Tom Cruise lepak diatas puncak Burj Khalifa selama sejam

on 15 Februari 2011

Bukan Tom Cruise namanya jika tidak berani melakukan adegan berbahaya sendiri. Jika sebelumnya, Cruise bergayut sekitar puncak bangunan Burj Khalifa beberapa waktu laluketika shooting Mission: Impossible Ghost Protocol. Kini Cruise melakukan adegan jauh lebih berbahaya lagi. Aktor berusia 48 tahun ini duduk di puncak menara Burj Khalifa yang merupakan bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 2.717 kaki (828 meter) atau 124 tingkat.

Dari foto yang diambil melalui helikopter ini memperlihatkan Cruise duduk di puncak tertinggi Burj Khalifa dengan santai dan sepertinya sedang menikmati pemandangan dari atas. Untuk naik ke puncak Burj Khalifa, Cruise menggunakan 3 lif dan memanjat ketinggian 443 kaki dengan sebuah tangga. Lebih gilanya lagi, Cruise berada di puncak Burj Khalifa selama sejam dan setelah itu Cruise melompat ke bawah.









Adegan ketam bergaduh yang patut di lihat








Mereka juga ada 'gang'

[Hebat] Wanita ini boleh suruh lalat main bola

Selama ini kita lihat didalam TV yang dihipnotis adalah manusia, cuba bayangkan bagaimana kalau yang dihipnotis adalah lalat disuruh main bola biar lebih jelas lihat video dibawah ini




Kerajaan China haramkan adegan merokok dalam filem dan rancangan TV

Hebat Kerajaan China sanggup mengambil tindakan
yang begitu drastik....saya petik dari Sinar Harian

BEIJING - Kerajaan China mengharamkan adegan merokok dalam semua filem atau rancangan televisyen kerana bimbang mempengaruhi lebih 300 juta perokok tegar di negara itu. 

Pihak Pentadbiran Radio, Filem dan Televisyen Kebangsaan (SARFT) diarahkan supaya mengeluarkan arahan keras dan mengharamkan semua adegan merokok di dalam semua tayangan filem atau rancangan televisyen di negara itu. 

SARFT mengumumkan di dalam laman sesawangnya bahawa semua jenama rokok tidak boleh disiarkan di televisyen atau filem dan adegan merokok mestilah dilakukan dalam tempoh masa yang pendek. 

Kajian terhadap 11,000 pelajar sekolah menengah rendah di Beijing mendapati hampir 33 peratus daripada mereka ingin cuba merokok selepas menonton pelakon melakukan adegan merokok di televisyen. 

Tembakau merupakan pembunuh utama di China, dan merupakan pengeluar serta pengguna terbesar tembakau di dunia.

Bercium selama 33 jam

Macam-macam cara manusia nak cipta rekod..
saya petik dari myMetro

PATTAYA: Ia adalah satu kucupan paling lama dalam sejarah manusia di dunia ini.

Tujuh pasangan berkucupan lebih daripada 33 jam bagi meraikan hari Valentine di bandar peranginan di wilayah selatan Thailand yang didakwa penganjur ciuman paling lama pernah direkodkan.


Menurut Rekod Dunia Guiness, rekod terdahulu - selama 32 jam 7 minit dan 14 saat - dilakukan pada 2009 oleh pasangan di Jerman. Seramai 14 pasangan Thai menyertai pertandingan itu yang bermula jam 6 pagi kelmarin. Pada tengah hari semalam, separuh daripada pasangan itu masih berkucupan di koridor sebuah pusat beli-belah di mana ada pelancong yang melopong dan tersenyum melihat mereka sambil yang lain mengambil gambar melalui telefon bimbit mereka.


“Kami tidak fikir kami akan menemui sesiapa yang akan memecahkan rekod,” kata Pengurus Muzium Louis Tussaud's Waxworks di Pattaya, Somporn Naksuetrong yang menganjurkan pertandingan itu. Namun, tujuh pasangan berjaya melakukannya dan ia sangat mengagumkan,” tambahnya.

Hadapi penjara gara-gara sewa pembunuh upahan melalui Facebook

INILAH.COM, West Chester – Remaja lelaki ini menghadapi tuntutan penjara 11-22 tahun. Dia memanfaatkan pembunuh upahan Facebook untuk membunuh perempuan yang menuduhnya sebagai pemerkosa.

Remaja 19 tahun berasal West Chester, AS, Corey Christian Adams menerima kesepakatan pembela di Persidangan atas tuduhan pemerkosaan, pembunuhan dan lainnya. Julai lalu, wanita berusia 20 menuduh Adams memperkosa dirinya setelah pesta.

Beberapa waktu kemudian, Adam menulis penawaran di Facebook untuk siapapun yang berhasil membunuh wanita itu akan diberi US$500 (Rp4,5 juta). Adams juga mempublikasikan bahawa dia ingin wanita itu meninggal dunia dengan cepat.

Untungnya, tidak satupun pihak yang menganggap permintaan itu serius, kecuali wanita yang merasa terancam sehingga melapor ke polis. Jika tidak mengaku bersalah, Adams menghadapi tuntutan penjara 70 tahun.

Budak 2 tahun suka makan pasir dan pecahan tembok

Sukabumi – Fajar, 2 tahun berasal dari Kampung Benteng Kidul Kecamatan Warudoyong Kota Sukabumi, Jawa Barat,  memiliki kebiasaan memakan pasir dan pecahan tembok.

Untuk memakan dua macam bahan tersebut, anak pasangan Endang dan Diana ini sering melakukannya dengan cara mencuri-curi di belakang tanpa pengetahuan kedua orangtuanya. Padahal, kebiasaan tersebut membuat kedua orangtuanya harus melakukan penjagaan lebih ketat.

“Saya sempat memeriksakan Fajar ke Puskesmas, tapi hasilnya anak saya biasa saja,” ujar Diana, ibu kandung Fajar, di Sukabumi.

Walau demikian Diana, dia merasa khuatir kerana buang air besar anaknya seperti pasir. Dia juga khuatir kebiasaan ini berlanjut hingga dewasa. “Saya berupaya agar anak saya boleh sembuh,” imbuh Diana.

Menurut Diana, kebiasaan anaknya ini diketahui ketika sering bermain sendiri di halaman rumah. Jika diperhatikan, sehabis bermain mulutnya selalu kotor. “Tahunya dia suka memakan pasir dan pecahan tembok,” kata Diana.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved