Patutkah tindakan lelaki ini?

on 06 Disember 2010

Nak pujuk isteri sanggup melakukan apa sahaja..sayang biarlah bertempat
jangan sampai menyiksa diri sendiri..cuba anda nilai patutkah tindakan lelaki ini
bca petikana yang saya petik dari  myMetro

KUALA LIPIS: Akibat terdesak mendapatkan wang bagi memujuk isteri yang lari dari rumah kerana merajuk, seorang lelaki nekad melarikan dua rantai leher bernilai RM15,000 milik ahli perniagaan wanita di kedai emas di Jalan Besar Lipis, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki berusia 35 tahun yang berasal dari Felda Damak, dekat Jerantut, diberkas dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis yang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan. 

Sebelum kejadian, lelaki terbabit yang bekerja sebagai agensi mencari pekerjaan menunggang motosikal sebelum berhenti di depan kedai emas berkenaan dan masuk dalam premis itu sambil berlagak seperti pelanggan yang mahu membeli emas. 

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, ketika berada dalam premis itu, lelaki terbabit menghampiri mangsa berusia 60 tahun dan meminta mengeluarkan dua rantai leher yang dipamerkan dalam rak kaca. 

Menurutnya, ketika memegang dua rantai leher bernilai RM15,000, lelaki terbabit terus melarikan diri ke arah motosikalnya yang ditinggalkan dalam keadaan enjin dihidupkan sebelum mangsa menjerit meminta pertolongan. 

Katanya, pada masa sama, dua anggota polis yang membuat rondaan cegah jenayah terserempak dengan lelaki terbabit berlari ke arah motosikal yang diletakkan tidak jauh daripada premis berkenaan. 

Abdul Razak berkata, dua anggota polis terbabit bergegas ke arah lelaki itu sebelum berlaku pergelutan ketika memberkasnya. 

“Berikutan penahanan lelaki terbabit, dua anggota polis itu menemui dua rantai leher yang masih digenggam sebelum dia dibawa ke IPD Lipis untuk siasatan lanjut. 

“Ketika soal siasat dijalankan, lelaki terbabit mendakwa terpaksa melakukan kegiatan terbabit kerana terdesak mendapatkan wang bagi memujuk isteri yang membawa lari tiga anak kerana dikatakan merajuk,” katanya di sini, semalam. 

Katanya, polis merampas motosikal yang digunakan lelaki terbabit, selain menemui sarung tangan serta tukul besi berada dalam raga motosikal berkenaan. 

Abdul Razak berkata, lelaki terbabit belum pernah mencatat rekod jenayah sebelum ini ditahan di IPD Lipis untuk siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit.

Bas satu tingkat biasa kalau lima tingkat macam mana?

40
Pening kepala driver bas ini kalau bas lima tingkat ini wujud..habis semua jejantas dan Flyover kena langgar oleh bas ini.

[Aneh] Tanam kemera di belakang kepala sendiri

Banyak orang ingin memiliki mata di belakang kepala untuk melihat hidup keseluruhan. Kini,seorang profesor  dari Iraq akan menanam kamera di belakang kepalanya dan menyiarkan ke seluruh dunia.


Wafaa Bilal, profesor di Tisch School of Arts, New York University, Amerika Syarikat, akan menjalani pembedahan  untuk memasang kamera di belakang kepalanya. Projek dengan nama ‘The 3rd One’ ini akan meletakkan kamera di kepala dan mengambil gambar setiap satu minit. Tampilan dari kamera itu kemudian disiarkan secara langsung di muzeum Qatari yang baru, Mathaf: Arab Museum of Modern Art.

Idea aneh itu membuat kemarahan di kalangan siswa Bilal di universiti kerana merasa gerakan mereka difilemkan, sehingga kehilangan privasi kehidupan. Kerananya, Bilal akan untuk menutup kamera sementara, jika berada di dalam kampus.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved