Home » , » Tertangkap kamera panda sedang makan bangkai seekor kijang

Tertangkap kamera panda sedang makan bangkai seekor kijang

Sebahagian orang beranggapan bahawa Panda adalah seekor haiwan yang hanya makan tumbuhan saja. Namun gambar dari kamera infra merah ini menujukkan seekor beruang yang terkenal dengan warna putih hitamnya ini  mengunyah bangkai seekor kijang.



Foto dari kamera infra merah ini diambil di Ping Wu, barat daya  Sichuan, China, menunjukkan bahawa Panda kadang-kadang memakan daging untuk memenuhi keperluan proteinnya.
Menurut World Wildlife Fund yang dikutip Mail Online, Panda memiliki sistem pencernaan karnivora dan akan makan daging jika tersedia, namun telah beradaptasi ke pola makan vegetarian.


Kerana sistem pencernaan karnivora, Panda hanya mendapatkan sedikit energi dan protein dari bambu, sehingga ia harus makan setidaknya 14kg setiap harinya untuk tetap sihat. Serta perlu jutaan tahun hidup di hutan bambu untuk panda, untuk meningkatkan kemampuannya untuk mencerna selulosa dari bambu.
Kerana Panda merupakan haiwan yang lamban, maka tidaklah mungkin ia berburu haiwan yang gesit seperti kijang, dan kemungkinan Panda yang satu ini secara kebetulan menemukan bangkai haiwan tersebut di hutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog