Rancangan realiti tv paling bodoh sudah muncul

on 16 Disember 2010

Satu rancangan realiti tv yang aku anggap bodoh telah muncul kerana semua peserta di kehendaki berbogel.
Bagi aku  mereka yang menyertai dan juga yang memperkenalkan rancangan ini lebih baik
hidup di zaman batu...saya petik dari kosmo online


LAND O'LAKES - Sebuah program realiti televisyen di Amerika Syarikat (AS) yang menjalani penggambaran di resort bogel Caliente, Pasco, memperkenalkan para peserta siri itu buat kali pertama, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Program itu, The Nak'd Truth menampilkan lapan orang peserta yang akan tinggal sebumbung tanpa memakai pakaian selama sebulan. 

Mereka juga akan berkerja di resort itu yang terletak di negeri Florida.

Sebahagian peserta The Nak'd Truth itu yang terdiri daripada warga tempatan berkata, mereka teruja dapat menyertai program realiti tersebut. 

Namun, tidak semua peserta memaklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan mengenai penyertaan mereka.

"Sebenarnya, saya pun masih belum memberitahu sesiapa," kata seorang peserta lelaki, Wayd Dionne, 23.

"Cuma ibu saya yang tahu mengenai penglibatan saya dalam siri realiti ini dan dia menyatakan sokongannya kepada saya," tambahnya.

Sementara itu, para penerbit program realiti itu memberitahu, mereka akan mengaburkan bahagian sulit peserta selain menggunakan sudut kreatif kamera bagi mengelak kontroversi sepanjang siri itu ditayangkan. - Agensi

Facebook selamatkan budak berusia 2 tahun

Hidup seorang kanak-kanak bernama Grace Freeman, terselamatkan kerana fotonya dimuat di Facebook. Ketika seorang jururawat, Nicola Sharp, membuka akaun Facebook temannya, Michele Freeman -ibu Grace- Nicola terkejut melihat foto Grace.

Dari foto tersebut terlihat mata Grace sebelah kanan terkena efek 'red eye' dari kamera sementara mata kirinya jesteru berwarna putih. Dan, sebagai jururawat yang sudah bekerja di pusat kesihatan anak selama lebih dari 20 tahun, Nicola menduga keadaan mata Grace boleh menjadi indikasi gejala kanser mata.


Dia segera menghubungi Michele, dan meminta ibu kepada anak itu untuk melakukan pemeriksaan pada Grace. Dari hasil pemeriksaan ternyata Grace didiagnosis retinoblastoma, jenis kanser mata. Ditemukan dua tumor di mata kiri Grace dan dia kehilangan penglihatan pada mata tersebut.

Kanser akan menyebar dengan cepat dan menimbulkan hal yang fatal dan kematian. Ketika ini Grace menjalani perawatan laser setiap empat minggu untuk memonitor keadaannya. Hal ini harus dilakukan sepanjang hidupnya.

"Nicola telah menyelamatkan hidup Grace. Tidak ada tanda sama sekali kalau mata Grace bermasalah dan kami tidak akan pernah tahu kalau ada kanser tanpa bantuan Nicola. Mungkin kami lambat mengetahui jika mata Grace bermasalah, ketika keadaannya sudah teruk," kata Michele.

Nicola merupakan ketua dari sekolah jururawat untuk NHS Heywood di Middleton dan Rochdale, Inggris. "Aku hanya melihat foto dan merasa ada yang aneh. Normalnya, seseorang akan mendapatkan efek 'red eye' ketika diambil fotonya menggunakkan flash. Tetapi, ketika mata terlihat putih boleh jadi pertanda kalau ada yang salah. Kami sebenarnya berharap tidak ada apa-apa, tetapi ternyata mata Grace memang bermasalah," kata Nicola.

Retinoblastoma hanya terjadi pada anak-anak dan gejala yang paling umum adalah pupil yang memantulkan cahaya berwarna putih, seperti mata kucing. Jika terdiagnosa sejak mula penyakit tersebut dapat diubati dan disembuhkan.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved