Bendera Malaysia terbalik semasa di kibarkan dalam perlawanan akhir AFF

on 27 Disember 2010

Betul ke bendera Malaysia terbalik di kibarkan semasa perlawanan akhir Piala AFF Suzuki semalam..
inilah yang banyak diperkatakan...sampaikan Rakyat Indonesia mengejek penyokong Malaysia...
aku pun semalam tak perasaan sehinggakan melihat gambar ini.....sama ada betul atau tidak aku tak pasti
tapi kalau betul lain kali perbetulkan..malu kita sebagai rakyat Malaysia...

Kumpulan inikah yang buat kacau di Stadium semalam (guna laser)

73323143af13e529f7d8b8277264acb4feadfdb

agak-agaknya inilah kumpulan yang buat kacau semalam kerana salah seorang kawannya telah dapat diambil gambarnya memancarkan sinaran laser….

733231706416d312bb0719451c25ad44608910f
ini kawannya yang dapat diambil gambarnya……

Rupanya dia ni yang gunakan laser masa perlawanan semalam

733231706416d312bb0719451c25ad44608910f
Cuma untuk lawak aje…..

Sebulan keluarga ni makan kicap bercampur cicak

Malang sungguh keluarga ni terpaksa makan kicap bercampur bangkai cicak...
saya petik dari kosmo online


KANGAR - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.

Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.

"Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.

"Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

Ada pelakon kena kejar dengan parang

Ada pelakon kena kejar dengan parang...baca petikan dari myMetro ini

KUALA LUMPUR: Pelakon baru yang memegang watak utama drama dongeng bersiri, Putera Katak yang kini ditayangkan di TV3, terpaksa menempuh detik cemas apabila dikejar sepasang kekasih bersenjatakan parang sejauh lebih dua kilometer.

Kejadian berlaku hanya disebabkan pelakon muda itu, Mohd Hanif Karamdin, 27, memintas kereta dinaiki pasangan terbabit ketika melalui Lebuhraya Duta Hulu Klang (Duke) menuju Ampang, di sini, Jumaat lalu.


Bagaimanapun, dia yang menggunakan nama komersial Haniff bernasib baik apabila dapat meloloskan diri sebelum bergegas ke balai polis membuat laporan.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Haniff berkata, dia dalam perjalanan dari Kelana Jaya ke rumahnya pada mulanya mengekori sebuah kereta Honda City.


“Disebabkan kereta itu dipandu terlalu perlahan, saya memberi isyarat lampu sebelum memotong kenderaan berkenaan. “Tiba-tiba pemandunya membunyikan hon dan mengejar saya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Menurut Haniff, pada mulanya dia tidak mempedulikan tindakan itu, namun pemandu kereta itu menghimpit keretanya sebelum menunjukkan parang.



“Ketika itu, saya lihat dia (pemandu) bersama seorang wanit. Saya yakin mereka pasangan kekasih,” katanya.


Haniff berkata, bimbangkan keselamatannya dia memecut keretanya, namun pasangan terbabit mengejar sambil menunjukkan parang ke arahnya.



“Berderau darah saya dibuatnya...apa lagi dengan perasaan takut dan pelik mengenai sikap pasangan kekasih itu, saya pecut sehinggalah tiba di susur keluar menuju Ampang.


“Pasangan itu yang pada mulanya mengekori rapat di belakang kereta saya mungkin terlepas pandang menyebabkan saya dapat meloloskan diri,” katanya.


Haniff pergi ke Balai Polis Taman Melawati membuat laporan sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut.


Dia yang pernah membintangi beberapa drama bersiri seperti Siong, Kelab Jeng Jeng dan Jelatang berkata, laporan polis dibuat kerana bimbang lelaki tidak dikenalinya itu mungkin melakukan perkara tidak diingini kemudian hari.


“Kejadian seperti ini pertama kali berlaku terhadap saya. Saya berharap pengguna lebuh raya lain lebih berdisiplin dan menggunakan diplomasi untuk menyelesaikan masalah, bukannya dengan kekerasan,” katanya.


Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


“Sehingga kini, suspek belum ditahan, namun usaha mengesannya giat dijalankan,” katanya.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved