Entri terakhir untuk 2010

on 31 Disember 2010

http://sms2all.blogspot.com/

Ini merupakan entri terakhir untuk tahun 2010.Tahun 2010 merupakan satu yang cukup membuat aku berbangga kerana menjadi seorang blogger.Daripada hanya untuk suka-suka kini sudah menjadi ketagih (ketagih berblog tak apa jangan ketagih dadah).Tahun yang penuh dengan kemajuan pada blog ini daripada blogspot sehinggakan kepada menggunakan domain sendiri.Daripada Alexa ranking berjuta-juta sehinggakan mempunyai ranking Alexa sebegini......

Alexa rank untuk borakkosong.com

Sesuatu yang cukup aku bangga didalam berblog sebagai seorang pendatang baru.Daripada blog ini kosong sehingga mula dikenali sedikit demi sedikit (kata sifu aku pelan-pelan).Mendapat ramai kenalan merupakan hal yang teristimewa didalam dunia blog ini.Biarpun hanya berhubung didalam dunia maya sahaja.Dan dari dunia maya inilah aku dapat belajar tentang dunia blog daripada seorang sahabat yang akau anggap SIFU siapa lagi kalau bukan BEN ASHAARI.Banyak ilmu yang dicurahkan kepada aku walaupun aku belum pernah bersua muka dengannya (insyaAllah satu hari nanti).Daripada tunjuk ajarnya aku mampu mencapai target yang aku inginkan dalm dunia blog ini."Ko buat seberapa banyak entri yang ko mampu bro,ko update hari -hari..pasti ko mampu capai target," sifu aku beri nasihat.DAN BUKTINYA.....

untuk bulan ini blog ini hampir mencapai pageviews 1/2 juta dan insyaAllah akan pada tahun hadapan akan cuba pulak untuk mencapai sasaran yang lebih.Ini sebagai motivasi untuk diri dan mencuba potensi yang ada pada diri ini.Dan yang paling penting ini semua atas sokongan kawan-kawan yang sudi mengunjung dan menjadi followers blog ini.




Thank you My friend Pictures, Images and Photos

Kerana tanpa sokongan dan dorong kawan-kawan blog ini tak kemana pun.Diharapkan jika ada tulisan atau apa pun yang menyinggung perasaan dapat dimaafkanlah kiranya.Kiranya ada yang tak kena pada blog ini tegurlah.Dan diucapkan juga kepada Cik Mat Gebu dan Kak Ummi kerana sudi letakkan blog ini didalam blog list mereka kerana banyak juga Referrals yang datang melalui blog mereka dan diucapakan juga terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi link blog ini dan letkkan sebagai blog list. HARAPAN AGAR TERUS MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA BLOG INI.

Kerana takut tidur sendiri lelaki 101 tahun nak kahwin lagi

 Seorang lelaki yang berusia lebih dari 100 tahun, hampir buta, dan sulit mendengar menyatakan ingin mencari pasangan hidup agar oleh memulai kehidupan yang baru.

Lelaki bernama Ahmad Md Isa yang lahir di tahun 1909 ini mengatakan keinginan itu agar boleh mengubati rasa kesepiannya.

Walaupun ketika  ini dia dijaga oleh anak perempuannya bernama Fatimah yang berusia 64 tahun, namun Ahmad mengatakan ingin memiliki pasangan sehingga dia boleh berbincang apapun dengan pasangannya.

"Saya kesepian dan saya takut tidur sendirian," jelasnya, lagi.

"Jika saya memiliki isteri setidaknya saya mempunyai seseorang yang boleh berbicara dan berbahagi kehidupan dengannya," katanya ketika dia bertemu wartawan di rumahnya di Alor Setar, Kedah. Dia menerima siapapun yang mahu menjadi isterinya. Ahmad sudah menikah sebanyak lima kali, memiliki lima anak, 20 cucu, serta 40 cicit.

Sumber: The Star

[Berita Gila] Ancam sebar video seks isteri

Ini pemikiran seorang lelaki yang begitu terdesak sehingga sanggup untuk
menyebarkan video seks isterinya...saya petik kosmo online

NEW YORK - Seorang suami, David Gleen Rucker membuat ancaman untuk mendedahkan video seks isterinya, Lily Shang di Internet jika mereka gagal mencapai kata sepakat berhubung pembahagian harta perceraian, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu berkahwin di Toronto, Kanada pada April tahun lalu namun Rucker memfailkan perceraian pada Oktober lalu.

Dalam dokumen mahkamah yang difailkan di sebuah mahkamah di Manhattan di sini, Lily menyatakan suaminya enggan menyerahkan rakaman video itu atau memusnahkannya.

Menurut dokumen tersebut, suami Lily membuat ancaman itu jika dia tidak bersetuju dengan penyelesaian kewangan dalam pembahagian harta perceraian.

Rucker menyatakan dia akan membuat suntingan supaya pengguna Internet cuma dapat melihat aksi isterinya melakukan perlakuan seks. - Agensi

Seorang ibu dihukum kerana meramas payudara gadis yang berusia 16 tahun


Seorang ibu harus menerima hukuman kerana meraba payudara gadis yang baru berusia 16 tahun dalam sebuah pesta dalam keadaan mabuk dan melakukan tarian erotik.

Lorena Camille Clayton (44) dari Keysborough, Melbourne, Australia,  diberi hukuman  bekerja untuk sosial masyarakat selama 150 jam tanpa dibayar.

Dia yang memiliki dua anak remaja laki-laki yang meningkat dewasa menyatakan tidak bersalah meramas payudara si gadis remaja dan saudaranya namun hakim di pengadilan menyatakan dia bersalah kerana melakukan tindakan tidak senonoh terhadap anak berusia di bawah 16 tahun.

Kemudian dia pulang bersama-sama dengan mereka dan memandu pulang dalam keadaan mabuk.Dalam pengadilan dia dikatakan membeli sebotol wine dan minum bersama mereka sehingga mabuk dan menyatakan remaja itu cantik.Clayton tidur bersama mereka dan meletakkan tangannya di bahagian bawah seluar gadis itu dan kemudian pergi ke bilik gadis yang seorang lagi dan memegang serta meramas payudaranya sebelum dia kembali ke rumahnya. Namun, dia menolak tuduhan itu dan mengatakan dirinya tak tertarik kepada perempuan atau anak gadis.(link)

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved