Home » , » Baru 12 tahun tapi sudah melakukan seks dengan 15 lelaki

Baru 12 tahun tapi sudah melakukan seks dengan 15 lelaki


Pada usia 12 tahun, seorang kanak-kanak perempuan sudah aktif melakukan seks dengan 15 lelaki berbeza.  Salah seorangnya ialah lelaki berusia 35 tahun, hampir tiga kali ganda daripada usia kanak-kanak itu seperti yang dilaporkan oleh The New Paper. Kejadian yang berlaku di Singapura ini berlaku pada sekitar tahun 2008 yang lalu.

Rahsia gelap kanak-kanak ini terbongkar apabila dia mengadu sakit perut dan muntah-muntah. Dia dirawat di National University Hospital dan hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa dia hamil. Pada waktu itu, kanak-kanak itu baru mencecah usia 13 tahun dan telah mengaku melakukan hubungan seks dengan "beberapa orang lelaki". Pengakuan kanak-kanak itu telah mendorong polis membuat siasatan dan hasilnya enam pasangan seks kanak-kanak ini berjaya dikesan dan ditahan.

Salah seorang daripada lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur itu ialah guru pelatih di National Institute of Education. Lelaki berusia 23 tahun itu mengaku melakukan hubungan sek dengan kanak-kanak itu yang pada ketika itu berusia 12, di apartmennya sekitar bulan September 2007.

Guru pelatih dan lima lelaki lain yang melakukan seks dengan kanak-kanak itu telah dikenakan denda dan hukuman penjara. Pada ketika hukuman dijatuhkan kesemua tertuduh berusia antara 19 hingga 35 tahun.

Sembilan lelaki lain masih disiasat, didakwa dan kes mereka masih berjalan.

Trend remaja melakukan seks pada usia terlalu muda bukanlah kes terpencil kerana berdasarkan statistik  terdapat peningkatan jumlah kes melibat kes seumpama itu di Singapura. Malangnya, trend yang sama kini semakin menjadi-jadi di Malaysia. Buktinya,baru-baru ini dilaporkan budak lelaki berusia 10 tahun telah ditahan kerana disyaki merogol budak perempuan berusia 9 tahun.


sumber : www.duniacacamarba.blogspot.com

9 ulasan:

  1. Risaunya melihat isu semasa sekarang?

    BalasPadam
  2. terkejut baca ni..menakutkan..dugaan makin besar nk membesarkan anak skrgnie..

    Jom Lawat Blog Bardboo

    BalasPadam
  3. salam


    woowww... apa kejdahnya bebudak zaman skrng ni... byk sgt nengok TB ni...

    BalasPadam
  4. MasyaAllah....lindungi lah anak2 remaja ku...mencabar dan tercabar sungguh permainan anak2 skrg...huhu

    BalasPadam
  5. Gila ah..baru 12tahun dh buat benda tu.ishhkk. budak2 zaman skrg ney..

    BalasPadam
  6. waaa..baru 12 tahun dahpandai dah...
    ---------------------------------------
    http://www.infoaboutx.com/blogging/7_Tips_for_Successful_Blogging.html

    BalasPadam
  7. Astaghafirullah hal azim...ini la bahananya cd, n vcd lucah...pas tu plak satu yang paling penting yang perlu ditekankan kat sini, ibu bapa...berilah didikan agama yang secukupnya kepada anak2...jgn dimanja kan sangat anak tu, apa yang dia ckp..ok je...kita kena selidik apa yang dia nak lakukan dan sedang lakukan....gejala macam ni juga terjadi di sebabkan kesibukan mak n ayah mencari duit...abaikan kan anak2...sebenarnya anak ni memerlukan perhatian yang cukup dan belaian yang cukup dr kita...bila kita jadi kawan dia...dia tidak akan merasa keseorang...disebabkan terasa keseoranganlah anak2 kita boleh terjebak perkara yang tidak senonoh mcm ni....nauzubillah....

    BalasPadam
  8. kata orang arif..."menjaga seorang anak perempuan lebih sukar dari menjaga sekandang kerbau,..." zaman hari ini banyak tempat yang kelihatan tenang tetapi di situlah ada banyak buaya. Ibu bapa, masyarakat, sistem keselamatan dan polisi politik masing-masing menyumbang kepada salah laku tersebut dgn peratusan yang berbeza-beza mengikut keadaan. Mudah-mudahan kita diselamatkan Allah dari fitnah akhir zaman ini.

    BalasPadam

Arkib Blog