirinya menghilang.

Dua penyidikan yang dilakukan pada 2001 dan 2004 menyatakan bahawa Lynette terbunuh dan penyelidik menyatakan bahawa yang terkait pembunuhan tersebut adalah orang terdekatnya, namun hingga kini belum ada tindakan yang diambil

[Aneh] Bayi Lahir di Jam dan Minit yang Sama dengan Dua Kakaknya

TEMPO Interaktif, London – Suami isteri di England merayakan kelahiran anak ketiganya yang keluar tepat pukul 07.43 atau waktu yang sama dengan kelahiran dua anak mereka sebelumnya. Menurut The Sun, kejadian tersebut boleh terjadi satu di antara 300 juta kelahiran.

Pasangan Matt Rigby, 31 tahun, dan Lowry Dairsley, 26 tahun, memiliki tiga anak. Berdasarkan catatan hos[ital, anak pertama Rigby dan Dairsley, Ella, lahir pada Oktober 2005 pukul 07.43.

Lalu, anak kedua mereka bernama Evie lahir pada 25 Desember 2007 pukul 07.43. Dengan kejadian yang unik tersebut, Rigby pun mentatoo tangannya dengan tulisan: “Seven Forty Three (07.43).

Namun, Rigby dan Dairsley kembali dikejutkan ketika anak ketiga mereka, Harrison, lahir pada Khamis (20/1) lalu. Kepala Harrison keluar dari rahim Dairsley pukul 07.41 dan keluar secara keseluruhan dua menit kemudian.

Dairsley mengatakan, “Kami tidak boleh berbicara apa-apa ketika dua anak kami lahir. Ketika saya tahu bahawa saya mengandung Harrison, kami bergurau mungkin dia akan lahir di waktu yang sama. Ketika kami datang ke hospital sekitar pukul 17.00 pada Khamis, kami lupa akan itu dan fokus untuk kelahirannya.”

“Pada pukul 06.30, saya merasa ada tekanan untuk mendorong. Lalu ketika kami melihat jam, ternyata sudah itu pukul 07.41,” lanjut Dairsley. “Saya diminta menunggu  oleh jururawat sebelum melahirkannya dua minit kemudian. Para doktor dan jururawat takjub tak boleh bicara apa-apa.”

Rigby mengatakan, “Saya melihat jam dan ternyata pukul 07.43. Kami tidak percaya ini boleh terjadi.”

Heidi Si Tupai Juling yang meramalkan pemenang oscar tahun ini

NEW  YORK – Bak pepatah, sepandai-pandainya tupai melompat, maka sekali waktu ia akan terjatuh juga. Kurang lebih inilah yang t dialami Heidi si peramal.

Dia adalah seekor oposum (binatang sejenis tupai) dari Jerman yang mendadak terkenal sebelum Acara Oscar berlangsung.

Heidi menjadi perbincangan masyarakat di jejaring sosial, kerana aksinya meramalkan para pemenang Oscar tahun ini.

Heidi meramalkan Natalie Portman sebagai aktris terbaik dalam film Black Swan, dan Colin Firth sebagai Aktor terbaik dalam film The King’s Speech. Untuk kategori Best Picture, Heidi meramalkan filem The King’s Speech sebagai pemenangnya.

Caranya ia meramal adalah dengan menempatkan kakinya ke salah satu foto yang ditempel di atas Patung oscar.

Ramalan Heidi akan pemenang aktris dan aktor terbaik tepat. Kerana memang benar dimenangkan oleh Natalie Portman dan Colin Firth.

Namun, ramalan Heidi tidak terbukti tepat ketika meramalkan kategori Best Picture yang dimenangkan oleh film127 Hours, bukan seperti yang diramalkannya, yakni The King’s Speech.

Gambar burung helang bawa seekor kambing terbang

Helang.(telegraph)

TEMPO Interaktif, Seekor burung helang jenis Golden Eagle besarditangkap gambar kamera tengah mencengkam  seekor kambing semasa terbang. Kambing yang terlihat berdarah itu diperkirakan akan menjadi santapan si helang.

Foto menakjubkan ini diambil di pegunungan pulau Mull, Scotland. Foto ini kemungkinan foto pertama yang berhasil mengabadikan seekor helang raksasa dengan rentang sayap dua meter membawa mangsa berupa kambing.

Foto ini dibuat oleh seorang pengamat burung yang enggan disebutkan namanya. Dia juga menolak menyebutkan lokasi  foto ini diambil. Dia takut petani yang marah kerana haiwannya menjadi mangsa akan memburu burung itu.

Burung helang jenis ini memang termasuk burung dilindungi Mereka ada sekitar 30 ekor dan dilindungi dalam area khusus yang tahun lalu habitat mereka sempat tercemar.
Sebelum mengambil foto ini, pengamat burung dan isterinya melihat beberapa burung helang yang berputar.  ”Ada beberapa kereta yang parking di dekatnya, mereka lalu berputar-putar di udara,” kata pengamat burung itu.

Tiba-tiba ada seekor helang besar yang terlihat membawa sesuatu. Ketika melihat melalui teropong mereka menduga itu seekor arnab gunung. Tapi setelah semakin mendekat ternyata itu seekor kambing.
“Sebuah peristiwa yang sangat aneh dan tidak mungkin saya lupakan,” kata pengamat burung itu. Helang berjenis Golden Eagle dikenal sebagai pemangsa haiwan berukuran besar dengan cara menjatuhkan mangsanya dari ketinggian

'Perempuan Serigala' ada di Thailand

BANGKOK - Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Thailand, Supatra Sasuphan digelar 'perempuan serigala' kerana wajahnya yang dipenuhi dengan bulu, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun kerap diejek oleh rakan-rakan sebaya, Supatra yang tinggal di sini berkata, dia kini amat popular selepas Guinness Book of Records mengiktirafnya sebagai perempuan yang memiliki bulu badan paling lebat di dunia.

"Saya gembira nama saya berada dalam Guinness Book of Records. Ramai orang terpaksa berusaha keras untuk tersenarai tetapi saya cuma perlu menjawab beberapa soalan," katanya.

Kanak-kanak itu merupakan antara 50 penghidap penyakit ganjil dikenali sebagai Sindrom Ambras yang menyebabkan tubuhnya dipenuhi bulu.

Dia memiliki bulu lebat yang tumbuh di seluruh wajah, telinga, tangan kaki dan belakangnya.

Pelbagai kaedah rawatan termasuk rawatan laser setakat ini gagal menghentikan bulu-bulu tersebut daripada tumbuh semula. - Agensi
sumber saya petik dari kosmo online

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved