Dragonfly high-five

on 08 Januari 2011





LETAK MAKLUMAT IKLAN
saksikan keunikan ini.....

Bagaimana perasaan anda sebagai bapa bila menonton video anak anda diperkosa?

Pasti geram dan marah serta terkejut.Beginilah yang situasi yang dihadapi oleh seorang bapa
bila melihat video anaknya diperkosa oleh jirannya sendiri.Perogol itu berusia 66 tahun manakala
anak nya berusia 19 tahun dan dipercayai mempunyai masalah mental.Perogol jahanam ini betul-betul
ambil kesempatan dengan keadaan gadis ini.Dah lah dirogol kemudian aksi dirakam pula dalam handphone..
saya petik dari myMetro

TEMERLOH: Seorang bapa terkejut sebaik menonton klip video yang memaparkan anak perempuannya diperkosa seorang duda warga emas yang juga jirannya di sebuah rumah di Taman Seri Kuala Krau.

Kejadian dipercayai berlaku pada 2009 apabila duda berusia 66 tahun itu memanggil mangsa berusia 19 tahun setiap kali remaja terbabit mahu ke kedai apabila terpaksa melalui depan rumah suspek sebelum dipujuk masuk ke dalam rumah. 

Difahamkan, suspek yang tinggal seorang diri selepas kematian isteri sejak empat tahun lalu dipercayai merogol mangsa yang mengalami masalah mental lebih daripada tiga kali dan dia dikatakan turut merakam aksi berkenaan menggunakan telefon bimbit. 

Perbuatan keji itu terbongkar selepas rakaman berkenaan tersebar hingga ke Felda Jenderak Utara dekat sini, sebelum rakan kepada bapa mangsa mengecam wajah remaja terbabit sebagai anak kenalannya. 



Berikutan itu, dia memaklumkan mengenai penyebaran klip video itu kepada bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh sebelum lelaki berkenaan yang terkejut dengan berita itu bertindak mencari penyebar rakaman terbabit dan menemui seorang lelaki yang masih menyimpan rakaman itu sebelum menyaksikannya sendiri. 


Bapa mangsa yang berusia 40-an memberitahu mengenai klip video berkenaan kepada isterinya sebelum mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada 29 Disember lalu. 

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit. 

Menurutnya, susulan laporan bapa mangsa, duda terbabit ditahan di rumahnya pada 30 Disember lalu sebelum dibawa ke IPD Temerloh bagi membantu siasatan. 

Katanya, pada masa sama, mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik dipercayai mengalami masalah mental dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk pemeriksaan lanjut. 

Md Nor berkata, polis turut merampas telefon bimbit yang mempunyai rakaman aksi berkenaan dan dihantar ke bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk pemeriksaan lebih teliti dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

[Lagi berita sedih] Ibu sanggup simpan bayi dalam beg pakaian

Semakin hari semakin kejam perbuatan manusia  kerana sanggup memasukkan
bayi yang baru sehari dilahirkan kedalam beg pakaian kemudian ditinggalkan
begitu sahaja......saya petik dari kosmo online

HAMBURG - Polis Jerman memburu seorang ibu selepas dia dipercayai memasukkan bayinya yang berusia sehari ke dalam sebuah beg pakaian dan menutupnya sebelum meninggalkan bagasi tersebut dekat sebuah hotel di sini, kata polis kelmarin.

Bayi berkenaan yang digelar Marie, hanya ditemui selepas beg itu dibawa seorang pekerja hotel berkenaan untuk disimpan di tempat simpanan beg yang tidak dituntut.

Pekerja itu kemudian mendengar bunyi tangisan bayi itu di dalam beg berkenaan pada Selasa lalu.

Sebelum ini beberapa kakitangan keselamatan memeriksa beg itu yang ditemui dekat hotel berkenaan selepas orang awam menemui beg berkenaan.

Bayi itu berada dalam keadaan sihat, dipakaikan baju panas ketika ditemui dalam beg berkenaan.

Bayi itu kini berada dalam jagaan pihak Hospital Kanak-Kanak Altona di sini.

Beberapa doktor hospital berkenaan mendedahkan bahawa bayi perempuan itu lahir dengan berat 2.2 kilogram dan tingginya 45 sentimeter.

Menurut mereka, ibu Marie dipercayai bersalin tanpa bantuan perubatan berdasarkan tali pusat bayi itu yang cuma diikat dengan menggunakan sehelai benang. - AP

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved