Kisah benar seekor anjing yang menunggu tuannya sehingga mati

on 13 Februari 2011


Ini tentang Hachiko,seekor anjing yang lahir tahun 1923 di Jepang. Awalnya dia dipelihara oleh seorang profesor bernama profesor Hidesaburo Ueno. Kerana  prof itu biasanya naik keretapi di stasen shibuya setiap pukul 7 pagi dan pulang pukul 5 petang, Hachiko selalu menghantar serta menjemput professor itu di depan stesen.Kebiasaan ini berlangsung selama 3 tahun hingga pada 23 Mei 1925 sang profesor meninggal ketika mengajar.
Profesor Hidesaburo Ueno

Hachiko yang tak mengarti yang tuannya sudah meninggal terus menunggu di depan stasen selama 9 tahun.Dengan memilih tidur di bawah  kereta rosak dan makan dari belas kasihan orang-orang di stesen.


Hachiko selalu balik ke stesen itu berapa kalipun dia dibawa  diambil sama saudara mara professor itu.Hingga akhirnya pada tanggal 8 March 1935 tubuh Hachiko ditemukan sudah tak bernyawa di pinggir jalanan stesen Shibuya. Sebagai penghargaan akan loyalitasnya sebuah patungnya dibuat dan diletakkan di depan stesen Shibuya .Patung itu diletakkan sama posisi di mana dia selalu menunggu majikannya setiap hari di depan stesen.

Patung Perunggu Hachiko didepan stasen Shibuya

suasana saat penguburan jasad hachiko

Cerita sedih ini pernah dibuat filemnya dalam versi Jepun dan hollywood yang dimainkan oleh Richard Gere sebagai Profesor..

[Pelik] Rama-rama bercorak ular berkepala dua

Pelik sungguh rama-rama ini...
saya petik daripada myMetro

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang nyenyak tidur terjaga selepas mendengar bunyi pelik di ruang tamu rumahnya di Kampung Suasa Beaufort, di sini, sebelum dikejutkan dengan kehadiran ‘ular berkepala dua’ berlingkar di lantai, menyebabkan dia menjerit ketakutan dan hampir pengsan.

Bagaimanapun, ketakutan dialami wanita terbabit hanya seketika selepas haiwan dikatakan ‘ular berkepala dua’ adalah rama-rama bersaiz gergasi yang memiliki corak sayap seperti kepala ular.

Detik mencemaskan dialami Siti Asian Ibrahim, 42, kira-kira 5.30 pagi kelmarin menyebabkan dia terjaga apabila terdengar bunyi dengusan seperti ular dalam rumahnya.

“Saya lena tidur bersama tiga anak terjaga sebaik mendengar bunyi bising di ruang tamu dan menyangka rumah kami dimasuki pencuri,” katanya.

“Saya terdengar bunyi dengusan namun tidak mengesyaki sesuatu kerana ketika membuat tinjauan, saya tidak menemui sesuatu yang pelik,” katanya.

Katanya, ketika melangkah semula ke bilik, dia terkejut apabila terpandang ‘ular’ terbabit dan menjerit ketakutan hingga anak lelakinya berusia 14 tahun terjaga.

 “Anak saya lantas menangkap rama-rama berkenaan dan selepas diamati, memang ia bercorak seakan-akan kepala ular.“Lebih memeranjatkan, haiwan ini mengeluarkan bunyi sama seperti dengusan ular,” katanya.

 Menurut Siti Asian, ketika dia cuba mengurung rama-rama, haiwan terbabit terbang melalui tingkap.

Kucing mirip musuh Harry Potter, Lord Voldemort

Saya petik daripada Sinar Harian...

LONDON - Seekor kucing mempunyai muka mirip seorang watak jahat dalam sebuah filem blokbuster antarabangsa, Harry Potter sukar diterima kerana rupanya yang aneh.

Charlie, 14, seekor kucing bulu pendek warna putih, sukar mendapat rumah baru dan diterima orang ramai kerana memiliki muka mirip musuh utama Harry Potter, Lord Voldemort lakonan Ralph Fiennes.

Pekerja di pusat badan kebajikan haiwan, Blue Cross mengatakan, pengunjung sering ketakutan dengan rupa Charlie yang aneh itu.\
Lord Voldemort 
Ini kerana kedua telinga dan hidung Charlie terpaksa dipotong akibat menghidap penyakit barah kulit.

Penolong Blue Cross, Marie Loveridge berkata, Charlie merupakan seekor kucing liar sebelum ia dibela oleh seorang wanita dan membawanya ke hospital haiwan untuk dibedah.

"Wanita itu terpaksa menyerahkan Charlie kepada kami kerana ia sering kali bergaduh dengan haiwan peliharaan lain miliknya," katanya.

Menurutnya, walaupun orang ramai melihatnya agak aneh selepas telinga dan hidungnya dipotong, Charlie adalah seekor kucing yang mudah disayangi, suka bermain-main dan sukakan perhatian.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved