Home » , » Jururawat adakan hubungan seks dengan pesakit yang akan menjalani pemindahan jantung

Jururawat adakan hubungan seks dengan pesakit yang akan menjalani pemindahan jantung

Nekad  benar tindakan yang dilakukan Rebecca Bayliss, 29, jururawat di Hospital Birmingham Heartlands, England.Bukan hanya sekadar bercinta dengan pesakitya tetapi dia juga mengadakan hubungan seks dengan lelaki yang akan menjalani pembedahan pemindahan jantung dan paru.

Sebagaimana dilaporkan dailymail, kisah cinta itu bermula ketika Bayliss melayani seorang pesakit yang sedang menjalani perawatan cystic fibrosis, Februari 2008 lalu. Sejak pandangan pertama, Bayliss mengaku langsung jatuh cinta kepada pesakit itu.


Keduanya bercinta bahkan terlibat hubungan seksual selama tiga bulan, hingga Mei 2008. Hubungan mereka aman-aman saja, sampai kemudian si pesakit menceritakan kepada seorang psikologi di hospital tersebut.

“Saya boleh menjalani penyembuhan asal tidak stres gara-gara masalah ini. Ini jelas-jelas tidak membantu penyembuhan penyakit saya,” kata si pesakit yang dirahsiakan identitinya itu.

Psikologi itu kemudian melaporkan kes itu kepada pihak pengurusan hospital. Bayliss pun dipanggil kemudian dihadapkan ke Nursing and Midwifery Council.

Pada sidang awal majlis itu memutuskan Bayliss bersalah kerana menjalin hubungan seks dengan pesakitnya. Bayliss digantung dari tugas selama setahun.

Menurut anggota dewan profesi, Salim Hefejee, Bayliss melakukan hubungan yang sangat tidak profesional dan tidak dapat diterima.

“Si pesakit sangat lemah dan menderita sakit parah. Masalah yang ditimbulkan hubungan itu telah membawa impak buruk bagi si pesakit iaitu menimbulkan stress dan kemarahan,” kata Hefejee.

sumber: dailymail

3 ulasan:

  1. Hmmm... Cinta ni benda yang merbahaya kalau tak dapat dikawal dengan akal fikiran yang waras kaaann...Hmmmm

    BalasPadam

Arkib Blog