Anak sanggup simpan mayat ibunya selama 6 bulan kerana duit pencen

on 15 Jun 2011

Duit punya pasal...
saya petik dari kosmo online

WALLASEY - Gara-gara mahu mendapatkan duit pencen bulanan berjumlah £200 (RM996), seorang aktres di Britain tergamak menyimpan mayat ibunya selama enam bulan di rumahnya, lapor sebuah akhbar semalam

Aktres berkenaan Hazel Maddock, 61 dan anak perempuannya yang berusia 35 tahun, Jasmine, berdepan hukuman penjara selepas mengaku bersalah gagal melaporkan kematian Olive, 95, di sebuah mahkamah di sini.

Polis menemui mayat Olive yang reput dengan separuh tubuhnya dimakan tikus di belakang pintu bilik tidur kediaman Hazel di sini, barat daya England, baru-baru ini.

Hazel turut mengaku salah kerana memalsukan tuntutan pencen kerajaan yang diberikan kepada ibunya.

Beberapa jiran kedua-dua wanita itu yang ditemui kelmarin berkata, mereka terkejut dengan penemuan tersebut dan apa yang dilakukan oleh Hazel dan Jasmine.

"Apa yang mereka dilakukan amat menjijikkan. Hanya untuk mendapatkan wang lebih, mereka sanggup membiarkan mayat ibu mereka dalam keadaan itu," kata seorang jirannya.

Siasatan forensik mendapati punca kematian Olive adalah disebabkan faktor semula jadi dan dia meninggal dunia di antara dua hingga enam bulan lalu.

Hazel yang menggambarkan dirinya sebagai pelakon, penyanyi dan penghibur berpengalaman pernah muncul dalam drama tempatan, Hollyoaks and The Outsiders. - Agensi
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved