Wanita marah pemandu teksi kerana permintaannya untuk adakan hubungan seks ditolak

on 28 Disember 2010

Gambar hiasan

TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan menyerang pemandu teksi setelah permintaannya untuk mengadakan hubungan seks dengannya di tolak.

Seperti di laporkan Herald Sun, Selasa (28/12/2010),  perempuan ini menahan teksi yang pemandunya bernama Dean (41) disebuah jalan di Kota Darwin, Australia. Dia mengajak pemandu teksi agar mengadakan hubungan seks dengannya.

Namun, pemandu teksi yang sudah bertunang dan akan  bernikah itu menolaknya. Perempuan itu kemudian menendang kendaraan itu serta membaling tingkap teksi tersebut. "Jika Anda melihat perempuan itu, Anda akan sangat terkejut kerana dia seorang perempuan yang gemuk. Ketika masuk dan keluar dari teksi ini pun susah," katanya, lagi.

"Apabila dia masuk ke dalam teksi tiba-tiba ia bertanya, apakah kamu mahu mengadakan hubungan seks dengan saya," demikian kata Dean, lagi. Perempuan ini kemudian marah dan menendang teksi berulang kali. Tak berapa lama kemudian, dia kemudian ditangkap polisi.-TRIBUNNEWS.COM

Blogger tua bunuh isteri dengan pemutar skru kerana kasihan

macam ini yang dikatakan kasihan...bunuh...kalau sakit bawa pergi berubat..
saya petik dari myMetro


TAIPEI: Seorang lelaki tua dituduh membunuh isterinya yang sakit dengan menikam kepalanya dengan pemutar skru.

Menurut laporan media, kejadian berlaku beberapa minggu selepas lelaki itu menulis dalam blognya bahawa dia mungkin akan membunuh isterinya kerana kasihan.Bekas jurutera, Wang Ching-hsi, 83, disyaki memberi pil tidur kepada isterinya awal kelmarin dan kemudian membunuhnya, lapor akhbar United Daily News dan bebeberapa akhbar lain.


“Mengapa saya melakukannya? Ia ada dalam blog saya,” kata Wang kepada wartawan ketika ditahan oleh polis.Tulisan bertarikh 5 Disember dalam blog yang dipercayai milik Wang mendedahkan secara terperinci bagaimana isterinnya, Sun, Yuan-ping, 80, sudah putus asa untuk meneruskan kehidupan.


Menurut tulisan itu, dia mengalami penyakit Parkinson dan baru-baru ini patah kaki kiri.“Dia menderita,” kata Wang dalam blognya.

Pasangan itu dikatakan mencapai persetujuan 10 tahun lalu untuk ‘mati dalam keadaan tenteram.’ Media memetik Wang sebagai berkata dalam blog itu: “Apabila tiba masanya, saya akan membunuh kamu.” Selepas membunuh isterinya, Wang menelefon polis dan menyerah diri di apartmennya.

 Membunuh kerana simpati dan hak untuk mati hangat dibincangkan di Taiwan sejak beberapa tahun lalu. - AFP

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved