Dalam telur rebus ada telur

on 14 Januari 2011

12949134160401984
pelik jugak kejadian ini…….dah baru rebus baru agaknya orang ini tahu ada telur lagi didalamnya..

Inilah negara yang sangat anti dengan rokok

Bhutan kini boleh memeriksa rumah-rumah untuk mencari rokok selundup dan melatih anjing untuk mencium bau tembakau dalam usahanya menjadi negara pertama bebas rokok.

Bhutan yang majoriti beragama Buddha, yang menganggap rokok boleh membuat karma buruk, telah melarang peredaran tembakau pada tahun 2005, tapi dengan meningkatnya penyelundupan tembakau dari negara tetangga India, pelarangan tersebut gagal memberikan efek yang nyata.

Tapi tahun ini para anggota dewan telah meluluskan undang-undang yang memperkenankan pihak polis untuk memasuki rumah-rumah, untuk menghentikan kebiasaan merokok rakyatnya. Warga dan penjual rokok yang tidak boleh menyertakan surat bukti import rokok akan dipenjara selama lima tahun.


Sementara jika merokok di ruang peribadi tidak dianggap melanggar di kerajaan Himalaya ini, tapi kerana penjualan rokok dilarang, para perokok hanya diperkenankan 200 rokok per bulannya yang boleh diimport.

Perdana Menteri Bhutan mengatakan bahawa hukum ini bukanlah hukum yang kejam dan sudah dipertimbangkan dengan baik di anggota parlimen.

Gara-gara nak ikut trend naik kenderaan tak pakai seluar,akhirnya kena denda

Gara-gara  meniru tindakan "No Pants Subway Ride" yang dilakukan oleh warga New York, puluhan lelaki dan perempuan di kereta expres kelas satu Afrika Selatan ditangkap dan didenda, kata operator kereta tersebut,

Gautrain menyatakan 34 orang ditahan setelah mereka melucutkan skrit dan seluar panjang mereka serta naik kereta tanpa seluar dari Rhodesfield, sebelah timur Johannesburg, ke Sandton di sebelah utara kota itu. "Mereka didenda 700 rand (102 dolar AS), yang dikurangi jadi 350 rand kerana melucutkan pakaian mereka di kereta," kata wanita jurubicara Gautrain Kelebogile Machaka.

Semua penumpang tersebut  ditahan oleh polisi setiba mereka di stesen Rhodesfield, demikian laporan media setempat. "Orang-orang secara terang-terangan memandang dan mentertawai kami," kata Kuba Granicki, salah seorang yang ikut dalam kegiatan itu di Facebook, kepada harian Afrika Selatan, Beeld.

"Mereka mahu mendakwa kami dengan melakukan perbuatan cabul di depan umum, tapi kemudian menyedari bahawa tak ada perbuatan cabul," katanya. Kecenderungan tak memakai seluar di kenderaan awam telah popular dan ditiru di puluhan kota kecil dan besar utama di seluruh dunia sejak aksi itu pertama kali dilakukan di New York pada 2002.

99 kali masuk penjara dalam tempaoh 30 tahun

ANEH!!. William Bradley Bankston Pecahkan Rekod Dunia 99 kali di Penjara dalam 30 tahun 

Menurut Daily Telegraph William Bradley Bankston telah masuk penjara keranaa berbagai macam kekerasan yang dilakukan seperti mabuk ditempat umum dan berkelahi serta menyerang orang ketika dia mabuk. William Bradley Bankston 47 tahun  telah dipenjara untuk ke 99 kalinya pada tahun 2010 kelmarin. Kemungkinan besar dia akan segera melepasi angka 100 pada tahun 2011.

Pada bulan Februari 2010 ketika ia diwawancarai oleh Press-Register pada kunjungan ke-97 ke penjara dia berkata “Oh, mungkin lebih dari itu,.” Press-Register telah menerbitkan artikel pada 7 Februari 2010 dan hanya 2 minggu setelah artikel tersebut dimuat Bankston kembali di penjara. Untuk William Bradley Bankston penjara adalah rumah kedua dan ‘dia akan kembali’,  menginap di penjara.

Kerana nak update facebook upacara perkahwinan di hentikan seketika

Sepasang pengantin dari Maryland, Amerika Syarikat, telah membuat kecoh dengan meminta waktu sejenak ketika ijab pernikahan mereka. Mereka terburu-buru mengambil handphone di dalam poket, mengupdate status Facebook dan Twitter, baru kemudian meminta upacara dilanjutkan kembali.

Video pernikahan pasangan itu, Dana Hanna (yang bekerja dengan laman web binatang peliharaan) dan Tracy Page, kemudian disiarkan di YouTube .. Dalam video itu nampak Dana mengambil handphone dari poket, setelah pendeta selesai mengesahkan mereka sebagai suami istri.

Ketika mereka mengambil handphone itu, pendeta berkata: "Dana sedang mengupdate status pernikahan di Facebook." Para tamu undangan pun tertawa melihat mereka dan mendengarkan penjelasan pendeta.

Pendeta, yang rupanya juga gemar berjenaka, kemudian berkata: "Ketika saya berkata, saya mengesahkan anda sebagai suami dan isteri. Ini sekarang rasmi di Facebook. Ini rasmi pula di buku catatan pernikahan saya. Dana, anda boleh mencium pengantin perempuan sekarang."

Menurut Hana, sebelum pernikahan hanya dia dan pendeta yang tahu bahawa ijab bakal berhenti seketika kerana ia mengupdate status di Facebook. Maka tidak hairanlah, dalam ijab itu isterinya juga panik.

Sumber - Reuters



Sekarang perempuan belum kahwin boleh sewa 'suami'

Sebuah pekidmatan baru di Georgia menawarkan kepada perempuan yang sudah lanjut usia belum berkahwin yang perlu bantuan untuk membantu urusan rumah tangga untuk menyewa "suami" per jam.

Ini sesungguhnya hanya strategi marketing. Khidmat yang diberikan tak ada kaitannya dengan layanan hubungan intim seorang suami kepada isteri. Namun, ramai pelanggan tersalah tafsir dalam perkhidmatan ini. Pemilik usaha itu mengaku, ramai pelanggan yang datang untuk menemukan cinta.

"Layanan kami adalah untuk membantu kaum perempuan itu yang perlubantuan mengatasi urusan rumah tangga, seperti memperbaiki barang yang r0sak," kata pemilik perkhidmatan ini, Beso Mchedlishvili, kepada AFP.

Namun, menurut dia, ramai perempuan yang bingung dengan nama perusahaan itu, Seorang Suami untuk Satu Jam yang Terbatas, dan kemudian mereka meminta sesuatu yang lebih.

Sejak perkhidmatan itu dibuka di negara bekas pecahan  Soviet Union itu dua bulan lalu, jumlah permintaan para perempuan yang meminta  yang lebih intim meningkat melebihi permintaan terhadap layanan perusahaan itu yang sebenarnya. "Jadi, kami harus menjelaskan kepada mereka bahawa lelaki yang ada di sini bukan pelacur," kata Mchedlishvili. "Mereka dapat membantu untuk memperbaiki kebocoran, deskripsi tugas mereka tidak termasuk untuk memberikan kasih sayang."

Sewa seorang "suami" dari perkhidmatan di Tbilisi itu ialah 17 dollar AS (13 euro) per jam.

[Berita Gila] Liwat 96 orang budak

Bila baca berita begini rasa terkejut...bukan satu dua orang budak yang
diliwatnya tapi 96 orang..gila ke tak gila....
saya petik dari myMetro

JAKARTA: Seorang penjual mainan semalam mengaku memperkosa sekurang-kurangnya 96 budak lelaki.

Penyiasat, Reynold Hutagalung berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di Jakarta minggu lalu selepas ibu bapa seorang mangsanya membuat laporan polis.

Mangsa berusia belasan tahun itu berkata, dia diculik oleh lelaki berkenaan dan ditahan selama 45 hari.Sepanjang tempoh itu, dia diliwat berulang kali dan dipaksa melakukan aksi seks pada beberapa lelaki lain.

Penjual barang mainan itu mengaku meliwat sekurang-kurangnya 96 budak lelaki berusia antara 13 dan 17 tahun sepanjang dua tahun lalu, kebanyakannya kanak-kanak jalanan yang diambilnya di stesen kereta api, kata Reynold.

“Dia menyimpan senarai dan butiran setiap mangsanya, termasuk nama 16 daripada mereka,” katanya.

 Menurut Reynold, tertuduh, bapa empat anak, juga adalah mangsa pecabulan ketika zaman kanak-kanaknya.


Dia berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan. - AFP

[Kerja Gila]Doktor suntik pesakit dengan arsenik

Tak tahu apa tujuan doktor ini..tapi ini kerja menganiaya pesakit
saya petik dari myMetro....

DUBAI: Seorang doktor sebuah hospital swasta di Arab Saudi disiasat kerana disyaki menyuntik pesakitnya dengan racun arsenik, lapor akhbar Okaz semalam.

Menurut akhbar harian itu, akibat perbuatan doktor terbabit, pesakit itu, Majid al-Jahni, mengalami bengkak serius di muka dan kini terpaksa dirawat di unit rawatan rapi.


Majid, 42, pergi ke sebuah hospital swasta sebulan lalu untuk menjalani pembedahan kecil gigi.


Bagaimanapun, lapor Okaz, Majid diberi suntikan berwarna biru dalam kuantiti yang tinggi oleh doktor yang merawatnya.


Tidak lama kemudian, Majid mengalami masalah komplikasi dan ruam.


Ujian makmal mendapati, cecair biru yang diberikan kepada Majid adalah arsenik.


Isteri Majid berkata, lelaki itu tidak tahu diberi suntikan arsenik dan mula mengalami masalah sehari selepas menjalani rawatan berkenaan.


Kata wanita terbabit, Majid tiba-tiba demam panas dan bengkak pada muka serta rahang, selain kesan radang di beberapa bahagian badan, “Selepas dibawa ke beberapa hospital, mereka gagal mengesan punca sakit suami saya sehinggalah kami pergi ke Hospital Raja Fahd.


“Selepas diperiksa di situ, seorang doktor pakar mengarahkan suami saya dibedah segera,” katanya.


Melalui pembedahan selama empat jam itu, doktor berjaya membuang kesan arsenik pada muka dan kerongkong Majid.


Sumber Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkan seorang doktor disiasat ekoran kejadian itu.


“Pasport doktor itu juga dirampas,” katanya.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved