[Awas] Facebook kini jadi punca penceraian

on 02 Disember 2010

Menurut apa yang dilaporkan lelaman sosial yang lain juga menjadi penyumbang
kes penceraian tetapi facebook menjadi punca kes penceraian utama kerana pengguna 
sanggup membuka keaiban kepada rakan-rakannya di facebook...baca petikan daripada myMetro


LOS ANGELES: Jika dulu perceraian sering berlaku akibat kesan gincu di baju suami atau pesanan ringkas dalam telefon bimbit, kajian terbaru menunjukkan masalah itu kini disumbangkan oleh laman sesawang sosial seperti Facebook.

Berdasarkan kajian Akademi Peguam Perkahwinan Amerika itu, satu daripada lima perceraian di negara berkenaan membabitkan laman sesawang sosial.

Kira-kira 80 peratus peguam juga melaporkan jumlah ketara individu menggunakan media sosial sebagai bukti kecurangan pasangan masing-masing.Antara bahan digunakan adalah mesej dan gambar menggoda di Facebook.

Kewujudan laman sesawang itu didapati membolehkan seseorang berhubung semula dengan bekas kekasih masing-masing selepas terpisah sekian lama.Kajian itu menunjukkan, Facebook adalah penyumbang terbesar masalah rumah tangga dengan 66 peratus peguam mendakwa ia dikemukakan sebagai bukti tuntutan perceraian.

 Penyumbang kedua terbesar adalah laman sesawang MySpace (15 peratus) dan diikuti Twitter (5 peratus).Selebihnya adalah laman sesawang sosial lain.Tahun lalu, sebuah firma guaman Britain mendakwa, 20 peratus petisyen perceraian di negara itu mengaitkan Facebook sebagai punca.

Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan, berkata kebanyakan pengguna laman sesawang sosial menggunakan kemudahan itu untuk berbual mengenai seks dengan seseorang yang tidak sepatutnya.

Laman sesawang Friends Reunited yang dilancarkan untuk menghubungkan kenalan lama di zaman persekolahan pada 1999 turut memberi kesan terhadap rumah tangga ahlinya.

Baru-baru ini, bintang siri, Desperate Housewives, Eva Longoria, mengambil keputusan berpisah daripada pasangannya, Tony Parker, selepas pemain bola keranjang itu didakwa sering berhubungan dengan wanita lain melalui Facebook. - Agensi

Kucing gemuk malas jadi sensasi di internet

Berat betul kucing ...6kg




FLORENCE, Itali - Seekor kucing betina seberat enam kilogram menjadi sensasi di Internet setelah pemiliknya, Chiara Bagnoli, 28, memuat naik gambar kucing itu di laman web peribadi, lapor sebuah akhbar semalam.

Chiara memberitahu, kucing gemuk bernama Giuly yang berusia lima tahun itu mendapat perhatian pelayar Internet dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

Kucing yang dibeli di sebuah kedai haiwan itu tidak kuat meragam.

Kucing itu sentiasa mengekori ke mana sahaja Chiara pergi seperti tabiat seekor anjing.

"Ia agak suka bermain tetapi sangat pemalas. Ia suka bersiar-siar dan memeluk pokok," kata Chiara. - kosmo online

[Ajaib]Buang air besar keluar bayi

Kes perempuan yang melahirkan tanpa proses hamil kembali terjadi. Di Lampung Indonesia, seorang perempuan mengaku melahirkan bayi tanpa menjalani proses hamil terlebih dahulu.

Ukuran bayi ini tidak seperti bayi yang baru lahir pada umumnya. Berat badannya hanya 700 gram, panjangnya pun 35 sentimeter, dia pun belum boleh menghisap air susu ibu . Bayi ini diberi susu formula dengan di beri bantuan . Ibu  bayi, Hayati mengaku melahirkan bayi ini setelah buang air besar.

Hayati dan suaminya mengaku sangat terkejut dengan kelahiran bayi ini. Hayati  tidak menyangka dia hamil kerana datang haid setiap bulan, dia juga mengaku ikut program merancang keluarga. Pengakuan Hayati ini disahkan oleh jirannya di Desa Karangsari, Kecamatan Jatiagung, Lampung Selatan.

"Terkejut orang tak hamil boleh melahirkan anak. Anak ajaibkan," kata salah seorang jirannya

"Kalau orang hamil kan kelihatan perutnya besar, tetapi tidak kepada Hayati," kata tetangga lainnya.

Sehingga kini Hayati mengaku belum memeriksakan diri mahupun bayinya ke doktor kerana suaminya yang berniaga pisang tidak mampu. Namun dari sudut pandang sains, bayi dilahirkan tanpa proses kehamilan adalah hal yang mustahil.

Apa yang terjadi pada Hayati hanya boleh diketahui setelah pemeriksaan lebih lanjut dan bagaimana agar bayi ini dapat bertahan hidup dan sihat dengan  lebih baik.

Lelaki ini nak jadi anjing

Gary Guy Mathews meminta petition ke pengadilan  untuk mengizinkannya mengubah namanya menjadi Boomer The Dog.Sayangnya pihak pengadilan tidak menyetujui apa yang dilakukan Gary tersebut.

Hakim Ronald Folino menolak nama yang aneh tersebut dengan alasan dirinya merasa nama itu bakal membuat kecelaruan kepada umum dan juga dokumen-dokumen awam.

 Gary ingin mengubah namanya menjadi Boomer The Dog lantaran kecintaannya akan siri TV era 80-an, Here’s Boomer dimana siri tersebut menampilkan seekor anjing yang kerjaannya menyelamatkan orang ramai.(link)

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved