Wartawan yang nak jumpa PM Israel kena telanjang dulu

on 15 Januari 2011

Menurut laman harian Haaretz, peristiwa tidak menyenangkan itu menimpa wartawan cantik bernama Najwan Simri Diab dan sejumlah wartawan yang lainnya ketika memenuhi undangan sidang akhbar khusus dengan Netanyahu di suatu hotel di Yerusalem, Selasa 11 Januari 2011. Namun, sebelum masuk ke ruangan, para wartawan asing yang diundang harus menjalani penggeledahan oleh pasukan keamanan Netanyahu.

Begitu akan digeledah, Najwan terkejut ketika perempuan petugas daripasukan keamanan Israel menyuruh dia melepas baju, termasuk pakaian dalam. Bagi Najwan, perintah itu sudah keterlaluan dan merupakan suatu penghinaan. “Saya tidak menolak menjalani pemeriksaan keamanan, namun saya menentang penghinaan,” kata Najwan kepada Haaretz.

Najwan, yang tengah hamil, juga tidak mahu diperiksa dengan mesin pengimbas elektronik. Perempuan berusia 31 tahun itu takut bila sinar merah yang melintas di perutnya boleh mempengaruhi kandungan.

Wartawati Al Jazeera itu akhirnya menolak perintah dari petugas sehingga tidak jadi menghadiri sidang akhbar dengan Netanyahu. Stesen televisyen yang beribu pejabat di Qatar itu akhirnya mengajukan protes kepada pejabat media perdana menteri Israel.

Pihak pejabat perdana menteri berjanji akan menyelidiki kejadian itu dan meminta penjelasan dari Shin Bet, iaitu polis khas yang bertugas melindungi pejabat tinggi Israel.

[Gambar] Sepasang diremaja melakukan hubungan seks di sebuah taman




Mungkin gambar ini menganggu sesetengah pembaca..maaf..
tetapi ini semata-mata untuk menunjukkan betapa beraninya remaja sekarang.Sanggup
melakukan perbuatan tak senonoh ini di khalayak ramai...Cuba perhatikan
gambar diatas ..orang sibuk buat kerja ,mereka sibuk buat projek...

[Berita Gila] Hempas anak kerana marahkan isteri

Betul-betul gila lelaki ini..adakah patut anaknya sendiri di hempas
sampai patah tulang paha kanan kerana bertengkar dengan bininya...
saya petik dari myMetro

IPOH: Akibat sikap panas baran melampau, seorang lelaki bukan saja memukul isterinya dengan tali pinggang ketika bertengkar dengan wanita itu tapi turut menghempas anaknya berusia 18 bulan ke atas tilam nipis hingga bayi itu patah tulang paha kanan.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi di sini pada 7 Januari lalu, namun lelaki berusia 54 tahun itu ditahan polis kira-kira 4 pagi semalam selepas dia menyerah diri di Balai Polis Jelapang. 

Akibat kecederaan itu, bayi lelaki berkenaan terpaksa menerima rawatan selama seminggu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia 38 tahun di rumah selepas pulang daripada berniaga. 


“Siasatan awal kami mendapati, ketika pertengkaran itu, suspek dikatakan menghempas bayinya ke atas tilam hingga menyebabkan mangsa parah dan dirawat di HRPB. 


“Selain itu, suspek juga dikatakan turut memukul isterinya dengan menggunakan tali pinggang hingga cedera selain mengugut wanita itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Dzuraidi berkata, suspek yang bekerja sendiri kini direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut. 

“Suspek kini disiasat atas tiga kesalahan termasuk Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah kepada anaknya serta Seksyen 323 dan 506 mengikut seksyen sama iaitu kerana mencederakan dan mengugut isterinya,” katanya. 

Katanya, pihak hospital memaklumkan anak pasangan itu dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan pulang semalam. 

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan maklum balas daripada isteri lelaki itu gagal kerana dia enggan memberi kerjasama disebabkan masih kusut dengan masalah yang menimpa keluarganya. 

Bagaimanapun, tinjauan mendapati bayi itu hanya mampu terlantar atas katil di rumahnya dengan keadaan paha kanan berbalut simen. 

Malah, anak bongsu yang juga zuriat ketujuh pasangan suami isteri itu kerap menangis disebabkan kecederaan yang dialami.

Didenda kerana tak bagi anjing gay masuk ke restoran

Sebuah restoran di Australia dikenakan denda sebanyak USD1.400 serta permohonan maaf secara tertulis kerana telah melarang seekor anjing gay untuk masuk restoran.

Ian Jolly, adalah seorang buta yang memiliki anjing itu sebagai  juru pandunya. Ketika dia akan masuk ke dalam restoran anjingnya dilarang untuk masuk ke dalam restoran itu.

Pemilik restoran mengatakan, ada salah faham yang terjadi antara rakan wanita Jolly dan seorang pelayan, dia mengatakan dia ingin membawa masuk seekor anjing gay ke dalam restoran.

"Pelayan itu yakin bahwa anjing tersebut adalah anjing biasa yang orientasi seksnya dijadikan gay," ujar pemilik restoran.

Petugas restoran pun melarang anjing tersebut untuk masuk ke restoran Thai Space yang terletak di Adelaid.

Hakim pun menjatuhkan, hukuman kepada restoran untuk membayar denda  dan memintaan maaf secara bertulis.

Jolly sendiri merasa senang dengan keputusan hakim "Saya hanya ingin seperti kebanyakan orang lainnya dan boleh pergi makan malam, tanpa diganggu dan menikmati hidangan," ujarnya.

source : okezone 

"Kirim wang kepada kami atau kami rogol anak anda lagi"

Demikianlah perbualan telefon antara salah seorang perogol dengan ibu kepada gadis Inggeris yang mendakwa dirogol beramai-ramai selama dua jam di sebuah hotel di sekitar Pantai Patong, Phuket, Thailand seperti yang dilaporkan Daily Mail.


Menurut gadis berusia 23 tahun itu, dia telah diserang secara seksual oleh sekumpulan lelaki warganegara Sweden dan Thailand di sebuah bilik di hotel tersebut selepas bersetuju mengikut seorang lelaki selepas menghadiri satu pesta. Tiba di bilik hotel tersebut, ada lima orang lagi lelaki sedang menunggu termasuk tiga lelaki Thai.

Dia diperkosa secara bergilir-gilir dan kemudian salah seorang daripada mereka meminta nombor telefon ibunya. Dengan diiringi gelak ketawa, lelaki tersebut meminta ibu gadis itu mengirimkan sejumlah wang, jika gagal berbuat demikian, anak gadisnya itu akan diperkosa berulang kali.

Berdasarkan laporan akhbar, gadis tersebut telah menetap di sana dengan menggunakan visa yang telah tamat tempoh, dan bekerja di sana secara haram. Kedua-dua kesalahan itu boleh menyebabkannya dikenakan hukuman penjara. Dia ke sana selepas menerima tawaran kerja sebagai jurujual "Time-Share" di pulau itu. Dia walau bagaimanapun gagal memperoleh pendapatan seperti yang diharapkan.

Selepas kejadian itu, gadis itu dikhabarkan telah pulang ke Britain dengan bantuan pihak kedutaan. Mereka memutuskan untuk tidak membuat sebarang pendakwaan kerana tindakan itu dianggap hanya sia-sia. Gadis itu dikatakan mabuk sewaktu kejadian dan mungkin gagal mengecam lelaki yang merogolnya.

sumber : www.duniacacamarba.blogspot.com 

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved