Atuk tangkap ikan seberat 219.59 kg

on 24 November 2010


Seorang pemancing berusia 70 tahun, Gunther Hansel berjaya memancing ikan halibut seberat 219.59 kilogram (kg) di Fjord Barat, Iceland.

Hansel yang berasal dari Jerman kemudiannya menjual ikan itu pada harga £2,500 (RM12,445) apabila kapalnya tiba di pelabuhan.Dia memerlukan bantuan daripada lima orang untuk mengangkat ikan sepanjang 2.49 meter itu ke atas kapal.Hansel menggunakan joran seberat 30kg semasa memancing ikan itu.

Lelaki kurang upaya beli setem RM 4,965 untuk mohon pekerjaan

 Seorang lelaki kurang upaya di Britain, Richard Shakespeare menubuhkan sebuah syarikat perunding bagi memberi nasihat mengenai perkhidmatan untuk golongan kurang upaya selepas 1,923 permohonan kerjanya ditolak, lapor sebuah akhbar semalam.

Shakespeare, penghidap sakit saraf Cerebral Palsy yang menyebabkan pergerakannya terbatas turut membelanjakan £1,000 (RM4,965) bagi membeli setem selama 12 bulan selepas dia diberhentikan daripada jawatan sebagai penasihat pelanggan sebuah bank Internet.

"Namun, sesudah setahun tidak mendapat kerja, saya mula tertekan dan peluang kerja yang bersesuaian dengan diri saya pula semakin berkurangan," katanya.

"Saya kemudian terfikir bahawa ratusan syarikat tidak memiliki pengalaman mengenai cara berurusan dengan orang kurang upaya dan saya sebagai seorang kurang upaya boleh membimbing mereka," tambahnya.

Idea tersebut menyebabkan dia menubuhkan sebuah firma perunding bagi membimbing majikan mengenai kaedah berurusan dengan golongan kurang upaya.

Kini, firmanya memperoleh kejayaan yang memberangsangkan.

Pada Oktober tahun lalu, Shakespeare mendapat pelanggan terbesarnya yang pertama apabila pengurus Hotel Novotel, Mike Colman meminta khidmat nasihatnya mengenai cara meningkatkan tahap perkhidmatan di hotelnya.-kosmo online

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved