Wanita tiada kaki dengan bayinya

on 04 Disember 2010






gambar ketika melahirkan anaknya


walaupun serba kekurangan tanggungjawab dalam membesarkan anak 
tetap diutamakan...

Blog Larian

Photobucket
saya suka berblogwalking kerana melalui saya dapat berkenalan dan mengetahui kandungan atau isi sesuatu blog.Dan melalui berblogwalking ini kita dapat mengetahui cara sesuatu blog itu menyampaikan sesuatu maklumat.Menelalui blogwalking juga dapat menambahkan traffic rakan atau akan mendapat feedback balik jika kita memberikan komen....

rakan-rakan yang saya tag :
http://princessdiaries-001.blogspot.com/
http://sekamarrindu2009.blogspot.com/
http://iamdya.blogspot.com/

untuk join boleh selidiki di sini atau sini

''Sebagai wanita tulen saya terhina"

Beginilah luahan rasa seorang isteri apabila mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan seorang mak nyah.Akibat inilah suaminya mula bersikap dingin terhadapnya sejak 3 bulan.Mak nyah itu berasal dari Indonesia.Hubungan terlarang itu terbongkar selepas dia menemui ratusan SMS mengandungi madah cinta dihantar bencong terbabit kepada suaminya sejak lebih tiga bulan lalu.Menurutnya, pendedahan ini bukan bertujuan memalukan suaminya, sebalik mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mak nyah warga asing yang mengambil kesempatan menggoda lelaki warga tempatan.Saya petik cerita ini dari myMetro


KUALA LUMPUR: “Saya tak kisah dan sanggup bermadu jika dia (suami) ada hubungan gelap dengan wanita lain, tapi bukan dengan manusia dua alam atau mak nyah. Sebagai wanita tulen, saya rasa terhina seolah-olah tidak berupaya melayan suami,” kata seorang wanita.

Ibu tiga cahaya mata berusia lima hingga 12 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Lin berkata, hatinya kini luluh lebih-lebih lagi mengetahui suami dikahwini sejak hampir 15 tahun lalu bersikap dingin terhadapnya kerana mempunyai hubungan sulit dengan mak nyah popular berasal dari Indonesia yang terkenal dengan jolokan ‘bencong’. 

Hubungan terlarang itu terbongkar selepas dia menemui ratusan SMS mengandungi madah cinta dihantar bencong terbabit kepada suaminya sejak lebih tiga bulan lalu. 

Menurutnya, pendedahan ini bukan bertujuan memalukan suaminya, sebalik mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mak nyah warga asing yang mengambil kesempatan menggoda lelaki warga tempatan. 




Lin berkata, suaminya yang bekerja sendiri mula berkelakuan pelik sejak tiga bulan lalu apabila kerap keluar malam dengan alasan mahu berjumpa rakan atau menguruskan perniagaan. 


“Mulanya saya tidak curiga kerana kami sudah lama berkahwin, namun perangainya mula berubah apabila dia semakin jarang untuk ‘bersama’ saya. 

“Malah, ada kalanya dia lebih selesa tidur di ruang tamu dan jarang berbual dengan saya dan anak-anak. Bila ditanya dia memberi alasan kepenatan, sakit badan dan macam-macam lagi. 

“Sejak itu saya mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengannya, apatah lagi dia kerap kali menyembunyikan dua telefon bimbitnya daripada saya setiap kali ia berbunyi,” katanya. 

Lin berkata, segala-galanya terbongkar apabila dia mendapatkan nombor telefon bimbit yang sering menghubungi suaminya dengan melakukan semakan pada bil diterima. 

“Saya menghubungi satu nombor yang kerap tertera dalam bil berkenaan sebelum ia dijawab suara seakan-akan wanita. Apabila diajukan soalan, ‘wanita’ bersuara sedikit garau itu memperkenalkan diri sebagai Yuni. Namun, apabila ditanya lebih lanjut, dia yang bercakap dengan loghat Indonesia mematikan telefon. 

“Saya yang masih tak berpuas hati menghantar SMS bertanyakan identiti dan hubungannya dengan suami saya, namun tidak dijawab. Berikutan itu, saya minta bantuan adik menyiasat dan mengekori suami setiap kali dia keluar rumah,” katanya. 

Menurutnya, persoalan itu terjawab apabila adiknya mengintip pertemuan sulit suaminya dengan seorang pondan jelita yang berpeleseran di Lorong Haji Taib 2, di sini.bacaan selanjutnya myMetro


Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved