[Hebat]Oscar budak 2 tahun yang punyai IQ setara EINSTEIN

on 10 Februari 2011

Oscar Wrigley, balita usia 2 tahun ini bukan sembarangkanak-kanak. Balita asal Reading, England ini memiliki nilai IQ 160. Setara dengan IQ  Albert Einstein.


Kegeniusan Oscar mulai nampak ketika dia mampu berbicara di usianya yang baru  9 bulan. Di usia 18 bulan dia mampu menghafal alfabet dari A sampai Z. Bahkan dia menguasai ribuan kosakata ketika usianya masuk 2 tahun. Padahal, kanak-kanak seusia dia umumnya baru menguasai sekitar 50 kosakata.

"Kosakatanya menakjubkan. Dia mampu mengucapkan kalimat kompleks. Suatu hari dia mengatakan kepadaku 'Ibu, sosis seperti berpesta di mulutku'," terang ibu Oscar, Hanna seperti dikutip detikcom.

Oscar lahir secara normal. Dia adalah anak dari pasangan ahli IT, Joe (29) dan ibu rumah tangga Hanna (26) yang tinggal di Reading, Inggris.



Keajaiban Oscar ini membuat ia diterima di Mensa, sebuah organisasi internasional bagi orang-orang yang memiliki IQ hebat.

Jurubicara Mensa, John Stevenage mengatakan jika Oscar adalah anak termuda yang bergabung dengan komuniti yang mensyaratkan anggotanya memiliki IQ minima 148

Pemilik anjing yang gila sanggup habis $160.000 untuk beli perhiasan anjing

Louise Harris 31 tahun harus menjadi salah seorang pemilik anjing gila di dunia, setelah sanggup menghabiskan lebih dari $ 160.000 dalam enam tahun terakhir, membeli perhiasan dan aksesoris untuk ketiga haiwan peliharaan.

"Banyak orang berfikir aku gila, dan aku menyedari itu benar-benar di atasnya, tetapi saya ingin memberi mereka hidup yang terbaik untuk anjing saya " ujar Ms Harris, yang akan melakukan hampir apa saja untuk membuat tiga ekor anjing Yorkshire bahagia . Enam tahun yang lalu, dia jatuh cinta dengan Lola kecil, yang cuma besar telapak tangannya, Dia mula memesan pakai untuk anjingnya dan. kerana pakaian yang dibuat di England tidak cantik, dia mula memesannya dari Amerika Syarikat, dan dia juga telah membeli almari untuk keseluruhan untuk anjing kesayangannya.



Ada bayi lahir tanpa tempurung kepala

GUNUNGKIDUL – Seorang bayi laki-laki anak dari pasangan Sukitman dan Warsiti, memiliki kelainan ketika dilahirkan. Bayi itu tidak memiliki tempurung kepala.

Ironisnya, Hospital Daerah Wonosari menyuruh orangtua membawa anak mereka pulang. Menurut pihakhospital, harapan hidup bayi malang ini hanya 10 peratus.

“Terkejut sewaktu disuruh membawa pulang anak saudara saya, padahal keadaannya sangat membimbangkan. ,” sesal Sardi pak cik bayi itu.

Bayi ini tidak memiliki hidung dan bernafas lewat mulut, kerana itu setiap bernafas selalu terdengar bunyi. Sementara isi bahagian belakang kepala terlihat jelas.

Sardi menjelaskan bayi tersebut dilahirkan pada Selasa, 8 Februari, sekira pukul 12.00 dan langsung dibawa pulang pukul 17.00 WIB. Sardi mengaku hairan dengan anak yang dilahirkan Warsiti. Padahal secara rutin adiknya memeriksa kandungan ke bidan desa setempat. Segala makanan untuk  Ibu juga dipenuhi.

“Adik saya rutin memeriksa kandungannya ke bidan, dan usia kelahirannya juga normal,” jelas Sardi.

Namun sebagai petani kecil dan  orangtua bayi tidak mampu membiayai, jika bayi mereka harus dirawat di hospital.

“Beginilah keadaan kami jika harus dirawat di hospitalt, sedangkan ibunya saja masih di sana, bagaimana dengan biayanya?” sambung Sardi.

Sementara itu ketika  dihubungi  Kabid Pelayanan Medik dan Keperawatan RSUD Wonosari dr Triyani Heny Astuti membantah jika pihaknya dianggap membiarkan pesakit.

Menurutnya pihak hospital sudah memberikan penjelasan mengenai harapan hidup bayi yang belum diberi nama itu kepada orangtua. Selain itu pihak keluarga juga sudah setuju anak itu dibawa pulang.

“Kepulangan pesakit sudah dengan persetujuan keluarganya. Mereka sudah menandatangani surat perjanjian, dan jika ingin dibawa kembali ke RSUD kami siap melayani,” katanya.

Sumber : http://www.okezone.com

Wow!! Sudah ada helmet untuk cukur kepala

Ciptaan yang hebat .... saya petik daripada
kosmo online

NEW YORK - Seorang penduduk di sini mencipta topi keledar yang berfungsi untuk mencukur rambut hanya dalam tempoh 20 saat, lapor sebuah akhbar semalam.

Topi keledar itu mempunyai empat pisau pencukur yang melakukan tugas dengan bantuan dua motor selain dilengkapi krim pencukur.

Klip video topi keledar itu disiarkan di laman URLesque.com dan dicipta oleh seorang lelaki dikenali hanya dengan nama Boris.

Dalam klip tersebut, seorang lelaki menguji topi keledar tersebut walaupun dia kelihatan menggigil.

Selepas dia memakai topi keledar itu, rambut lelaki berkenaan licin dicukur dan terdapat krim berwarna putih pada kulit kepalanya. - Agensi



Mati akibat suntik untuk besarkan punggung

Macam-macam manusia ini ..tak pernah bersyukur degan apa yang 
ada....saya petik daripada kosmo online

PHILADELPHIA - Seorang wanita berusia 20-an meninggal dunia selepas dia disuntik di bahagian punggungnya bagi tujuan untuk membesarkannya di hotel berhampiran sebuah lapangan terbang Philadelphia, Amerika Syarikat kelmarin. 

Pihak polis yang sedang menyiasat mengenai punca sebenar kematiannya memberitahu, mangsa bersama tiga orang rakannya datang dari London dan menginap di hotel Hampton Inn. 

Menurut polis, dua orang daripada mereka pernah datang ke sini pada November lalu untuk menjalani rawatan membesarkan punggung. 

Pada Isnin lalu, salah seorang daripada mereka mendapatkan satu lagi suntikan tambahan. 

Sementara itu, seorang rakannya menjalani pembedahan membesarkan pinggul. 

Seorang pegawai polis, Joseph Murray memberitahu, wanita yang disuntik itu kemudian dihantar ke hospital dan meninggal dunia kelmarin. 

Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pegawai perubatan dari hospital daerah Delaware bagaimanapun masih belum dikeluarkan. 

Polis kini mencari dua individu yang terlibat dalam prosedur kosmetik tersebut. 

Mereka percaya prosedur itu diuruskan menerusi Internet. - Agensi

Dua remaja bunuh ayah mereka kerana perhiasan

 Holly Robinson

Dua remaja sanggup menikam ayahnya hingga tewas sebanyak 15 kali gara-gara perhiasan ibunya. Demikian dilaporkan Daily Mail.

Dua anak perempuan kejam berasal dari Wales, bernama Ashleigh Robinson (19) dan Hollie (16) yang membunuh ayahnya, Antoni Robinson (61), keranana bertengkar mengenai perhiasan yang dimiliki ibunya. Sesudah membunuh, Ashleigh mengirimkan ibunya pesanan melalui  SMS yang isinya," sesuatu terjadi, dia sudah tak ada lagi, maafkan saya bu. xxxx"

Dalam serangan yang sangat ganas itu, si ayah ditikam dengan pisau dapur dengan panjang tujuh inchi oleh satu dari kekasih dua remaja ituketika tidur. Tak hanya itu, kekasih mereka memotong urat leher dan kemudian dia tewas ditempat kejadian.

Hakim Griffith Williams menganggap dua gadis ini sangat ganas. "Ia meninggal dalam keadaan yang sangat menyedihkan dan malah mereka berpesta dengan kematian  ayah mereka,"jelas hakim. Robinson berpisah dari ibu kedua anak perempuannya, Joanne Barr, setelah 25 tahu berumah tangga dan selalu dipenuhi pertengkaran. Holly mendapat hukuman penjara 40 tahun.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved