Suami Dapat SMS dari Wanita, Isteri Gantung Diri

on 03 Februari 2011




Seorang ibu yang mempunyai seorang anak telah gantung diri. Disyaki, wanita muda itu melakukan aksi nekad setelah membaca SMS dari seorang wanita di handphone suaminya.

Ibu muda itu bernama Fitri (22), warga Telukbetung Barat, Bandarlampung. Dia didapati meninggal setelah menggantung dirinya di pintu dapur rumahnya.

Menurut suaminya, Sopyan (24), dirinya sama sekali tidak menyangka isterinya melakukan perbutaan itu. Terakhir dia tahu isterinya membaca SMS dari salah seorang teman wanitanya yang selama ini menjadi teman perniagaannya di Pasar Kotakarang.

Menurut Sopyan, pagi itu dia membawa anaknya yang berumur 2 tahun ketempat perniagaannya. Rupanya handphone yang biasanya disimpan di saku baju tertinggal di bilik.

Sopyan baru sedar beberapa jam kemudian bahawa HP-nya tidak dibawa. Sopyan pulang ke rumah untuk mengambilnya.

Di rumah berulangkali Sopyan mengetuk pintu sambil memanggil-manggil nama isterinya. Tidak ada jawaban. Sopyan curiga lalu mengintip dari tingkap.

Betapa terkejutnya Sopyan melihat tubuh isterinya sudah tergantung di pintu dapur dengan kain gendongan yang biasa dipakai untuk menggendong anaknya.

Sopyan menjerit minta tolong. Jiran-jiran berlari ke rumah Sopyan. Pintu rumah dipecahkan dan di bawah tempat jasad Fitriani ditemukan handphone Sopyan.

Setelah jasad isterinya diturunkan, seorang jiran memberikan handphone Sopyan. Dari situ diketahui ternyata isteri Sopyan baru saja membaca SMS dari salah seorang temannya yang kebetulan perempuan yang isinya hanya gurauan. Diduga inilah yang membuat isteri Sopyan cemburu.

Jasad Fitri dilarikan ke Hospital Umum Daerah Abdoel Moleuk untuk di bedah siasat. Dari hasil  bedah siasat ditemukan luka  di leher akibat jeratan tali, bukan kain gendongan seperti yang ditemukan di lokasi.-inilah.com

Foto Unik dan Lucu Dari Aksi Demo di Mesir Tuntut Mubarak Undur

Krisis politik yang terjadi di Mesir ketika ini yang menuntut undurnya Presiden Hosni Mubarak yang sudah berkuasa selama 30 tahun ternyata ada hal-hal unik yang terakam kamera wartawan pada para demonstrasi. Berikut kumpulan foto-foto unik sepanjang krisis Mesir terjadi sampai dengan hari ini di himpun dari berbagai sumber.






















sumber : ruanghati.com

Dah ada hotel untuk burung

Dulu hotel untuk kucing..sekarang dah ada hotel untuk burung.
saya petik dari kosmo online

seorang pembantu begambar dengan hotel burung

TORONTO, Kanada - Seorang lelaki, John Looser (gambar kecil) mencipta beberapa hotel kecil untuk pelbagai jenis burung seperti perling di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Salah satu hotel itu mengandungi 103 bilik dan sebuah kolam renang manakala sebuah lagi mempunyai terowong yang membolehkan haiwan tersebut terbang.

Harga hotel itu boleh mencecah sehingga AS$24,000 (RM73,008) dan dijual kepada peminat burung. 

"Saya menyanyangi burung dan apabila saya bersara awal, saya merasakan saya perlu melakukan sesuatu.

"Justeru, saya mendapat idea untuk membina kediaman untuk burung," kata Looser berusia 46 tahun.

Dia membuat kediaman burung itu supaya haiwan berkenaan hidup dengan selesa di bandar ini. - Agensi

Lesen jururawat ini ditarik kerana adakan hubungan seks dengan pesakit

Seorang jururawat perempuan terpaksa kehilangan lesennya dalam jangka masa 20 tahun setelah mengaku mengadakan hubungan seks dengan peskitnya yang sedang sakit. Parahnya lagi,pesakit ini sudah berkahwin.

Lesen Amber Van Brunt (33) ditarik lembaga Oklahoma Nursing Board, pada Ogos tahun lalu. Kini, dia meminta melalui pengadilan Oklahoma County, Amerika Syarikat (AS) untuk mengembalikan kembali lesen itu setelah skandal tersebut terjadi.

Dalam perbicaraan itu sebuah pertanyaan muncul, apakah seorang jururawat diizinkan berhubungan seks dengan pesakitnya? Pengacara Van Brunt mengatakan kepada hakim bahawa hubungan seks dengan pesakit adalah masalah peribadi dan bukan dilakukan ketika sedang tugas. Dia mengunjungi pesakit sebagai teman dan bukan ketika sedang merawatnya.

Pesakit bernama Chris Reiter (43) menderita penyakit Lou Gehrig. Dia mengaku digoda oleh jururawat itu. Van Brunt bekerja di RS Angelic Family Hospice, Shawnee. Dia mulai bekerja merawat Reiter yang sebelumnya bekerja sebagai salesman Hershey Foods, November 2009.Isterinya, Liz Reiter (41) mula curiga suaminya berselingkuh.

Pada awalnya sang suami menolak tuduhan itu tetapi ia menemukan sesuatu di komputernya antara suami dan pesakitya setelah s suami mengaku cuba bunuh diri.


Sumber: newsok.com

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved