Baru tahu suaminya sebenarnya seorang wanita selepas kahwin 1 tahun

on 25 Disember 2010

Seorang wanita India yang tinggal bersama suaminya selama satu tahun akhirnya mengetahui rahsia besar  suaminya, ternyata dia adalah seorang wanita.

Minati Khatua (26), dari Rourkela, mengatakan bahawa dia dan keluarganya sangat yakin bahwa Sitakant Routray (28), adalah seorang lelaki sejati.

"Dia membuat semua orang terkejut  dan membuat keluarga saya bersedia menikahkan saya dengannya," ujar Minati seperti dilaporkan Orange.

Tradisi yang dilakukan di India, Sitakant menerima mas kahwin termasuk sebuah keretal Indica, hiasan emas dan wang tunai lebih dari Rp4,9 juta.

Tapi kecurigaan Minati mulai muncul setelah pernikahan, suaminya Sitakant menghindari untuk melakukan hubungan seks dengan dalih sumpah agama.

"Saya selalu mencuba untuk mencari tahu jenis kelaminnya, tapi selalu gagal dan gagal lagi," ujarnya kepada Calcutta Telegraph.

"Namun, pada suatu hari saya berhasil membuka secara paksa pintu bilik mandi ketika dia sedang mandi. Ketakutan saya ternyata menjadi kenyataan. Dia adalah seorang wanita," tutupnya.

Inspektur Jyotirmaya Hota menginformasikan bahwa polisi kini tengah menyelidiki kes tersebut.-vivanews.com

Bagaimana perasaan anda bila dibayar tambang RM4,785 ?

Tentu gembira bila penumpang membayar tambang sebanyak itu....Inilah yang dialami oleh seorang pemandu teksi di Britain....saya petik dari kosmo online


HAMPSHIRE - Seorang pemandu teksi di Britain, Bob Ransley mendapat 'durian runtuh' apabila dia dibayar sebanyak £1,000 (RM4,785) untuk membawa sebuah keluarga dari rumah mereka di sini menuju ke banjaran Alps, di Perancis sejauh 1,280 kilometer untuk percutian bermain ski, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia dibayar untuk membawa sepasang suami isteri, Peter Lelliott dan pasangannya, Rebecca Butler serta lima anak mereka selepas syarikat British Airways memberitahu bahawa penerbangan mereka terpaksa dibatalkan kerana salji tebal.

"Tiada penerbangan manakala tren rentas Eropah juga penuh dengan penumpang," kata Lelliott, 47.

Berazam untuk meneruskan percutian mereka, Lelliott menelefon syarikat teksi tempat Ransley bekerja di Southampton dan pemandu tersebut bersetuju membawa mereka ke resort Val D'Isere di Pergunungan Alps dengan teksinya.

Perjalanan melalui lebuh raya dan jalan berliku serta bersalji memakan masa 15 jam dengan Lelliott dan Ransley bergilir-gilir memandu teksi pelbagai guna (MPV) itu. - Agensi

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved