Home » , » Kesian..budak perempuan dibaham anjing peliharaan bapa sendiri

Kesian..budak perempuan dibaham anjing peliharaan bapa sendiri


LONDON: Seorang budak perempuan berusia empat tahun cedera parah selepas diserang anjing peliharaan bapanya, semalam.


Jorja Caze-Ramscar dilaporkan diterkam dan diheret anjing Alaska - dinamakan sebagai Luna - dari kerusi secara tiba-tiba. 


Ibu Jorja, Karine, 36, berkata mereka bersiap-siap untuk makan malam apabila budak terbabit diterkam Luna yang sebelum itu duduk di sebelah mangsa. 


“Luna mengheret Jorja ke lantai dan membaham mukanya dengan mulut yang besar,” katanya. 



Akibat serangan itu, Jorja menerima 20 jahitan di mukanya, selain perlu mendapatkan rawatan pakar mata.


Luna, 15 bulan, dipelihara bapa Jorja, Clive Ramscar, 42, yang menetap di Dunstable, Bedfordshire. - TS


sumber : myMetro

1 ulasan:

  1. makhluk2 seperti anjing ni tak menyerang kecuali diancam atau disakiti atau sakit atau musim mengawan. tindakan manusia yg mengada2 dan aggresif bila berdepan anjing lebih byk menyebabkan anjing itu menyerang. binatang liar apapun akan menyerang untuk melindungi nyawanya. ini adalah tindakan binatang yang semulajadi dan perlu difahami manusia dan kanak2 perlu dididik dgn sempurna apabila mendekati haiwan peliharan. sering kali ada kanak2 yg sengaja atau tidak sengaja menyakiti atau mengancam haiwan kerana kurang pengajaran. Ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab ibubapa. statistik anjing peliharan membaham tuannya tidak seperti statistik kemalangan jalanraya atau kejadian tidak diingini yang lain.

    BalasPadam

Arkib Blog