Berkunjung ke hotel kaum Ayam

on 05 Februari 2011

Ternyata ayam juga sudah jadi makhluk yang dipandang darjatnya. Padahal awalnya cuma untuk jadi bahan yang dimakan .Hotel ayam ini fungsinya dijadikan tempat peliharaan dikala pemiliknya pergi jauh.. Boleh juga buat bisnes macam ni.





Wow!! 60 kucing dilatih jaga kilang padi

image

DALIAN – Seorang lelaki melatih kira-kira 60 ekor kucing untuk menjaga kilang padi, dari serangan tikus.
Yin Chunzhu, seorang pegawai gudang penyimpanan dan transportasi di Dalian, China, digelar sebagai “Komandan Kucing” yang memimpin sederetan pasukan kucingnya.

Selama bertahun-tahun gudang penyimpanan itu diserang dengan banyaknya tikus yang berkeliaran. Menghindari racun yang dapat mempengaruhi beras jika menggunakan racun tikus, Yin memilih untuk melatih lebih dari 60 kucing sejak pertengahan Oktober lalu.Kucing-kucing itu dilatih dengan kepakaran yang berbeza seperti mendeteksi, pengintaian serta melakukan kawalan dari serangan para tikus.

“Hasilnya cukup menggembirakan, sebahagian besar padi milik kami tidak terlalu banyak mengalami kerosakan,” ungkap seorang pegawai di perusahaan tersebut.Pegawai itu menambahkan kos untuk memelihara kucing itu, tidak terlalu banyak dari kerugian perusahaan akibat serangan tikus.

Isteri Speaker Dewan Rakyat menyesal bergambar seksi

Tak fikir dulu sebelum buat..menyesal kemudian tak berguna...
saya petik dari kosmo online

LONDON - Sally Bercow yang merupakan isteri Speaker Dewan Rakyat Britain, John Bercow menganggap dirinya kelihatan seperti seorang yang bodoh kerana bergambar dalam keadaan seksi, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.

Dalam gambar itu, dia hanya menutup tubuhnya yang bogel dengan cadar katil.

Wanita berusia 41 tahun itu membuat kenyataan tersebut selepas gambarnya itu disiarkan akhbar Evening Standard di Britain.

Dia memberitahu stesen radio Perbadanan Penyiaran British (BBC): "Saya mungkin seornag yang bodoh kerana melakukannya (bergambar dengan tubuh ditutupi cadar katil."

Sally berkata, dia hanya mengetahui perlu melakukan aksi itu semasa tiba di lokasi untuk membuat rakaman gambar itu.

Wanita itu berkata, pada mulanya dia menganggap aksi tersebut akan menjadikan gambarnya kelihatan lebih menarik.

Namun, gambar itu mencetuskan masalah kerana dia merupakan isteri seorang Speaker sekali gus memberi kesan terhadap kerjaya suaminya.

Menurutnya, gambar tersebut untuk ruangan Hari Kekasih dan dia berasa terkejut ekoran reaksi orang ramai berhubung penampilan seksinya. - Agensi

Bayi beri isyarat bagus dalam kandungan

Kekuasaan Tuhan..
saya petik dari kosmo online


MAIDSTONE - Seorang ibu yang bimbang mengenai kesihatan bayi yang dikandungnya mendapati anaknya itu membuat isyarat bagus semasa perutnya diimbas di sebuah hospital di Kent, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu bayi itu, Donna Sayer, 29, dan seorang jururawat tergelak selepas mereka melihat bayi itu memberikan isyarat bagus semasa diimbas.

Menurut Donna yang merupakan seorang pengurus makanan dan minuman di Kelab Kriket Kent, bayi itu seolah-olah mahu memberitahu bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.

Wanita itu berkata, pemeriksaan itu dibuat selepas jururawat berkenaan menyatakan bayi dalam kandungannya normal.

Namun, bagi mendapatkan kepastian mengenai bentuk bayi itu, satu pemeriksaan imbasan dibuat.

Donna dari Whitstable yang dijangka melahirkan anak dalam bulan Mei ini berkata, semua pihak berasa hairan apabila melihat gambar tersebut. - Agensi

Dipotong Tangan Kerana Memberi Sedekah

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, “Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas keranaAllah s.w.t.“ Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya.


Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, “Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri.”

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, “Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu.”

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t.”

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat.”

sumber : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com

Pekerja kilang paksa remaja jadi hamba seksnya

Berita Agensi melaporkan seorang pekerja kilang berusia 40 tahun di Wuhan, China telah dikenakan   hukuman mati setelah didapati bersalah memaksa dua remaja menjadi hamba seksnya.

Zeng Qiangbao telah mengurung dua orang remaja tersebut di sebuah bilik bawah tanah di rumahnya.

Zeng menculik Lili berusia 16 tahun sekitar pukul 10:00 pagi pada 16 September 2008. Remaja malang itu dibawa ke rumahnya, sebelum merogol dan merantai remaja itu.

Pada 2 Julai 2009, Zeng menculik pula seorang lagi remaja bernama Honghong, 19 tahun. Seperti juga Lili, remaja ini turut diperkosa berulang kali dan dikurung di sebuah bilik bawah tanah.

Kes ini dibawa terbongkar selepas salah seorang remaja tersebut meletakkan nota kecemasan/SOS dengan mesej "Tolong. Saya sudah ditahan di bilik  bawah tanah lebih daripada satu tahun" dalam satu sebuah televisyen, yang kemudiannya ditemukan oleh seorang juruteknik barangan elektrik.

Bersama-sama dengan nota itu, terdapat lakaran peta yang menunjukkan lokasi gadis-gadis itu disimpan, berserta nombor telefon dan alamat keluarga Honghong.

Polis menemui dua gadis malang itu dalam keadaan telanjang di bilik bawah tanah tersebut.

Lili telah dikurung selama 590 hari, manakala Honghong pula selama 317 hari. Kedua-duanya telah diperkosa beratus-ratus kali sebelum berjaya diselamatkan pada Mei tahun lalu.

Berdasarkan siasatan, polis juga mendapati Zeng Qiangbao terlibat dengan kes perkosaan yang lain, merompak dan meragut antara Julai 2007 hingga Mei 2010.

Setelah mengambil kira kekejaman Zeng, mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap lelaki gila seks itu.

sumber : duniacacamarba.blogspot.com

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved