[Hebat] Pemerintah China akan wajibkan anak melawat orang tua

on 07 Januari 2011

Pemerintah China secara undang-undang akan mewajibkan penduduk untuk mengunjungi orang tua yang sudah lanjut usia. Ini kerana ramai pekerja muda yang melupakan orangtuanya.

Berdasarkan rancangannya, orang tua yang sudah berusia dapat menuntut anak-anaknya di pengadilan jika hak mereka untuk dipelihara secara fizik dan psikologi oleh anak-anak diabaikan.

Memelihara orang tua adalah sebahagian dari kebudayaan China tetapi migrasi dan tekanan pekerjaan merosak hubungan keluarga, kata para pemerhati Kini 1/8 penduduk China berumur diatas 60 tahun dan lebih setengahnya hidup seorang sendiri.

Jumlah orang tua yang berusia diatas 60 tahun di China sebanyak 167 juta orang. Sementara itu terdapat satu juta  yang usianya diatas 80 tahun di negara itu. Kelahiran hanya satu anak China yang sudah berjalan puluhan tahun membuat semakin sedikit pekerja yang memelihara orang tua mereka.

Meskipun terjadi peningkatan rumah orang-orang tua, pemerintah baru-baru ini dikejutkan sejumlah berita tentang ada diantara meraka yang meninggal di rumah  mereka tanpa diketahui orang lain.

Perubahan disarankan sejak rancangan  Hukum Perlindungan Hak dan Kepentingan Orang Tua yang mula berlaku pada tahun 1996. Seorang penguam mengatakan kepada media pemerintah hukum baru ini akan sulit diterapkan.

"Lebih baik memperkuat pendidikan moral daripada memaksa orang melakukan sesuatu secara undang-undang," kata Qian Jun.

Guru ditangkap selepas ada hubungan seks dengan pelajarnya didalam kereta

Teacher Ashley Blumenshine, 27

Seorang guru 27 tahun telah ditangkap atas tuduhan berkaitan seks dengan salah satu pelajarnya sendiri


Pelajar yang berusia 16 tahun itu mengaku kepada polis dia ada mempunyai  hubungan dengan guru itu dan pihak polis percaya hubungan itu telah berlaku lebih daripada sebulan.Mereka ditangkap ketika berada didalam kereta.

 Illinois Kohl's store

Ashley Blumenshine ditangkap di belakang sebuah department store di Plainfield, Illinois, selepas polis menangkapnya di dalam kereta dengan pelajar itu. Guru Ashley Blumenshine, 27, ditemui di dalam kereta dengan seorang pelajar 16 tahun yang dipercayai telah melakukan hubungan seks. Polis percaya bahawa mereka telah melakukan hubungan seks  sebelum petugas tiba.

Plainfield North High School 

Guru sekolah menengah sedang di dalam tahanan dituduh berhubungan seks dengan pelajar. Peguam nya mengatakan dia tidak bersalah.

Dia mengajar tari dan pendidikan fizikal di Plainfield North High School selama empat tahun dan dikenali untuk populariti nya. Anak murid itu adalah junior di sekolah. Pasangan itu dijumpai dalam kereta di tempat parking di sebuah kedai  Kohl's Illinois


Blumenshine mengatakan kepada polis dia tahu remaja itu adalah seorang pelajar di Plainfield North High School, di mana dia telah menjadi guru tari dan sukan selama empat tahun .

 "Orang di belakang separuh telanjang," kata Ketua Polis Plainfield William Doster.

Polisi melihat ada dua kenderaan di parking  jauh  dari kedai dan kenderaan lain Salah satunya adalah kosong dan salah satu kenderaan itu ada orang.Mereka melihat Blumenshine berada di kerusi pemandu  dengan remaja itu di belakang.

Pembantu Will County Negara Jaksa Maria Fillipitch mengatakan kedua-duanya mengaku bahawa mereka baru saja melakukan hubungan seks.Kondom diambil sebagai bukti dari kenderaan.

Kes gangguan  jenayah seksual adalah jenayah yang membolehkan pesalah dihukum 3-7 tahun penjara. Blumenshine tidak berkahwin dan, peguam nya mengatakan, tidak mempunyai sejarah jenayah.(link)



[Pelik] Perkahwinan batal kerana bapak mentua tuntut gaji

Macamni punya bapak mentua pun ada...saya petik dari myMetro

MANAMA: Seorang bakal pengantin lelaki membatalkan perkahwinannya pada saat akhir selepas bapa pengantin perempuan menuntut separuh daripada gaji anaknya yang dijadikan salah satu syarat dalam perkahwinan itu, lapor laman berita El Bashayerm, semalam.

Tuntutan itu diusulkan bapa pengantin perempuan ketika pengantin lelaki hendak menandatangani surat pernikahan dalam satu majlis perkahwinan di Jazan di selatan Arab Saudi.


Namun tuntutan itu enggan dipenuhi pengantin lelaki .


Campur tangan jurunikah dan tetamu yang hadir gagal mengubah fikiran bapa pengantin perempuan.


Pengantin lelaki mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir ke resepsi perkahwinan itu dan mengundang mereka untuk makan malam walaupun perkahwinan sudah dibatalkan.


Bapa pengantin perempuan dikatakan enggan menyertai majlis makan malam, manakala pengantin perempuan yang kecewa kerana perkahwinan dibatalkan mengoyakkan pakaian pengantinnya. - Agensi

Jual gambar bogel sendiri untuk biayai pelajaran

Semalam, Telegraph melaporkan pelajar jual dara kerana mahu biayai pelajarannya di universiti. Kali ini. Daily China pula melaporkan seorang mahasiswa menjual foto-foto bogelnya untuk tujuan yang sama. Pelajar tersebut Su zizi (bukan nama sebenarnya) ialah mahasiswa di Universiti Renmin, sebuah universiti berpengaruh di China.

Dia mengadakan pameran kecil berjudul "Siapa Saya Pada Akhir Tahun 2010?" di universitinya, yang turut memaparkan beberapa keping potret telanjangnya seperti yang dilaporkan oleh Beijing News.

Kata Su zizi, "Saya harus membiayai diri sambil belajar. Saya mampu memperoleh 500 yuan (RM232) untuk setiap set gambar," katanya.

"Pada awalnya, saya sangat gugup apabila memikirkan reaksi orang lain, tetapi selepas itu, saya tahu cara untuk melindungi diri dan keluarga saya dengan menandatangani kontrak."

"Hal ini bermakna jika gambar tersebut dijual oleh pihak lain, mereka akan menghadapi tindakan undang-undang."

"Saya harus menjelaskan kepada orang bahawa pekerjaan saya sebagai model bogel adalah sah di sisi undang-undang, walaupun sesetengah orang membencinya. Saya menganggap potret telanjang sebagai suatu bentuk kerja seni."

sumber : duniacacamarba.blogspot.com

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved