[Hebat] Reka komputer untuk kesan jalan

on 31 Januari 2011

Ciptaan hebat...saya petik dari Sinar Harian

LONDON - Perjalanan bagi golongan orang kurang upaya dan warga tua di sekitar pusat bandar mungkin akan lebih lancar dengan rekaan komputer tangan untuk mengesan jalan dicipta. 

Profesor Universiti Kingston, Nigel Walford berkata, alat tersebut dapat membantu melancarkan perjalanan bagi mereka yang mempunyai masalah pergerakan dengan memberi amaran awal mengenai keadaan struktur kawasan tersebut seperti kedudukan tangga, curam dan sebagainya. 

Menurutnya, sistem itu turut dapat membantu penggunanya mencari tandas awam terdekat dan taman permainan kanak-kanak. 

"Golongan istimewa dan warga tua kini bebas untuk ke mana-mana tanpa rasa bimbang dengan menggunakan teknologi tersebut," katanya. 

Projek itu adalah sebahagian daripada program penyelidikan terbesar Britain untuk meningkatkan taraf hidup golongan kurang upaya dan warga tua di negara itu.

Tak pilih bulu

Hukuman tak kira pangkat atau rupa...saya petik
dari Utusan Malaysia online


Anak pegawai polis China dipenjara 

BEIJING 30 Jan. - Sebuah mahkamah China menjatuhkan hukuman penjara enam tahun hari ini kepada seorang lelaki yang cuba menggunakan pangkat bapanya di jabatan polis ketika terlibat dengan kemalangan yang membawa maut. 

Menurut kenyataan dari Mahkamah Rakyat Daerah Wangdu di selatan China, Li Qiming, 23, mengaku bersalah kerana berada dalam keadaan mabuk ketika memandu kereta dan melanggar sehingga membunuh seorang pejalan kaki.

Kes Li Qiming menjadi perdebatan hangat di dalam internet di sini kerana selepas kemalangan itu, dia mencabar orang yang berada di tempat kejadian untuk mengambil tindakan terhadapnya. 

"Bapa saya ialah Li Gang!" Jerit Li Qiming merujuk kepada bapanya yang merupakan timbalan pengarah biro keselamatan awam di daerah itu di mana insiden itu berlaku. 

Kes ini memarakkan kemarahan terutamanya antara pengguna internet dengan mengatakan ia adalah contoh terbaru pegawai kerajaan dan saudara menyalahgunakan kedudukan mereka, sama seperti pucuk pimpinan di Beijing. 

Mangsa yang merupakan seorang penuntut universiti sedang meluncur menggunakan kasut roda di dalam kampusnya bersama kawannya apabila kereta yang dipandu Li merempuh mereka. Walaubagaimanapun, kawannya selamat dan patah kaki. 

Sejak kejadian tersebut, ayat "bapa saya ialah Li Gang" terkenal dengan dijadikan sebagai bahan gurauan yang menunjukkan kuasa dan kekayaan.

Li didakwa atas kesalahan menyebabkan kematian menerusi kesalahan trafik oleh mahkamah di Baoding tetapi ia disifatkan oleh pengguna internet terlalu ringan. 

Ahli keluarga mangsa dilaporkan mereka diarahkan untuk berhenti memperkatakan tentang isu ini selepas menerima wang pampasan sebanyak 460,000 yuan (RM214,000). - AFP

Peminta sedekah diberi gaji harian untuk elak malu

Semuanya dilakukan demi untuk tidak mencemarkan negara...saya petik dari
kosmo online


DHAKA: Pihak pentadbir bandar Chittagong akan membayar wang kepada peminta sedekah sepanjang pertandingan kriket Piala Dunia dilangsungkan bulan depan.

Datuk Bandar Chittagong, Manzurul Alam, berkata tindakan itu dibuat bagi mengelak peminta sedekah mengganggu orang ramai atau mencacatkan pandangan sempena pertandingan penting berkenaan.


Katanya, setiap peminta sedekah akan diberi upah RM6.50 sehari.“Bayaran ini hanya akan diberikan kepada peminta sedekah yang benar-benar cacat fizikal,” katanya.


Pada peringkat ini bantuan berkenaan akan diberi bagi tempoh tiga bulan.“Kerajaan bercadang memberi tempat untuk pemulihan kepada mereka selepas itu,” katanya.

Manzurul berkata, dia akan bertemu dan berbincang dengan wakil peminta sedekah esok. - AP

[Berita sedih] Mayat bayi dalam longkang

on 30 Januari 2011

Manusia oh manusia...saya petik dari kosmo online


BATU PAHAT - Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.

Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.

Ketam hisap rokok

on 29 Januari 2011




LETAK MAKLUMAT IKLAN

[Gila] Kurung isteri selam lapan tahun

 Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki menyembunyikan isterinya selama lapan tahun dalam kegelapan, ruang kecil di dalam rumah mereka di tenggara Brazil. Demikian dilaporkan Sydney Morning Herald.

Joao Batista Groppo (64) ditangkap setelah isteri yang dinikahinya selama 40 tahun, Sebastiana, ditemukan di bililk yang gelap kata inspektor polis Jaqueline Barcelos Coutinho. Kekasih Groppo, Maria Furquim, ditangkap kerana dianggap bersubahat dengan Groppo, di Sorocaba, sekitar 80 kilometer di sebelah barat Sao Paulo.

Awalnya, dia mengaku ke polis jika dia mengurung isterinya selama 16 tahun. Tak lama kemudian, dia mengubahnya menjadi lapan tahun setelah anak laki-laki membenarkan hal itu. Anaknya mengatakan bahwa dia tahu ayah melakukannya namun tak boleh menghentikannya.-TRIBUNNEWS.COM 

[Gila] Buat hubungan seks diatas pentas ketika konsert

Satu pasangan Tommy Hol Ellingsen, 28 melakukan hubungan seks dengan kekasihnya Leona Johansson, 21 di atas pentas semasa konsert . Hal ini mereka lakukan sebagai wujud kecintaan mereka dalam melindungi hutan.




kononnya aksi ini dilakukan atas dasar kecintaan mereka kepada hutan
tapi sebenarnya menunjukkan kebodohan mereka...semakin lama semakin
jahil kelakuan manusia....


Satu-satunya cacing yang boleh hidup di lumpur panas gunung berapi

on 28 Januari 2011

Tidak hanya hidup di lumpur panas yang ada di dasar laut, jenis cacing yang baru ditemukan ini juga memiliki rambut api. Tubuhnya tak hanya silinder memanjang seperti cacing biasa, melainkan di salah satu ujungnya terdapat banyak serabut berwarna merah yang bergerak bebas.

Kerana itu cacing yang temuan Ana Hilario dari Universitas Averio Portugal itu akan dinamai Medusa, untuk mengingatkan pada makhluk berambut ular dalam mitologi Yunani. Hilario menemukannya di mendapan lumpur vulkanik di Teluk Cadiz, Sepanyol yang berada di bahagian barat daya Samudera Atlantik.

Lumpur vulkanik yang muncul dari rekahan di dasar laut mengandung methan sehingga menyediakan sumber energi yang melimpah untuk membentuk komunitas kehidupan yang beragam. Dari kawasan tersebut, Hilario dan pasukannya menemukan 20 cacing namun hanya satu yang paling unik.

Cacing yang berukuran kecil tersebut diidentifikasi dalam kelompok yang disebut frenulate. Para ilmuwan belum banyak tahu mengenai cacing jenis ini. Salah satu rahsia alam yang telah diketahui bahawa di dalam tubuhnya terdapat organ khusus yang mengandung bakteria.

Bakteri tersebut membantu menghasilkan senyawa organik yang dibutuhkan cacing tersebut. Tubuh cacing menyerap zat kimia seperti methan melalui permukaan tubuhnya dan meneruskannya ke organ beriisi bakteria untuk diolah.

Gara-gara mengunyah kitab injil , anjing ini dihukum gantung dengan kabel elektrik

Pihak berwajib Amerika Syarikat (AS) mendakwa seorang perempuan atas kejahatan terhadap binatang. Dia mengaku menggantung hingga mati anjing peliharaan anak saudaranya.

Anjing jenis pit bull ini digantung di pokok dengan kabel elektrik. Tidak hanya menggantungnya, anjing itu bahkan dibakarnya, demikian dilaporkan Associated Press, Rabu (26/1/2011).

Alasan Miriam Smith membunuh anjing tersebut kerana binatang itu menggigit dan mengunyah injil yang dia miliki. Perempuan berusia 65 tahun mengatakan membunuh anjing bernama Diamond itu, kerana menganggapnya anjing setan.

SDia juga mengatakan yang dia khuatir  anjing tersebut melukai anak-anak yang ada di kawasan rumahnya. Smith pun ketika ini masih  di penjara Spartanburg setelah  ditangkap.

Perempuan tua tersebut dihadapkan pada hukuman penjara 180 hari hingga lima tahun penjara bila terbukti bersalah. Pihak berwajib menyatakan bangkai anjing tersebut ditemukan ditumpukan rumput dengan kabel yang masih terlilit di lehernya.

COLUMBIA, RIMANEWS

Lelaki 29 tahun akan jadi datuk termuda

Seorang lelaki berusia 29 tahun akan menjadi datuk termuda setelah anak perempuannya yang baru berusia 14 tahun memberitahu soal kehamilannya.

Lelaki yang namanya dirahsiakan ini tinggal di wilayah South Wales, England. Anak perempuan dan kekasihnya bersekolah di tempat yang sama dan bayinya itu dijangka lahir pada bulan Ogos nanti.

"Ini sungguh membuat saya gila. Saya akan menjadi datuk dan saya berusia 14 tahun ketika anak saya lahir. Kini dia akan memiliki seorang bayi," kata si ayah.

"Dia masih sangat muda namun dia memutuskan untuk memelihara bayi itu. Saya suka cerita mengenai bahawa saya menjadi datuk termuda di England namun pada masa yang bersamaan sangat marah ketika tahu dia hamil," ujarnya.

"Saya tahu betapa sulitnya menjadi orangtua di usia remaja dan dia akan melalui hal yang sama," kata si ayah. Gadis  yang namanya dirahsiakan ini tetap bersekolah sambil menanti kelahiran bayinya dan akan kembali belajar.

Sumber: Daily Mail

Sanggup tatu di kemaluannya demi untuk dapatkan sebuah kereta Mini Cooper

on 27 Januari 2011

Berani sungguh lelaki ini,sanggup melakukan pekara bahaya
ini semata-mata untuk sebuah mini cooper...saya petik dari
kosmo online

RAUT wajah Andreas Muller yang menunjukkan dia mengalami kesakitan akibat tatu di kemaluannya.

BERLIN - Seorang pemuda Jerman berusia 39 tahun, Andreas Muller akan memperoleh sebuah kereta Mini Cooper kerana membuat tatu perkataan mini pada kemaluannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia membuat keputusan untuk membuat tatu yang menyakitkan di bahagian kemaluan bagi menyertai pertandingan anjuran sebuah stesen radio baru-baru ini.

Perbuatan Muller itu menyebabkan dia menduduki carta teratas dalam senarai tatu paling pelik.

Menurut salah seorang jurucakap penganjur, terdapat banyak aksi tatu pelik yang dikemukakan oleh pendengar.

Namun, Muller memenangi pertandingan selepas para pendengar mendengar jeritannya kerana sakit semasa tatu perkataan mini itu dibuat. 

Muller mendakwa kesakitan itu berbaloi kerana dia akan duduk di dalam kereta Mini Cooper yang bakal dimenanginya. - Agensi

BEN ASHAARI BLOG


blog ini diupdatekan setiap selam sekali dan entri keseluruhan
telah berjumlah sebanyak 3963 entri...

memang cukup berminat berada dalam blog list BEN ASHAARI
KERANA blog ben mempunyai ramai pembaca dan disitulah juga
saya dapat mempromosikan blog saya dan secara jujur
traffik akan bertambah...

Dan bila blog saya dah popular saya juga akan sama-sama
meletakkan bloglist mereka yang berminat dan membantu  blogger
baru dalam mengharungi dunia blog ini (sekadar termampu kerana masih belajar lagi)

Guru buat projek dengan murid di taman

Lagi kelakuan tak senonoh seorang guru dengan murid...
tertangkap di sebuah taman....
saya petik dari kosmo online

LOVELAND, Amerika Syarikat (AS) - Seorang guru, Courtney Bowles, 31, ditangkap pada minggu lepas kerana dia mengaku melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar sekolah tinggi berumur 16 tahun di sebuah taman, lapor agensi berita 7NEWS kelmarin. 

Seorang pegawai polis Sharon Hopkins yang sedang meronda di Taman Tasik North pada Jumaat malam mendekati kereta Bowles di sebuah tempat letak kereta,

"Semasa saya menghampiri kereta itu, saya melihat seorang lelaki dan wanita berbogel di bahagian belakang kereta.

"Wanita yang berada di atas lelaki itu terus bangun apabila melihat lampu suluh yang dinyalakan ke arahnya dalam kereta itu," katanya.

Selepas berpakaian, Bowles mengaku telah melakukan seks. 

Bowles diarahkan oleh mahkamah untuk tidak menghampiri sesiapa sahaja yang berumur di bawah 18 tahun termasuk dua anaknya selain tidak boleh berada hampir di sekolahnya serta menghubungi remaja lelaki itu. 

Guru itu dibebaskan dengan ikat jamin AS$50,000 (RM152,544) dan akan dihadapkan ke mahkamah pada minggu depan. - Agensi

[Berita sedih] Ibu sanggup bunuh 3 orang anak serta anjing sebelum bunuh diri sendiri

on 26 Januari 2011

Malang sungguh nasib keluarga ini...
saya petik dari kosmo online

AUSTIN: Seorang wanita dari selatan Indiana menembak tiga anaknya dan anjing peliharaan mereka sebelum membakar kediaman keluarga itu dan menembak dirinya sendiri, kata pegawai penyiasat, semalam. 

Polis percaya Amanda Bennet, 30, melakukan tiga pembunuhan itu di kediaman keluarganya di Austin di wilayah Scott dengan menembak mati tiga anaknya sebelum menembak kepalanya sendiri.


Mayat Amanda dan tiga anaknya iaitu Jasmine Abbot, 14, Katelynn Bennett , 9, dan Ryan Bennett yang berusia empat tahun ditemui di rumah yang separuh terbakar selepas saudara yang dilanda kebimbangan meminta polis memeriksa keadaan keluarga itu.

Anggota polis, Sarjan Jerry Goodin berkata dalam satu kenyataan bahawa kejadian itu adalah satu kes pembunuhan dan bunuh diri yang tragik yang telah meragut tiga nyawa tidak berdosa.

Dia dipercayai ada menulis mesej di satu forum di internet yang di tujukan kepada susminya....

By Daily Mail Reporter
Last updated at 6:34 PM on 24th January 2011

A mother who was found shot dead alongside her three children in a partially burned-down house had posted desperate messages on an internet forum in the days leading up to her death.

Amanda Bennett, 30, who was found with gunshot wounds to the head in the town of Austin, Indiana on Friday, was taunted online over accusations her husband was having an affair.

Her children, 14-year-old Jasmine, 9-year-old Katelynn and 4-year-old Ryan were found alongside her and an autopsy by the Kentucky Medical Examiner’s Office showed all had died from a gunshot wounds and smoke inhalation.
Killed children

Innocent victims: Nine-year-old Katelynn Bennett, four-year-old Ryan Bennett and Jasmine Abbott were found with 30-year-old Amanda Bennett shot in their home

It has now been revealed that Bennett had appeared extremely anxious during an internet post - entitled ‘Gone forever’ - which she is believed to have made on the day of her death.

One line, which refers to her husband John, reads: ‘it’s time to take the pain away so John Bennett this is for you you got what u wanted no wife an no kids’.

Abang suka makan batu, kedua suka makan bra serta seluar dalam dan yang kecil suka makan kapas

Kebiasaan Adele memakan bantal sofa memang aneh. Doktor pun masih sulit melakukan diagnosis. Tapi, itu bukan satu-satunya kes pelik begini.

Di Belanda, seorang perempuan bernama Margaret Daalman membuat pasukan perubatan terkejut ketika menemukan 78 sudu dan garpu di perut wanita 52 tahun ini. Peristiwa ini terjadi sekitar 30 tahun lalu, namun baru diterbitkan di sebuah jurnal kesihatan di Belanda Oktober 2009.

Dalam jurnal itu, doktor tak boleh mendiagnosis kelainan yang dideritai Daalman. Doktor hanya mengatakan bahawa wanita itu menderita gangguan keperibadian yang mendorongnya memakan garpu dan sudu. Namun, sulit menjelaskan kenapa sudu dan garpu yang dipilih.


Kelainan serupa juga dialami tiga beradik berasal dari Bogor, Indonesia. Yang sulung Aidul Jabar Pas, 9, memiliki kebiasaan makan batu. Anak kedua, Zaenal Sabda, 6, gemar mengunyah bra dan seluar dalam.

Sementara si bungsu 1,5 tahun, Agus Nata Prawira, memiliki kebiasaan memakan kapas tilam. “Pada mulanya, semua jenis rokok, mancis api yang berbentuk bulat dimakan. Tidak lama kemudian memakan kapas,” kata Salma, 29,  ibu mereka.

Uniknya kanak-kanak itu sangat jarang diserang penyakit, walaupun gemar memakan benda-benda pelik. Bahkan, Agus boleh sakit jika tidak makan kapas selama empat hari. Sejauh ini, Salma sulit menghentikan kebiasaan anak-anaknya. Doktor juga tak boleh membantu.

Psikologi yang berasal Amerika Serikat, Jason Mihalko, menyebut kelainan macam itu sebagai Pica. Dalam istilah perubatan merupakan keadaan kelainan pola makan di mana penderita gemar memakan benda yang tidak lazim dimakan. “Ada kes di mana penderita pica makan logam, debu, kotoran, kapur, peralatan menulis dan getah pohon.”

Mihalko mengatakan, belum ada penelitian yang mengungkap penyebab pasti kelainan ini. “Penelitian tentang Pica sangat sedikit. Beberapa  penelitian menyatakan akibat kurang mineral, sementara pemikiran lebih dikaitkan dengan gangguan obsesif kompulsif.”

Pica umumnya menimpa anak-anak berusia satu tahun ke atas, di mana mereka suka memasukkan dan menggigit benda di sekitar ke mulut. Pica boleh sembuh dalam beberapa bulan. Namun, pada kes tertentu, kelainan ini boleh bertahan hingga dewasa.

[Pelik] Bob Gay patung gay pertama di dunia

on 25 Januari 2011

Disamping patung Barbie dengan jenis kelamin perempuan, kita mengenal Ken , patung lelaki sebagai pasangan barbie, namun bagaimana dengan boneka selain perempuan dan lelaki. Gay Bob adalah paatung yang dibuat pada tahun 1977. Dan dinyatakan sebagai patung gay pertama di dunia. Bob diciptakan oleh bekas eksekutif periklanan Harvey Rosenberg dan dipasarkan melalui perusahaan yang bernama Gizmo tersebut. Bob Gay dianugerahkan penghargaan "Achievement Award untuk hal yang meragukan" oleh majalah Esquire pada tahun 1978.

Gay Bob yang tinggi 13 inci dan mengenakan kemeja flanel, seluar jeanss ketat dan kasut boot koboi. Satu telinganya ditindik. Kotak patungya berbentuk seperti almari dan juga terdapat katalog dimana pelanggan boleh memesan pakaian tambahan. Penciptanya, Rosenberg menggambarkan boneka tersebut menyerupai perpaduan antara Paul Newman dan Robert Redford.





Lelaki ini boleh gigit hidung sendiri

on 24 Januari 2011

Macam tak percaya....dia boleh gigit hidungnya sendiri..

  mari kita lihat..





[Pelik] Wanita ini suka makan bantal kusyen

Adele, wanita berasal dari Bradenton, Florida, Amerika Syarikat baru-baru ini tampil di sebuah acara TV tentang selera makannya yang aneh. Seperti diwartakan aolnews, Sabtu (22/1), wanita 30 tahun itu menyatakan kesukaannya makan bantal kusyen. Episode tentang kebiasaan Adele dalam hal makan memakan bantal kusyen itu disiarkan di salah satu stasiun TV di Amerika dan menarik perhatian ramai orang.

Ketika diwawancara, Adele menjelaskan tentang kebiasannya makan bantal itu  telah lama dia lakukan. Mungkin sejak dia masih kecil. "Rasanya sama seperti  memakan roti. Yah, ketika makan bantal ini jangan lupa untuk meminum air," ungkapnya.

Kebiasaan unik wanita itu dipandang oleh Jason Mihalko, seorang psikolog, disebut sebagai pica. "Pica ditanda oleh individu yang memiliki keinginan untuk makan zat non-pangan. Kecendurangan ini  sering terlihat pada anak-anak dan wanita," jelasnya ketika diwawancaraisetelah acara tersebut. Dia menambah," Ada kess di mana penderita pica memakan logam, debu, kotoran, kapur, atau getah pohon.





Ibu ini sanggup melakukan hubungan seks dengan beberapa rakan anaknya

Akibat memikirkan nafsu semata-mata dah tak kira samada
mereka itu budak dan rakan anak...akhirnya diri
terpenjara..Inilah nasib malang seorang ibu......
saya petik dari kosmo online

CHICAGO RIDGE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu, Cathleen Miller, 40, dihukum penjara selama 10 tahun kerana kesalahan melakukan seks dengan beberapa remaja lelaki yang merupakan rakan anak perempuannya, lapor beberapa akhbar kelmarin.

Menurut seorang peguam bela, Robert Olson, Miller mengaku bersalah atas kesalahan penyalahgunaan seks dan serangan seks semasa sesi perbicaraan di sini.

Seorang pihak pendakwa, Andy Conklin berkata, wanita itu menerima hukuman penjara 10 tahun kerana kesalahan merogol dan penyalahgunaan seks.

Menurut pendakwa raya, dia mencabul tiga budak lelaki.

Budak lelaki yang terlibat berusia di antara 14 dan 15 tahun.

Pihak pendakwa raya menyatakan dia menawarkan arak dan dadah untuk melakukan seks dengan dua orang mangsanya pada Februari dan Jun tahun lepas di rumahnya.

Skandal seks itu terdedah apabila salah seorang mangsa lelaki menghantar mesej di laman sosial Facebook kepada anak perempuan sulung Miller bagi meminta maaf kerana perbuatan itu.

Keluarga mangsa itu yang terlihat mesej itu kemudian memberitahu pihak polis.

Miller yang bekerja sebagai seorang setiausaha menyatakan budak lelaki itu yang membawa arak dan dadah ke rumahnya. - Agensi


AKU , BEN ASHAARI dan ELEE MARDIANA

Satu usaha murni telah di jalankan oleh ELEE MARDIANA untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.Dan usaha ini juga telah disambut oleh BEN ASHAARI untuk kita sama-sama membuat satu entri khas mengenai usaha murni ini.ELEE MARDIANA sanggup memberi royalti jualan buku untuk disumbangkan kepada mereka ini : 


Untuk kita mengetahui kisah mereka dan usaha murni ini sila klik ELEE MARDIANA
dan  kerjasama kita diperlukan dalam menjayakan kempen sumbangan ini.Cuma buat satu khas.
untuk keterangan lanjut sila klik BEN ASHAARI

Paderi kurang ajar tu nak buat hal lagi

on 23 Januari 2011

Berita yang saya petik dari Berita Harian online ini mengatakan paderi yang
kurang ajar(bakar AL QURAN) nak buat pula Hari Menghakimi AL QURAN sedunia...
tak habis-habis mamat seekor ni..cuba baca pasti hati kita panas

FLORIDA: Paderi Terry Jones yang mencetuskan kemarahan antarabangsa apabila beliau mengumumkan untuk membakar al-Quran di Gereja Gainesville, kini mahu melancarkan ‘Hari Menghakimi al-Quran Sedunia’. 

“Ya, kami akan lakukannya,” kata Jones dalam rakaman yang disiarkan menerusi YouTube ketika mengumumkan rancangan terbarunya. 

“Kami sudah buat keputusan untuk melakukannya pada 20 Mac mulai jam 6 petang. Jika anda berpeluang, anda yang menggelarkan diri orang Islam yang baik, pada hari berkenaan al-Quran akan dibicarakan. 

“Kami tuduh al-Quran punca pembunuhan, perogolan dan penipuan. Ia juga bertanggungjawab atas semua kegiatan pengganas di seluruh dunia. 

“Secara dasarnya, adalah perbicaraan. Hari pengadilan itu akan diadakan di Pusat Dove World Outreach. Kami cabar dunia Islam untuk mempertahankan al-Quran. 

“Mereka kata al-Quran adalah buku keamanan dan agama yang memperjuangkan keamanan. Kami mahu mereka membawa orang yang boleh mempertahankan al-Quran. 

“Jika didapati bersalah, empat jenis hukuman diadakan iaitu pembakaran, merendam, mengoyak atau skuad penembak,” katanya dalam satu program radio. 
Beliau juga memberitahu, 30 juri akan hadir termasuk penganut Kristian dan Islam, akan membuat keputusan mengenai semua dakwaan ke atas al-Quran. 

Laman web Jones, ‘Stand Up America’ mengandungi soalan yang membenarkan pengunjung memilih hukuman. 

Jones dan gereja itu menggemparkan dunia tahun lalu apabila beliau mengumumkan akan membakar 200 naskhah al-Quran, pada ulang tahun ke sembilan peristiwa serangan 11 September. 

Pemimpin pelbagai agama mengutuk rancangannya. Malah, Setiausaha Pertahanan, Robert Gates mengarahkan gereja kecil di barat laut Gainesville untuk membatalkan acara itu kerana bimbang tindakan terbabit akan membahayakan pasukan keselamatan Amerika di Asia Barat. 

Jones membatalkan hasratnya dua hari sebelum acara itu dijadualkan berlangsung. Beliau dijangka mengadakan sidang media pada petang Khamis depan untuk mengumumkan maklumat lanjut mengenai hari perbicaraan al-Quran pula. 

Paderi Dan Johnson dari Gereja Trinity United Methodist di Gainesville menjelaskan, tindakan Jones tidak mendapat sambutan kerana dalam episod pembakaran al-Quran itu, penganut Kristian datang beramai-ramai membantahnya. 

Bagaimanapun, beliau masih belum mendengar mengenai rancangan perbicaraan itu. 

“Saya berdoa dan berharap...saya tidak tahu sejauh mana kebaikannya melakukan perkara itu. Apa yang boleh dirumuskan ialah lebih banyak kerja perlu dilakukan dari aspek persefahaman dan toleransi. 

“Ini adalah kerja gila. Ini adalah sesuatu yang asing daripada apa yang diajar Jesus,” katanya. – Agensi

Buaya menjadi trauma setelah tertelan telefon bimbit

Kesian buaya menjadi satu trauma baginya apabila nak makan
kerana tertelan handphone......saya prtik dari kosmo online

KIEV, Ukraine - Seekor buaya berusia 14 tahun, Gena enggan makan sebarang makanan selepas ia menelan satu telefon bimbit milik seorang wanita yang terjatuh ke dalam kurungan haiwan itu di sebuah akuarium di bandar Dnipropetrovsk.

Pada mulanya, para pekerja akuarium itu tidak percaya dakwaan wanita tersebut yang berumur 20-an bahawa telefon bimbitnya ditelan buaya tersebut.

"Namun, apabila telefon itu berbunyi dan bunyinya datang dari dalam perut buaya tersebut, kami mengetahui dia (ibu tersebut) tidak berbohong," kata seorang pekerja di akuarium berkenaan, Alexandra.

Wanita berkenaan terjatuh telefon itu semasa dia mahu merakamkan aksi buaya tersebut sedang membuka mulutnya.

Ekoran tertelan telefon itu, buaya tersebut tidak makan selama empat minggu dan kelihatan murung dan sakit.

Alexandra berkata, kelakuan buaya jantan tersebut berubah selepas ia menelan telefon itu kerana ia kini bergerak amat perlahan dan kurang berenang berbanding sebelum ini.

Ketua doktor haiwan, Oleksandr Shushlenko berkata, jika buaya berkenaan masih enggan memakan sebarang makanan, haiwan itu akan menjalani pemeriksaan sinar X. - AP

Kucing ini pun naik syok tengok

on 22 Januari 2011


LETAK MAKLUMAT IKLAN

Merpati digunakan untuk menghantar dadah ke penjara

Fuuh! macam-macam cara digunakan.....saya petik dari kosmo online

BUCARAMANGA, Colombia - Pihak berkuasa Colombia menangkap seekor burung merpati yang membawa dadah untuk diseludup ke dalam sebuah penjara, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Seekor burung merpati yang membawa dadah seberat 0.05 kilogram itu terbang menuju ke arah sebuah penjara namun ia telah ditangkap oleh dua orang anggota polis selepas mereka melihat ia berada di tanah dan seolah-olah memerlukan pertolongan.

Burung itu jatuh kerana paket dadah ganja yang diikat pada tubuhnya itu terlalu berat untuk dibawa terbang.

"Ini merupakan kes terbaru dalam jenayah licik. Mereka cuba menyeludup dadah ke dalam penjara dengan menggunakan burung merpati terlatih," kata Ketua Polis Burcaramanga, Jose Angel Mendoza.

Geng dadah Columbia sering menggunakan pelbagai taktik pelik untuk melakukan jenayah termasuk mengguna burung kakak tua terlatih sebagai pengintip. - Agensi

Nenek super belasah pencuri dengan tongkatnya

on 21 Januari 2011

Doris Thiele adalah seorang nenek berusia 84 tahun dengan keberaniannya yang luar biasa dia  berkelahi dengan seorang pencuri yang cuba untuk masuk ke rumahnya dan memukulnya dengan tongkat yang biasa dia gunakan untuk berjalan.



Leon Ingram, 34, seorang pengguna heroin menanduk kaca jendela untuk memecahkannya dan berusaha melarikan diri, namun jejak darah menyebabkan dia tertangkap. Dia dihukum penjara selama tiga tahun di Southampton Crown Cours etelah mengakui aksi perompakan tersebut dan menulis surat meminta maaf.


Mrs Doris Thiele dan anaknya sedangs tidur di rumah mereka di New Milton, Hampshire, ketika Mrs Thiele bangun dan melihat lampu menyala. Dia menyangka anaknya mungkin sakit, dia bangun dan dia dihadang Ingram sehingga terjadi perkelahian. “Saya memutuskan untuk berdiri melawannya, tapi menjerit ketika dia datang menyerang ke arahku,”katanya.

“Anak saya bergegas keluar dari biliknya dan meletakkan lengan di lehernya. “Dia terus berteriak tapi aku menyambar tongkat ayah saya berjalan dan terus memukul dia. Saya tidak akan membiarkan dia pergi dan dia tahu itu.” Pasangan itu kemudian diberi penghargaan keberanian oleh polis atas tindakan mereka.

Peristiwa hebat,ular tumpang katak dibelakangnya untuk selamatkan diri daripada banjir

Jauh dari kenyataan yang biasa ditemui , seekor ular biasanya melahap seekor katak sebagai mangsanya, Kisah dalam rakaman gambar ini justeru menyatakan  persahabatan dari kedua haiwan di tengah bencana banjir yang melanda Australia. Keduanya cuba melupakan permusuhan  mereka pada masa silam.Katak hijau mendapatkan tumpangan di atas punggung seekor ular berwarna coklat yang melintasi genangan air akibat banjir di Queensland, dekat Brisbane.

TeknIkal komputer Armin Gerlach berhasil mengabadikan kejadian ini ketika tengah merakamkan sejumlah gambar kerosakan yang dialami ketika bencana banjir di Brisbane.

"Biasanya sejumlah haiwan nampak berkumpul ketika terjadi kebakaran hutan, banjir atau bencana alam lainnya. Namun, peristiwa yang terakam kali ini sungguh mengagumkan. Saya sampai tak yakin apabila ini benar-benar terjadi," tutur Armin Gerlach.

sumber : kompas.com

JOM GEGAR BLOG

on 19 Januari 2011

segmen Ben Ashaari ...JOM GEGAR BLOG
NAK JOIN KLIK 

[Gila] Dua orang lelaki memperkosa kambing

Seorang penternak mengeluh jika kambing miliknya telah diperkosa oleh dua orang pemuda di desanya. Insiden yang terjadi di wilayah pinggiran kota Mbucuta, Mozambique telah membuat kecoh kota tersebut.

Sebelumnya dua pemuda yang melakukan hal tersebut didapati tengah melakukan aktiviti seks dengan kambing milik penternak tersebut. Polis sendiri menangkap aksi kedua pemuda yang sepertinya sudah dipenuhi nafsu itu.

“Salah seorang pemuda ditemukan dalam keadaan telanjang dan sedang memegang kepala kambing. Sementara seorang lainnya sedang melakukan seks dengan binatang tersebut,” menurut laporan Radio Mozambique, seperti dikutip News.com.au.

Jaksa wilayah yang menangani kes unik ini, Leonides Mapasse menyatakankedua pemuda berkemungkinan besar akan menghadapi dakwaan atas tuduhan perlakuan tidak senonoh. Sementara pemilik kambing sendiri merancang untuk melayangkan tuntutan rasmi atas kes ini.

Tidak hanya itu, pemilik juga menuntut kedua pemuda tersebut membayar kerugian sekaligus melakukan tradisi pengganti pernikahan berupa “Lobolo”. Tradisi ini bererti membayar sejumlah wang atas tindakan perkosaan yang telah mereka lakukan.Hukuman yang selalu dikenakan keatas pelaku rogol manusia.(OKEZONE)

Sekumpulan beruang kutub jatuh dari langit

on 18 Januari 2011

Dalam sebuah iklan yang dibuat oleh Plane Stupid diperlihatkan bagaimana sekumpulan beruang kutub berjatuhan dari langit. Hal ini dimaksudkan untuk menunjukkan terdesaknya kehidupan beruang kutub akibat pemanasan global.
Diprediksi jika keadaan iklim seperti sekarang ini terus berlanjut, populasi beruang Kutub akan punah kurang dari 100 tahun lagi.


Plane Stupid mengatakan "Mereka membuat iklan ini, dimaksudkan untuk memperingatkan manusia terhadap kesan jangka pendek global warming. Kami menggunakan beruang kutub, kerana merekalah yang ketika ini paling merasakan kesan global warming itu sendiri. Dimana habitat mereka untuk hidup terancam lenyap."


[Gila] Ramai wanita Bangladesh disimbah asid kerana tolak pinangan

Wajah wanita-wanita muda di Bangladesh terancam cacat jika menolak untuk berkahwin. Hal ini terjadi kerana siraman asid oleh pelamarnya.

Di Bangladesh, kes serangan dengan menggunakan asid kepada wanita dan keluarganya tinggi. Serangan itu ditujukan kepada wanita-wanita muda yang menolak lamaran untuk menikah.

Proses pernikahan yang gagal dengan alasan mahalnya mahar yang harus dibayar calon pengantin laki-laki, kadang berhujung dengan serangan air asid terhadap calon pengantin perempuan. Anak-anak juga menjadi sasaran dalam kes pertikaian keluarga.

Sebab itu juga pemerintah Bangladesh bermaksud mengatur penjualan dan pembelian air asid dengan harapan kes serangan dengan menggunakannya menurun.

"Para pejual harus menulis nama-nama pembeli asid sehingga kami memiliki catatannya. Intinya kami ingin membatasi pembeliannya ini sehingga tidak akan disalahgunakan," kata menteri perdagangan, Faruk Khan, kepada BBC.

Ancaman hukuman mati

Pada tahun 2002, Bangladesh telah menerapkan peraturan dengan ancaman hukuman mati terhadap para pelaku serangan yang menggunakan asid. Hukuman berat tersebut membuat jumlah kes serangan menggunakan asid menurun.

Namun kelompok-kelompok penekan mengatakan tahun lalu, jumlah penyerangan dengan menggunakanasid kembali meningkat. Tidak kurang dari 153 orang, sebahagian besar wanita dan anak anak, menjadi korban serangan asid sepanjang tahun lalu.

LSM di Bangladesh mengatakan lemahnya menegakkan hukuman membuat tidak banyak pelaku yang diseret ke muka pengadilan.

sumber : TRIBUNNEWS.COM

Emak sibuk main World Cafe di Facebook ,anak mati kelemasan pun tak sedar

on 17 Januari 2011

Semoga kisah memilukan dari Denver, Colorado, Amerika Syarikat, ini menjadi pelajaran bagi ibu yang ketagih Facebook di seluruh dunia. Seorang anak berusia 13 bulan mati lemas  setelah dibiarkan mandi berendam sendirian oleh ibunya yang leka  membuka jejaring sosial Facebook di bilik sebelah.Pihak polis mengatakan Shannon Johnson sibuk bermain permainan World Cafe yang terdapat di Facebook.


Shannon Johnson (34), kini ditahan dan mungkin di  hukuman penjara maksima 48 tahun atas tuduhan penganiayaan anak. Johnson mengaku kepada polis, dia sering meninggalkan anaknya mandi di  bathtub sendirian kerana dia merasa anaknya itu sudah boleh melakukannya sendiri dan dia tidak mahu anaknya menjadi "anak mama".

Ketika ditanya, mengapa dia nekad meninggalkan anaknyas endirian di bath tub itu. Johnson hanya menjawab, "Itu memang tindakan yang sangat bodoh.".Bacaan selanjutnya klik link

[Berita Gila] “Ibu suruh abang merogol saya "

Sedih bila membaca kisah wanita ini  disuruh rogol oleh ibunya sendiri danyang merogolnya
abang kandung sendiri kemudian diserahkan pula pada orang lain....saya
petik dari myMetro

KUALA TERENGGANU: “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lili, 26. 

Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan.


“Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,” katanya.


Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.


“Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir.


“Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain.


SERAH TAKDIR...Lili dan anak yang dijaganya.

“Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu,” katanya.


Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin.


Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.


Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.


“Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.


“Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis,” katanya.


Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.


“Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,” katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.


Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia.


“Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan,” katanya yang mengakui masa depan dia dan anaknya gelap dan hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya.

bk-gelaran apa yang nak di bagi pada ibu yang jenis macam ni????

[Pelik] Beer untuk anjing pun ada

on 16 Januari 2011

Kwispelbier adalah beer khusus untuk anjing yang diciptakan oleh perusahaan Belanda.

Tentu saja beer ini tidak mengandungi alkohol yang boleh membuat anjing anda mabuk tetapi setidaknya beer ini akan memberikan si anjing sebuah sensasi yang sama pada ketika  minum beer dengan ditemani. anjing:


Kandungan di dalam beer ini adalah air dan daging lembu yang telah diekstrak sehingga beer ini menyihatkan.

sumber: ceriwis.us

Wartawan yang nak jumpa PM Israel kena telanjang dulu

on 15 Januari 2011

Menurut laman harian Haaretz, peristiwa tidak menyenangkan itu menimpa wartawan cantik bernama Najwan Simri Diab dan sejumlah wartawan yang lainnya ketika memenuhi undangan sidang akhbar khusus dengan Netanyahu di suatu hotel di Yerusalem, Selasa 11 Januari 2011. Namun, sebelum masuk ke ruangan, para wartawan asing yang diundang harus menjalani penggeledahan oleh pasukan keamanan Netanyahu.

Begitu akan digeledah, Najwan terkejut ketika perempuan petugas daripasukan keamanan Israel menyuruh dia melepas baju, termasuk pakaian dalam. Bagi Najwan, perintah itu sudah keterlaluan dan merupakan suatu penghinaan. “Saya tidak menolak menjalani pemeriksaan keamanan, namun saya menentang penghinaan,” kata Najwan kepada Haaretz.

Najwan, yang tengah hamil, juga tidak mahu diperiksa dengan mesin pengimbas elektronik. Perempuan berusia 31 tahun itu takut bila sinar merah yang melintas di perutnya boleh mempengaruhi kandungan.

Wartawati Al Jazeera itu akhirnya menolak perintah dari petugas sehingga tidak jadi menghadiri sidang akhbar dengan Netanyahu. Stesen televisyen yang beribu pejabat di Qatar itu akhirnya mengajukan protes kepada pejabat media perdana menteri Israel.

Pihak pejabat perdana menteri berjanji akan menyelidiki kejadian itu dan meminta penjelasan dari Shin Bet, iaitu polis khas yang bertugas melindungi pejabat tinggi Israel.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved