Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2011

on 05 Januari 2011

kalender-gaji-kakitangan-awam-2011
Nota : Berdasarkan jadual gaji 2011, gaji Tahun Baru China, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak diberi awal kerana jatuh sebelum 11hb bagi bulan tersebut

Sumber: Dialog Rakyat

Seorang Ibu mati ditembak oleh anaknya yang berusia 10 tahun

Kesian ibu ini mati ditangan anaknya sendiri dan lebih menyedihkan anak ini
baru berusia 10 tahun...saya petik dari myMetro


OHIO (Amerika Syarikat): Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditahan selepas dia memberitahu jiran yang dia sudah menembak ibunya hingga mati.

Deborah McVay, 46, ditemui mati selepas cedera akibat satu das tembakan di kepalanya Ahad lalu di Big Prairie di pertengahan jalan antara Cleveland dan Columbus di Ohio. Menurut polis, anggota paramedik menemui Deborah tertiarap di atas lantai di ruang tamu kediamannya. Dia disahkan mati di tempat kejadian dan dipercayai peluru ditembak daripada pistol .22 kaliber. Pihak berkuasa bergegas ke kediaman wanita itu selepas seorang jiran menghubungi polis memberitahu anak Deborah menemuinya dan mengatakan dia baru menembak ibunya. Anak lelakinya itu kini ditahan di Pusat Tahanan Juvana Daerah Richland dan akan tampil di mahkamah tengah hari ini.


Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak yang dirahsiakan identitinya itu mempunyai sejarah masalah tingkah laku. - Agensi

Bunuh diri kerana gaji guru kecil

David Both, 47, warga England yang ditemukan mati di rumahnya di Perumahan Danau Bogor Raya, Blok T-H, Kecamatan Bogor Timur, Kota Bogor, Jawa Barat. Mangsa disyaki bunuh diri kerana tidak boleh merayakan hari Krismas danTahun Baru 2011 bersama keluarganya di England.

Mangsa yang juga guru di sekolah antarabangsa di Bogor, Jawa Barat disyaki berputus asa kerana gajinya yang sangat kecil.

Dia pun mengakhiri hidupnya dengan meminum ubat penyumbat darah dengan  berlebihan yang dicampur dengan alkohol.

Mangsa meninggalkan sekeping surat  yang ditujukan untuk ibunya. Dia menuliskan kekecewaannya, tidak boleh merayakan hari Krismas dan Tahun Baru 2011 bersama  ibunya.

Mutijan, seorang pengawal Perumahan Danau Bogor Raya terkejut ketika mendekati rumah mangsa. Di depan pintunya ada sekeping kertas yang ditulis berbunyi, "Jangan masuk ke rumah ini sendirian kerana saya sudah bunuh diri."

”Setelah membaca, dia terus melaporkan kejadian ini kepada Mapolsek Bogor Timur,” jelasnya. Petugas  kemudiannya membawa mayat mangsa ke hospital PMI Bogor untuk di bedah siasat.

Ketua siasatan jenayah polis, Indra Gunawan berkata, berdasarkan surat yang telah dituliskannya, mangsa bunuh diri kerana gajinya terlalu kecil sehingga dia tidakboleh balik. "Korban hanya boleh merayakan Tahun Baru bersama kenalan di Malaysia saja."

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved