Home » , » Parah..Guru besar rakam alat sulit murid lelaki di tandas sekolah

Parah..Guru besar rakam alat sulit murid lelaki di tandas sekolah

DUBUQUE (Amerika Syarikat): Seorang bekas guru besar sekolah rendah di Iowa dihukum penjara 30 tahun, semalam selepas mengaku bersalah atas dakwaan menghasilkan pornografi kanak-kanak membabitkan murid sekolahnya.

Robert Burke, 43, mengaku sebagai pemimpin sebuah sekolah di Dubuque, Iowa, dia menggunakan kamera video yang tersembunyi di bilik air sekolah untuk merakam secara rahsia alat sulit murid lelaki,” kata Jabatan Perundangan Amerika Syarikat.


Burke juga mengakui menyimpan video itu di komputer di kediamannya.

Kegiatannya terbongkar selepas ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Washington memuat turun lapan imej pornografi kanak-kanak yang dikesan dari kediaman Burke. Bagaimanapun, Berke menegaskan dia tidak menyentuh mana-mana kanak-kanak berkenaan secara seksual.


Ujian forensik daripada peralatan komputer Burke turut mendedahkan tiada bukti menunjukkan dia berkongsi video yang dihasilkannya itu dengan pihak lain di sekolah.


Selain hukuman 360 bulan penjara, Burke turut didenda AS$25,000 (RM80,000).

sumber : myMetro

1 ulasan:

Arkib Blog