[Hebat] Reka komputer untuk kesan jalan

on 31 Januari 2011

Ciptaan hebat...saya petik dari Sinar Harian

LONDON - Perjalanan bagi golongan orang kurang upaya dan warga tua di sekitar pusat bandar mungkin akan lebih lancar dengan rekaan komputer tangan untuk mengesan jalan dicipta. 

Profesor Universiti Kingston, Nigel Walford berkata, alat tersebut dapat membantu melancarkan perjalanan bagi mereka yang mempunyai masalah pergerakan dengan memberi amaran awal mengenai keadaan struktur kawasan tersebut seperti kedudukan tangga, curam dan sebagainya. 

Menurutnya, sistem itu turut dapat membantu penggunanya mencari tandas awam terdekat dan taman permainan kanak-kanak. 

"Golongan istimewa dan warga tua kini bebas untuk ke mana-mana tanpa rasa bimbang dengan menggunakan teknologi tersebut," katanya. 

Projek itu adalah sebahagian daripada program penyelidikan terbesar Britain untuk meningkatkan taraf hidup golongan kurang upaya dan warga tua di negara itu.

Tak pilih bulu

Hukuman tak kira pangkat atau rupa...saya petik
dari Utusan Malaysia online


Anak pegawai polis China dipenjara 

BEIJING 30 Jan. - Sebuah mahkamah China menjatuhkan hukuman penjara enam tahun hari ini kepada seorang lelaki yang cuba menggunakan pangkat bapanya di jabatan polis ketika terlibat dengan kemalangan yang membawa maut. 

Menurut kenyataan dari Mahkamah Rakyat Daerah Wangdu di selatan China, Li Qiming, 23, mengaku bersalah kerana berada dalam keadaan mabuk ketika memandu kereta dan melanggar sehingga membunuh seorang pejalan kaki.

Kes Li Qiming menjadi perdebatan hangat di dalam internet di sini kerana selepas kemalangan itu, dia mencabar orang yang berada di tempat kejadian untuk mengambil tindakan terhadapnya. 

"Bapa saya ialah Li Gang!" Jerit Li Qiming merujuk kepada bapanya yang merupakan timbalan pengarah biro keselamatan awam di daerah itu di mana insiden itu berlaku. 

Kes ini memarakkan kemarahan terutamanya antara pengguna internet dengan mengatakan ia adalah contoh terbaru pegawai kerajaan dan saudara menyalahgunakan kedudukan mereka, sama seperti pucuk pimpinan di Beijing. 

Mangsa yang merupakan seorang penuntut universiti sedang meluncur menggunakan kasut roda di dalam kampusnya bersama kawannya apabila kereta yang dipandu Li merempuh mereka. Walaubagaimanapun, kawannya selamat dan patah kaki. 

Sejak kejadian tersebut, ayat "bapa saya ialah Li Gang" terkenal dengan dijadikan sebagai bahan gurauan yang menunjukkan kuasa dan kekayaan.

Li didakwa atas kesalahan menyebabkan kematian menerusi kesalahan trafik oleh mahkamah di Baoding tetapi ia disifatkan oleh pengguna internet terlalu ringan. 

Ahli keluarga mangsa dilaporkan mereka diarahkan untuk berhenti memperkatakan tentang isu ini selepas menerima wang pampasan sebanyak 460,000 yuan (RM214,000). - AFP

Peminta sedekah diberi gaji harian untuk elak malu

Semuanya dilakukan demi untuk tidak mencemarkan negara...saya petik dari
kosmo online


DHAKA: Pihak pentadbir bandar Chittagong akan membayar wang kepada peminta sedekah sepanjang pertandingan kriket Piala Dunia dilangsungkan bulan depan.

Datuk Bandar Chittagong, Manzurul Alam, berkata tindakan itu dibuat bagi mengelak peminta sedekah mengganggu orang ramai atau mencacatkan pandangan sempena pertandingan penting berkenaan.


Katanya, setiap peminta sedekah akan diberi upah RM6.50 sehari.“Bayaran ini hanya akan diberikan kepada peminta sedekah yang benar-benar cacat fizikal,” katanya.


Pada peringkat ini bantuan berkenaan akan diberi bagi tempoh tiga bulan.“Kerajaan bercadang memberi tempat untuk pemulihan kepada mereka selepas itu,” katanya.

Manzurul berkata, dia akan bertemu dan berbincang dengan wakil peminta sedekah esok. - AP

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved