The Real Supporter

on 30 April 2011

Jangan kata penyokong yang kuat jika tidak seperti
orang ini...



Web untuk orang cantik cari pekerjaan

Di tengah tingginya angka pencari kerja, perusahaan biasanya memperketat persyarat bagi para calon pekerjanya. Demikian pula yang dilakukan situs pencari kerja BeautifulJobSeekers.com. Sayang, bukan keahlian atau pengalaman yang utama, melainkan daya tarik seksualnya.

Situs pencari kerja ini dikhususkan bagi mereka yang memiliki penampilan menarik, cantik atau tampan. Melalui foto dan data diri yang diunggah, masing-masing pelamar akan berlumba untuk meraih suara atau dukungan dari para pengunjung web tersebut.


Seperti dikutip dari laman Shine, konsep yang dipilih web ini dilatari berbagai kajian yang menunjukkan hubungan antara penampilan seorang karyawan dan status pekerjaan. Seperti kajian yang baru-baru ini dilakukan pasukan dari Universiti Florida.


"Kami menemukan bahawa mereka yang berpernampilan menarik dibayar lebih tinggi," kata Timothy Hakim, penulis kajian tersebut. "Orang-orang yang dinilai tampan boleh menghasilkan lebih banyak wang, lebih terdidik dan lebih percaya diri."

Sebuah jejak pendapat yang dilakukan di Inggris terhadap lebih dari 2000 perusahaan juga menemukan bahawa seorang manager cenderung memberikan jabatan atau promosi pekerjaan kepada pekerja yang cantik atau tampan.

Sebanyak 88 peratus responden yang diwawancara mengakui bahawa mereka memiliki beberapa tahapan seleksi pekerja berdasarkan daya tariknya, bukan keahlian dan pengalaman. Sedangkan 92 peratus responden mengatakan bahawa penampilan calon pekerja mempengaruhi keputusan penerimaan pekerjaan.

Web yang hanya membenarkan jual beli barang $5 sahaja

LOS ANGELES - Satu laman web terkenal, Fiverr.com membenarkan para penggunanya untuk membeli dan menjual pelbagai produk atau perkhidmatan selagi ia tidak menyalahi undang-undang serta moral pada harga hanya AS$5 (RM14.80), lapor sebuah akhbar semalam.

Dilancarkan sejak tahun lalu, laman web itu telah menawarkan lebih 150,000 perkhidmatan seperti pemasaran, sokongan teknologi, mengedit resume, nasihat fesyen, selain menulis dan membuat persembahan lagu selamat hari jadi dalam klip video.

Seorang ahli psikologi dari Brooklyn, Suzanne menggunakan bakatnya dalam muzik untuk menulis dan mempersembahkan lagu kepada para kliennya.

Sudah menggunakan laman web tersebut selama enam bulan, dia telah menjana pendapatan lebih AS$500 (RM1,482) setakat ini dengan menulis lagu hari lahir dan menyanyikannya dengan menggunakan piano atau klarinet.

"Ini cuma perkara yang saya lakukan untuk berseronok, tetapi ia benar-benar meningkatkan kebolehan saya menulis lagu," kata Suzanne.

Sementara seorang pereka grafik, Mary Ingrassia dari Howard Beach, Queens pula menjual perkhidmatan pengiklanan yang unik dengan menggunakan gambar burung kakak tua peliharaannya, Pickle.

Sejak menggunakan Fiverr.com pada Januari lalu, dia telah memperoleh pendapatan lebih AS$625 (RM1,852). - Agensi

Superman dah tak nak jadi warganegara Amerika Syarikat

Kartun pun dah taknak jadi warga Amerika..
saya petik dari kosmo online..


NEW YORK - Watak adiwira yang mempunyai kuasa luar biasa, Superman mengumumkan dia berhasrat untuk melepaskan kewarganegaraan Amerika Syarikat (AS).

Adiwira itu mebuat kenyataan tersebut dalam edisi baharu Action Comics No. 900 dengan menyatakan dia sudah bosan dengan tindakannya yang ditafsirkan sebagai alat AS.

Dalam cerita komik adiwira tersebut, Superman yang berhijrah ke Bumi semasa zaman kanak-kanak dari Krypton dan dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga di Smallville, Kansas itu menyatakan adalah lebih baik untuk berkhidmat kepada masyarakat Bumi.

Dalam satu kenyataan kepada akhbar New York Post, penerbit bersama DC Comics yang mengeluarkan komik Superman, Jim Lee dan Dan Didio berkata, walaupun adiwira itu kini bercirikan global, watak berkenaan akan tetap mempunyai gaya hidup AS.

"Superman merupakan seorang pelawat dari sebuah planet yang jauh yang sekian lama menerapkan nilai-nilai Amerika. Sebagai satu watak dan ikon, dia menerapkan gaya terbaik Amerika," kata kenyataan tersebut. - Agensi

Budak 11 tahun hamil dilarang ambil peperiksaan

Kesian diusia muda dia menjadi mangsa keadaan..
saya petik dari Berita Harian

JAKARTA: Berita budak perempuan 11 tahun mungkin dilarang daripada menduduki peperiksaan penting minggu depan kerana hamil mendapat perhatian pihak berkuasa dan aktivis.

 Budak perempuan dikenali sebagai WDE dari Sekolah Dasar Negeri (SDN) di daerah Mojokerto, Jawa Timur, dilaporkan hamil dua bulan.
 Ketua Pejabat Pendidikan Mojokerto, Muhammad Taqlin, berkata beliau sedang mempertimbangkan sama ada membenarkannya mengambil peperiksaan itu dan jika boleh, sama ada dia perlu dipisahkan daripada pelajar lain ketika peperiksaan.
 Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan untuk pendidikan rendah dan menengah, Suyanto, berkata kelmarin pihak berkuasa tempatan tidak berhak melarang gadis itu daripada menduduki peperiksaan.

 “Tiada peraturan dalam negara ini melarang seorang pelajar hamil daripada mengambil peperiksaan,” katanya kepada Jakarta Globe.

 “Mereka mempunyai hak sama terhadap capaian pendidikan seperti orang lain. Justeru, bagaimana jika dia hamil? Pentadbir tempatan perlu mengambil serius kes ini. Ia tidak betul.”

Suyanto berkata beliau akan terus memantau kes itu dan jika gadis itu dihalang daripada mengambil peperiksaan, beliau akan bertindak.
 “Kami menyedari kes sebegitu ibu bapa gadis mungkin malu mengenai kehamilannya, justeru mereka melarangnya
daripada mengambil peperiksaan, kami tidak boleh biarkan ia berlaku,” katanya. – Agensi

Pelajar lelaki ini kena marah kerana pakai kasut tinggi ke sekolah

TRIBUNNEWS.COM - Biasanya, pelajar yang senang mengenakan pakaian serba seksi di kelas akan mendapatkan teguran.Namun, hal lain terjadi ke seorang pelajar lelaki di wilayah Bay Area yang dikirim ke pejabat guru besar sekolah gara-gara muncul di SMA Riverview High School mengenakan kasut tinggi.

Dilapor My Fox Tampa Bay, Florida, Amerika Syarikat (AS), seorang pelajar mengaku jika pelajar lelaki ini merasa sangat percaya diri mengenakan kasut tinggi. "Dia senang memakainya kerana membuatnya percaya diri dan dia sangat suka memakainya," kata Hayley Stepp, teman sekelas lelaki ini.

Seorang guru kemudian melapor ke guru besar dan mengatakan jika kasut tinggi pelajar tinggi sangat menganggu di kelas.Guru besar Bob Heilmann mengatakan jika sempat terjadi pertengkaran sehingga dia meminta si pelajar lelaki mengganti kasutnya.

"Sebagai guru besar sekolah, saya harus membuat keputusan sebagai orangtua juga jadi saya harus memastikan jika dia baik-baik saja. Ia tidak ingin si pelajar itu menjadi korban cercaan teman-temannya.

Anjing Klon Korea Tubuhnya Boleh Menyala

on 29 April 2011

Para ilmuwan di Korea Selatan mengatakan telah berhasil mengklon empat ekor anjing jenis beagle. Uniknya, tubuh keempat anjing tersebut boleh menyala.


Tubuhnya hanya akan bernyala warna merah jika dipapar sinar ultraviolet. Bahagian yang benyala terutama di kuku dan bahagian tubuh yang berkulit tipis seperti perut.

Profesor Lee Byeoung-chun dari Universitas Nasional Seoul yang memimpin projek klon ini menyebutnya sebagai anjing transgenik pertama di dunia yang membawa gen fluorescent. Sebelumnya, peneliti AS dan China baru  melakukannya pada tikus dan babi.

"Pencapaian penting dalam kajian ini tidak hanya warna merahnya itu, namun gen yang berhasil kami tanam di tubuhnya," ujar Lee. Teknik penyisipan gen yang dapat membuat tubuh bernyala biasanya dimanfaatkan untuk mendeteksi sel-sel kanser dalam rangka mengembangkan terapi pengubatan.


Pasuka  yang dipimpin Lee menggunakan sel kulit anjing induknya untuk menghasilkan keempat anjing klon tersebut. Para peneliti menyisipkan gen fluorescent sebelum intil sel tersebut disuntikkan ke dalam sel telur kosong dan ditanam ke rahim anjing angkatnya.

Awalnya ada 6 ekor anjing klon yang berhasil lahir dengan selamat, namun dua di antaranya tidak bertahan hidup. Empat lainnya yang sihat diberi nama Ruppy, kependekan dari ruby dan puppy.

Wanita pura-pura diculik untuk dapat perhatian suami

SEOUL, KOMPAS.com — Laporan yang menyebutkan bahawa seorang ibu dan anak lelakinya diculik dan membuat operasi pencarian polis merupakan khabar bohong yang dibuat oleh seorang isteri yang tertekan demi mendapat perhatian suaminya, demikian dilaporkan pihak polis Korea Selatan, KHamis (28/4/2011).



Ratusan polis dikerahkan secara nasional pada Selasa, setelah seorang perempuan berusia 37 tahun bernama Lee mengatakan bahwa dirinya dan anak lelakinya yang berusia lima tahun telah diculik.

Ia mengirimkan pesanan rinkas melalui telefon selular ke suaminya, memintanya agar mentransfer wang sebanyak150 juta won ke akaunnya sebagai wang tebusan.

Polis mengenal pasti panggilan dibuat di satu kawasan di pusat kota Seoul. Mereka tiba di satu bilik hotel, tetapi menemukan bahawa Lee dan anaknya tidur nyenyak.

"Laporan itu palsu dan dibuat oleh perempuan yang menginginkan perhatian dari suaminya," kata seorang detektif di markas polisi Ilsan di pinggiran utara kota Seoul.

Perempuan tersebut didakwa kerana mengganggu tugas polis, tetapi tidak menahannya secara hukum dan membiarkannya pulang ke rumah kerana dia sedang mengalami tekanan dan suaminya juga meminta keringanan hukuman.

Sebuah bandar di Buenos Aires hanya benar wanita pamandu bas

BUENOS AIRES: Sebuah bandar berhampiran ibu kota ini, yang berwaspada dengan hentian brek mengejut dan selekoh tajam yang sering dilakukan pemandu lelaki, mengambil wanita secara eksklusif untuk membawa penumpang.

“Dengan wanita memandu, rangkaian bas berorientasi keluarga, lebih mesra,” kata Rafaela Nuyl, 34, seorang daripada pemandu baru yang diambil untuk perkhidmatan di Vicente Lopez.
Rangkaian bas di bandar dengan 270,000 penduduk itu, yang beroperasi sejak awal bulan ini, akan berhenti di sekolah rendah, pusat penjagaan orang tua dan sebuah hospital bersalin, kata pihak berkuasa.

Mereka menekankan pentingnya pemandu berhati-hati membawa penumpang tua atau kanak-kanak. – AFP

saya petik dari Berita Harian

Pertandingan arnab melompat kian popular

JENA, Jerman - Pertandingan arnab melompat melepasi pagar kini menjadi sukan baharu yang digilai di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Mula diperkenalkan di Sweden pada awal tahun 1980-an, acara yang dikenali sebagai Kaninhop itu memerlukan arnab-arnab melompat melepasi halangan yang terdiri daripada pelbagai saiz serta ketinggian.

Seekor arnab berwarna putih hitam bernama Snoopy dari bandar Jena, Jerman merupakan bintang di kelab Kaninhop tempatan.

"Snoopy boleh melompat setinggi 60 sentimeter. Ia juga hebat dalam pertandingan dengan pernah menduduki tempat kedua dan ketiga," kata pengasas kelab Kaninhop di Jena, Claudia Fehlen.

- Agensi
saya petik dari kosmo online

Mimpi buruk berbogel Kate Middleton petanda tak baik

LONDON: Mimpi berbogel ketika melangsungkan perkahwinan yang dialami oleh Kate Middleton menjelang perkahwinannya hari ini disifatkan sebagai tanda tidak baik yang akan dialami olehnya ketika majlis itu berlangsung.

“Mimpi sedemikian bermakna Kate akan dimalukan pada majlis perkahwinannya kelak. Mungkin aibnya akan terbongkar. Selama ini, masyarakat mengenal Kate sebagai perempuan yang baik,” kata seorang pakar pentafsir mimpi kepada akhbar digital, Splashnews, semalam. Kate mengalami mimpi itu berulang kali. Dia bermimpi melihat dirinya telanjang bulat di altar dengan William.


Kate dipercayai mengalami mimpi seumpama itu akibat tertekan kerana majlis itu akan disaksikan oleh kira-kira dua bilion orang di seluruh dunia. - AP

saya petik dari myMetro

Datuk dari India sanggup tatoo badan dengan bendera dunia untuk mesej keamanan

Demi mengusung perdamaian dunia, seorang datuk dari India rela mentatoo tubuhnya dengan bendera seluruh negara di dunia.

Prakash, seorang pengusaha onderdil dari New Delhi, India, memiliki 300 tatoo di seluruh tubuhnya, sejak tahun 2009.

Tatoo yang ada ditubuhnya tersebut digambar hingga di wajahnya yang terlihat mulai kerepot.

"Orang-orang memanggilku badut dan tidak waras. Tapi itu tidak masalah bagiku," ujarnya kepada Mumbai Mirror, seperti yang dilapor Orange, Khamis (28/4/2011).

Ketika ini Prakash tinggal di Kathmandu, Nepal, untuk mendatangi sebuah persidangan tatoo internasional.

"Impianku adalah dapat mengeliling dunia," imbuhnya.

"Saya ingin anak-anak dari negara yang saya kunjungi bertanya kepada saya, mana bendera negaranya, dan mereka akan bertanya tentang bendera-bendera lainnya, dan akan sedar tentang keberadaan negara-negara lainnya juga," jelasnya.

Dengan tatoo-tatoonya tersebut, dia berhasil meletakkan namanya di buku rekod.(rhs)

Sanggup bunuh anak-anaknya yang comel ini

TRIBUNNEWS.COM - Seorang ibu dipenjara selama 16 tahun kerana menikam tiga anaknya hingga tewas. Dalam laporan yang diturunkan The Sun, Khamis (28/4/2011),perempuan bernama Theresa Riggi (47) membunuh anak kembarnya bernama Austin dan Luke yang berusia lapan tahun serta Cecilia (5) di rumah mereka Edinburgh, Inggris.

Si ibu ketakutan jika dia kehilangan mereka dalam pertarungan memperebutkan hak asuhan. Anak-anak malang ini ditemukan dengan tubuh berlumuran darah, luka tusuk lapan kali dan luka-luka tubuh lainnya.

Si ibu ditemukan dengan luka yang sangat parah setelah terjun  dari balkoni tingkat dua untuk bunuh diri. Ia menikam tubuhnya sendiri. Pada awalnya, ia dikenai tuduhan melakukan pembunuhan namun pada bulan lalu tuduhannya diringankan kerana pembunuhan.

Isteri Gangster Ternama Ditemukan Tak Bernyawa di Laut Lepas

on 28 April 2011


TRIBUNNEWS.COM - Seorang polis Hongkong menemukan mayat seorang perempuan di lepas pantai Lei Yue Mun, Sabtu, pekan lalu. Demikian dilaporr Ming Pao, Selasa (26/4/2011). Perempuan itu berhasil diidentifikasi bernama Kwok Wan-chi, isteri gangster ternama Hongkong Sai B.

Sai B adalah anggota triad atau gangster ternama Sun Yee. Kwok yang berusia 28 tahun tahun dikhabarkan hilang setelah meninggalkan rumahnya di Ho Man Tin, 20 April lalu. Kendaraannya berhasil ditemukan di pinggir laut.

Kwok dan Sai B adalah dua di antara 19 orang yang ditangkap polis dalam upaya menghentikan kegiatan triad, pada November tahun lalu. Pasangan ini akhirnya dikenai tuduhan melakukan pencucian wang sebesar 380 juta Hongkong . Polis menduga Sai B (29) mengawal aktiviti di wilayah Tsim Sha Tsui dan Yau Ma Tei.

Fake I-Phone

A guy bought an Iphone in a Chinese store. The seller said that it needs to be charge at home. When the guy came home and charge his phone. There’s no response to it. He decided to opened the phone and he was very surprised what he found out…



Ramai yang dah terkena benda-benda macam ni....

Sanggup mati demi untuk mempertahankan gelaran payudara terbesar

Sheyla Hershey telah lama terobsesi memiliki payudara besar. Untuk itu, ia nekad membesarkan payudaranya dengan ukuran terbesar di dunia, MMM. Namun, itu telah membuat hidupnya hancur.

Sheyla, 31, mengikuti sebuah prosedur berbahaya dengan menanam implan payudara raksasa, Jun tahun lalu. Model asal Brazil ini mengakui obsesinya terhadap payudara besar berbalik menjadi sebuah penderitaan.

Selama beberapa bulan, ia merasa sangat percaya diri dengan penampilan barunya. Namun, sebuah infeksi mematikan membuat doktor membuang implannya pertengahan Februari lalu.

Keadaan tersebut membuat Sheyla merasa sangat jelek dan ingin mengakhiri hidupnya. Dua kali, ia berniat bunuh diri dengan menelan pil tidur.

Setelah kehilangan implan payudara ukuran raksasanya, Sheyla menderita depresi dan gangguan bipolar. Ia pun merencanakan melakukan pembedahan payudara lain.

Namun, dua hari sebelum operasi pembesaran payudara dengan ukuran FFF dilakukan, Sheyla dilarikan ke sebuah hospital di Texas karena overdose ubat tidur.

Dalam sebuah wawancara, seperti dikutip Herald Sun, Sheyla yang baru pulih dari koma mengungkap bagaimana obsesinya untuk mempertahankan rekod dunia telah merosak pernikahannya.

Kesihatan yang buruk, lumpuhnya kewangan keluarga serta kebankrup membuatnya hampir meninggalkan anaknya, yang berusia18 bulan.

"Ketika terbangun dari koma, saya tidak merasakan apa-apa," ujarnya. "Saya tidak mengharapkan orang mengerti, tapi sejujurnya tanpa payudara implan saya merasa sangat tertekan."

Sheyla yang kini berpisah dari suaminya, Derek, mengungkap, keinginan menjadi 'cantik' mengambil alih hidupnya. "Saya menyedari ada bahagian diri saya yang akan hilang bila ingin mempertahankan predikat payudara terbesar di dunia. Saya tidak dapat melawannya walaupun itu membahayakan nyawa saya."

Dia pun memperingatkan wanita lain agar tak mengikuti jejaknya.

Penjaga gol kena tumbuk dengan peminat kerana lepaskan gol

Betul-betul marah peminat ini..
saya petik dari kosmo online..


LONDON - Seorang penjaga gol kelab Bury, Cameron Belford diserang dan ditumbuk di muka oleh seorang remaja yang marah selepas dia membiarkan bola membolosi gawangnya dalam satu perlawanan bola sepak di stadium Chesterfield kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian tersebut turut melibatkan seorang remaja perempuan yang menunjukkan isyarat lucah kepada penjaga gol berusia 22 tahun itu.

Kejadian itu berlaku selepas Belford lepaskan bola masuk ke dalam gol pada minit ke-87 yang ditendang oleh pemain pasukan lawan, Ryan Lowe.

Seorang kanak-kanak perempuan yang mengikat rambut seperti ekor kuda pula meunjukkan isyarat lucah kepada penjaga gol berkenaan.

Jurucakap polis Derbyshire, Inspektor Russell Dakin berkata, tangkapan telah dibuat berhubung insiden tersebut.

Dalam pertandingan itu, Bury menang 3-2 mengatasi Chesterfield sekali gus dapat melangkah ke Liga Pertama. - Agensi

Majikan rogol amahnya dalam sangkar merpati

Macam-macam hal pak Arab..
saya petik dari myMetro


DUBAI: Seorang anggota polis yang ditangkap isterinya ketika mengadakan hubungan seks bersama pembantu rumah warga Indonesia dalam sangkar merpati menafikan tuduhan dilemparkan terhadapnya.

Menurut rekod pihak pendakwa raya, isteri anggota polis itu, warga Uzbekistan mendakwa melihat suaminya menanggalkan pakaian sebelum mendera secara seksual pembantu rumah berusia 25 tahun berkenaan di dalam sangkar merpati di kediaman mereka.


Ketika disoal pendakwa raya, pembantu rumah itu mendakwa dia diperkosa suspek sebanyak 14 kali.


Anggota polis itu didakwa memukul, mencabul dan memperkosa wanita berkenaan selepas mengancam membunuhnya jika dia melaporkan kejadian itu kepada polis. Mangsa juga mendakwa suspek merogolnya ketika isteri lelaki itu menghantar anak mereka ke sekolah. - GN

Dipijak 4 gadis mafia

Dahsyat anak dara sekarang..
saya petik dari myMetro


OWN: Seorang pelajar perempuan terpaksa dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengalami pendarahan dalam perut angkara serangan ganas sekumpulan empat pelajar perempuan yang membelasah dan memijak perutnya sebelum mencuri telefon bimbit mangsa.

 Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang, Isnin lalu di Komtar, di sini, ketika mangsa, Nur Atiqah Abdullah, 15, bersama adik dan empat rakannya berada di sebuah pusat beli-belah bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini.

 Menurutnya, kumpulan empat pelajar perempuan berusia 16 hingga 17 tahun terbabit menghampirinya dan bertanya beberapa soalan dengan kasar.

 “Mereka bukan pelajar sekolah saya. Saya mengenali seorang daripada mereka yang tinggal di kawasan tempat tinggal saya, tetapi jarang bertegur sapa.



 “Ketika terserempak dengannya pada hari itu, dia bertanyakan nama saya. Selepas memberitahu nama saya tidak semena-mena dia dan rakan-rakannya menampar serta memijak perut saya,” katanya yang ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Wow, Nenek Ini Pelihara 50 Anak Singa di Rumah

JERMAN - Seorang pecinta haiwan Regina Hoffman (53) benar-benar pantas menyandang sebutan “Ratu Singa” ketika dia memutuskan untuk mengasuh 50 ekor anak singa di rumahnya.

Regina adalah satu-satunya orang yang paling dicari ketika bayi-bayi haiwan tersebut ditolak oleh ibunya di zoo Hodenhagen, Jerman.

Tidak hanya bayi-bayi singa yang dirawat Regina tetapi juga bayi harimau .

“Aku bawa mereka ke rumah dan merawatnya, hingga mereka besar dan boleh menjalani hidup di alam bebas,” ujar Regina, sebagaimana dilansir Orange, Rabu (27/4/2011).

Walaupun haiwan-haiwan yang Regina rawat adalah haiwan-haiwan yang dapat membahayakan keselamatannya, namun Regina tak berfikiran seperti itu.

“Mereka berkelakuan layaknya anak kucing pada umumnya, mereka selalu bermain dan mengaum ketika mereka ingin sesuatu seperti anak kucing biasa,” imbuh Regina.

Hanya saja “kucing besar” ini memerlukan makanan lebih dibandingkan kucing biasa.

“Perbezaan yang nyata adalah pada biaya makannya. Dalam satu hari mereka menghabiskan 6 kilogram daging mentah setiap hari, sehingga pengeluaran saya jadi lebih banyak,” tegasnya.(rhs)

Inilah Curut Terpanjang di Dunia

on 27 April 2011

HAVANA, KOMPAS.com - Seorang pembuat curut di Cuba, sejak isnin (15/4/2011), mulai menggulung curut sepanjang 70 meter dalam usaha memecahkan rekodnya sendiri yang sebelumnya dia ciptakan di Guinness, dengan membuat curut yang memiliki panjang hampir dua kali ganda, demikian dikatakan seorang juru cakap pemerintah setempat.


Jose Castelar (67), harus bekerja selama lapan jam sehari selama sembilan hari, dan berharap boleh memecahkan rekod yang dibuatnya sendiri pada 2009, dengan membuat curut sepanjang 43,38 meter. "Saya bekerja keras setiap hari agar dapat memecahkan rekod curut terpanjang," kata Castelar.

Ia berharap boleh menyelesaikan pekerjaan paling lambat pada 3 Mei 2011, dan mempamerkan karyanya tersebut untuk dinilai di International Tourism Fair, yang diselenggarakan Isnin-Sabtu minggu depan.

Itu akan jadi rekod kelimanya dalam waktu lebih dari satu abad menggulung curut. "Castelar mengatakan selama hidupnya, rekod Guinness harus berada di Cuba. Ia sangat bersemangat sekarang dan akan lelah saat hari berlalu, tapi ia berharap boleh mewujudkan keinginannya," kata juru cakapnya Amado de la Rosa.

Castelar belajar membuat curut sejak usia 5 tahun, daripada pak ciknya. Curut Castelar diakui dunia sebagai yang terbaik. Castelar, berasal dari daerahVilla Clara, Cuba tengah, memiliki pelanggan mulai dari pengusaha kaya Mexico sampai seorang putera Arab Saudi.

Ia memiliki dua anak bersama isterinya, Maria Diago. Curut buatan tangan Cuba dipandang sebagai yang terbaik di dunia.

Keyboard Terbesar di Dunia Ternyata Terbuat Dari Bambu

Keyboard komputer terbesar di dunia ternyata dibuat di China, dan keyboard raksasa tersebut ternyata bukan berbahan plastik sebagaimana umumnya keyboard melainkan berbahan dari bambu atau buluh. Diproduksi oleh sebuah perusahaan yang selama ini memang terkenal memproduksi keyboard dan mouse daripada bambu yakni Benbu Technologies Company yang terletak di daerah Jiangxi China.

Perbandingan ukuran keyboard terbesar dengan keyboard ukuran biasa yang sama-sama terbuat dari bambu

Sudah mendapatkan sijil rekod tempatan sebagai keyboard terbesar, dan kini sedang dalam proses di nobat oleh rekod dunia Guiness untuk dijadikan rekod dunia sebagai keyboard terbesar di dunia. Seperti di kutip ruanghati.com dari Rex News mengungkapkan pembuatnya mengatakan keyboard berbahan bambu lebih mesra alam..

Keyboard yang memiliki panjang 2,01 meter dan lebar 0,69 meter ini memiliki keunikan dibandingkan keyboard biasa iaitu disisi tombol numeriknya. Bahagian tombol numeriknya dimodifikasi menjadi fungsi abakus atau sempoa dan keyboard terbesar ini bisa mengeluarkan suara bila tombolnya ditekan.

Tukang kebun sekolah sumbang USD 40,000 bina trek

Tukang Kebun Sekolah ini hatinya begitu mulia. seperti yang dilapor huffingtonpost. Kisah, Petugas Kebersihan Sumbangkan USD 40 RIBU untuk sekolah.


Seorang petugas kebersihan sebuah sekolah di Amerika Syarikat memberikan sumbangan dalam jumlah besar. Tyrone Curry, yang telah bekerja selama 34 tahun di SMA Evergreen, Washington, AS, menyumbangkan dana sebesar USD40 ribu untuk pembangunan trek lumba lari.

 Tahun ini pada Jun Curry akan pencen. Menandakan akhir masa kerjanya, lelaki yang merangkap sebagai jurulatih lari di Evergreen, memberikan sumbangannya. Dana sebesar ini didapatkan Curry pada 2006, ketika memenangkan loteri sebesar USD3 juta. Sebelum menang loteri, dia sudah berjanji akan membangun trek lumaba lari jika memiliki wang.

 Saya memiliki rasa bangga dalam pekerjaan ini,? jelasnya. Dia berharap untuk terus melakukan sesuatu untuk mereka sebagai anggota dewan sekolah,jawatan yang akan cuba disandangnya setelah dia pencen.

 Lantas setelah menjadi jutawan kenapa Curry masih bekerja? ?Saya suka  bekerja dan kelihatan sibuk. Isteri saya kerap berkata ?Kau tidak perlu untuk bekerja. Dan saya menjawab, Ya, saya harus bekerja. Saya memiliki rasa bangga dalam pekerjaan ini,? jelasnya.

 Pada awal April, Curry memberikan sumbangannya. Curry mengaku apa yang dia berikan tidak sebanding dengan apa yang dia dapatkan dari anak-anak di sekolah tempat dia bekerja.

 Anak-anak melakukan banyak hal. Mereka membuat anda terus muda,? jelasnya. Setelah pencen, Curry akan tetap sibuk. Dia akan kembali ke sekolah dan mencalonkan diri sebagai ahli dewan sekolah.

Reka perabot daripada komponen komputer terbuang

Benjamin Rollins Caldwell dari BRC Design membuat komponen komputer lama menjadi perabot rumah.Dia menggunakan akal dan idea kreatifnya untuk mereka perabut ini.Dengan ini dia dapat menggunakan komponen-komponen komputer lama ini daripada di buang sia-sia.





Air pancut 3D di Tokyo..indah sungguh

Indahnya Air Pancut 3 Dimensi.Semua gambar ini diciptakan oleh sebuah air mancur yang diatur sepanjang pantai di kawasan Teluk Tokyo.






Lelaki Meninggal Dunia ketika Jadi Manusia "Cannon Ball"

Seorang lelaki meninggal dunia setelah ikut serta dalam acara human cannonball show di Detling, Britain, Se Demikian dilaporan CNN.

Lelaki yang identitinya tak diketahui ini mengalami luka serius kerana jatuh tidak tepat di jaring keselamatan . Insiden ini terjadi dalam acara Scott May's Daredevil Stunt Show di Kent County Showground.

 Juru cakap polis Kent Police mengatakan dai jatuh tidak tepat dijaring keselamatan yang ada . Meski memberitahukan soal kejadian itu, pihak polis  menolak memberikan informasi lanjut mengenai identiti lelaki malang itu.

 David Smith Jr, yang memegang gelar Guinness Book of World Records untuk jarak lemparan 59.05 meter, mengatakan bahawa dirinya tidak pernah mendengar ada terminologi jaring keselamatan gagal digunakan. Tetapi, ia menambakan, dengan melakukan perancangan teliti akan membuat tembakan itu lebih sedikit berisiko.

 Smith (33) mengaku sudah ditembakkan dari cannonball sebanyak 5.000 kali. "Ini tentu saja membuat deg-degan tapi tak perlu membuat khawatit. "Kami tidak pernah mendengar cannon tidak boleh tertembak atau melepasi jaring keselamatan tersebut," kata Smith.

Implan payudara wanita ini meletus ketika dalam penerbangan

Irena D mungkin menyesal pernah melakukan operasi implan payudara. Bukan hanya  harus membayar mahal, tapi operasi perbesaran hingga ukuran F itu  membuatnya kehilangan payudara dan jatuh sakit.

 Seperti dikutip dari The Register, wanita berasal Russia itu harus menjalani perawatan intensif setelah melakukan penerbangan dari Moscow ke California. Implan payudaranya meletus akibat tak mampu menahan perbedaan tekanan di pesawat, selama penerbangan.

 Wanita 45 tahun itu menderita sakit luar biasa ketika transit di lapangan terbang Los Angeles, pertengahan 2009 silam. Keadaanya sagat kritikal ketika turun dari sebuah pesawat Aeroflot Boeing 767-300 yang mengangkutnya. Setelah pemeriksaan intensif, doktor mengatakan bahawa sakit itu akibat letusan implan.

 Meski demikian, seorang ahli bedah mengatakan, "Kemungkinan besar wanita itu sudah memiliki masalah dengan payudaranya sebelumnya, dan implan meletus kerana perbezaan tekanan di pesawat."

 Atas musibah itu, Irene harus menghabiskan cutinya di hospital. Ia terpaksa menjalani pembuangan payudara demi menghentikan peradangan meluas. Ia pun menerima ancaman kesihatan serius jika nekad melakukan perbesaran payudara lagi.

 Kes implan meletus juga pernah menimpa seorang wanita Inggris, Lindsey Easeman. Tahun lalu, wanita 27 tahun ini menjalani pembuangan payudara setelah implan di payudara bahagian kanan meletus sehingga meradang dan membentuk benjolan, tepat setahun selepas operasi.

 Musibah yang menimpa Lindsey terjadi akibat penggunaan implan payudara berbahan Poly Implant Prothese (PIP). Bahan gel berbahaya yang diproduksi perusahaan dari Perancis ini sudah lama ditentang pakar medik kerana bioleh memibuat peradangan serius di area payudara.

Hebat..Lelaki ini tumbuk tepat mata buaya untuk lepaskan gigitan buaya

SYDNEY - Seorang lelaki Australia berhasil menyelamatkan diri dari terjahan seekor buaya hanya dengan tangan kosong. Dirinya digigit buaya ketika hendak memancing.

Lengan lelaki tersebut luka parah akibat serangan yang terjadi di Sungai Adelaide tersebut. Insiden ini berlangsung ketika dia bersama seorang teman tertidur di bahagian belakang bot yang ditumpanginya.

Ketika diterkam, mangsa pun melawan. Dia pun melepaskan pukulan tepat di bahagian mata buaya tersebut. Pukulan ini berhasil melepaskan terkaman buaya yang telah menggigit tangannya..

Seperti dilapor AFP, Rabu (27/4/2011), setelah berkali-kali memukul, buaya itu pun berhasil melepaskan gigitannya.

Kini pria tersebut dirawat di hospital untuk merawat luka-luka yang dialaminya. Keberanian lelaki tersebut menghindarkannya dari kematian akibat dimangsa buaya air tawar Australia yang memang dikenal ganas.

Tiap tahunnya, buaya air tawar Australia menyebabkan kematian terhadap dua orang. Buaya yang disebut "salties" oleh warga tempatan, dapat membesar hingga tujuh meter dan dengan berat mencapai berat satu tan.
(faj)

Pelakon Mexico amalkan kahwin palsu untuk tinggal di Amerika Syarikat

Macam-macam hal..
saya petik dari Berita Harian

LOS ANGELES: Seorang bintang drama bersiri Mexico didakwa mengamalkan kahwin palsu untuk tinggal di Amerika Syarikat dihukum penjara selama 30 hari selepas mengaku berbohong ketika satu proseding imigresen.

Fernanda Romero dan suaminya, Kent Ross, dilaporkan berusaha agar tidak dihukum selepas mengemukakan rayuan dalam kes itu.

Bagaimanapun, Hakim daerah Amerika Syarikat, Manuel Real menyifatkan kes itu sebagai serius di mana kedua-dua mengaku bersalah membuat kenyataan palsu dan mengarahkan mereka untuk menjalani hukuman pada hujung minggu mulai Jun.
Pendakwa meminta Romero membayar denda berjumlah AS$5,000 (RM15,100) dan menjalani tempoh pengawasan selama lima tahun. Real juga bersetuju menukarkan hukuman Romero dan Ross, kedua-duanya berusia 28 tahun dengan pengawasan tetapi tidak meminta mereka membayar denda.

“Ia amat mengecewakan. Romero kesal dengan apa yang berlaku,” kata peguam Romero, Vicki Podberesky, selepas perbicaraan.

Aktres kelahiran Mexico itu terbabit dalam beberapa filem Amerika Syarikat seperti filem seram 2009, Drag Me to Hell tetapi lebih dikenali kerana sering muncul dalam ‘soap opera’ Mexico, Eternamentu Tuya.

Kehidupan Romero dan Ross sejak beberapa tahun lalu adalah seperti sebuah telenovela di mana ejen persekutuan menahan mereka pada April kerana disyaki menipu pegawai imigresen.
Pasangan itu mengaku saling menyayangi tetapi perkahwinan mereka runtuh selepas memadu asmara dalam tempoh singkat. Mereka bagaimanapun tidak bercerai.

Pendakwa mengemukakan bukti bahawa Romero dan Ross tinggal di rumah berasingan, bertentangan dengan
maklumat kedua mereka berikan dalam borang imigresen. – AP

Lelaki gelabah bila ditanya kesan jerut dileher isterinya

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki pada mulanya dianggap wira apabila mendukung isterinya yang tidak sedarkan diri untuk mendapat rawatan di klinik di Bandar Baru Uda, di sini, kerana dikatakan akibat penyakit asma.
Namun, persepsi terhadap lelaki berusia lewat 20-an itu bertukar sejurus kemudian apabila dia gagal memberi penjelasan mengenai kesan jerut yang terdapat pada leher isterinya yang disahkan sudah meninggal dunia, sebelum melarikan diri.

Sumber polis berkata, ketika lelaki itu muncul di klinik berkenaan pada kira-kira jam 3 pagi semalam keadaannya memang agak mencurigakan kerana dia kelihatan seperti menggelabah.
“Malah dia bersungguh-sungguh meminta doktor memasang alat bantuan pernafasan kepada isterinya dengan harapan wanita akan kembali bernafas. Bagaimanapun usaha itu sia-sia kerana menurut doktor isterinya sudah meninggal dunia ketika di bawa ke klinik berkenaan,” katanya.

Sumber itu berkata, ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mangsa, doktor menemui kesan jerutan pada leher wanita berkenaan dan sejurus dimaklumkan kepada lelaki itu, dia mula menggelabah dan keluar dengan alasan mahu menghubungi ahli keluarganya sebelum menghilangkan diri.

“Identiti lelaki dan wanita berkenaan tidak diketahui berikutan mereka tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri ketika mendaftar dan ditambah pula, ketika itu keadaan agak kelam-kabut,” katanya.
Menurut sumber, kakitangan klinik itu kemudian menghubungi polis dan wanita berkenaan kemudian dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian dan kes disiasat.

saya petik dari myMetro

Awas! Wanita ada serbuk naik selera yang mudahkan kena rogol

Bahaya ini...
saya petik dari myMetro


KUALA TERENGGANU: Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.
Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.

Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.

Buku berusia 500 tahun ditemukan

SALT LAKE CITY – Seorang pemilik agen buku kuno, Ken Sanders, baru saja dikejutkan oleh adanya sebuah buku berusia 500 tahun yang dia dapatkan dari seorang dermawan.

Buku tersebut didapatkannya ketika dia sedang menjadi sukarelawan pencari dana untuk pembangunan sebuah muzium kota kecil.

“Pada suatu petang ada seorang lelaki mendatangi kios saya dengan membawa sebuah beg plastik besar. Ia berkata pada saya bahawa dia membawa sebuah buku berusia lima abad dan berharap buku ini bernilai  wang untuk dapat disumbangkan,” ujar Sanders seperti dikutip Associated Press.

Buku berjudul Nuremberg Chronicle tersebut merupakan edisi Bahasa Jerman yang diicetak oleh Anton Koberger dan diterbitkan tahun 1493.

Buku ini mengisahkan sejarah dunia di masa Alkitab diturunkan. Buku ini dianggap sebagai salah satu buku paling awal dan kaya akan ilustrasi dimasanya, khususnya setelah Johannes Gutenberg menemukan mesin cetak dan mulai terjadi revolusi penerbitan.

“Saya benar-benar terkejut melihatnya, dan tidak menyangka salah satu buku tertua di dunia muncul di Sandy, Utah”, ungkap Sanders.(rhs)

Budak yang mogok nak tengok Putera William diusir sampai dilapangan terbang

MEXICO CITY - Seorang remaja Mexico nekad ingin menghadiri pernikahan Pangeran William dengan calon istrinya Kate Middleton. Namun keinginannya dicegah oleh pihak imigresen Britain, saat dirinya menginjakan kaki di lapangan terbang Heathrow.

Imigresen Britain di London menahan Estibalis Chavez, yang sebelumnya melakukan aksi mogok makan di luar Kedutaan Britain di Mexico City beberapa waktu lalu. Aksi mogoknya ini dilakukan selama 16 hari di bulan Februari demi mendapatkan undangan dari keluarga Kerajaan Inggris.

Menurut Octavio Fitch Lazo yang teruja dengan keinginan dari Chavez, membayarkannya tiket pesawat ke London. Namun dirinya mengatakan Chavez ketika ini diterbangkan ke Sepanyol. Demikian dilapor Associated Press, Selasa (26/4/2011).

Fitch menyebutkan bahawa pihak kastam dan cukai Britain menilai remajai berusia 19 tahun tidak memiliki wang cukup untuk tinggal selama tiga minggu di Britain. Padahal Chavez sudah merencanakan perjalanan tersebut.

Chavez yang berharap dapat melihat proses pernikahan William dan Kate dari jauh, hingga ketika ini tidak dapat dihubungi untuk dimintai keterangan.

Remaja tersebut terbang dari Mexic City menuju London pada hari Khamis 21 April lalu, dua bulan setelah dirinya ditolak oleh pihak Kedutaan Britain. Penolakan itu sendiri didasarkan surat yang diberikan perwakilan Pangeran William bahawa dirinya tidak dapat menghadiri pernikahannya.

Banyak orang di Mexico menilai Chavez seperti orang gila. Mereka pun menyebutnya "perempuan gila di kedutaan" disaat dirinya kelaparan di dalam khemah Februari lalu.

Kini tidak jelas di mana dia berada ,Chavez yang dikhabarkan sudah berada di Sepanyol. Namun berdasarkan Fitch yang membiayai perjalanannya, Chavez akan berupaya untuk kembali masuk ke London, entah bagaimana caranya.

Tahukah kamu Gaji Seorang Pengasuh Anak Angelina Jolie adalah US$150 ribu setahun.

on 26 April 2011

Memiliki enam orang anak dan mempunyai jadual kerja yang padat tentu memerlukan bantuan tenaga pengasuh anak. Hal itulah yang dialami pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt. Tak hairan, mereka bersedia membayar pengasuh anak dengan begitu tinggi.

 Bagi Anda yang ingin mendapatkan gaji sebesar US$150 ribu  dan boleh keliling dunia. Syaratnya adalah memiliki kemampuan beberapa bahasa, mempunyai gelar sarjana dan siap melakukan perjalanan keliling dunia bersama dengan keluarga pasangan yang terkenal dengan nama Brangelina itu.


Seperti dikutip dari Hollywoodlife, pasangan ini mengaku memerlukan bantuan baby sitter untuk mengurus keenam anaknya. Satu anak, satu pengasuh. Para pengasuh tersebut diharuskan boleh berbicara dalam dua bahasa.

 Memang tak mudah menjadi pengasuh keenam anak Jolie dan Pitt. Mereka sangat selektif dalam memilih baby sitter untuk anak-anaknya tersebut. Meski berat, tetapi mereka bersedia membayar dengan gaji yang mahal.

 Untuk pembayarannya, para pengasuh boleh menerima wang US$50 ribu sampai dengan US$150 ribu setahun. Gaji itu disesuaikan dengan waktu bekerja dan pengalaman.

 Bayaran sebesar itu diberikan kerana pasangan ini memang banyak menuntut dalam masalah penjagaan anak. Hal ini membuat Jolie dan Pitt mendapatkan pujian kerana mereka memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka dengan pendidikan dan standard yang tinggi.

UNIK!! Melihat basikal SPERMA dari Denmark

Begitu turun ke jalan langsung saja basikal ini menarik perhatian pengguna jalan lain. Bentuknya sangat unik dan berbeza dengan basikal pada umumnya. Namun ternyata basikal  ini bukan seperti basikal biasa.Basikal ini direka khas untuk menghantarkan sample-sample sperma ke bank sperma di Denmark.Sistem cooling yang cukup canggih membuat sample sperma tidak rosak ketika di perjalanan.






Real spiderman


Ada seorang pemuda dari India bernama Jyothi Raj (22 thn) yang ternyata mampu memanjat tembok / tebing tinggi seperti labah- labah dan bahkan dia boleh memutarbalikkan tubuhnya ketika bergantungan di dinding tersebut, dan hebatnya itu dilakukan tanpa bantuan alat apapun.











Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved