Bapa terima bil RM1,235 kerana facebook

on 27 November 2010

Ini semua gara-gara facebook....Ibubapa perlu mengawasi anak
mereka sebab mereka tidak tahu apa-apa.Nanti yang
menyesal kita sebagai ibubapa.....

BIRMINGHAM - Keasyikan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun melayari permainan di laman sosial Facebook selama satu jam menyebabkan ibu bapanya menerima bil berjumlah £250 (RM1,235), lapor sebuah akhbar semalam.

Kanak-kanak itu, Megan Fox meminta kebenaran ibu bapanya untuk bermain permainan maya Petville di Facebook yang membolehkan pengguna membeli pakaian dan perabot maya untuk haiwan peliharaan maya mereka.

Ekoran bapanya Matthew, 35, terlupa untuk menutup maklumat akaun pembayaran Paypal di Internetnya, dia telah menerima tuntutan bil akaun melalui e-mel bagi sesi permainan maya Megan.

Matthew dan isterinya, Dawan, 33, bertindak membuat rayuan kepada pihak pengurusan Facebook dan PayPal untuk menuntut semula bayaran tersebut namun gagal.

"Sepanjang dia bermain, kami tidak sedar dia sebenarnya sedang membelanjakan wang," kata Matthew.-kosmo online

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved