Gorilla lahirkan kembar

on 11 Februari 2011

Gorila kembar ini merupakan penghuni baru Taman Nasional Gunung Berapi Rwanda dan tercatat sebagai kembar kelima yang berhasil dirakamkan kelahirannya. Ketika ini, gorila gunung setidaknya berjumlah 800 ekor yang hidup di alam liar seluruh dunia, menurut LSM Gorilla Organisation yang berada di England.

“Sangat jarang menemukan gorila gunung yang kembar. Keduanya adalah jantan dan kami merasa bahagia untuk mengetahui masa depan mereka,” ujar pengurus program Gorilla Organisation. Ibu gorila biasanya hanya memiliki satu bayi setiap empat tahun atau lebih. Inilah yang menjadi alasan mengapa jumlah gorila sangat sedikit.




Mak bapak paling kurang ajar buat projek depan anak

Untitled
Maaf kalau gambar ini agak kurang ajar dan menganggu fikiran segenlitir pembaca .Ini sekadar untuk menunjukkan betapa singkat dan dengkilnya pemikiran mak bapak budak ni.Sanggup melakukan perbuatan tak senonoh didepan anaknya sendiri.Macam tak ada tempat lain.Seronok mak bapak dapat tapi kesan sampingan yang buruk anak yang dapat.Cubalah berfikir sebelum melakukan sesuatu terutama di depan anak…..

Ada syarikat penerbangan ambil 'maknyah' sebagai krew

Makin glamour golongan maknyah ini....
saya petik dari Berita Harian online

SEORANG petugas menunjukkan cara berbedak bagi seorang ‘katoey’ di pejabat PC Air di Bangkok.

BANGKOK: Presiden syarikat terbaru Thailand yang mengambil golongan ‘mak nyah’ sebagai krew penerbangan mengakui perlu lebih teliti sebelum menerima mereka sebagai pekerjanya bagi memastikan orang terpilih benar-benar memiliki ciri kewanitaan.

Sambil menekankan syarikat itu mengamalkan prinsip sama rata, presiden PC Air, Peter Chan berkata beliau memutuskan untuk menghabiskan tempoh temu duga panjang untuk pemohon golongan itu. 

“Bagi pramugara, saya tidak akan ambil mereka, jika cara mereka berjalan dan senyum tidak menepati syarat. Bagi pramugari, jika mereka tidak sabar mereka tidak layak dan kami tidak akan mengambilnya. 
“Bagi mak nyah, kita tidak boleh habiskan hanya lima atau 10 minit dengan mereka, kita terpaksa menghabiskan seharian untuk memastikan mereka memiliki kriteria kewanitaan,’ katanya.

PC Air dijangka beroperasi dalam laluan di Asia April ini, pada mulanya bercadang mengambil krew penerbangan lelaki dan wanita namun menukar fikiran selepas menerima lebih 100 permohonan kerja dari golongan mak nyah atau transeksual.

Empat mak nyah terpilih bersama 19 wanita dan tujuh lelaki sebagai krew penerbangan. Ia mengakui mungkin mengambil lebih ramai krew penerbangan daripada ‘jantina ketiga’ pada masa depan kerana Jabatan Penerbangan Awam tiada bantahan.

Walaupun teruja dengan peluang itu, krew penerbangan mak nyah berkata mereka sedar mereka perlu membuktikan diri mereka. 
“Orang akan memerhatikan kami. Ada lebih banyak tekanan,” kata Dissanai Chitpraphachin, 23, yang dimahkotakan sebagai mak nyah tercantik Thailand pada 2007.

“Kami perlu menyiapkan diri lebih berbanding seorang wanita.” Syarikat penerbangan itu pada mulanya dijangka terbang ke Korea Selatan, Hong Kong, Singapura dan China.

Syarikat itu berkata kelayakan untuk krew penerbangan mak nyah adalah sama seperti syarat pramugari wanita, dengan syarat tambahan mereka perlu kelihatan seperti wanita dari segi berjalan dan bercakap dan memiliki suara wanita serta kelakuan yang baik.

Walaupun hanya sedikit diskriminasi ke atas golongan mak nyah di Thailand, mereka masih belum diiktiraf secara rasmi sebagai wanita dan kad pengenalan mereka kekal tertulis ‘lelaki.’

Dikenali sebagai ‘katoey’ atau ‘ladyboys’, golongan transjantina dan transeksual dilihat lebih ramai di Thailand  
berbanding negara lain, memiliki kerjaya utama dalam pelbagai bidang. – Reuters

Lakukan seks walaupun mangsa sudah mati

Gila betul orang ini....saya petik dari myMetro

PHILADELPHIA: Polis berkata seorang lelaki berusia 22 tahun memberitahu dia mencekik tiga wanita akhir tahun lalu selepas membayar untuk khidmat seks dan kadangkala terus melakukan hubungan seks selepas mangsa sudah mati.

Antonio Rodriguez ditahan untuk perbicaraan selepas sesi pembacaan pertuduhan, semalam. Polis berkata, dia tidak tahu nama ketiga-tiga mangsa tetapi mengenali gambar mereka ketika ditemu bual selepas penahanannya bulan lalu berikutan sampel DNA yang berpadanan. Ketiga-tiga mangsa, Elaine Goldberg, Nicole Piacentini dan Casey Mahoney adalah wanita penagih dadah dan adakala melacur di jalanan. Pihak pendakwa raya berkata mereka cuba melawan ketika diserang Rodriguez. - AP



Lelaki ‘Tegang’ Selama 3 Minggu Berjaya Diselamatkan Melalui Pembedahan

Seorang ahli perniagaan, yang menderita daripada masalah ‘tegang’ selama tiga minggu, telah diselamatkan oleh doktor-doktor bedah di Kolkata, India, selepas menjalani satu operasi pembedahan.


Lelaki berusia 55 tahun itu terpaksa melakukan pembedahan kecemasan selepas zakarnya mengeras dan ‘tegang’ selama 21 hari. Menurut laporan The Sun, operasi pembedahan selama sejam itu berjaya, tetapi ia menyebabkan lelaki itu mati pucuk.

“Lelaki ini mendapatkan rawatan terlalu lewat,” Doctor Avishek Mukherjee berkata.

“Rawatan seperti ini perlu dilakukan dalam masa enam jam, jika tidak ia boleh menyebabkan kepada kematian, selain kemerosotan kemampuan zakar,” jelasnya lagi.

Para doktor percaya bapa kepada dua orang anak ini menderita suatu simtom yang dipanggil priapism, yang dicetuskan oleh gangguan sistem saraf, dan mencegah darah daripada mengalir keluar daripada zakar.

“Semasa ia menegang, aliran darah terhenti,” katanya.

“Jadi, ia terus ‘tegang’ selama lebih daripada satu jam, dan bekalan oksigen kepada zakar berkurangan dan boleh merosakkan organ. Jika bekalan ini terus tersekat lebih lama, zakar boleh menjadi busuk.

“Kami menyalirkan darah keluar dan melegakannya,” Dr Mukherjee menambah.

Lelaki yang identitinya dirahsiakan telah dibenarkan keluar dari hospital.   ~~pulakdah

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved