Kanak-kanak 18 Bulan Ini Telan Kokain Milik Orangtuanya

on 30 September 2011


CALIFORNIA - Orangtua dan pak cik dari seorang kanak-kanak terpaksa ditahan oleh polis, kerana anaknya yang baru berusia 18 bulan menelan kokain yang disimpan oleh mereka.

Balita itu menelan kokain milik orangtuanya yang tercicir. Setelah itu, gejala aneh pun muncul setelah polis tiba di rumahnya. Saat ini,polis juga sedangbmelakukan penyelidikan terhadap kes ini.

Polis datang ke apartment mereka yang ada di Bocina Lane pada Rabu, pukul 10.30 waktu setempat, ketika ibu kanak-kanak tersebut menelefon ambulans. Balita tersebut langsung di bawa ke talhospi setelah menelan kokain itu. Demikian seperti diberitakan Newscore, Jumaat (30/9/2011).

Mereka yang ditangkap adalah Daniel Sanchez, Pricilla Tabarez dan Isaac Tabarez. Ketiga orang tersebut adalah orangtua dan pak cik kanak-kanak tersebut.

Ketiga orang tersebut ditahan atas tuduhan melakukan tindakan yang membahayakan anak-anak. Kanak-kanak itu pun saat ini dikhabarkan sudah berada dalam keadaan yang aman, dan orangtua mereka masih disiasat oleh pihak polis.(rhs)

sumber : international.okezone.com

Datuk Ini Terobsesi Jadi Penguin


BRUSSELS - Meski terhuyung-hayang berjalan menelusuri jalanan Kota Brussels, Alfred David (79), tetap terlihat ceria dan percaya diri dengan pakaian uniknya yang berbentuk penguin.

Lelaki Belgium tersebut memang memiliki minat yang tinggi akan burung laut yang tidak dapat terbang itu.

Hal tersebut disebabkan ketika dia mengalami kecelakaan 40 tahun lalu dan mengakibatkan dirinya mengalami kesakitan pada pinggul sehingga dia tidak dapat berjalan normal.

Kesakitan pada pinggulnya, membuat David berjalan seperti penguin yang terhuyung-hayang. David pun dijuluki oleh masyarakat sekitarnya sebagai si Bapak Penguin. Demikian lansir Dailymail, Jumaat (30/9/2011).

Penguin seperti sudah melekat dengan diri David, sebanyak 3.500 memorabilia penguin telah terkumpul di rumah David yang kini telah dijadikannya muzium penguin.

David pun berkeinginan dimakamkan di Antartika, tempat hidup para penguin, ketika dia mati nanti.(rhs)

OMG!! Ada Keldai Calonkan Diri Jadi Datuk Bandar


Seekor keldai mencalonkan diri menjadi calon untuk pemilihan datuk bandar di Varna, Bulgaria.

Seperti yang dilansir situs Orange, Marko, si keledai berjanji untuk kerja keras, tak ada pembayaran kembali dan kebulatan tekad yang kuat.

Pengarah kempennya untuk Perkumpulan bagi Bulgaria Baru Angel Dyankov menjelaskan,“ Tak seperti para calon datuk bandar dan politikus lainnya, Marko punya karakter yang kuat, tak mencuri, tak berbohong, dan mengerjakan pekerjaan dengan baik.“

Datuk bandar saat ini, Kiril Yordanov pastinya menolak untuk berbagi platform dengan saingannya itu dengan mengatakan hal itu tidak bermartabat.

Namun Angel Dyankov berkata” Dia benar.Fikirkan saja, bagaimana perasaan Marko jika berbagi satu panggung dengan politikus penipu macam itu.

Hal itu bakal sangat tidak bermartabat bagi keledai-keledai yang punya rasa hormat.”

Gila..Perompak Merompak Bank Yang Sama Tiga Hari Berturut-turut


Setelah berhasil merampok wang di hari pertama, dia kembali di hari berikutnya, dan berikutnya. Perampok yang satu ini mungkin belum mengenal apa itu kamera CCTV.

Pagi hari itu, cawangan bank Sovereign di New York mendapat seorang tamu yang tak diundang. Dengan mengancam membawa pistol, Burnett, 29, berhasil menggasak $2,258 dari kerani bank.

Keesokan harinya, pada pukul 10:54 waktu setempat, Burnett tak disangka-sangka datang kembali dan berhasil keluar dengan membawa wang $14,000. Dia tak tahu bahawa kamera CCTV hari itu berhasil merakam wajahnya. Dan hari berikutnya, wajah Burnett sudah terkenal di kalangan polis New York.

Hari ketiga, 'pelanggan' setia bank itu ternyata datang kembali, dan sama seperti kegiatan hari-hari sebelumnya, ia mengancam kerani bank untuk memberinya wang. "Itu adalah orang yang merompak kita kelmarin," ujar salah seorang pekerja bank. "Orang itu bertubuh besar."

Dengan membawa wang sebanyak $10,002, Burnett pergi meninggalkan bank. Di luar bank, 2 orang polis yang sedang meronda melihat seorang lelaki bertubuh besar yang mengenakan ransel berwarna gelap dan memiliki wajah cukup familiar. Menyadari wajah itu sama dengan wajah dalam poster orang yang sedang dicari, kedua petugas itu lalu berhasil menangkap Burnett.

Burnett ditahan atas tuduhan 3 buah kes perompakan dan saat ini masih menunggu panggilan dari pengadilan setempat.

sumber: The Sun

Gila, Lelaki Telanjang Dengan Ayat Ayat Al-Quran Di Tubuhnya


Ini dia gambar pada Sebuah foto berjudul "Koranic Inlay" yang memperlihatkan ayat-ayat dari kitab suci umat Islam yang diprojeksikan pada tubuh telanjang artis Perancis-Marocco telah menyebabkan kemarahan menjelang sebuah minggu seni di Marrakesh.



Karya seni yang ditampilkan Mehdi-Georges Lahlou (27 tahun) dijadualkan akan dipamerkan di pameran seni rupa moden (30 September - 3 Oktober), meskipun pameran tersebut tidak menyinggung atau menampilkan dirinya sendiri untuk hadir di kota Marocco.

"Koranic Inlay" adalah potret diri telanjang di mana ayat-ayat Quran diprojeksikan pada tubuh Lahlou, termasuk di alat kelaminnya. Suratkhabar dan blogger Marocco menyuarakan kemarahan atas gambar tersebut dan isu kehadiran Lahlou di pameran seni moden yang dimulai minggu depan.

"Gambar ini mengejutkan umat Islam," kata salah satu blogger di situs goud.ma.
Di situsnya sendiri, Lahlou mengatakan "dia sangat memahami beberapa gambar dapat disalah fahami" dan menambahkan bahawa dia tidak pernah bermaksud untuk menyakiti keyakinan siapa pun.
Lahir dari seorang ibu Katolik dan ayah Muslim, Lahlou menghasilkan foto hampir sama yang berjudul "Biblical Inlay" dan mendapat kecaman di Marocco untuk pertunjukan kaustik dan instalasi terhadap agama dan gender.

Manusia ini memang celaka, ini bukan namanya seni tapi penghinaan..!! tidak layak dicontoh tinggal tunggu azab yang bakal diterimanya kelak.

sumber : aspal-putih blogspot.com

Lelaki yang jadi buruan polis bekerja sebagai warden penjara


BEIJING: Seorang lelaki yang diburu pihak berkuasa ditemui bekerja sebagai warden penjara - 10 tahun selepas dia didapati melarikan bagi mengelak didakwa di mahkamah, lapor Beijing News, semalam.

Wang Zhijia, 37, didakwa menyerang dan mencederakan isterinya 10 tahun lalu selepas kedua-dua mereka bertengkar.


Beberapa hari lalu, lapor akhbar itu, Wang ditemui bertugas di penjara Anhui, kira-kira 260 kilometer dari rumahnya di tengah China.


Wang menyamar sebagai abangnya untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pembantu pasukan polis di Anhui pada 2008 sebelum bertugas sebagai warden penjara dua bulan lalu. Penyamaran Wang terbongkar selepas polis mengesan berlaku pertindihan identiti. - AFP

Sebanyak 4,000 helai coli digantung di sepanjang sebuah jambatan


PITTSBURGH, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 4,000 helai coli digantung di sepanjang sebuah jambatan di sini dalam kempen meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit barah payu dara, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Coli berbagai saiz dan beraneka warna itu berkibar ditiup angin selepas digantung di atas wayar jambatan Hot Metal Bridge yang menghubungkan sungai Monongahela dengan pusat bandar raya ini, negeri Pennsylvania.

Semua coli tersebut akan digantung selama tiga minggu bermula kelmarin sebelum pakaian dalam itu dicuci dan didermakan ke beberapa rumah perlindungan wanita.

Coli-coli itu dibekalkan oleh pihak pengurusan syarikat pakaian tempatan, American Eagle Outfitters yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk mengadakan kempen tersebut.

Selepas coli-coli itu digantung kelmarin, ia berjaya menarik perhatian para pengguna jambatan berkenaan serta pihak media.

"Saya langsung tidak menyangka akan melihat sebegitu banyak coli. Kempen ini hebat. Saya berhenti untuk merakam pemandangan unik ini," kata seorang pengguna jambatan tersebut, Monica Minetola. - Agensi

sumber : kosmo online

‘Beckham’ koma akibat pendarahan dalam otak


SUBANG JAYA: “Luluh hati saya apabila doktor mengesahkan anak tunggal mengalami pendarahan dalam otak mungkin akibat hentakan atau gegaran kuat,” kata bapa kepada seorang bayi berusia tujuh bulan yang tidak sedarkan diri, sejak Isnin lalu.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Megat, 29, berkata, bayi lelakinya yang diberi jolokan ‘Beckham’ oleh jururawat di unit rawatan rapi sebuah hospital di sini, tidak sedarkan diri selepas ditidurkan pengasuhnya di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.

Selepas Beckham gagal dikejutkan dari tidur, pengasuh menghubungi Megat di pejabatnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang kira-kira jam 4.30 petang, sebelum bayi itu dikejarkan ke hospital berhampiran.

Menceritakan kejadian itu, Megat berkata, pada pagi kejadian, dia menghantar anak lelakinya itu ke pusat asuhan itu seperti biasa.



Menurutnya, ibu mangsa yang berusia 29 tahun kerap menghubungi pusat asuhan itu bagi mengetahui keadaan anak tunggal mereka dan membuat panggilan terakhir kira-kira jam 12 tengah hari pada hari kejadian sebelum diberitahu pengasuh sedang memberikannya susu untuk tidur.


“Bagaimanapun, kira-kira jam 4.30 petang, seorang pengasuh di pusat itu menghubungi saya dan memberitahu anak kami tidak bangun-bangun selepas ditidurkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro semalam.

Ibu Muda Tewas Akibat Overdose Ubat Flu


VIVAnews - Ramai orang mengubati sakit yang dianggap ringan dengan ubat-ubatan yang dijual bebas. Seringkali pula mereka mengkombinasikan ubat pasaran dengan ubat yang disarankan doktor. Seperti yang dialami seorang ibu muda, Donna Bishop. Dia tewas akibat overdose ubat flu.

Pengadilan Worcesterhire di Stourport-on-Severn mendengar penjelasan bahawa Donna Bishop, 25, sempat melakukan perjalanan ke Scotland sebelum Natal dan mengunjungi seorang teman, Siobhan Dunn. Di sinilah dia mulai merasakan gejala flu.

Menurut Dunn, selama sakit Donna meminum ubat dalam jumlah ‘sangat banyak’. Dia juga menderita sakit flu beberapa kali sebelumnya. Kembali ke rumahnya di Worcesterhire, ibu beranak satu itu terus memakan ubat flu, ubat batuk dan sejenis minuman penghalau flu sebelum akhirnya menyerah dan ke doktor. Doktor mendiagnosisnya mengalami infeksi hati dan meresepkannya antibiotik.

Namun, Donna melanjutkan pengubatan sendiri dengan meminum parasetamol, minuman hangat rasa jeruk yang diklaim mampu mengatasi gejala flu serta ubat batuk.

Dalam hitungan hari, kesihatannya memburuk cepat. Ia kembali ke hospital dengan keluhan nyeri perut, sulit menelan, kaki goyah dan kulit, mata dan rambut menguning. Kerana keadaannya makin memburuk, Donna dirawat. Doktor pun meminta ujian untuk mengetahui penyebab kulitnya menguning.

“Dia sempat berhalusinasi dan gelisah selama dirawat,” ungkap salah seorang jururawat seperti dikutip Daily Mail.

Meski menyangkal meminum parasetamol, Donna akhirnya meninggal sehari kemudian, 4 Januari 2011. Hasil pemeriksaan menunjukkan kematian Donna diakibatkan kerosakan hati kerana overdose parasetamol.

Aksi B-Boy Terbaik Dari Seluruh Dunia di IBE 2011 [Video]


Setiap tahunnya, B-boy terhebat dari seluruh dunia terpanggil jiwanya dalam acara International Breakdance Event di Heerlen, Belanda. Dan untungnya berkat YouTube, kita semua boleh menyaksikan gerakan-gerakan spektakuler mereka cukup dengan berada di depan layar monitor.-idbite.com

Astaga Kanak-kanak 2 Tahun Kunyah Kondom Yang Di Jumpai di Arena Permainan Sebuah Restoran Cepat Saji


VIVAnews - Seorang ayah mengatakan merasa sangat terkejut sekaligus jijik saat menemukan anak perempuannya berumur dua tahun tengah asyik mengunyah kondom ketika berada di kawasan permainan di sebuah restoran cepat saji di Australia bahagian barat.

Dia sedang makan siang di restoran tersebut, Sabtu minggu lalu waktu setempat sementara anaknya dilepas untuk menikmati berbagai permainan yang ada di sana. Betapa terkejutnya ketika si ayah menjemput anaknya dan menemukan kondom dalam mulutnya.

“Saya benar-benar muak. Orangtua yang ada di sekitar kami langsung menarik anaknya keluar dari arena bermain dan hampir saja melompati pagar arena,” kata si ayah kepada surat khabar West Australian seperti dikutip dari news.com.au.

Lelaki itu mengatakan, dia segera mencuci tangan dan mulut anaknya serta akan terus memantau kesihatan buah hatinya.

Setelah menunjukkan kondom yang dimakan sang anak kepada manager restoran, dia diberitahu bahawa itu adalah kondom kedua yang ditemukan di arena bermain pada hari yang sama.

Juru cakap restoran cepat saji ini menegaskan perusahaan sedang menyelidiki insiden di outlet Geraldton. Dia menambahkan, perusahaan memperlakukan masalah itu ‘sangat serius’.

“Kebersihan dan keamanan adalah prioriti utama perusahaan, dengan pergantian manager untuk memeriksa semua bidang, termasuk ruang makan, ruang istirahat dan taman bermain,” katanya.

Wow,Dermawan Misteri Tinggalkan 10 juta Yen di Toilet Umum

on 29 September 2011

Mata wang yen Jepun (www.imoneybuzz.com)

TRIBUNNEWS.COM, JEPUN - Seorang dermawan yang tidak ingin diketahui identitInya meninggalkan wang sebanyak 10 juta yen di sebuah toilet umum untuk orang cacat di pusat perbelanjaan Sakado, Jepun.

Seperti dilansir BBC, wang tersebut dibungkus dalam beg plastik dan ditemukan pada 22 September lalu.

Tumpukan wang ini disertai tulisan pesan yang berbunyi,”Saya sebatang kara. Saya tidak mempunyai masa depan jadi biarkan warga Tohuku menggunakan wang ini.”

Tohuku adalah wilayah Jepun di bagian utara yang digoncang gempa bumi dan tsunami March lalu.

Para pejabat Sakado mengatakan gerak-gerik dermawan tidak terdeteksi.

“Tidak ada saksi dalam peristiwa ini dan kita tidak boleh mereka-reka orang seperti apa yang melakukan ini,” jelas juru cakap pemerintah daerah Sakado, Masumi Sekiguchi.

Dia menambahkan, pihak berkuasa betul-betul terkejut dan berterima kasih atas kebaikan hati dermawan misteri tersebut.

Mereka merancang menyerahkan wang tersebut kepada Palang Merah Jepun bila tidak ada yang mengaku dalam waktu tiga bulan.

Bencana alam dasyat di Jepang baru-baru ini telah menunjukkan kemurahan hati dan kejujuran rakyat negara itu, lapor wartawan BBC di Tokyo, Roland Buerk.

Sebelumnya ditemukan wang tunai di kawasan bencana dan wang tersebut kemudian diserahkan kepada polis.

Beberapa waktu kemudian juga ditemukan brangkas berisi puluhan juta dolar di tengah runtuhan.

Wow 3 beradik mempunyai tarikh lahir yang sama


LONDON - Seorang bayi terlahir dengan tarikh kelahiran yang sama dengan kedua abangnya.

Kyle Kellett yang baru saja dilahirkan pada 20 September medmpunyai hari ulang tahun yang sama dengan kedua abangnya, Keirang (6) dan Kaiden (3).

Sementara kedua orangtuanya Kellet (24) dan Merv Jeans (35), masih tidak percaya bahawa mereka berhasil mendapatkan hari tersebut secara kebetulan.

"Saya tidak percaya berhasil lagi. Ini sangat menyenangkan. Kini saya memiliki tiga K pada tanggal lahir yang sama," ujar sang ibu Sammy dengan bangga.

Ketiga anak laki-laki tersebut tidak hanya lahir pada tanggal yang sama, tapi mereka juga lahir di hospital yang sama pula di Royal Preston.

Seperti dilansir The Sun, Kamis (29/9/2011), bulan ini merupakan bulan yang sangat mahal bagi keluarga tersebut, pasalnya sang ayah Merv merayakan hari ulang tahunnya dua hari setelah ketiga anaknya ulang tahun.(rhs)

sumber : international.okezone.com

Heidi Si Tupai Peramal Pemenang Oscar Telah Mati


LEIPZIG - Apakah Anda masih ingat akan keberadaan Heidi, seekor tupai bermata juling yang sensasional kerana kepandaiannya meramal pemenang oscar beberapa bulan lalu?

Tupai yang memiliki penggemar sebanyak 332.963 orang di jejaring sosial Facebook ini dikhabarkan secara rasmi oleh pihak zoo Leipzig, wilayah timur Jerman, telah mati.

"Si tupai juling Heidi telah menutup mata untuk selama-lamanya," ujar petugas zoo Leipzig, sebagaimana dilansir Telegraph, Kamis (29/9/2011).

Haiwan berusia tiga setengah tersebut sebelumnya telah dirawat selama berminggu-minggu kerana masalah kesihatan.

Tupai tersebut menderita kelebihan berat badan yang teruk. Hal tersebut juga lah yang menyebabkan kejulingan pada matanya. Pola makan yang buruk menghasilkan timbunan lemak menyembul dari belakang bola matanya, sehingga terlihat seperti juling.(rhs)

Agaknya inilah lelaki yang tertidur dari muda sampai tua


begitu hebat kuasa photoshop...

Saat momen indah anak kura-kura bermain dibadan dan kepala mamanya



sumber gambar : klikunic.com

Dapur Termewah Dan Termahal Di Dunia

Jika anda yang inginkan nampak mewah maka ini dapur terbuat dari emas 24 karat dan kaca Venesia mungkin saja untuk anda.

Tetapi bila melihat tagnya berharga £ 300.000 - lebih dari harga rumah di Inggris - mungkin membuat anda pergi.

Dirasmikan di acara Desain 100% di Earls Court akhir minggu ini, Colosseo Oro dapur dari London Desain Marazzi dianggap dapur yang paling mahal di dunia.Hanya sepuluh akan dibuat, dengan fitur mewah termasuk 24 karat emas, kulit buaya timbul, kristal Swarovski gemerlap lampu dan worktops dipernis.Peralatannya sahaja berharga £ 55.000


Semua permukaan dan almari adalah buatan tangan-siap dengan 12 lapisan pernis dan pembangunan lengkap ukuran 4 meter.

Dapur dan peti sejuk ditempatkan di pusat, diselimuti oleh workstation dan tempat duduk melingkar bar sarapan.

Pada £ 300.000sangat mewah lebih dari harga rumah di Inggris rata-rata yang ketika ini berharga £ 228.095.




Kucing paling dimanjakan dapat tuala baru setiap hari


WALES - Sungguh beruntung kucing ini memiliki tuan Lana dan Dave Rowe, pasangan ini sangat memanjakannya dan menganggapnya seperti anak sendiri.

Pasangan dari Wales ini mengatakan, bahawa Marty merupakan kucing yang paling di manja di Inggris.

Lana dan Rowe pun tak segan mengeluarkan wang besar dan perhatian mereka kepada Marty.

Marty diberikan tempat tidur ukuran besar dan mendapatkan tuala baru setiap harinya, mendapatkan hadiah pada hari Natal, serta makan besar bagai seorang raja di restoran Tuna Thursday.

Menurut kedua pasangan tersebut, mereka mengasuh Marty ketika usianya masih lapan minggu. Mereka menghabiskan wang sebanyak 70 poundsterling sebulan.

"Kami mungkin memang berlebihan dalam mengasuhnya. Tapi tidak ada yang memahami bahawa Marty sudah seperti anak kami," ujar Rowe seperti dilansir Orange, Kamis (29/9/2011).(rhs)

Nenek gelak besar buah yang ditanamnya berbentuk kemaluan lelaki

Beginilah keadaan mayat budak yang dilenyek kereta


ngeri....
sumber gambar : xtremesick

Makan bangkai harimau untuk elak gout

Gif Tiger Snow Pictures, Images and Photos

KATHMANDU: Sekumpulan 15 penduduk kampung di Nepal termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan kerana memakan harimau bintang ekoran percaya daging haiwan itu dapat melindungi penyakit gout, kata pihak berkuasa, semalam.

Menurut pegawai perhilitan, Hari Paudel, kumpulan itu berkata, mereka menemui harimau bintang yang mati di kuil dekat kampung mereka, 90 minit perjalanan dari jalan berhampiran di pergunungan Mahabharat di barat Nepal.


“Mereka didakwa kerana memakan daging haiwan terancam. Mengikut undang-undang mereka perlu memaklumkan kepada pegawai perhilitan daerah apabila menemui haiwan yang mati atau cedera,” katanya.


“Seorang daripada penduduk kampung menghidap gout dan percaya dia dapat disembuhkan dengan memakan daging harimau bintang. Penduduk lain beranggapan mereka perlu memakan daging haiwan itu sebagai langkah pencegahan,” katanya. Penduduk kampung yang ditangkap itu bakal didenda 10,000 rupee (RM390) dan penjara dua tahun jika didapati bersalah. - AFP

sumber : myMetro

Petani marah Rihanna separuh bogel di ladangnya


BELFAST - Ekoran memakai coli, seluar dalam berwarna merah dan mendedahkan payu dara, bintang pop Rihanna telah diusir dari ladang milik seorang petani di Ireland Utara.

Tindakan drastik itu dilakukan kerana petani itu marah melihat Rihanna memakai bikini semasa sesi penggambaran muzik videonya.

Rihanna, 23, sedang menjalani penggambaran muzik video single terbarunya, We Found Love di sebuah ladang milik petani tersebut di bandar Bangor, timur Belfast pada Isnin lalu.

Namun, petani itu, Alan Graham memutuskan penyanyi popular itu bertindak keterlaluan apabila dia melucutkan pakaiannya sekali gus mendedahkan bikini kecil berwarna merah yang dipakainya.

Akhbar-akhbar Ireland menyatakan Rihanna turut mendedahkan payu daranya buat seketika.

Melihat aksi menjolok mata berlaku di ladangnya, petani berusia 61 tahun itu yang sebelum ini membenarkan sesi penggambaran itu dilakukan, segera turun dari traktornya dan menyuruh bintang pop itu kembali memakai pakaiannya.

"Perbuatannya itu tidak sesuai. Dia tahu saya seorang penganut Kristian yang patuh," kata Graham.

"Kami berjabat tangan dan dia kemudian beredar dari tanah saya secara baik," tambahnya. - Agensi

sumber : kosmo online

Gara-Gara Semut Pertandingan Bola Dihentikan


NEESES - Pertandingan bolasepak biasanya terpaksa dihentikan kerana hujan lebat, petir, dan mati elektrik, tapi pertandingan ini dihentikan kerana semut api.

Pertandingan di South Carolina tersebut harus ditunda oleh pengadil kerana padang tidak boleh digunakan kerana ada semut api.

Pengadil Steve Hook mengatakan bahawa dia menemukan 15 hingga 20 semut api yang masih hidup di tanah sebelum pertandingan di mulakan.

Hook mengatakan bahwa dia khuatir para pemain, pelatih dan petugas terganggu akibat gigitan semut tersebut.

Seperti dilansir Associated Press, Rabu (28/9/2011), pengawas pertandingan pun langsung memindahkan tompokan tanah tersebut dan menuangkan garam agar pertandingan boleh berlangsung.(rhs)

Seorang Wanita Dibawa ke Hospital Setelah Toilet Yang Didudukinya Meledak

on 28 September 2011


Jika selama ini kamu fikir toilet adalah tempat yang aman dari ancaman ledakan, cuba difikirkan lagi. Paling tidak agar tidak terlalu terkejut ketika mengalami 'teror' paling tak terduga seperti yang dialami oleh wanita Washington ini.

Wanita pegawai pemerintahan yang bekerja di Washington D.C itu harus dibawa ke hospital kerana mengalami luka serius setelah toilet yang didudukinya tiba-tiba meledak. Untungnya, luka tersebut tidak mengancam nyawanya.

Menurut petugas yang menangani masalah ini, sebuah toilet memang tidak sewajarnya dapat meledak, namun hal itu bukan mustahil. Kerosakan pada sistem pembuangan perkotaan dapat mempengaruhi tekanan air di dalam paip menjadi tidak terkawal. Apabila katup pengurang laju tekanan tidak bekerja, laju tekanan air yang terlalu tinggi dapat merubah sebuah toilet menjadi 'bom' paling berbau dan menjijikan sekali.

Setelah kejadian ini, pihak pengurus gedung membagikan pengumuman agar pengguna gedung untuk sementara tidak menggunakan seluruh toilet yang berada di gedung General Services Administration (GSA) di Washington.


sumber: Huffington Post

Wow, Kambing Ini Bernilai £1.4 million

Majid Abdul Reyim dan kambingnya senilai £1.4 million /Telegraph

XINJIANG - Siapa mengira harga seekor kambing boleh mencapai £1.4 million . Kambing dari Kota Xinjiang ini diklaim hanya ada seribu ekor di dunia.

"Para bos besar sering datang kesini dengan menggunakan kereta mewah dan menaikkan kambing tersebut di kerusi belakang kereta mereka," ujar Liu Fenghua, salah seorang peternak Kambing Dolan yang berasal dari kota Aksu, Wilayah Xinjiang, China.

"Biasanya para bos itu datang dari suku Uighur yang majoriti muslim dan ingin menjadikan kambing tersebut sebagai haiwan peliharaan," lanjutnya, seperti dilansir Telegraph, Rabu (28/9/2011).

Peranakan kambing Dolan memiliki ciri khas yang berbeda dibandingkan dengan kambing lain pada umumnya, kambing tersebut memiliki hidung yang berbeza dan memiliki ekor kembar dan juga telinga yang lebar.

Kambing yang paling bernilai adalah milik Majid Abdul, kambing berusia enam tahun tersebut dihargai mencapai £1.4 million namun Majid masih belum mahu menjual kambing kesayangannya.

Para peternak Dolan mengatakan bahawa banyak para keluarga yang mengumpulkan dana mereka hanya untuk membeli seekor kambing Dolan dan menjadikannya sebagai pelaburan(rhs)

Frankenlouie, Si Kucing Bermuka Dua

Seekor kucing bernama Frankenlouie, yang tinggal dengan pemiliknya di Milbury, Massachusetts, memiliki cacat lahir genetik yang menyebabkan dia tumbuh dengan wajah tambahan.


Keanehan ini disebabkan oleh keadaan yang disebut Janus, yang biasanya menyebabkan kucing untuk hidup hanya beberapa hari.

Tapi Frankenlouie berhasil bertahan hidup cukup lama, bahkan kucing ini baru saja merayakan ulang tahun ke-12 nya.

Sekarang prestasi Frankenlouie dalam bertahan hidup telah menempatkan dirinya pada Guinness World Records.

Diketahui, pemilik sang kucing ini adalah seorang bekas jururawat yang tak ingin namanya disiarkan.

Sumber : dailymail

Cemburu dengan Isteri, Penjual Buah Bunuh 9 Orang


BEIJING, KOMPAS.com — Seorang penjual buah di bagian utara China membantai isterinya dan lapan orang lain. Sebabnya cemburu. Lelaki itu takut sang isteri berselingkuh, lapor pejabat berita Xinhua, Rabu (28/9/2011), yang mengutip keterangan polis.

Lelaki tu, Qin Changcheng yang berumur 32 tahun, telah ditangkap dan mengaku telah membunuh isteri, bos isterinya, mak cik dan pak ciknya, serta lima tetangga, lapor Xinhua, yang mengutip pernyataan polis di Provinsi Hebei.

Oriental Morning Post, harian di Shanghai, mengatakan, Qin melakukan pembunuhan itu pada Isnin Ia memulainya di tempat cuci kereta di kota Botou, tempat isterinya bekerja. Dari situ, ia kemudian pergi ke sebuah asrama di kota berpenduduk sekitar 560.000 orang itu, sekitar 200 kilometer di utara Beijing. Di sana ia membunuh yang lainnya. Tidak jelas bagaimana cara dia melakukan pembunuhan tersebut.

Perisitwa itu merupakan jumlah kematian tertinggi dalam sebuah kes pembunuhan tunggal yang dilaporkan di China sejak April ketika seorang lelaki 33 tahun di Provinsi Liaoning, China , membunuh 10 orang, termasuk ayah, isteri, dan anaknya, setelah permohonan pinjamannya ditolak.
Sumber : AFP

Wanita Paling Dibenci di China Menjadi Manikur di AS


New York merupakan sebuah panggung besar bagi para selebriti di Amerika yang mencari perhatian di kota tersebut. Namun salah satu sensasi internet China telah bersembunyi di sebuah salon di Brooklyn akibat reaksi yang dia terima di negaranya sendiri.

Seorang wanita berusia 27 tahun Feng Luoyu, telah menjadi bahan ejekan nasional di China, dan saat ini tinggal dan bekerja di Brooklyn sebagai seorang manikur.

Feng Louyu menjadi terkenal sekitar dua tahun lalu yang lalu ketika dia menyebarkan risalah di Shanghai yang berisi permintaan khusus untuk lelaki yang ingin menjadi calon suaminya

Dalam risalahnya tersebut berisi kriteria lelaki ideal baginya, yakni harus lulusan dari salah satu universiti terkemuka, yang belajar ekonomi atau sesuatu yang serupa, tinggi badannya harus 1,8 meter serta berasal dari pesisir timur China.

Selain itu, sang lelaki belum memiliki anak sebelumnya, atau mempunyai bekas kekasih yang telah melakukan pengguguran. Serta berbagai persyaratan lainnya yang membuat ia menjadi bahan ketawa di negara tersebut.

‘Aku dibenci di China dan tidak ingin dibenci oleh orang-orang di sini, ” ujar Feng sambil menambahkan ia menaruh harapannya di Amerika, dan yakin bahawa dia dapat menggapai mimpinya di negara Uncle Sam.

Feng secara sering memposting untuk ke 1,4 juta pengikut-nya di Sina Weibo, jejaring sosial China yang mirip dengan Twitter. Dan pada bulan Disember ia menegaskan untuk kembali fokus pada tujuannya yakni mencari seorang pasangan.

“Saya percaya sebagai seorang wanita, menikah adalah suatu profesi. Untuk perempuan, menikah dan memiliki anak adalah kebahagiaan terbesar. Meskipun saat ini saya belum memilikinya, namun saya akan tetap bekerja keras,” tulisnya.

Sumber : dailymail

Bayi kraniofacial atau satu kepala dua muka lahir di Pakistan


RAWALPINDI: Seorang bayi dengan dua muka dilahirkan di Holy Family Hospital (HFH) Khamis lalu.

Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.


Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata.

Bercakap kepada akhbar The nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis.


“Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya,” katanya.


Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan.

“Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat,” kata pakar itu.


Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan.

Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven stabil. Dia bagaimanapun kelihatan bimbang dan tidak banyak bercakap.


Shahida dibawa ke HFH dari Palandri, sebuah daerah di Azad Jammu dan Kashmir (AJK) beberapa hari sebelum melahirkan bayi dua muka itu.


Wanita itu mempunyai dua anak yang normal sebelum ini.


Suaminya, Khalil Ahmed bekerja sebagai buruh.


Kelahiran bayi dengan dua muka itu mencetuskan sensasi di bandar berkenaan menyebabkan sejumlah besar penduduk, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua bekerumun di Jabatan Kanak-Kanak untuk melihatnya.


Kesesakan yang berlaku menyebabkan pihak hospital terpaksa meminta bantuan polis bagi mengawal orang ramai. - Agensi

Walaupun tayar kena curi brother selamba je kayuh basikal

Jack, Kambing biri-biri yang Menganggap Dirinya Seekor Anjing

on 27 September 2011

Jack begitu yakin bahawa dirinya adalah seekor anjing sehingga ia mahu memakai pengikat leher, mengambil tongkat, berdiri dengan kaki belakang, dan bahkan cuba untuk menyalak.

Kambing biri-biri berusia enam bulan tersebut juga tidak mengakui spesiesnya sendiri, dan cuba menggembalakan kambing -kambing tersebut ketika ia dimasukkan kedalam kandang.

Sang pemilik, Alison Sinstadt (48) dan pasangannya Simon Sherwin (50) terkejut ketika kambing biri-biri tersebut berteman dengan Jessie, anjing spaniel mereka yang berusia sembilan tahun.

“Jack merupakan salah satu dari dari tiga anak kambing biri-biri yang dilahirkan ibunya, yang merupakan suatu kejadian yang cukup langka, dimana seekor kambing biri-biri melahirkan lebih dari satu anak.” tutur ibu dua anak yang mengelola pertanian Adderley Wharf serta sebuah kedai dekat Pasar Drayton, Shropshir.

Kerana Jack sangat kecil saat dilahirkan, kedua pasangan itu memutuskan untuk membawa kambing biri-biri mungil tersebut ke rumah mereka, menggunakan pengering rambut untuk menghangatkannya, serta memberinya susu.

“Akhirnya Jack berhasil merebut hati anjing kami dan mereka sekarang tidur bersama dalam keranjang anjing di teras rumah.” jelas Alison sambil menambahkan bahawa Jack mengikuti Jessie kemana pun dia pergi dan bahkan cuba untuk menggonggong seperti sekor anjing.

“Dia membuat suara aneh ketika cuba untuk menyalak, dan setiap orang menganggapnya sangat lucu. Jack juga tidak mengenali domba lainnya, dan menganggap dirinya adalah seekor anjing.” tandasnya.

Namun, satu-satunya hal yang tidak membezakan Jack dari kambing biri-biri lainnya adalah ia tetap makan rumput.

Sumber : dailymail

Pengusaha internet ini Raja Twitter 1.8 juta follwer

Rajanya Twitter, Bukan Orang terkenal, 1,8 juta Follower mungkin seharusnya yang paling banyak “follower” dan berpengaruh di twitter adalah selebriti tapi ternyata tidak.
Pete Cashmore, 24 tahun hanya seorang pengusaha internet mengalahkan Stephen Fry seorang presenter TV yang lebih terkenal hanya punya 1,1 juta follower sedangkan Pete mencapai 1,8 follower.
Pete Cashmore

Ini Dia Roti Naan Terbesar Sedunia


Sebuah kota kecil di China mengatakan mereka telah mencipta rekod untuk roti naan terbesar sedunia.

Roti naan itu memiliki diameter 9 meter dimana para sukarelawan yang terdiri dari seorang guru naan bernama Memeti, 4 orang pembantu dan 12 pekerja tempatan memanggang roti dengan pangsit daging itu di Qiemo County, Xinjiang, China.


Bahan yang dipergunakan dalam pembuatan roti naan itu antara lain 30 kg daging kambing, 125 kg tepung, 16 kg bawang merah dan 90 kg air dan diperlukankan waktu 10 jam untuk membuat roti itu.

Dan katanya roti terbesar itu boleh untuk sekitar 10 ribu orang.


Untuk membakar roti naan itu, pemerintah setempat juga membangun talenan raksasa dan oven besar berukuran 6 meter.

Penjaring Penalti Terunik di Dunia Tewas Kemalangan


TRIBUNNEWS.COM - Salah satu penjaring penalti terunik di dunia, Theyab Awana, meninggal dunia akibat kemalangan.

Nama winger United Emirat Arab itu mulai menjadi sebutan publik setelah dia menjaringkan gol penalti melalui tumit saat United Emirat Arab menang 6-2 atas Lebanon dalam perlawanan persahabatan (17/7/2011).

Theyab kala itu seolah-olah hendak menendang bola. Begitu mendekati bola, Theyab justru membalikkan badannya lalu menendang bola menggunakan tumit kanannya. Bola yang bergulir pelahan tak mampu ditangkap oleh penjaga gol Lebanon, Hassan Moghnieh, kerana tertipu.

Sayang, atraksi menghebohkan itu tak akan pernah lagi dilakukan Theyab. Pemain pasukan kebangsaan Uni Emirat Arab (UEA) itu tewas dalam kemalangan kereta pada Ahad (25/9/2011).

Kecelakaan terjadi di Jembatan Sheikh Zayed saat dia dalam perjalanan kembali ke Abu Dhabi dari Al Ain bersama adiknya, Raad (13 tahun). Saat itu Theyab baru saja selesai menjalani latihan bersama pasukan UEA.

Kereta yang dinaikinya menghentam trak kerana kereta tidak dapat dikawal. Berdasarkan data di lapangan, Theyab memandu sambil berkomunikasi dengan seseorang melalui BlackBerry miliknya. Hal itu boleh dilihat dari adanya beberapa pesan melalui BBM. Theyab meninggal sebelum sempat dibawa ke hospital. Sementara adiknya meninggal beberapa jam setelah dirawat secara intensif.

Kematian pemain kelab Baniyas itu jelas memukul pasukan UEA. Theyab adalah pemain yang populer di UEA. Dia berjasa besar membantu UEA menjadi runner-up Asian Games 2010 di China.(*)


Peguam dakwa pelajar AS ini suka seks liar dan syaitan


PERUGIA, Itali - Peguam pemilik sebuah bar di Perugia menggelar seorang pelajar Amerika Syarikat (AS), Amanda Knox yang disabitkan kesalahan membunuh rakan sebiliknya sebagai seorang yang sukakan seks dan syaitan yang menipu kepada polis untuk mengalihkan siasatan.

Peguam itu, Carlo Pacelli memberitahu mahkamah semalam bahawa Knox mempunyai dua personaliti.

Menurutnya, Knox mempunyai personaliti sebagai seorang wanita yang baik semasa duduk di depan hakim selain personaliti syaitan yang meminati seks liar.

Dakwaan itu dibuat ekoran Knox mendakwa anak guam Pacelli, Diya 'Patrick' Lumumba membunuh Meredith Kercher.

Kercher merupakan rakan sebilik Knox yang merupakan warga Britain.

Lumumba dipenjarakan tetapi kemudian dibebaskan.

Namun, Knox disabitkan kesalahan dalam pembunuhan Kercher yang berlaku pada 2007 itu dan dihukum penjara selama 26 tahun.

Knox menafikan melakukan pembunuhan itu dan kini sedang merayu berhubung sabitannya. - AP
sumber: kosmo online

Penyanyi geli-geli


KUALA LUMPUR: “Sebaik selesai menyanyi, saya dan rakan diarah melayan tetamu dalam dua bilik berasingan.

“Kami terkejut diarah berbuat demikian lalu memberi alasan belum bersedia melayan tetamu kerana hanya mahu menyanyi di kelab seperti dijanjikan,” kata remaja mahu dikenali sebagai Anisa, 18, dan rakannya, Ana, 20-an, yang bukan sahaja ditawarkan bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam, tetapi turut dipaksa menjadi pelayan pelanggan (GRO).

Anisa berkata, disebabkan ingkar arahan majikan, mereka dikurung dalam sebuah hotel hampir seminggu, namun dia bernasib baik kerana diselamatkan ibunya bersama jiran, kelmarin.

Sebelum itu, dia teruja menerima tawaran menjadi penyanyi di sebuah kelab malam terkenal di Subang Jaya seperti diiklankan kerana bergaji lumayan iaitu RM8,000 sebulan.



Bagaimanapun, katanya, semua itu helah apabila dia dan Ana yang menerima tawaran itu bukan saja diarah menyanyi, tetapi turut dipaksa menjadi GRO.

sumber :myMetro

Iklan slimming dari Siam yang bikin korang gelak


boleh sampai macam ni dia orang punya kreatif

Crocs Chameleons, Sandal Unik Yang Dapat Berubah Warna Jika Terkena Sinar Matahari

on 26 September 2011


Crocs melancarkan kembali koleksi barunya, iaitu Crocs Chameleons. Keunikan koleksi ini adalah perubahan warna yang terjadi ketika kasut berada di bawah paparan sinar matahari. Dengan latar belakang permukaan yang lebih halus, sandal crocs ini memancarkan siluet tiga dimensi dalam berbagai pilihan warna.

Koleksi sandal yang ditujukan untuk anak-anak ini memiliki lapisan atas tembus pandang yang terbuat dari bahan Thermoplastic polyurethane, yang lembut serta memberikan warna yang bercahaya. Pada bahagian atas terdapat lubang-lubang untuk meletakkan Jibbitz yang sesuai selera.


Lapisan Croslite-nya membuat sandal terasa nyaman, tidak meninggalkan jejak, serta tidak berbau. Lapisan ini dilengkapi dengan titik-titik sirkulasi yang membuat kaki serasa diurut dan memberikan kenyamanan ketika dikenakan. Croslite dikatakan mampu membantu mengurangi kelelahan otot dan tekanan puncak pada kaki yang sering dirasakan ketika seseorang berdiri dan berjalan, serta memberikan perbaikan pada sistem musculoskeletal untuk mendapatkan postur yang baik. Sebahagian besar kasut Crocs telah mendapatkan sijil oleh US Ergonomics.

Crocs Chameleons terdiri atas beberapa pilihan warna:
  • Oyster/Pink Lemonade
  • Lime/Yellow
  • Celery/Sea Blue

Aneh! Pencuri Tinggalkan Dompet dan Alamat


Tidak sukar bagi polisi menemukan pencuri sehelai seluar jeans di kedai Walmart di Gallatin, Tennessee, AS.

Pencuri itu meninggalkan seluarnya yang lama, lengkap dengan dompetnya di bilik ganti dan melenggang keluar dengan seluar jeans curiannya.

Petugas polis di Gallatin mengatakan, Dustin Matthew Marshall (20) berusaha mencuri seluar jeans. Dia ditahan bersama Lindsey Samantha Scholl, 19, iatu rakan pecah rumah dan curinya.Dia kini ditahan dipenjara.

Kakak ni cipta beg tangan dari bra lama

Rita Maria, seorang designer muda memiliki idea untuk mengubah bra (Wonderbra) – yang popular di 1990-an - menjadi dompet/ beg tangan.

Dengan menggunakan bra lama yang merupakan derma dari teman-temannya, Rita pun membuat koleksi yang sangat banyak dari segala ukuran dan warna dan menjadikannya beg tangan yang inovatif.

Wonderbra sendiri didirikan di AS pada 1935 dan hanya terkenal hanya di Kanada saja waktu itu hingga Wonderbra diperkenalkan kembali di 1991 ke seluruh dunia.

Malang betul Ball Boy ni


Semua pekerjaan ada resikonya, bahkan ketika kamu bekerja sebagai seorang ball boy sekalipun. Ball boy malang ini sedang berada di tempat dan waktu yang salah ketika bola yang ditendang oleh seorang pemain terpantul dan menghentam kepalanya.-idbite.com



Sumber: CBS

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved