Gambar Monalisa dibuat dengan menyusun 3,604 cawan kopi

on 11 Disember 2010

Anda pasti tahu dengan lukisan monalisa. Lukisan karya Leonardo Da Vinci itu adalah salah satu lukisan paling terkenal di dunia. Replika dan tiruanya sudah dibuat hingga ribuan bahkan jutaan buah dan semuanya tersebar di seluruh dunia.

Yang menarik, lukisan monalisa kali ini dibuat daripada susunan 3,604 cawan kopi yang disusun berdasarkan warna kopi sehingga membentuk lukisan monalisa yang indah. Lukisan ini dibuat di Aroma Festival, Event.

Lukisan Jumbo berukuran sekitar 3 x 4 meter ini dibuat dengan menggunakan paduan warna kopi. Untuk warna hitam menggunakan kopi murni, warna putih menggunakan susu, sedangkan warna coklat dan yang lain, menggunakan kopi dicampur susu  dengan disesuaikan dengan warna yang diperlukan.

Festival yang diadakan di Sydney Australia ini  dikunjungi oleh pelancung . Mereka  ingin melihat secara langsung bagaimana rupa lukisan Monalisa yang terbuat dari ribuan cangkir kopi tersebut.









Apa yang anda akan lakukan jika anak anda berbuat begini?

Kanak-kanak hanya tahu bermain tanpa tahu apa yang dimainkan.Begitulah yang terjadi
kepada ibu ini apabila anaknya menggunakan kad kreditnya untuk membeli barang dalam permainan...saya petik dari Kosmo online


NEW YORK - Perkembangan penggunaan telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad telah membuatkan ramai kanak-kanak menggunakan gajet itu untuk memuat turun perisian permainan dengan menggunakan kad kredit milik penjaga mereka.


Seorang budak lelaki berusia empat tahun di California, Sawyer Rummelhart, 36, menggunakan iPad ibunya untuk bermain permainan The Smurf's Village.

Namun, dia membuat pembelian beberapa barangan dalam permainan itu sehingga mencecah AS$66.88 (RM209.70) dengan menggunakan kad kredit ibunya.


Menurut ibu Sawyer, Kelly Rummelhart, 36, anaknya itu membeli barangan itu tanpa mengetahui bahawa pembelian tersebut dibuat menerusi kad kredit.

Dia berkata, anaknya tidak mengetahui bahawa pembelian yang dibuat itu sebenarnya dikenakan caj menerusi kad kredit dan bukannya satu pembelian olok-olok di alam maya.

"Sebelum ini saya amat risau jika skrin tercalar. Namun, lebih teruk lagi apabila mereka mengenakan caj untuk semua itu (permainan kanak-kanak)," kata Kelly.

Dia merupakan antara ibu bapa yang tidak berpuas hati terhadap aplikasi permainan itu dan penjualan barangan maya lain di App Store yang mengenakan harga yang melampau. - AP

Geram punya pasal suami tampar isteri dan kekasih gelap kerana berkhalwat

Dilakukan kerana terlampau geram,akhirnya penampar yang singgah keatas kedua pasangan yang di tangkap berkhalwat oleh suami wanita tersebut...baca petik dari Berita Harian

[BH] ALOR SETAR: Seorang suami yang mengikut pihak berkuasa agama memberkas isterinya yang berada di rumah bersama lelaki lain, naik berang lalu bertindak menampar isteri dan teman lelakinya dalam serbuan mencegah maksiat di Kuah, Langkawi, awal pagi semalam.

Lelaki terbabit berang dengan perbuatan isterinya kerap membawa lelaki lain pulang ke rumah sejak tiga bulan lalu, hilang sabar dengan perbuatan isterinya bermain kayu tiga hingga sanggup membawa teman lelaki masuk ke bilik tidur mereka.

Akhirnya, lelaki berusia 40-an itu hilang sabar lalu menampar isterinya yang berusia 36 tahun dan teman lelaki ketika serbuan dibuat.

Jurucakap Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi (PADAL), berkata pihaknya menerima maklumat daripada suami wanita terbabit pada kira-kira jam 4 pagi sebelum bergegas ke lokasi dan mendapati rumah dalam keadaan gelap serta pintu berkunci.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki berusia 50 tahun yang berseluar panjang dan tidak berbaju membukanya lalu membenarkan pegawai membuat pemeriksaan.

“Lelaki terbabit memberi alasan terpaksa membuka baju kerana basah kuyup akibat hujan ketika dalam perjalanan ke rumah wanita itu dengan menunggang motosikal.

“Wanita terbabit yang memakai baju dan seluar ketat ditemui dalam rumah itu. Dia ditemui ketakutan selepas mendapati suaminya juga turut serta dalam pemeriksaan itu,” katanya di sini, semalam.

“Ketika serbuan dibuat, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipercayai anak pengadu dan wanita terbabit turut berada dalam rumah berkenaan dan sedang nyenyak tidur,” katanya di sini, semalam.

Jurucakap itu berkata, lelaki dan wanita terbabit gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.

“Lelaki yang ditahan memberi alasan dia hanya menganggap wanita itu sebagai adik sendiri dan kerap menghantar makanan serta memberi wang kepadanya.

“Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima kerana ketika serbuan dilakukan, pintu rumah itu berkunci dari dalam sehingga menimbul syak mereka melakukan khalwat," katanya.

Jurucakap itu berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 9(1)dan(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Tolong bersihkan gigi aku

kerbau : "Tolong bersihkan gigi aku."
burung : " Baik boss..."

Untung kau kerbau ada orang yang tolong bersihkan gigi...kalau tak 
macam cara kau nak bersihkan gigi ni....


Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved