[Gambar] Pekerja Indonesia sebelum dan sesudah didera

on 20 November 2010

 Ini gambar Sumiati sebelum didera...gambar ini ditunjukkan oelh keluarga
Sumiati kepada wartawan....

Ini pula gambar dia selepas didera oleh majikannya di Arab Saudi...
adakah mereka kaya ,mereka boleh berbuat sesuka hati...dan yang terbaru
Keluarga Sumiati, tenaga kerja wanita yang mulutnya digunting majikannya, sudah tiba di Arab Saudi. Keluarga diwakili Pak Cik Sumiati, Zulkarnain. Zulkarnain sempat menunjukkan foto Sumiati sebelum digunting oleh  majikan.

satu lagi laporan yang dipaparkan di myMetro ada pekerja di bunuh oleh majikan.Tempatnya
masih di Arab Saudi.....

JAKARTA: Indonesia mendesak kerajaan Arab Saudi menyiasat laporan penemuan mayat seorang pembantu rumah di tempat pembuangan sampah, kes kedua penderaan pekerja negara itu di Arab Saudi minggu ini.

Menteri Buruh, Muhaimin Iskandar berkata, petugas kedutaan negara itu di Riyadh dihantar ke bandar Abha untuk mengumpulkan maklumat mengenai kematian Kikim Komalasari, 36, yang didakwa dibunuh majikannya. 

Menurut laporan, leher mangsa dikelar dan terdapat kecederaan di seluruh tubuhnya. 

Penemuan mayat itu diumumkan ketika pegawai Indonesia berlepas ke Arab Saudi untuk mendapatkan keadilan bagi seorang lagi warganya, Sumiati binti Salan Mustapa. - Agensi

Masih ada lagi guru adakan hubungan seks dengan pelajar

Kenapa masih ada guru yang mengadakan hubungan seks dengan murid?
Nasib baik kejadian ini bukan berlaku di negara kita. Kelakuan ini menunjukkan
betapa teruknya pemikiran guru ini.Apakah tujuan sebenar dia menjadi seorang guru?
Harapan agar kejadian seperti ini tidak wujud di negara kita kerana tugas seorang guru
amat mulia......


FORT WORTH, Amerika Syarikat (AS) - Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang meletakkan jawatan selepas dia didakwa menjalin hubungan seks dengan seorang pelajar, telah ditangkap polis lapor sebuah akhbar semalam. 

Guru itu, Jennifer Riojas turut ditangkap polis pada Rabu lalu atas dakwaan dia melakukan serangan seks terhadap seorang budak lelaki berumur di bawah 17 tahun.

Dia kemudiannya ditahan di sebuah penjara sementara menunggu diikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM62,310).

Jennifer yang berumur 26 tahun bagaimanapun semalam turut dituduh menjalin hubungan dengan seorang pelajar berumur 16 tahun.

Aduan polis berhubung perbuatan itu dibuat di sebuah balai polis di ini pada 20 Oktober lalu.

Dia menjadi guru di sekolah tersebut sejak Ogos tahun lalu.

Jennifer meletakkan jawatan sebagai guru di sekolah tersebut pada 21 Oktober lalu.-KOSMO ONLINE

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved