Ritual berlari separuh bogel pada hari terakhir di universiti

on 02 Januari 2011

Sebuah ritual yang muncul sebuah di universitas Amerika dua tahun lalu. Pada hari terakhir , siswadan siswi akan menanggalkan pakaian mereka untuk diberikan  kepada orang-orang yang memerlukan.Mereka sendiri akan membuat perlumbaan di kampus dengan lari separuh bogel.






[Berita Pelik] Lelaki potong kemaluan sendiri kemudian buang di taman

Seorang lelaki yang dikatakan keliru dengan jantinanya sanggup memotong
kemaluannya sendiri kemudian mencampakkannay di sebuah taman...saya petik dari myMetro

gambar hiasan

CHESTERFIELD (UK): Seorang pemuda berusia 22 tahun dipercayai menjalani pembedahan membuang alat sulitnya sendiri di rumah sebelum melemparkan organ berkenaan di sebuah taman, di sini.

Pemuda yang tidak dikenal pasti identitinya itu menunggu 24 jam sebelum muncul untuk rawatan di unit kecemasan Hospital Diraja Derbyshire di sini.


Ketika tiba di unit kecemasan, dia memberitahu kakitangan hospital yang dia hanya mengalami sedikit kesakitan ekoran pembedahan dilakukannya itu berbanding yang dijangka sebelum ini. Menurut jurucakap Hospital Diraja Derbyshire, kes pemuda itu luar biasa.


“Seorang pemuda berusia 20-an datang ke hospital kami tanpa alat sulitnya. Dia memberitahu kakitangan kami dia membuang alat sulitnya, semalam,” kata jurucakap itu. Pemuda itu meninggalkan hospital sebaik menjalani rawatan dan dia dinasihatkan doktor supaya menemui pakar psikiatri kerana dipercayai mengalami masalah kekeliruan jantina. - Agensi

Badak air kini boleh di tunggang

Badak air yang nampak ganas kini dapat di tunggang
seperti kuda..inilah yang dibuktikan oleh seorang petani...saya petik dari kosmo online

PETRUS STEYNLAKES - Seorang petani, Marius Els bertuah kerana dapat menunggang antara haiwan paling ganas di benua Afrika, seekor badak air, lapor sebuah akhbar semalam.

Nasib Els sememangnya baik kerana badak air berusia enam tahun dan bernama Humphrey itu merupakan haiwan peliharaannya sejak kecil lagi.

"Ia dengan mudah dapat mengoyakkan tubuh lelaki dewasa seperti saya. Tiada orang yang berani mendekatinya, namun, saya menganggapnya seperti anak saya," kata petani tersebut.

Humphrey tinggal di sebuah tasik buatan manusia sedalam 18 meter di sini, Afrika Selatan. - Agensi

Gara-gara kesilapan doktor,lelaki hilang kemaluan

Gejala kanser sudah dirasakan sejak tahun lalu, namun doktor mengira lelaki itu hanya mengalami radang saluran kencing yang tidak berbahaya.

Lelaki yang tidak disebutkan namanya tersebut membuat pemeriksaan untuk pertama kali pada September 2009 di sebuah klinik di Blekinge, Sweden Selatan. Ketika itu dia datang dengan gejala infeksi saluran kencing dan dia hanya diberikan antibiotik.

Pada March 2010, pesakit berusia 60-an  tersebut kembali lagi ke klinik tersebut dengan keadaan sakit yang sama tetapi disertai iritasi pada kulit penutup kepala penis yang kebetulan tidak disunat. Doktor mendiagnosis gejala tersebut sebagai radang yang tidak membahayakan.

Namun sehingga 3 bulan kemudian gejala yang dirasakan tidak juga baik walaupun ubat yang diberikan telah dimakan. Akhirnya doktor klinik merujuk si pesakit ke Hospital Blekinge untuk mendapat rawatan yang lebih intensif.

Pemeriksaan di hospitalt tersebut ternyata tidak boleh segera dilakukan, sementara penyakitnya semakin memburuk. Pesakit yang malang ini harus menunggu  5 bulan lagi hingga dan membuatkan janji dengan doktor yang akan memeriksanya.

Pemeriksaan akhirnya dapat dilakukan, tapi sayang penyakit yang selama ini disangka radang ternyata adalah sejenis kanser ganas. Parahnya, doktor sudah tidak punya banyak pilihan selain membuang kemaluan si pesakit untuk mencegah penyebaran sel kanser .

Pesakit mendakwa telah terjadi kesalahan diagnosis oleh doktor klinik yang memberinya antibiotik dan antiradang. Jika gejala kanser boleh terdeteksi lebih awal, dia yakin kanser tersebut masih boleh dikendalikan sehingga kemaluannya terpaksa dibuang.

Kes ini telah dilaporkan ke Badan Nasional untuk Kesehatan dan Kesejahteraan Sweden (Socialstyrelsen). Doktor klinik akan disiasat dan tindakan selanjutnya akan dibuat.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved