Gadis ini tidur dengan harimau

on 09 Februari 2011

 Remaja berasal dari Florida, Amerika Syarikat, Felicia Frisco punya teman tidur istimewal namanya: Will. Tapi Will yang ini bukan manusia, dia seekor harimau Bengal berusia 6 bulan. “Setiap hari bulu-bulu Will memenuhi tempat tidurku, sering kali masuk ke hidungku,” kata Felicia seperti dikutip dari Daily Mail.

Felicia memelihara Will sejak harimau itu lahir. “Membesarkan dia seperti memelihara seekor anjing, dia senang sekali menjilatiku,” kata Felicia yang merancang tidur ditemani Will sampai harimau itu berusia 1 tahun.
Felicia boleh punya harimau berkat orang tuanya  sebagai aktivis perlindungan haiwan. Orang tua Felicia menjalankan projek Tiger Encounter. Sejak kecil hidup Felicia pun selalu dikelilingi binatang, seperti gajah, kuda dan harimau.

Meski Will sudah jinak, orang tua Felicia selalu mengingatkan, jangan percaya sepenuhnya dengan binatang. “Kamu harus waspada dan tahu risikonya,” ujar Felicia menirukan ucapan orang tuanya.
Will bukanlah teman tidur Felicia yang pertama. Sebelumnya, ayah Will, Daruba yang menemani Felicia tidur sampai Daruba berusia 1 tahun. Ketika Will lahir, Felicia langsung merawatnya, dia memberi makan, bermain dan berjalan-jalan dengannya. “Aku sungguh terikat dengannya, seperti anak sendiri,” katanya.-tempo

Demi cinta sanggup buat panggilan bom palsu

Semua itu dilakukannya hanya kerana cinta walaupun
akhirnya diri sendiri terpenjara...
saya petik dari Sinar Harian...

SANTIAGO - Seorang wanita kelmarin didakwa kerana memb:uat panggilan bom palsu demi cinta untuk mengelak teman lelakinya bekerja di luar negara. 

Penguat kuasa melaporkan Grace Guajardo membuat panggilan itu untuk menghalang Rodrigo Gomez bekerja di negara lain. 

Gomez dipercayai berada dalam pesawat :Iberia 6839: untuk ke Madrid, Sepanyol, ketika kejadian berlaku. 

Guajardo mengaku dia menelefon lapangan terbang daripada telefon bimbitnya menuntut supaya pihak berkenaan memberitahu Gomez, bahawa ayahnya tenat. 

Bagaimanapun, rancangan itu gagal dan Guajardo memutuskan untuk menelefon semula, mendakwa terdapat sebiji bom di dalam pesawat itu. 

"Saya minta maaf, tetapi saya buat semua ini demi cinta," kata Guajardo. 

Jika disabit bersalah, Guajardo boleh dihukum penjara selama 61 hari.

[Gila] Penggal kepala isteri kerana tuntut cerai

TRIBUNNEWS.COM - Seorang bos stesen televisyen dinyatakan bersalah kerana menikam isterinya sampai tewas sebelum akhirnya memenggal kepalanya pada Februari 2009. Hal ini dilakukan enam hari setelah si isteri mengajukan tuntutan cerai.

Juri di pengadilan New York memutuskan bos eksekutif bernama Muzzammil Hassan (46) bersalah atas pembunuhan tingkat dua atas kematian isterinya yang bernama Aasiya Hassan.

Muzzammil, warga Amerika Syarikat (AS) kelahiran Pakistan, tidak pernah menolak tuduhan jika dia membunuh isterinya namun dia membantah melakukan kekerasan kepada Aasiya dan hanya membalas sebagai upaya bela diri.

Dia bertindak sebagai pengacara atas dirinya dalam sidang yang berlangsung selama tiga minggu dan menolak bantuan penasihat hukumnya, Jeremy Schwartz.

Muzzammil, mendirikan televisyen Bridges TV, sebuah kanal televisi yang dibangun pada tahun 2004 sebagai upaya perlawanan terhadap pandangan negatif kepada umat Muslim di negara itu pascaserangan  9/11. Dia menghadapi ancaman hukuman penjara seumur hidup.

Sumber: New York Post

Gadis ini berani telan 50 kondom mengandungi kokain

Kerja gila betul...
saya petik dari kosmo online

BOSTON - Seorang gadis berusia 21 tahun, Luisa Y. Gil menelan 50 kondom mengandungi kokain seberat setengah kilogram di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan, Boston, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Gadis itu ditangkap pada Sabtu lalu oleh polis selepas dia tiba dari Republik Dominica.

Dia ditangkap selepas beberapa anggota kastam menyoalnya ekoran gelagatnya yang mencurigakan kerana dia akan balik ke negara asalnya pada hari ketibaannya di AS.

Luisa mengaku kepada polis bahawa dia menelan 50 kondom mengandungi kokain. Dia kemudian dihantar ke sebuah hospital dan 50 kondom kokain itu berjaya dikeluarkan dari perutnya.

Nilai kokain itu dianggarkan AS$50,000 (RM151,724). Menurut Luisa kepada polis, dia diupah AS$2,000 (RM6,069) untuk membawa kokain itu ke Amerika Syarikat.

Gadis itu berdepan dakwaan melakukan penyeludupan dan diikat jamin sebanyak AS$200,000 (RM606,899). Jika disabitkan kesalahan, dia akan dihukum penjara minimum 15 tahun. - Agensi

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved