Shiro Ishii, Doktor terkejam dari Jepun yang memperlakukan manusia seperti mainan!!

on 24 Disember 2010

Seorang doktor biasanya menolong pesakitnya tetapi berlainan pula dengan doktor yang satu ini, dia sangat terkenal kerana kekejamannya terhadap manusia.

Shiro Ishii adalah seorang ahli mikrobiologi dan ljuga Lefternan Jeneral Unit 731, sebuah unit perang biologis Tentara Jepun . Dia dilahirkan di  Desa Shibayama Daerah Sanbu di  Chiba, dan belajar kedoktoran di Universiti Kyoto. Pada 1932, dia memulakan eksperimen pendahuluan dalam perang biologi sebagai projek rahsia ketenteraan Jepun. Pada tahun 1936, Unit 731 terbentuk. Ishii membangun 150 gedung-gedung lebih dari enam kilometer persegi di luar kota Harbin, China.

Antara kekejaman yang dilakukan oleh Ishii dan yang lain di bawah  Unit 731 ialah pembedahan makhluk hidup hidup orang (termasuk wanita hamil yang dihamili oleh doktor), tahanan dengan kaki diamputasi dan dipasang ke bahagian lain dari tubuh mereka, sejumlah tawanan dibuat beku anggota tubuhnya dan dicairkan untuk mempelajari hasil daripada penyakit yang tidak diubati. Manusia juga digunakan sebagai bahan ujian hidup untuk pelempar granite dan nyala api. Tahanan disuntik dengan inokulasi penyakit, dengan dikatakan sebagai program vaksinasi, untuk mempelajari reaksi mereka. Untuk mempelajari kesan penyakit kelamin yang tidak ada ubat, tawanan laki-laki dan perempuan sengaja diinfeksi dengan sifilis  melalui perkosaan, lalu dipelajari. Setelah diberikan kekebalan oleh Otoritas Pendudukan Amerika pada akhir perang, Ishii menghabiskan waktunya dalam penjara untuk kejahatannya dan meninggal pada usia 67 akibat kanser kerongkongan.

[Bahaya] Rawatan Spa menggunakan ikan boleh menyebarkan Virus Hepatitis dan HIV


Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat.
sumber : www.duniacacamarba.blogspot.com

Di China ayam jantan dipakaikan cermin mata untuk elak mereka bergaduh

CHENGDU - Para petani di China memberikan kacamata bergaya John Lennon (vokalis The Beattles) kepada ayam jantan mereka untuk menjaga keamanan.

Eksperimen yang dilakukan di Chengdu, barat China, agar membuat  ayam tidak berkelahi satu sama lain di dalam kandang

"Kerana mereka dibiarkan untuk berkeliaran di siang hari, para ayam jantan akan selalu berkelahi satu sama lain, jadi kami menggunakan kacamata untuk mereka," ujar peternak Jiang Hau

"Ayam jantan kami sangat agresif. Mereka selalu berkelahi satu sama lain hingga menyebabkan cedera dan berdarah. Tapi sejak menggunakan kacamata ini, mereka jadi tidak boleh melihat ayam jantan lainnya sehingga kini mereka tenang dan tidak berisik," lanjutnya.

Kini peternak lain di wilayah tersebut juga sedang mencuba untuk menggunakan kacamata itu, kacamata itu juga memberikan penampilan baru bagi ayam jantan mereka.(rhs)

[Pelik] Di India Harry Potter dituduh penyebab burung hantu banyak hilang

NEW DELHI - Jumlah burung hantu di India terus berkurang dan Pemerintah India tahu siapa penyebabnya. Mereka menyalahkan Harry Potter yang dianggap menghilangkan populasi burung hantu.

Menteri Lingkungan India Jairam Ramesh mengatakan, kegilaan warga India terhadap Harry Potter menyebabkan  pembelian burung hantu secara ilegal.

"Kerana Harry Potter, sepertinya banyak warga kelas menengah atas yang memberi hadiah burung hantu kepada anaknya," ungkap Ramesh.

Satu kumpulan pencinta alam Traffic mendesak pemerintah untuk segera mengambil langkah tegas atas trend yang sedang marak ini. Traffic juga meminta Pemerintah India untuk melindungi burung hantu yang akan dikorbankan pada upacara Hindu, Diwali.

Laporan ini ditulis oleh Traffic setelah mengetahui adanya penjualan burung hantu untuk memeriahkan pesta ulang tahun seorang kanak-kanak10 tahun. Pesta ulang tahun tersebut bertemakan filem Harry Potter.

Google disaman kerana street view kamera ambil gambar pakaian dalam sedang dijemur

Lagi-lagi Street View di Google Map menemui masalah. Seorang perempuan Jepun menyamannya kerana gambar jemuran pakaian dalamnya di depan apartment muncul  di peta. Google hanya disaman sebanyak 600.000 yen.

Gambar tersebut diambil kendaraan Google Street View yang lalu di depan apartmentnya. Seperti dilaporkan surat khabar tempatan Mainichi, gambar tersebut menyebabkannya stress dan tekanan psikologi yang sangat mendalam.

"Saya diselubungi ketakutan sehingga merasa diletakkan sebagai target kejahatan seksual," kata perempuan tersebut dalam sidang pertamanya di Fukuoka. Bahkan kerana terus dibayangi ketakutan, perempuan tersebut terpaksaberhenti dari pekerjaannya dan pindah tempat tinggal.

Dalam samannya, dia menyatakan bahawa sejak melihat gantungan baju dalamnya tersebar di internet, penyakit obsessive-compulsive disorder pada dirinya semakin parah. Dia juga menjadi takut kerana merasa bahawa segala hal peribadi yang dilakukannya seperti diintip.

Google sendiri mengganggap saman itu sangat serius dan terus menghapuskan gambar itu ketika perempuan Jepun itu mengajukan saman kemuka pengadilan pada Oktober yang lalu. Namun, ibarat nasi sudah menjadi bubur, perempuan itu merasakan dirinya menjadi korban.

"Saya dapat memahami bahawa itu hanyalah sebuah gambar. Namun, menampilkan gambar pakaian dalamnya, yang sedang dijemur di luar rumahnya, adalah perbuatan yang jelas salah," ujar perempuan itu.

[Gila] Membunuh untuk pecah rekod

Membunuh pun nak dicipta rekod...inilah gelagat manusia...
saya petik daripada myMetro


LONDON: Mangsa pembunuhan yang dilakukan Stephen Griffith mungkin seramai 14 orang lapor polis Bradford, semalam.

Griffith mengakui menyembelih tiga pelacur dari Bradford tetapi memberitahu kekasihnya dia tidak akan berhenti membunuh sehingga dapat mengatasi rekod pembunuh dari Yorkshire, Peter Sutcliffe yang sudah membunuh 13 wanita.Polis kini mencari 11 lagi mangsa pembunuhan Griffith dan meneliti kes pembunuhan beberapa wanita yang masih belum selesai.

Bekas kekasih Griffith, Amanda Judson, 45, memberitahu polis bahawa Griffith sudah merancang untuk mengatasi Sutcliffe sejak zaman remajanya.“Dia beritahu saya dia hanya akan berhenti membunuh apabila sudah mengatasi Sutcliffe,” kata Amanda.


Griffith, 40, dihukum penjara seumur hidup, semalam selepas mengaku membunuh dan mengerat-ngerat mayat Susan Rushworth, 43, Suzanne Blamires, 36, dan Shelley Armitage, 31 sebelum memakan bahagian tertentu tubuh mereka.

 Polis turut menyoal siasat Griffith di penjara terhadap pembunuhan pelacur dari Yorkshire iaitu Rebecca Hall, 19, dan Yvonne Fitt, 33.Pegawai polis Yorkshire barat bekerjasama dengan ibu pejabat polis di daerah berhampiran serta Scotland Yard untuk memastikan sama ada lima lagi kes pembunuhan ada kaitan dengan Griffith.

 Gemma Simpson, 23, dilaporkan hilang pada Mei 2000 sementara Dawn Shields, 19, pula ditemui mati dicekik di daerah Peak selepas hilang di kawasan pelacuran Sheffield pada 1994.

Micheala Hague, 25, mati ditikam sebanyak 19 kali pada malam perayaan Bonfire 2001 manakala pelacur dari Middlesbrough, Vicky Glass, 21, ditemui mati di kawasan sunyi di Danby, utara Yorks pada 2000. Perunding pengurusan, Diana Maw, 35, pula ditikam dengan busur silang di luar rumahnya di Ealing, barat London pada 1988. - Agensi

Penganjur punya pasal peserta kuiz terlepas AS$800,000

KERANA JAWAPAN DINAFIKAN PENGAJUR PESERTA KUIZ TERLEPAS DUIT...
saya petik kosmo online


LOS ANGELES - Satu pasangan muda di Amerika Syarikat (AS) kalah dalam kuiz Million Dollar Drop sekali gus terlepas untuk memperoleh AS$800,000 (RM2.49 juta) selepas mereka memberikan jawapan yang betul tetapi dianggap salah oleh pihak penganjur, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kuiz yang disiarkan pada Isnin lalu, Gabe Okoye dan pasangannya, Brittany Mayi memberikan jawatan buku nota Post-It Notes bagi menjawab soalan barangan yang manakah dijual lebih awal di kedai sama ada komputer Macintosh, pemain muzik Sony Walkman atau Post-It Notes.

Mereka kecewa selepas mendapati jawapan Post-It-Notes yang diberikan pasangan tersebut didapati salah dalam kuiz terbitan stesen televisyen Fox itu.

Namun, kontroversi mengenai jawapan itu tercetus apabila pengguna-pengguna forum di Internet mendakwa, pasangan tersebut menjawab dengan tepat dan wang tersebut sepatutnya menjadi milik mereka.Amazing things happen when you say Yes


"Sebenarnya, Post-It Notes tidak memasuki pasaran AS sehingga 1980, tetapi ia dijual di empat buah bandar raya untuk menguji pasaran bermula pada 1977," kata seorang penulis blog, Richard Lawson.

"Justeru, ia mengatasi Sony Walkman yang mula dijual pada 1979," tambahnya.

Menurut Lawson, soalan yang ditanya itu adalah sama ada ia dijual di kedai dan bukannya dijual di seluruh AS.

Penerbit eksekutif kuiz itu, Jeff Apploff dalam satu kenyataan mempertahankan jawapan yang diberikan pasangan itu tidak betul.

Menurutnya, sampel buku nota Post-It Notes itu diberikan secara percuma pada 1977 dan 1978 dan ia hanya dijual di kedai pada 1980. - Agensi

200 blog !

[Gila] Di Jepun ada hotel khas untuk orang melakukan maksiat

Sampai begitu sekali budaya Jepun ini. Sampai sanggup dia adakan tempat khas untuk pasangan melepaskan nafsu masing-masing.Segala kemudahan disediakan seperti menggalakkan perlakuan zina ini.Buat pasangan muda-mudi yang perlu bersendirian atau istilahnya privasi boleh mencuba hotel Cinta yang cuma ada di Jepun. Hotel ini di reka sedemikian rupa  dengan teknologi sehingga semua keperluan sudah siap disediakan sehinggakan tidak diperlukan pekerja membantu.....









sampai begini sekali diberikan tempat khas untuk memudahkan orang melakukan maksiat..
Kesian kepada manusia yang nafsu telah menguasai mereka...


Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved