Buat hal depan orang ramai ,akhirnya di sembelih

on 18 November 2010


Akhirnya disembelih..

bk-sekadar lawak untuk menghiburkan......

Loket bernilai RM12.41juta dijumpai oleh budak berusia 3 tahun

Seorang budak lelaki berumur tiga tahun, James Hyatt menemui loket emas yang dianggarkan bernilai £2.5 juta (RM12.41 juta) dengan menggunakan alat pengesan logam di Hockley, Essex England.

Loket itu tertanam di dalam tanah sedalam 20.3 sentimeter.

Pakar-pakar menyatakan loket itu mungkin digunakan pada awal abad ke-16 semasa pemerintahan Raja England, Henry VIII.

Loket itu mungkin kepunyaan salah seorang anggota kerabat diraja.

Bapa budak itu, Jason, 34, berkata: "Anak lelaki saya merupakan salah seorang individu yang paling bertuah di dunia."

Budak itu menemui loket itu pada Mei tahun lalu semasa dia bermain dengan alat pengesan logam kepunyaan datuknya.

Menurut bapanya, alat itu berbunyi lima minit selepas anaknya menggunakan alat tersebut menyebabkan dia dan beberapa orang lagi menggali dan menemui loket tersebut.

Loket itu akan dinilai sebelum dijual kepada beberapa buah institusi.-kosmo online

Pelancong diserang 5 ekor singa ketika sedang mandi

Seorang pelancong diserang lima singa ketika sedang mandi di salah satu kem di Taman Nasional Mana Pools, Zimbabwe. Evershed yang sedang bercuti bersama isteri dan keluarganya menjadi mangsa lima singa tersebut.

Menurut  Petugas Konservasi Zimbabwe (ZCTF) Johny Rodrigues akhir-akhir ini Mana Pools yang berada di dekat sungai Zambesi sering diserang singa. Wilayah tersebut popular sebagai tempat memancing dan berburu. Namun, kata Rodrigues, beberapa kem di sana memiliki kes atas serangan binatang liar.

Sebelumnya, kata Rodrigues, sebanyak lapan penduduk menjadi mangsa singa dalam tempoh waktu dua bulan. Serangan  singa baru berhenti ketika beberapa binatang  itu dibunuh.

Menurut penduduk tempatan, singa di daerah itu menjadi lebih berani kerana mereka tergoda ke kem oleh bau aroma daging yang disediakan bagi para pelancong.Kekurang makanan di hutan juga mengakibatkan singa mula mencari makanan ditempat lain.

Kijang, makanan singa juga mulai habis kerana kerap diburu masyarakat tempatan sebagai makanan. Sehingga dia menjadi lebih agresif terhadap manusia. "Jika mereka tidak mendapat makanan , maka mereka akan mencari cara lain untuk mendapatkannya," kata Rodrigues.Tempo

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved