Uniknya percikan elektrik

on 12 Januari 2011

Percikan elektrik dapat dilihat semasa percubaan yang dilakukan oleh saintis Jepun, Hiroshi Sugimoto. Ia membentuk corak-corak fractals sepertimana banyak makhluk-makhluk lain di muka bumi ini termasuklah permukaan Bumi sendiri jika dilihat dari angkasa. Sungguh indah dan satu sains yang mempunyai nilai seni yang sungguh unik.








Sumber gambar - CRI Online

Anak rusa putih

Foto ini adalah foto seekor anak rusa albino yang digelar 'White Bambi' bersembunyi dengan ibunya di dalam hutan di Itali.

Anak rusa ini yang dianggarkan berusia lapan bulan, telah dilihat di dalam hutan oleh pejalan kaki Massimo Del Din dan anak perempuannya Deborah.

Leandro Grones, dari persatuan perburuan tempatan di sana, mengatakan Bambi tidak ada ketakutan pada jenis tembakan lain kecuali tembakan kamera.

'Albinisme bukanlah satu penyakit, namun mempunyai beberapa kekurangan pada rusa kecil, seperti misalnya tidak mampu bertahan lama terhadap sinar matahari. "


Via - Daily Mail

[Pelik] Kucing boleh cakap 'mama' dan mengira

Lagi satu keajaiban...seekor kucing boleh bercakap perkataan
mama,mami dan mengira.....saya petik dari kosmo online



JAKARTA - Seekor kucing betina peliharaan seorang wanita berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai Claudia di Dusun Krajan, Jawa Timur, boleh mengungkapkan perkataan mama, mami, mamia dan nombor satu sehingga sepuluh, lapor sebuah akhbar semalam.

Kucing berusia satu setengah tahun itu diajar oleh Claudia untuk mengungkapkan perkataan itu sejak haiwan tersebut masih kecil.

"Bisa (boleh) berhitung satu sampai sepuluh bahkan bisa diajak bicara," kata Claudia kepada akhbar detikSurabaya.com semalam. 

Menurutnya, kucing yang bernama Keting itu memahami arahan dan pertanyaan daripadanya.

"Bisa bilang (bercakap) mama, mami, mamia dan banyak yang lain juga," tambahnya.

Ibu kucing itu telah mati manakala proses latihan bercakap itu dilakukan oleh Claudia dan anggota keluarganya yang lain secara berterusan.

Dia turut mengajar lima kucing lain untuk bercakap tetapi hanya Keting sahaja yang memiliki kecerdasan luar biasa dengan memahami dan menuturkan perkataan itu.

Sebelum ini, pada Jun tahun lalu heboh diperkatakan penduduk mengenai seekor kucing Parsi jantan putih berusia dua tahun milik Anggita Rizki Ayu di Bandung, Jawa Timur yang boleh mengungkapkan perkataan yang berbunyi seperti enggak yang bermaksud tidak dalam bahasa Melayu. - Agensi

Menonton filem porno ada kebaikan?

Ramai lelaki merasa khuatir dan tidak percaya diri ketika didiagnosis menderita mati pucuk. Namun kini, ada cara mudah untuk mengobati masalah keperkasaan lelaki ini. Dengan menonton adegan  dalam video porno, lelaki yang menderita masalah ejaksi mungkin boleh disembuhkan.

Seperti dikutip dari laporan The Star Online, Sin Chew Daily melaporkan bahawa seorang lelaki yang didiagnosis dengan prostatitis (gangguan di bagian prostat yang boleh sebabkan sakit ketika ereksi) berusaha mencari pengubatan di sebuah hospital di Guizhou, China dan akhirnya dia diminta untuk menonton filem porno. Hasilnya, kesakitanya berkurang, dan lelaki itu lama kelamaan boleh kembali bercinta tanpa rasa sakit.

Selain itu,pakar Urologi Singapura Dr Lin Fa Cai mengatakan filem porno juga memiliki peranan penting dalam kesuburan lelaki. Salah satunya, dia sering meminta pesakitnya bermasturbasi sambil menonton filem, agar boleh membuang cairan sperma yang tidak sihat dalam tubuhnya. Metode ini boleh merangsang produksi hormon lelaki yang berefek meningkatkan.

Tak hanya itu, manfaat lain dari menonton adegan dalam filem porno menurut Dr Yang Zhi Jian dari klinik kesihatan lelaki di Singapura mengatakan, menonton film porno boleh membantu pesakit memperbaiki kehidupan seks mereka dengan belajar berketerampilan baru.

Namun, meskipun ada manfaatnya bukan bererti ketagihan menonton filem porno tidak menyimpan bahaya. Lelaki yang ketagihan menonton filem porno, dapat merasa sangat kecewa dengan kemampuannya seksual mereka sendiri. Mereka cenderung membandingkan persembahan seksualnya dengan aktor filem porno yang punya kemampuan bercintanya hebat.-VIVAnews

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved