Lukisan ini berharga RM123 juta

on 12 Februari 2011

Sekilas pandang, orang buta seni macam saya mungkin menyangka lukisan ini biasa sahaja. Berharga murah dan mungkin tidak berapa cun untuk digantungkan pada dinding. Namun, bagi pengumpul hasil seni yang kaya raya, lukisan ini terlalu cantik dan amat bernilai.

Menurut Agensi, lukisan ini dijual dengan harga RM123 juta dalam satu lelongan di London. Seorang pembeli yang tidak dikenali berjaya membida lukisan ini melalui suatu panggilan telefon ketika proses lelongan sedang berjalan.

Lukisan yang memaparkan Marie-Therese Walter, kekasih kepada pelukis legenda Pablo Picasso, sedang tidur di atas kerusi. Menurut laporan, gadis tersebut berusia 17 tahun ketika mula bertemu dengan Picasso. Mereka berdua mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Maya.


Lukisan yang digelar La Lecture ini dijangka dapat dijual sekitar RM88.17 juta, namun berjaya dijual dengan harga yang lebih tinggi. Lukisan ini dipercayai dilukis sekitar tahun 1930.

sumber : duniacacamarba.blogspot.com

[Pelik] Ada alat untuk wangikan kentut

Apakah Anda pernah kentut atau buang angin? Aha… pasti semua orang yang sehat pernah kentut. Tetapi bagaimana kalau anda kentut yang di depan umum tanpa sengaja?Betapa malunya kita…
Sekarang bagi anda yang sering kentut tanpa sengaja, bolehlah bergembira kerana seorang lelaki dari Wuhan, China telah membuat alat peredam kentut. Alat tersebut yang terbuat dari plastik dan berbentuk tabung dimasukkan …ah… ke anus anda.Hujung tabung yang satu terbuka dan hujung yang lainnya memiliki lubang-lubang kecil.
Pengguna alat tersebut juga diminta untuk melekatkan minyak atau parfume  ke alat tersebut untuk menghindari wangi yang tak sedap. Mungkin jadi wangi yang harum.

Sumber : http://saatnyasantai.blogspot.com

bk-tak ada kerja

Penyakit aneh,perut ibu ini bergerak-gerak

Seorang ibu di Sukabumi, Jawa Barat, menderita penyakit aneh pada perutnya. Keluarga yakin ada makhluk halus yang masuk di dalam tubuh Marian.

Walaupun sudah berubat selama 20 tahun, namun penyakit perempuan 42 tahun itu belum dapat dipastikan secara perubatan.

Warga Kampung Tugu, Desa Cipendeuy, Kecamatan Surade, Sukabumi ini hanya boleh mengerang ketika perutnya bergerak-gerak seperti ada mahluk atau benda aneh.

Menurut suaminya Ajat (50), Senin (7/2/2011), penyakit tersebut awal kali muncul setelah isterinya melakukan persalinan anak kelima. Entah apa yang ada dalam perutnya namun setiap kali perutnya bergerak-gerak seperti ada makhluk sejeni ular atau benda keras.

Marian selalu sahaja mengerang kesakitan. Dalam keadaan kesakitan, bahagian dalam perut menyembul dan bergerak kencang disertai teriakan dan seperti halnya orang kerasukan.

Berbagai cara penyembuhan sudah dilakukan keluarga baik  ke dokter mahupun paranormal. Untuk menyebuhkan penyakit tersebut, Ajat mengakui seluruh hartanya sudah habis. Hanya tinggal sebuah rumah panggung dengan keadaa buruk.

Soleter, doktor di Puskesmas Buniwangi mengaku tidak menemukan benda aneh dalam diri pesakit. Bahkan ujian darah dan hasil pemeriksaan, Marian dinyatakan sihat.

Menurut Soleter keadaan Marian lebih disebabkan pisikis. Namun dia mengaku belum boleh memberikan jenis dan nama penyakit tersebut.

Rencananya pihak puskesmas akan segera merujuk pesakit ke RSUD Sekarwangi . Diharapkan dalam pemeriksaan perubatan secara moden dapat diketahui jenis penyakit tersebut. Namun hingga saat ini keluarga mengaku tak mampu menanggung biaya pengubatan selama  berada di hospital.

Jatuh dari tingkat tujuh kerana sibuk SMS

Melbourne - Tragis! Seorang remaja  menemui ajal gara-gara terlalu sibuk SMS. Dia terjatuh dari tingkat tujuh di sebuah tempat parking kereta..

Mangsa bernama Ryan Robbins, adalah remaja berasal dari Australia yang baru berusia 19 tahun. Awalnya, Robbins disyaki sedang mabuk sehingga tidak mengetahui keadaan di sekitarnyadan dia dilaporkan sibuk menulis SMS.

Patricia Schroeter, nenek Robbins, memberitahu bahawa Robbins awalnya menghantar dua orang wanita ke tempat parking kereta di wilayah Melbourne. Dia kemudian menaip SMS sehingga tidak memperhatikan situasi sekeliling. Akibatnya, dia terjatuh dari tempat parkir tersebut dan meninggal ditempat kejadian. dikutip detikINET dari Herald Sun.

Patricia jelas sedih mendengar kematian cucu kesayangannya. Dia pun berharap pihak pengelola parking lebih memperketat kawalan, misalnya dengan memasang pagar tinggi untuk mencegah kejadian serupa di masa depan.

"Mereka harus memasang sesuatu sehingga kejadian ini tidak muncul lagi. Mungkin dengan memasang pagar lebih tinggi atau sesuatu yang lain," ucap Patricia

Budak baru 13 tahun dah cipta laman sosial lebih baik daripada Facebook

Siapa sangka baru 13 tahun sudah cipta laman sosial seperti Facebook..
saya petik daripada kosmo online

BANDUNG - Walaupun baru berusia 13 tahun, seorang budak lelaki di Indonesia, Muhamad Yahya Harlan ternyata hebat apabila dia mencipta laman jaringan sosial mirip Facebook, lapor akhbar dalam talian, Tribunnews.com semalam.

Laman itu yang dinamakan salingsapa.com dapat disiapkan Muhamad yang belajar di Sekolah Alam Bandung, di sini, dalam masa sebulan.

Konsep salingaapa.com hampir menyerupai Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg dari Amerika Syarikat tetapi Muhamad berkata, laman webnya menampilkan beberapa ciri tambahan.

"Pada awalnya, saya menonton berita tentang ada orang Indonesia yang mencipta laman web seperti Facebook dalam bahasa Indonesia.

"Saya terus terfikir, saya juga boleh mencipta laman web serupa, tetapi lebih baik lagi," kata Muhamad ketika ditemui di sekolahnya kelmarin.

Seterusnya, anak sulung pasangan Yan Harlan, 45, dan isterinya, Fidriana, 37, itu mulai 'mengklik' komputernya untuk merancang ciri-ciri laman sosial yang akan dihasilkan nanti.

Dia turut mendapat bantuan daripada ayahnya yang menyumbang idea tentang ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan salingsapa.com.

Kini, kejayaan pelajar cilik itu mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak. 

Menurut ibunya, Muhammad membentangkan hasil kerjanya itu di hadapan 12 mahasiswa Institut Teknologi Bandung semalam.

"Harapan kami ialah laman sosial ciptaan anak saya ini akan digunakan untuk tujuan kebaikan," kata ibunya. - Agensi

nak lihat laman yang di ciptanya sila klik sini

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved