Makan ratu anai-anai RM2500 seekor untuk kuat tenaga batin

on 08 Mei 2011

Macam-macam..
saya petik dari myMetro

LEDANG: “Isteri berterima kasih kepada saya selepas kami bersama,” kata Abdul Rahim Abu Bakar, 45, menceritakan khasiat memakan hidup-hidup ratu anai-anai yang didakwanya boleh merapatkan hubungan suami isteri.

Dia yang menjalankan perniagaan mengawal serangga perosak mendakwa khasiat ratu anai-anai umpama Viagra yang membolehkan pasangan bertahan lama di ranjang.

Menurutnya, dia mengetahui kehebatan memakan ratu anai-anai daripada seorang tabib Cina di bandar ini kira-kira tujuh tahun lalu sebelum mengamalkannya hingga kini.

“Seelok-eloknya ia dimakan kira-kira 15 minit sebelum bersama dan selewat-lewatnya tiga hari selepas ratu anai-anai dikeluarkan daripada busut untuk mengekalkan khasiatnya.



“Kehebatannya umpama kita berlari maraton tanpa henti. Malah tabib Cina percaya khasiat ratu anai-anai lebih hebat berbanding cicak tokek,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di rumahnya di Serom 1, di sini, baru-baru ini.



Dia berkata, ratu anai-anai hanya boleh hidup sekitar tiga hari selepas diambil daripada sarangnya.

Bagi lelaki, dakwa Abdul Rahim, memakan ratu anai-anai dapat membantu memulihkan penyakit mati pucuk dan merawat masalah tenaga batin.

Wanita yang memakannya pula dikatakan dapat menambahkan kesuburan seperti fungsi ratu anai-anai itu sendiri yang menghasilkan ribuan telur.

Selain itu, ratu anai-anai dipercayai sangat berkhasiat dalam membantu memulihkan beberapa jenis penyakit, termasuk penyakit buah pinggang, lenguh badan, cepat letih, menerangkan penglihatan dan kencing manis bagi peringkat awal.

Abdul Rahim berkata, disebabkan khasiat dan kesukaran mendapatkannya, seekor ratu anai-anai dijual antara RM1,500 hingga RM2,500 kepada orang tengah dan boleh mencecah RM5,000 di kedai.

“Harga ratu anai-anai bergantung kepada saiz dan warnanya. Yang kecil biasanya berwarna hitam pucat manakala ratu anai-anai besar berwarna kekuningan seperti ulat sagu. Lagi besar, khasiatnya lagi bagus.

“Saya pernah memperoleh RM7,000 hasil penjualan tiga ekor ratu anai-anai. Bagaimanapun, ia bukan selalu kerana memang sukar mendapatkan ratu anai-anai,” kata bapa kepada lima anak berusia enam hingga 15 tahun itu.

Menyedari harganya lumayan, Abdul Rahim menjadikan kerja mencari ratu anai-anai sebagai pendapatan sampingan selain perniagaan mengawal serangga perosak.

“Sepanjang menjalankan pekerjaan mengawal haiwan perosak seperti anai-anai, saya jarang menggunakan racun, sebaliknya memakan ratu serangga berkenaan atau menjualnya kepada pihak berminat.

“Walaupun pelik, ia berkesan, malah ratu anai-anai turut mendapat permintaan tinggi kerana khasiatnya diakui di negara Asia seperti China, Jepun dan Singapura,” katanya yang mencari busut di sekitar kampung, terutama di dusun, ladang kelapa sawit dan getah untuk mengesan ratu anai-anai.

Dia mengambil masa kira-kira 10 sehingga 20 minit untuk menemui ‘rumah’ ratu anai-anai dan kadangkala lubang pertama digalinya membawa kepada penemuan tempat terbabit.

Katanya, cara memakan ratu anai-anai sangat mudah kerana pemakan hanya perlu menanggalkan kepala makhluk perosak terbabit lalu menelannya dengan segera.

“Sebaik menemui ratu anai-anai, kita perlu tanggalkan kepalanya sebelum meminum sedikit air untuk memudahkan ia ditelan,” katanya sambil menunjukkan cara terbabit kepada wartawan Metro Ahad.

Rahim turut memberi petua iaitu ratu anai-anai perlu dimakan segera untuk mengekalkan kesegaran serta khasiatnya kerana ia hanya mampu bertahan tiga hari selepas dikeluar dari sarangnya.

Bahkan, dia mendakwa selepas memakan ratu anai-anai, ia memberi kesan yang sungguh baik serta lebih bertenaga walaupun membuat kerja berat setiap hari.

Sementara itu, usaha menemui seorang lagi pemburu ratu anai-anai yang hanya dikenali sebagai Pak Aki, 70, di Segamat menemui kegagalan kerana dia meninggal dunia baru-baru ini.
Ranking: 5

{ 25 komen... read them below or add one }

ice-y berkata...

hehe lepas ni ramailah orang nak jadi pengawal serangga perosak, hehe


Ahad, Mei 08, 2011
Fina Fento berkata...

Habislah busut anai - anai lepas ni haha

Cara - cara cuci keyboard


Ahad, Mei 08, 2011
Tanpa Nama berkata...

Saya mempunyai stok ratu anai-anai. Sekira berminat hubungi saya 0123458954. Sungai Petani Kedah


Ahad, Mei 08, 2011
stryder berkata...

hahahaa..~ adehh.. jom try ratu lebah pulak.. mn tau lg mujarab :P


Ahad, Mei 08, 2011
Tanpa Nama berkata...

sesape nak beli ratu anai- anai boleh msj kat 0177520428 area johor,harge bawah RM1000 siap anta ke rumah


Selasa, Mei 10, 2011
buaya tembaga berkata...

sesape yg nk beli ratu anai2 sila contct no 0148282912....msh fresh....harga boleh runding..pahang mari


Rabu, Mei 11, 2011
Tanpa Nama berkata...

sesape berminat untuk membeli ratu anai2.sila dail no berikut 0148282912..harga boleh dirunding..tempahan juga diterima ...bentong pahang


Rabu, Mei 11, 2011
Tanpa Nama berkata...

saya mncari buyer utk ratu anai anai, contact nbr ni 0148094404 jka sesiapa berminat...


Sabtu, Mei 14, 2011
pokjat berkata...

ak nk cri buyer utk ratu anai2 jgk...harga lam 500 ak blh bg...
contact 0145318368...


Sabtu, Jun 18, 2011
pokjat berkata...

ak nk cri buyer ratu anai-anai harga lam 500 ak bg...contact 0145318368


Sabtu, Jun 18, 2011
pokjat berkata...

ak nk cri buyer ratu anai-anai harga lam 500 ak bg...contact 0145318368


Sabtu, Jun 18, 2011
salman berkata...

sape nak ratu anai-anai sy nk bg RM50 je sekor.harga masih boleh dirunding..contact 0145051573


Khamis, Januari 05, 2012
salman berkata...

sape nak sy nk jual RM50 je seekor..hubungi 0134174041


Khamis, Januari 05, 2012
Tanpa Nama berkata...

Utk d Sabah, Saya membekal ratu anai2... harga rm 300-1000 mengikut kuantiti yang di ambil... 0138966576


Selasa, Mac 13, 2012
Tanpa Nama berkata...

klaw boleh tau 1 rm tu berapa rupiah... thankz blz.,.


Ahad, Mei 13, 2012
dedi berkata...

saye dari indonesia ( bengkalis )saye nak jual ratu anai-anai sape minat conteck saye +6285274553547/+6285274722082 dedi syahrul


Isnin, Julai 16, 2012
dedi berkata...

sape nda beli


Isnin, Julai 16, 2012
jems berkata...

saya dari kuang selangor,,,sesiapa mahu kan ratu anai2,, boleh contact
no 0172876562....


Jumaat, September 07, 2012
jems berkata...

harga rm50.00 ,,seekor,,,, cuba dahulu,, baru tau,call me ..017-2876562.NOW,,,,,


Jumaat, September 07, 2012
dedi berkata...

sape nak butuh ratu anai2 boleh contec saye dipekanbaru riau indonesia....hp.085274722082


Selasa, September 18, 2012
dedi berkata...

sape nak butuh ratu anai2 boleh contec saye dipekanbaru riau indonesia....hp.085274722082


Selasa, September 18, 2012
Adey Zaidi Zaidi berkata...

Ratu anai-anai Di kawasan kuantan,temerloh,Jengka,bentong,Raub boleh hubungi zaidi 019-3799099 atau email adey3666@gmail.com


Khamis, September 27, 2012
Adey Zaidi Zaidi berkata...

Ratu anai-anai Di kawasan kuantan,temerloh,Jengka,Raub,bentong boleh hubungi zaidi 019-3799099 @ adey3666@gmail.com


Khamis, September 27, 2012
Tanpa Nama berkata...

bodoh punya orang


Sabtu, Oktober 19, 2013
Ozillin Tyc berkata...

sesiapa yang berminat untuk membeli atau memakan ratu anai-anai,sila hubungi nombor 0138665808..harga boleh runding..


Jumaat, Januari 10, 2014

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved