[Gambar] Pekerja Indonesia yang digunting mulutnya oleh majikannya

on 19 November 2010

Seorang pekerja wanita Indonesia dirawat di Hospital King Fahad. Wanita ini disiksa oleh majikannya.Mulutnya digunting.Duta Besar Indonesia di Arab Gatot Abdullah Mansyur mengaku masih meneliti kes tersebut. Dia mengaku belum tahu nama ataupun identiti wanita tersebut. Namun pihaknya akan memberi perlindungan dan bantuan guaman Selain bibirnya digunting. Di seluruh wajahnya tampak bekas luka.


Nampak luka di kening, kedua alis, hidung, pipi dan dagu wanita malang tersebut. Keadaannya pun sangat lemah.

Jual bingkai iPhone 4 warna putih dapat RM 405,599

Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun, Fei Lam berjaya memperoleh sebanyak AS$130,000 (RM405,599) dengan hanya menjual bingkai telefon pintar iPhone 4 berwarna putih yang dibelinya daripada pembekal di China.

Sejak Apple mengumumkan ia akan memperkenalkan iPhone 4 berwarna putih, bingkai  itu kini menjadi rebutan di seluruh dunia. Ramai pengguna mahu membeli bingkai itu bagi menukar telefon iPhone 4 yang berwarna hitam kepada yang berwarna putih.

Remaja dari New York itu menjual bingkai telefon tersebut pada harga AS$279 (RM870) sebuah di laman webnya, whiteiphonefournow.com. Lam yang fasih berbahasa Cina dikatakan berjaya berhubung dengan pembekal Apple di China, Foxconn, untuk mendapatkan bingkai itu.

Melalui rakan-rakannya di China, Lam membeli bingkai iPhone berwarna putih itu secara terus dari kilang sebelum menjualnya kepada pengguna iPhone yang mahu menaik taraf telefon masing-masing.

Dengan itu dia dapat menggunakan wang yang diperolehi untuk membiayai yuran sekolahnya.Publisiti daripada beberapa laman web teknologi terkenal seperti TechCrunch dan CNET membuatkan jualannya meningkat mendadak.

Namun, Lam berkata, seorang penyiasat persendirian telah menghubunginya bagi meminta dia tidak menjual bingkai telefon pintar itu.Dia percaya, penyiasat itu bekerja untuk syarikat Apple yang akan mengeluarkan iPhone 4 berwarna putih.-kosmo online

Pada bulan lalu, pengeluar iPhone 4, Apple Inc. mengumumkan ia sekali lagi akan menangguhkan pengeluaran iPhone 4 berwarna putih sehingga tahun depan.

Sehingga kini, Apple tidak pernah menyatakan punca sebenar kenapa iPhone 4 berwarna putih begitu sukar untuk dihasilkan.

Budak AIDS dakwa bapanya pemain gitar kumpulan MAY

Timbul kemusykilan kerana dakwaan budak itu bahawa bapanya sudah meninggal dunia
tetapi Yus pemain gitar kumpulan MAY itu masih hidup.Nama bapa yang disebut juga tidak sama dengan
nama sebenar Yus....untuk bacaan selanjutnya
saya petik dari myMetro

TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak perempuan yatim piatu berusia sembilan tahun dan menghidap Aids mencetuskan misteri apabila mendakwa dia anak pemain gitar kumpulan rock May, sedangkan pemuzik itu masih hidup dan langsung tidak mengenalinya.


Kanak-kanak itu yang mahu dikenali sebagai S mendakwa, ayah, ibu serta adiknya yang berusia empat tahun semuanya meninggal dunia akibat Aids dan dia dijangkiti penyakit berbahaya itu daripada ibu dan bapanya.

“Ayah saya seorang pemain gitar, dia meninggal dunia lima tahun lalu kerana Aids. Ibu juga meninggal dunia kerana penyakit sama pada Jun lalu manakala adik meninggal dunia tahun lalu,” katanya.

Ketika ditanya lebih lanjut siapa ayahnya, S mengeluarkan poster kumpulan May dan menunjukkan gambar pemain gitar bass, Yus sebagai ayahnya.

Bagaimanapun, S memberitahu nama ayahnya adalah Md Nor sedangkan nama sebenar Yus adalah Mohd Mokhtar Mohd Madin, 48.

Ibu saudara S yang enggan identitinya didedahkan mengiakan dakwaan murid darjah tiga itu bahawa Yus ayah kanak-kanak itu.

Menurutnya, S kini terpaksa bergantung hidup dan mengharap belas kasihnya dan besar kemungkinan hanya menanti detik ajal seperti dilalui ahli keluarganya lain.

Katanya, dia bersimpati terhadap nasib dilalui anak saudaranya itu dan menjaganya selepas adik perempuannya meninggal dunia pada Jun lalu.

“Adik saya sebelum ini berkahwin dengan artis kumpulan rock terkenal berkenaan sebelum dikurniakan dua cahaya mata berusia empat dan sembilan tahun.

“Namun segalanya penuh misteri apabila suami adik saya itu yang berusia 38 tahun mati mendadak kira-kira lima tahun lalu tanpa diketahui punca kematiannya, manakala anak lelaki mereka yang berusia empat tahun menghembuskan nafas terakhir tahun lalu sebelum adik perempuan saya itu mati mengejut pada Jun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Wanita itu mendakwa, arwah adiknya tidak pernah mendedahkan penyakit dialami dan dia hanya mengetahui punca kematian itu selepas dimaklumkan pihak hospital.

“Adik saya tidak pernah berterus-terang dan memberitahu menghidap Aids sehingga dia menghembuskan nafas terakhir. Mungkin dia malu atau mahu menjaga nama baik keluarga.

“Kini, saya perlu membawa anak saudara saya (S) ke hospital untuk menjalani pemeriksaan darah dan mengambil ubat bagi merawat penyakitnya,” katanya.

Katanya, biarpun mengalami demam dan batuk yang berterusan, S aktif dan lincah seperti kanak-kanak lain seusianya, malah memasang impian menjadi doktor haiwan apabila besar.

Menurutnya, pihak sekolah sudah mengetahui penyakit S dan mereka sudah maklum mengenai langkah yang perlu dilakukan sepanjang anak saudaranya itu berada di sekolah termasuk ketika makan dan menyertai aktiviti sukan.

Ketika ditemubual, S tidak putus-putus menahan batuk dan setiap kali batuk dia akan menutup mulutnya dengan tangan

Gambar Victoria merajuk pasal David Beckham jeling perempuan lain





Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved